Saturday 10 February 2018

PLEASE LAH: KENAPA PULAK PERLUNYA SUAMI HENDAK HORMAT ISTERI.

Terlalu banyak orang bercerita tentang hubungan suami isteri. Ada yg berkata suami hendakkan dia dihormati. Isteri pula memerlukan kasih sayang. 

Yang  sebenarnya kedua-dua mereka memerlukan perkara yg sama dalam manifestasi yang berlainan.

Saya sudah kerap berbincang dan membuat perhatian sendiri iaitu berdasarkan kedua-dua di atas saya dapati setiap perkahwinan merupakan hubungan yang unik kerana pasangan masing-masing unik.

Se tiap perkahwinan merlukan tindakan berbeza antara satu dengan yang lain.

Tulisan ringkas ini tidak menafsirkan setiap perkahwinan semua serupa tetapi sebagai sentuhan minda untuk membaiki kekurangan.

Dalam perkahwinan adalah didapati isteri memerlukan beberapa perkara dari suami dan ianya merupakan bukan satu perkara yang tidak mudah untuk suami menunaikannya. Isteri minta dihormati.

Pertama: Mata suami hanya kepada isterinya sahaja (kiasan).

Se orang suami kena hormat cinta isterinya dengan tidak sesekali membandingkan isterinya dgn wanita lain terutama model-model terkenal atau dengan setiap wanita yang melintas di hadapan mereka.

Suami akan menjadikan isteri tidak rasa tergugat bila matanya hanya untuk  isteri.

Kedua: Suami perlu menyokong impian isteri.

Suami akan menunjukkan tanda hormat bila dia menyokong impian isteri serta mengutamakannya. 
Walaupun impiannya terlalu kecil suami perlu beri sokongan untuk isteri mengejar cita-cita.


Ketiga: Berkerja keras untuk keperluan keluarga. 

Apabila lelaki berkerja keras untuk keperluan utama keluarga dia telah memancarkan hubungan tanda hormat kepada isterinya. Seorang pemalas tidak ada kemampuan sebagai penghubung komunikasi yang berkesan. Penghormatan isteri terhadapnya senang pudar.

Ke empat: Ringan tulang di rumah.

Setiap keadaan keluarga berbeza. Di se tiap rumah rangga di mana isteri yang lebih banyak masa menguruskannya. Suami sepatutnya tidak teragak-agak mengotorkan sedikit jari-jarinya sekali-sekala seperti menolong membasuh pinggan atau mengangkat kain jemuran. Ini menyuburkan kasih isteri kerana isteri terasa dihormati.


Ke lima: Luangkan masa berbincang dalam topik tertentu.

Bagaimana suami perlukan seks dalam hubungan begitu juga isteri perlukan komunikasi dalam keluarga.

Se orang suami akan lebih dihormati bila dia, sebagai contoh mengenepikan telefon bimbit dan tv apabila berbincang perkara penting dengan isteri sekali sekala. Perbincangan haruslah sentiasa  benar. 

Ketidak jujuran merupakan perkara utama membuat isteri hilang kepercayaan. 

Keenam: Menjadikan masa sebagai keutamaan untuk isteri.

Suami akan dilihat dihormati oleh isterinya bila dia mengutamakan keluarganya lebih dari hobinya, minatnya atau alam sosial nya sendiri.

Bukannya masa lebihan dari hobi dan lain-lain baru diberi kepada keluarga.

Ke tujuh: Meneruskan mengikuti perkembangan isteri

Kebanyakan dari lelaki amat minat mengikuti perkembangan yang berkaitan dengan kekasih mereka tetapi minat itu pudar sebaik sahaja kekasih sudah menjadi isteri beberapa tahun kemudiannya. 

Jika minat itu masih ada pun, ianya tidak konsisten atau ditunjukkan dalam gaya yang tidak lagi romantik.

Suami akan disenangi oleh pasangan apabila dapat menunjuk kasih sayang dan menghormati pasangan secara berterusan dalam cara terbaik. Kasih sayang tersemai segar dan bukannya bermusim.

Seperti yang ditulis di awal tadi, tidak semua perkahwinan mempunyai masalah yang serupa. Perkahwinan penuh dengan keunikan oleh itu  perkara yang tertulis di atas tidak semestinya menjadi keperluan bagi setiap perkahwinan.



(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul.

Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiasan.

40 comments:

  1. Zaman dahulu dan sekarang lain. Zaman dahulu pendidikan kurang dan sekarang pendidikan tinggi. Lelaki dan wanita semuanya berpendidikan. Mungkin di situ ada perubahan dalam isu ini dan mungkin ianya mengubah stigma perkahwinan dahulu dan sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn Liz. Pelajaran juga penyebab wanita kita banyak berubah. Termasuk status di dlm masyarakat. Thanks.

      Delete
  2. Memang betul Liz. Pompuan sekarang dah ramai pandai dari leaki. Tak macam pomphan zaman dulu. Di luar negara macam2 hak yg mereka tuntut.

    Thnks.

    ReplyDelete
  3. hmm..nak komen apa nie haaa..saya setuju je la semua yang tersebut.Semua bernas2 belaka.Macam tu la juga isteri kena buat benda yang sama give and take,take and give back smpai akhir hayat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seperti yg saya kata, suami isteri kena hormat menghormati.

      Delete
  4. Yang penting hormat menghormati😀😀

    ReplyDelete
  5. Yang penting hormat menghormati😀😀

    ReplyDelete
  6. Semua manusia perlu dihormati, tak kira siapa pun dia, manusia kot ciptaan Allah swt mestilah kena hormat kan

    ReplyDelete
  7. setuju..zaman skrg dua2 suami isteri bekerja so semuanya perlukan sikap faham memahami dan sentiasa alert kepada pasangan masing2.. cth: kalau suami penat, isteri tak elok la nak suruh suami buat itu ini.,.,mmg dua2 penat tp selagi blh buat sendiri dengan mengambil kira keadaan suami, kene ler bertolak ansur kat situ..lps tu si suami plak pun kene alert jugak..tgk isteri uruskan rumah dan anak2 termasuk masak ape sume tu, keneler sama2 ringankan tulang...so isteri bila ada bantuan sikit, kurang la rasa stressnya..dlm belanja dapur plak suami x leh lepas tangan..tu tanggungjawab utk sediakan semua utk anak isteri..isteri pun klu tgk gaji suami x seberapa, at least tlg byr bil mana yg mampu xpe dah... yang penting, dah tlg menolong..x blh la nak ungkit2 sume tu..insyaallah ade toleransi,...rumahtangga akan bahagia,..asalkan sama2 setia jugak..tu pun penting. xleh nak bandingkan pasangan kita dengan org lain yg kita tgk tu...kita x perfect tp blh cuma untuk saling melengkapi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya Setuju sangat. Terutama yg dikata tu, sama-sama berkerja sama-sama penat. Begitu juga as you said, tentang kesetian. Thanks.

      Delete
  8. Ke Lapan : Bersetuju dengan semua kenyataan di atas

    ReplyDelete
  9. kalau kedua-duanya memahami peranan masing2 rasanya tidak timbul permasalahan yg boleh menggugat keharmonian rumah tangga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul. Sebab peranan is tanggungjawab. Kadang2 rosak hubungan berpunca dari duar. Thanks.

      Delete
  10. Semua ciri2 mmg Ada pada seorang Suami Yang baik Dan disayangi si isteri

    ReplyDelete
  11. Bertolak ansur penting dlm hubugansuami isteri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikap tu memang penting. Utu yg mengujudkan harmoni. Thnks Hasnidar

      Delete
  12. kalau dua-dua tahu apa tanggungjawab masing-masing
    In Sha Allah semuanya baik2 sahaja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah sepatutnya. Masing2 perlu pertanggungjawab. Thanks Hans

      Delete
  13. Tak tau nak macamana lagi dari sisuami. Pada usia perkawinan yang hampir memasuki 30 tahun saya rasa apa yang tak dapat tu halalkan saja. Rasanya dah terlewat untuk mengharap. Tidak siapa yang sempurna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju ni. Sebab Sebab perkahwinan perlu dipertahan trutama seperti Normala. Kita sedar tidak ada kesempurnaan dlm diri manusia. Thank u Normala.

      Delete
  14. saling memberi dan menerima seadanya..jangan sesekali membuat perbandingan yg tidak adil dengan kehidupan orang lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes yes yes. Tiga yes ni menunjukkan pendapat yg yiberi nintepat. Pembaca oun setuju.

      Delete
  15. nak komen pasal menyokong impian isteri.

    tapi jadi isteri mcm saya ni, suami saya susah...

    impian saya tinggi melangit tapi saya seorang yg lembik dan penakut.

    dia sentiasa menyokong dan mengajar saya utk capai impian saya.

    sebab tu saya sayang suami saya.

    hikhikhik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertuahnya dapat suami begini. Jagalah dia seperti mana menjaga se buah rumah tangga. Thank you

      Delete
  16. masing-masing perlu ada tanggungjawab,
    tolak ansur,
    hormat menghormati,
    terima kekurangan pasangan,
    solat berjemaah..
    InShaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Kalau dilakukan tu semua, InSya Allah rumah tangga bahagia.thank you.

      Delete
  17. Tahu tanggungjawab masing-masing and saling bertolak ansur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menunaikan tanggungjawab serta serta be ansur, insyaalah insyaalah rumah tanggal kekal. Thank you

      Delete
  18. salam.
    btul.tiap rumhtga ada kisah sdri,ada mslh sdri.yg pnting kedua belah pihak kena sama2 selesaikan dgn cra yg baik.bukan mgharap slh seorang je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Dua dua dua anggungjawab dan dua dua bertolakbansur pasti bahgia. Thanks Cik Yaya

      Delete
  19. Yg penting dua2 suami isteri kena saling hormat menghormati dan tahu menjaga hati pasangan masing2..tolak ansur dan bantu membantu... hidup akan lebih bahagia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs Liez,
      Maaf lambat reply sebab ruang komen saya ada masalah. Sedang brusaha membetulkan. Thks.

      Delete
  20. Mrs Liez,
    Maaf lambat reply sebab ruang komen saya ada masalah. Sedang brusaha membetulkan. Thks.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...