Monday 9 April 2018

KENAPA MANUSIA TAKUT SANGAT NAK MELOMPAT DARI POKOK KE POKOK?

Aku ada tanam pokok mangga depan rumah, kawan beri. Katanya benih dari pulau Carribean. Berbuah lebat, besar, sedap.

Tupai kerap datang makan. Mula2 aku halau. Rasa nak tembak tupai tu pun ada. Tpi tak sampai hati.

Jiran2 aku dgn tupai memang puaslah makan sebab buah tu melambak-lambak tergantung.

Aku pelik tengok tupai tu. Dia boleh lompat dari pokok ke pokok tpi tak jatuh.

Satu hari aku tanya tupai tu kenapa dia berani sangat melompat. Tupai tu kata, "Sebab aku pecaya aku boleh. Itu sebab aku lompat."

Baru aku tau. Kalau kita yakin, kita boleh lakukan.

Aku tanya lagi, tak pernah jatuh ke. Tupai kata, "Benda hebat bukannya tetiba hebat. Tembok negri China bukan siap dlm se hari."

Bijak tupai ni. Dia duduk kat Malaysia tapi dia tau apa yg ada kat negri China.

Aku tanya dia lagi. Macam mna dia berani melompat dari tempat tinggi. Tak pikir jatuh ke.

Tupai tu senyum, macam dia perli aku je.

Dia pun kata, "Sesuatu keputusan yg hendak diambik merupakan keputusan dalam se buah keputusan yg telah diambil. Jadi ambiklah keputusan dalam keputusan tu."

Aku tak paham. Aku pun kata, "Tupai, aku malas nak layan kamu."

Tupai tu kata, "Tak layan bukannya problm. Aku peduli apa. Adam, remember this: all things are possible if you believe." TAMAT.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam entry ini semata-mata hiasan.

28 comments:

  1. MOTIVATOR YG HEBAT SANG TUPAI NI YA...TAPI KALAU DH RASA BOLEH..BOLEH JE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian jgak dgn tupai sekarang. Tempat tinggal dah banyak yg musnah.
      Thnks

      Delete
  2. Amboi pandainya tupai berkata kata. Speaking lagi. Dia boleh lah badan dia ringan mechine scale tak bergerak pun bila nak timbang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Superman pun berat tapi boleh terbang. Hihihi. Dah terlanjur mengarut, respons pun mengarut.

      Delete
  3. Betul apa kata tupai tadi, every thing is possible jika kita ada passion yang mendalam untuk mencapainya. Kadangkala manusia ni ego, rasa kata hati mereka sahaja yang betul walhal ianya lebih daripada yang disangkakan. Remember impossible is I'm possible. Semua boleh dicapai oleh seseorang jika mereka mempunyai keazaman yang mendalam serta usaha yang tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang benar jika kita yakin boleh, dia akan jadi possible. Itu pun di atas perkara yg lojik. Kita tidak boleh terbang tanpa alat bantuan walau wun kita kakin boleh. Thnks Liz.

      Delete
  4. Seumur hidup belum pernah jumpa lg tupai yang pandai berkata-kata. Kalau jumpa mau ajak dia bersembang. Nak tanya dia undi sapa.. Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah. Tupai tak nak mengundi sebab manusia suka musnahka tempat tempat tinggal mrreka. Thnks Mala.

      Delete
  5. Bukan semua perkara possible.
    Keyakinan tak boleh mengatasi hakikat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya Setuju dgn WP. HanyaHbeberapa perkara je yg benar jika kita yakin boleh, dia akan jadi possible. Itu pun di atas perkara yg lojik. Kita tidak boleh terbang tanpa alat bantuan walau wun kita yakin boleh. Thnks WP.

      Delete
  6. betul kata tupai tuh..... klu tka percaya diri sndiri apa pun tak blh buat....
    even masa darjah 6 dulu nk belajar msk nasi guna periuk biasa pun kene percaya diri tau, klu tak sampai ke tua ni tak reti msk nasi sndiri hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Sekarang dah boleh masak nasik ke? Hihihi. Thnks

      Delete
  7. takut pulak kalau tupai boleh bercakap. Tapi moral of the story sebenarnya believe in ourselves.. we can do if we want to do.. in syaa allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Fiza. Kita kena pecaya pada diri sendiri walaupun untuk lakukan perkaravmudah. Thnks

      Delete
  8. Tajuk pun typo ehhh Adam? Eheheh. Motivation for today! Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Thnks Nad. Motivasi ni yg bukan motivasi. Setakat baca bntuk santai.

      Delete
  9. melompat pokok ke pokok mesti ada skil dulu, projectile dan kira - kira.

    kalau tak ready, baikla bersedia or do something else.

    sebab di kemudian hari kita sendiri taknak orang cakap;

    sepandai - pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

    sedangkan tupai yang kerjanya melompat pun jatuh, apetah lagi kita manusia yang hina ini.

    wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang benar sepandai pandai tupai melompat dia pun jatuh jugak. Mungkin disebabkan ranting yg tak kuat. Orang tua2 memang pandai buat peribahasa. Semuanya atas pemerhatian mereka. Thnks.

      Delete
  10. Itulah Tuan Adam di Mesia kalau kita ingat sesuatu tu impossible tak pelik boleh jadi possible tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Kalau yakin memang possible tapi bergantung dgn keadaan jugak. Thnks mrs A. Lama tak nmpak.

      Delete
  11. Hebat tupai ni.. byk boleh belajar dgn dia you sorilah mama mmg gayat x mau nak lompat tinggi2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita boleh lompat setempat je mama. Ingat tak? Masa sekolah dulu senaman lompat setempat

      Delete
  12. Replies
    1. Saya pun dah lama lak buat blogwalking sebab blog ada prblm. Sekarang baru ok.

      Delete
  13. Hehehe passion tu kena ada baru lah kita boleh berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Miza. Passion patut ada dlm setiap bidang. Bukan untuk melompat ajer.

      Delete
  14. Replies
    1. Angah, tupai Malaysia bijak. Hihihihi.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...