Tuesday, 26 December 2017

KENAPA WANITA MEMAKAI BRA DAN PANTIS?


Maaf, di atas bukannya tajuk yang hendak saya tulis. Sekiranya saya berbuat demikian sudah tentu saya dikutuk oleh pembaca, sedangkan tulisan mudah saya yang lepas berkaitan dengan bra pun menerima teguran dari se orang pembaca Fb.  

Saya tidak terkejut dengan kritikan beliau kerana beliau tidak memberi satu hujah pun. Berani saya katakan beliau tidak tau membezakan di antara maklumat dengan lucah.

Sebenarnya tidak salah sekiranya saya ingin menulis entry ini dengan tajuk "Kenapa Wanita Perlu Memakai Bra Dan Pantis" kerana ianya terisi dengan amalan berkesan untuk menjaga kesihatan dan penampilan.

Adakah ianya tidak elok untuk pembaca mengetahuinya? Perlu diingat, pembaca blog ini bukan sahaja terdiri dari orang Melayu. 

Bukan Cara memakainya

Tajuk sebenarnya yang saya tulis di entry kali ini ialah, Kenapa Kita Masih Memilih Corak Dan Potongan Yang Cantik Untuk Pantis Dan Bra Sedangkan Kedua-dua Pakaian Tersebut Tidak Dilihat Oleh Orang Lain?

Jawapan saya amat mudah. Saya tidak sepatutnya memiliki sebarang benda yang tidak berguna serta tidak menarik.

Katakan kamu sekarang sedang mencari suami. Adakah kamu berebut-rebut untuk memiliki lelaki yang hodoh pada pandangan kamu di mana kamu telah pasti yang lelaki itu se orang yang tidak memberi faedah jika dimiliki? 

Kedua-dua perkara penting ada di atas: pertama hodoh dan yang ke dua tidak memberi faedah.

Bagi saya, menghargai kecantikan adalah suatu perkara yang perlu dipertimbangkan kerana kecantikan itu se suatu yang menarik. 

Tidak perlu orang lain memberi tahu saya yang mana lebih cantik sebab kategori dan tahap kecantikan dinilai secara berbeza di antara setiap individu.

Ini adalah satu realiti. Ramai yang masih tidak tahu berkaitan dengan realiti kerana realiti terlindung di sebalik dinding persepsi.

Saya berikan satu contoh. Katakan saya mengaku girl friend saya cantik tetapi kamu lihat dia tidak secantik seperti yang saya katakan sedangkan ramai yang lain mengatakan dia lebih cantik dari yang saya lihat.

Di sini kita dapati kecantikan milik se orang wanita mempunyai tiga tahap yang dinilai oleh tiga orang yang berlainan.

Saya bersimpati kepada mereka yang berpendapat kita tidak perlu benda yang cantik sekiranya bukan untuk ditunjuk. 

Adalah lebih menasabah jika si pemakai bra dan pantis itu sendiri menentukan pilihan yang membuatkan dia suka memakainya. Jangan kita nafikan hak si pemakai.


Orang Tua Melintas Jalan

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©


OsteMatrix Suplement keluaran Shaklee

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.




Sunday, 24 December 2017

PAKAI SUDAH BERTAHUN-TAHUN TAPI TAK PANDAI LAGI


Saya percaya ada wanita memakai bra yang saisnya tidak begitu tepat. Saya boleh bayangkan betapa tidak selesanya mereka memakai yang salah sais.


Comelnya

Kalau saya perempuan saya akan buat bra sendiri yang betul2 selesa dipakai. Saya buat cup-nya ngam-ngam muat untuk melindung ....... alaaa apa nama benda tu. Lupa pulak saya.

Di bahagian dalam cup-nya akan saya tampal dengan kapas agar selesa dipakai dan untuk menampakkan dada kelihatan menarik. Kapasnya tidaklah terlalu tebal supaya tidak kelihatan dada mengembang.

Apabila usia saya menjangkau ke 50-han barulah cup-nya ditebalkan dengan kapas. Saya peduli apa biar dia mengelembung.

Di bahagian bawah sekali saya buat lilitannya melekat ke dada dari kiri ke kanan. 

Masalahnya saya tidak tau menjahit. Langsung tidak tahu.

Bra bukannya seperti baju. Kalau baju longgar sedikit pun no hal. 

Memandangkan bentuk dan ukuran breast bagi setiap wanita tidak serupa amat sukar kilang bra memenuhi keselesaan setiap pemakai. Walau pun begitu memang ramai yang dapat ukuran yang betul.

Di gedung-gedung pakaian banyak terdapat bra dalam berbagai bentuk dan ukuran. Cubalah setiap satu hingga kamu dapat bra yang betul2 sesuai untuk melindung store susu kamu.

Berjalan tanpa bra bukanlah satu pilihan terbaik masa kini.
Cuci cermin kereta


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.




Friday, 22 December 2017

KAWAN SAYA TIBA-TIBA TERDENGAR BUNYI KELEKUK-KELEKUK SEBANYAK EMPAT KALI


Nur Humaira 18 months (My Little Maiko)

Semasa saya balik dari solat Jumaat (Ini cerita lama) kawan saya cerita. Cerita ni memang dah lama. Saya ingat-ingat lupa.

Semasa solat Jumaat katanya dia dengar bunyi kelekuk, kelekuk kat belakang dia. Dia terdengar bunyi kelekuk-kelekuk dua kali semasa mukmin sujud rakaat pertama. Terdengar dua kali lagi di rakaat kedua.

Selesai beri salam dia toleh ke belakang.

Dia nampak kat belakang dia ada se orang mukmin sedang berdoa. Di kepalanya ada topi keledar. Kawan saya berguling-guling ketawa. Saya tak taulah cerita dia betul ke tidak.


Jaran Goyang - sekarang kecut bagei-kan asem. (Semata-mata hiburan)

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©


Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Tuesday, 19 December 2017

ENTRY DI BAWAH INI SAYA PETIK TULISAN SAYA DI FACEBOOK SENDIRI.


Teringat aku dalam penerbangan dengan Cathay Pacific Airways dari Hong ke Bangkok pada suatu hari. Ada sorang pramugari dinantara beberapa pramugari yang cantik kelihatan menarik perhatian aku, sebok melayan kerenah penumpang. 

(Pramugari memang cantik2. Kalau tak, tak kan jadi pramugari. Otak mereka pun sama cantik).

The girl of my pride, Izawatiwati Ahmad who owns a few famed boutiques

Setiap kali bila dia lalu sebelah aku, aku senyum. Dia balas senyuman aku. Banyak kalilah dia lalu sebab penerbang lama. Ada satu ketika dia lalu lagi tapi aku tak senyum. Dia pun tak senyum.

Jadi aku berpendapat, lelakilah yang patut melakukan dahulu kalau ingin memulakan dengan wanita dalam segala hal.

Setibanya aku di airport Bangkok aku ke kefetria. Aku nampak dia duduk di situ. Aku dengan selamba  duduk semeja dgn dia. Aku senyum dulu. Dia pun turut tersenyum.

Aku yang mulakan perbualan. Bahasa Inggeris dia amat baik. Last2 aku tanya dia, kenapa dia suka senyum. Jawabnya, "I want to be remembered as a girl who always smiled, the one who could always brighten your day, even if I couldn’t brighten myself."

(Saya ingin orang ingat saya sebagai gadis yang mudah beri senyuman. Gadis yang menceriakan hari kamu walaupun hati sendiri tidak boleh diceriakan.)

Aku beri tau dia betapa mulianya hati dia. Aku kata lagi, "There is nothing more beautiful than someone who goes out of her way to make life beautiful for others."

(Tidak ada perkara yang lebih indah melainkan se seorang yang membuat hari orang lain menjadi indah). Dia senyum.

Aku nampak dia tenang aja. Aku pun tanya lagi kenapa dalam penerbangan tadi dia tak sudi menegur aku. (Lepas tanya tu aku menyesal sebab aku terperasan itu satu soalan bodoh).

Dia jawab, "Talk to us! We don't bite! We love it when passengers talk to me unless i'm busy. Having a joke or a laugh is great."

(Bercakaplah dengan kami. Kami bukannya  mengigit. Kami suka penumpang bercakap dgn kami melainkan di waktu kami sebok. Jika ada jenaka dan ketawa terasa hebat).

Setibanya aku di hotel teringat aku kata-kata pramugari Cathy Airways tadi. Aku sendiri merumuskan andainya kamu tidak ingin bosan di penerbangan yang jauh my only suggestion is have a short sweet conversation maybe make them laugh to leave a lasting impression.

Nanti aku kongsikan pengalaman aku dengan Pramugari Thai Airways semasa penerbangan balik dari Bangkok ke Kuala Lumpur. Juga penerbangan aku dari Osaka ke KLIA.


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©


Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...