Sunday 24 December 2017

PAKAI SUDAH BERTAHUN-TAHUN TAPI TAK PANDAI LAGI


Saya percaya ada wanita memakai bra yang saisnya tidak begitu tepat. Saya boleh bayangkan betapa tidak selesanya mereka memakai yang salah sais.


Comelnya

Kalau saya perempuan saya akan buat bra sendiri yang betul2 selesa dipakai. Saya buat cup-nya ngam-ngam muat untuk melindung ....... alaaa apa nama benda tu. Lupa pulak saya.

Di bahagian dalam cup-nya akan saya tampal dengan kapas agar selesa dipakai dan untuk menampakkan dada kelihatan menarik. Kapasnya tidaklah terlalu tebal supaya tidak kelihatan dada mengembang.

Apabila usia saya menjangkau ke 50-han barulah cup-nya ditebalkan dengan kapas. Saya peduli apa biar dia mengelembung.

Di bahagian bawah sekali saya buat lilitannya melekat ke dada dari kiri ke kanan. 

Masalahnya saya tidak tau menjahit. Langsung tidak tahu.

Bra bukannya seperti baju. Kalau baju longgar sedikit pun no hal. 

Memandangkan bentuk dan ukuran breast bagi setiap wanita tidak serupa amat sukar kilang bra memenuhi keselesaan setiap pemakai. Walau pun begitu memang ramai yang dapat ukuran yang betul.

Di gedung-gedung pakaian banyak terdapat bra dalam berbagai bentuk dan ukuran. Cubalah setiap satu hingga kamu dapat bra yang betul2 sesuai untuk melindung store susu kamu.

Berjalan tanpa bra bukanlah satu pilihan terbaik masa kini.
Cuci cermin kereta


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.




31 comments:

  1. Kalau besar boleh guna bra yang sedang sedang.

    Kalau kecil boleh guna yang sedang sedang juga..

    Boleh juga tak perlu guna bra tetapi wajib Guna jubah tebal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jubah tebal boleh save duit beli bra. Hihihi

      Delete
  2. ...alaa apa nama benda tu. Lupa pulak saya

    Hahaha, Adam punya entri kali ni ahaks..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Saya punya pun dah cukup besar. Kalau besar sikit lagi tentu koyak.

      Delete
  4. Erk.. nak Komen apa ye? Terima kasih kerana priharin haha

    ReplyDelete
  5. Gulpppppp...

    Jenuhlah penjual dok tgu kami diluar bilik persalinan sbb asyik mencuba bra yg betul2 sesuai dan selesa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenuh satu hal. Mengemas lepas tu satu hal. Hubby tunggu satu hal. Beli satu je. Hihihihi

      Delete
  6. ..selalunya bra ada alat utk adjust..suka tgk pramugari, mereka sentiasa kemas..

    pernah nmpk abang Bangla jahit bra kat kilang, tetiba rasa segan pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang yang menjahitnya kebanyakannya lelaki bangladesh.

      saya anggap kesimpulan bagi entri ni ialah selalunya benda yang penting utk kita lindungi pun masih sambil lewa. ada yang nk bertanya macam mana; tapi malu...

      adoi...

      Delete
    2. Nohas and Rapunzel,
      Tengok bangla jahi bra dikira ok. Kalau tengok dia sedang jahit pentis entahlah mungkin terasa malu jugak. Kalau dia sedang jahit pentis saiz XXXL jawabnya terus gelak.

      Delete
  7. Peluang bagi seorang usahawan yang kreatif dan inovatif.
    Kena buat satu inovasi agar satu rekaan kita boleh dipakai oleh sesiapa sahaja tanpa saiz. Ngam2, selesa, selamat, menarik, tahan lasak, konfiden dan mampu milik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yg wp kata ni mungkin boleh dicipta. Segala ciptan hebat berasal dari perkara yg tak menasabah. Contoh kapal terbang.

      Delete
  8. Yang penting kita rasa selesa dengan apa kita pakai itu. Jawapan universal giteww. Video cuci cermin kete tu daripada Nigeria kan. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul gv. Bila rasa selesa sedap kita pakai. Begitu juga dgn kawan. Video ni kawan kongsi di gerup watsap, tak tau pulak saya dari mmna.

      Delete
  9. Replies
    1. Ni entry ke dua terakhir.
      Slmt thun baru nayfatimah

      Delete
  10. Bra ni ada keburukkan & kebaikkan..yang baiknya bagus dipakai ketika bersukan & etc..yang tak baiknya jika terlalu lama pakai sampai tidur pun pakai, boleh mengalakkan pertumbuhan cyst..yang takutnya cyst,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak tau ni. Mungkin ramai tak tau jugak. Thnks Radhia

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...