Terlalu banyak orang bercerita tentang hubungan suami isteri. Ada yg berkata suami hendakkan dia dihormati. Isteri pula memerlukan kasih sayang.
Yang sebenarnya kedua-dua mereka memerlukan perkara yg sama dalam manifestasi yang berlainan.
Saya sudah kerap berbincang dan membuat perhatian sendiri iaitu berdasarkan kedua-dua di atas saya dapati setiap perkahwinan merupakan hubungan yang unik kerana pasangan masing-masing unik.
Se tiap perkahwinan merlukan tindakan berbeza antara satu dengan yang lain.
Tulisan ringkas ini tidak menafsirkan setiap perkahwinan semua serupa tetapi sebagai sentuhan minda untuk membaiki kekurangan.
Dalam perkahwinan adalah didapati isteri memerlukan beberapa perkara dari suami dan ianya merupakan bukan satu perkara yang tidak mudah untuk suami menunaikannya. Isteri minta dihormati.
Pertama: Mata suami hanya kepada isterinya sahaja (kiasan).
Se orang suami kena hormat cinta isterinya dengan tidak sesekali membandingkan isterinya dgn wanita lain terutama model-model terkenal atau dengan setiap wanita yang melintas di hadapan mereka.
Suami akan menjadikan isteri tidak rasa tergugat bila matanya hanya untuk isteri.
Kedua: Suami perlu menyokong impian isteri.
Suami akan menunjukkan tanda hormat bila dia menyokong impian isteri serta mengutamakannya.
Walaupun impiannya terlalu kecil suami perlu beri sokongan untuk isteri mengejar cita-cita.
Ketiga: Berkerja keras untuk keperluan keluarga.
Apabila lelaki berkerja keras untuk keperluan utama keluarga dia telah memancarkan hubungan tanda hormat kepada isterinya. Seorang pemalas tidak ada kemampuan sebagai penghubung komunikasi yang berkesan. Penghormatan isteri terhadapnya senang pudar.
Ke empat: Ringan tulang di rumah.
Setiap keadaan keluarga berbeza. Di se tiap rumah rangga di mana isteri yang lebih banyak masa menguruskannya. Suami sepatutnya tidak teragak-agak mengotorkan sedikit jari-jarinya sekali-sekala seperti menolong membasuh pinggan atau mengangkat kain jemuran. Ini menyuburkan kasih isteri kerana isteri terasa dihormati.
Ke lima: Luangkan masa berbincang dalam topik tertentu.
Bagaimana suami perlukan seks dalam hubungan begitu juga isteri perlukan komunikasi dalam keluarga.
Se orang suami akan lebih dihormati bila dia, sebagai contoh mengenepikan telefon bimbit dan tv apabila berbincang perkara penting dengan isteri sekali sekala. Perbincangan haruslah sentiasa benar.
Ketidak jujuran merupakan perkara utama membuat isteri hilang kepercayaan.
Keenam: Menjadikan masa sebagai keutamaan untuk isteri.
Suami akan dilihat dihormati oleh isterinya bila dia mengutamakan keluarganya lebih dari hobinya, minatnya atau alam sosial nya sendiri.
Bukannya masa lebihan dari hobi dan lain-lain baru diberi kepada keluarga.
Ke tujuh: Meneruskan mengikuti perkembangan isteri
Kebanyakan dari lelaki amat minat mengikuti perkembangan yang berkaitan dengan kekasih mereka tetapi minat itu pudar sebaik sahaja kekasih sudah menjadi isteri beberapa tahun kemudiannya.
Jika minat itu masih ada pun, ianya tidak konsisten atau ditunjukkan dalam gaya yang tidak lagi romantik.
Suami akan disenangi oleh pasangan apabila dapat menunjuk kasih sayang dan menghormati pasangan secara berterusan dalam cara terbaik. Kasih sayang tersemai segar dan bukannya bermusim.
Seperti yang ditulis di awal tadi, tidak semua perkahwinan mempunyai masalah yang serupa. Perkahwinan penuh dengan keunikan oleh itu perkara yang tertulis di atas tidak semestinya menjadi keperluan bagi setiap perkahwinan.
(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©
Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul.
Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiasan.