Sunday 30 April 2017

When You Have The Right To Speak, It Doesn't Mean That You Are Right





(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©


Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul.

Video dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiburan.

Thursday 27 April 2017

Melaka, Destinasi Percutian yang Menarik

Sudah lima bulan saya tidak bercuti sejak pulang dari 0saka pada Desember, 2016. Walaupun belum terasa bosan memerap di rumah, tetapi bagi se orang kaki travel, keresahan tetap ada.

Ke mana sepatutnya saya bercuti kali ini? Ke luar negara tidak mungkin sebab baharu sahaja bercuti di Jepun tambahan pula RM di kocek belum mengizinkan.

Untuk menghilangkan keresahan, bercuti dalam negara adalah keputusan saya untuk kali ini. Tambahan pula negara kita tidak kurang istimewa jika dibandingkan dengan negara luar.

Salah satu tanda mercu bandar Melaka

Sebagai kaki travel saya tidak pernah silap memilih distinasi percutian. Pemilihan destinasi percutian adalah suatu yang sangat penting.

Melaka tiba-tiba berada di hati saya. Gadis-gadis Melaka ramai yang menawan. Mereka terdiri dari berbagai keturunan seperti Portugis, Belanda, Serani, Chetiah, Cina, Melayu, India serta lain-lain.

Rupa dan perwatakan mereka menarik dan menjadi harapan saya agar ada di antara mereka tertawan dengan kelelakian saya semasa saya bercuti di sana. Who knows, seperti kata orang Inggeris.

Keputusan saya memilih Melaka telah muktamad kerana Melaka terdapat banyak tempat yang menarik untuk dilawati.

Melaka terletak di Barat Daya Semenanjung berkeluasan 1650 kilometer persegi dikenali dengan kotaraya bersejarah. Melaka mempunyai 14 buah muzium.

Tempat penginapan merupakan perkara penting semasa bercuti. Sekiranya saat ini anda sedang bercuti di kawasan Bandar Hilir anda jangan khuatir kerana Bandar Hilir ada banyak hotel dan tempat penginapan bermula dari harga murah hingga hotel mewah dengan harga yang cukup mahal.

Hotel boleh dipilih dari dua bintang hingga empat bintang. Tepuk dada tanya selera anda.

Terletak di Pusat bandar Melaka, Euro Rich Hotel Melaka merupakan tempat menarik untuk memulakan pengalaman di situ dan kawasan di sekitarnya. Terletak 0.4 km dari keseronokan bandar, hotel 2-bintang ini terletak di lokasi yang sangat baik dan menyediakan akses kepada tarikan terbesar di bandar.

Pemandangan Sungai Melaka di waktu malam

Untuk pilihan bersiar-siar dan tempat gaya tarikan tempatan, pelancung tidak perlu pergi jauh dari hotel kerana semuanya berdekatan dengan Rumah Terbalik Melaka, Feri Melaka dan Pelabuhan Melaka.

Euro Rich Hotel Melaka menyediakan ke mudahan dan perkhidmatan bagi memastikan penginapan yang menyenangkan bagi para tetamu. Penginapan ini menawarkan 24 jam pengawal keselamatan, pengemasan harian, khidmat teksi, meja depan 24 jam, simpanan bagasi untuk memastikan tetamu menikmati keselesaan yang terbaik.

Tetamu boleh memilih dari 87 bilik, semuanya yang akan memberi suasana ketenangan dan keharmonian.  Di samping itu, pehak hotel menawarkan aktiviti rekerasi untuk memastikan anda mempunyai perkara untuk dilakukan sepanjang penginapan anda. 

Temui gabungan yang menarik antara perkhidmatan profesional dan pelbagai kemudahan yang ada di Euro Rich Hotel Melaka.

Direka untuk kedua-dua tujuan perniagaan dan percutian, Hangout @ Jongker terletak di lokasi strategik di Persiaran Jongker, salah satu kawasan yang paling popular di bandar tersebut. Hanya satu kilometer dari pusat bandar, lokasi strategik hotel memastikan tetamu boleh ke mana-mana sahaja dengan cepat dan mudah ke tempat-tempat tarikan.

Penginapan ini berada di sekitar kawasan tarikan bandar yang popular seperti Chung Wah Chicken Rice Ball, Jongker Street, Muzium Budaya Cheeng Ho. Hangout @ Jongker menawarkan perkhidmatan yang sempurna dan semua kemudahan penting untuk menceriakan pelancung.

Untuk keselesaan dan kemudahan tetamu, hotel ini menawarkan Wi-Fi percuma semua bilik, pengawal keselamatan 24 jam, khidmat pos, khidmat teksi, mesera kerusi roda. Semua penginapan bagi tetamu menawarkan kemudahan yang difikirkan dengan teliti bagi memastikan rasa selesa yang sukar ditandingi.

Taman di hotel merupakan tempat yang ideal untuk anda releks dan tenangkan diri selepas  hari yang sebuk. Hangout @ Jongker adalah destinasi sehenti anda bagi penginapan hotel berkualiti di Melaka.

Mahkota Hotel Melaka adalah sebuah apartment servis yang terletak di tengah bandar Melaka. Tempat ini menggabungkan tradisi dan kemudahan menawarkan keselesaan, perkhidmatan dan keramahan kepada tetamu. Ia memiliki 617 buah bilik dan suite dan tetamu boleh memilih kemudahan penginapan yang menawarkan pilihan 1, 2 atau 3 bilik tidur.

The Farmosa

Lokasi hotel ini adalah berhampiran dengan tempat tumpuan pelancung dan kawasan bersejarah. Tetamu mempunyai pilihan menu makanan yang pelbagai termasuk makanan Itali, Asia atau juadah kegemaran tempatan. Apartment servis ini terletak di kawasan waterfront dan dekat dengat pusat kormersial Melaka dan Mahkota Parade, kompleks beli-belah dan hiburan ternama di Melaka.

Di Aldy Hotel Stadhuys, perkhidmatan yang cermelang dan kemudahan yang unggul menjadikan penginapan anda tidak dapat dilupakan. Hotel ini menyediakan akses kepada pelbagai perkhidmatan yang luas, termasuklah Wi-Wi percuma semua bilik, fasiliti tetamu kurang upaya, simpanan bagasi, Wi-Fi di tempat awam dan di tempat letak kereta.

Aldy Hotel Stadhuys mengandungi 30 bilik yang dihias indah dan menawarkan internet wayarless, tab mandi pusaran air, penyaman udara, meja bar mini. Di samping itu, pihak hotel menawarkan aktiviti rekerasi untuk memastikan anda mempunyai perkara untuk dilakukan sepanjang penginapan anda. Dengan lokasi yang ideal dan kemudahan sepadan, Aldy Hotel Stadhuys sangat memuaskan hati. Jadi tunggu apa lagi. Jom book hotel in Melaka on traveloka untuk promo yang hebat (Klik). Berbelanjalah dengan bijak dan bergaya. Pilihan di tangan anda.


Nyanyian Dondang Sayang Melaka

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul.

Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.








Saturday 22 April 2017

KENAPA DENGAN SUASANA JALAN RAYA MALAYSIA KU?


Kenapa sekarang ramai orang yang marah-marah? 

Di pentas orang suka marah-marah, di pejabat orang marah-marah, di rumah isteri marah-marah, di parlimen ahlinya marah-marah.

Di jalan raya lagi ramai orang yang marah-marah. Jalan sesak orang marah-marah. Lambat bergerak di lampu trafik, orang marah. Melanggar isyarat lampu merah, orang marah. Bawa kenderaan laju orang marah. Memandu dengan pelahan pun orang marah.

Nombor hp di atas boleh dihubungi

Sewaktu saya memandu pulang tadi jalan terlalu sesak. Di persimpangan lampu isyarat kesesakan paling teruk. Di situ sahaja saya menunggu entah berapa lama. Semasa menunggu tiba-tiba ada sebuah kereta meluru masuk ke laluan saya dan berada betul-betul di hadapan. Dia memotong Q.

Semasa dia menghimpit untuk masuk tadi, kereta dia menggesel kereta saya di bahagian hadapan di sebelah kiri. Terasa kereta saya bergoyang. Lampu kereta saya tercabut dan jatuh terus pecah berderai. Hati saya turut berderai kerana memikirkan duit akan turut berderai-derai.

Saya mula hendak marah. Siapa yang tidak akan marah. Hati makin panas. Sudah benar-benar panas. Saya bukan Pak Lebai yang boleh sabar. Betul ke Pak-pak Lebai sentiasa sabar?

Saya pandu keluar dari belakangnya dan menyusur laluan kecemasan dan cuba menyelinap ke hadapannya dari sebelah kiri seperti yang dilakukannya. Keretanya menghalang. Saya tersekat. Kedudukan saya menjadi selari dengan dia. Hidung saya mula mengeluarkan asap kerana hati sudah panas. 

Saya turunkan cermin tingkap dan merenung dia. Dia juga menurunkan cermin tingkap, merenung saya. Dia se orang perempuan.

Dia merenung sambil mengangkat tangan menandakan dia memohon maaf. Saya pura-pura bengis sebaliknya dia tersenyum. Cantik rupanya. Saya tidak senyum. Saya memasamkan lagi muka saya yang selama ini memang tidak pernah manis.

Dia mencapai beg tangannya lalu meraba di dalamnya. Saya bimbang, bimbang dia mengeluarkan pistol. Saya sekadar berani memerhatikan sahaja. Dia berkata se suatu tapi saya tidak faham kerana bising bunyi kenderaan.

Sekarang giliran saya pula untuk berkata se suatu sekurang-kurangnya meminta dia membaiki kereta saya. Dia kemudian mengeluarkan tangan dari begnya. Di tangannya ada se batang lipstick. Dia menoleh ke arah saya sambil tersenyum. Manis betul rupa dia semasa tersenyum. Fakta tetap fakta.

Disapunya lipstik ke bibirnya. Bukan ke bibir saya, ke bibirnya. Bertambah cantik dia. Dia memandang saya, tersenyum. Memang benar dia cantik. Saya senyum dengan senyuman yang lebih lebar. Tidak tahu kenapa.

Dia bukan sahaja cantik bahkan waras. Kalau dia tidak waras pasti dia menyapu lipstick di keningnya. Dia juga bijak menyapu lipstick kerana saya dapati, lipsticknya hanya di bibir. Dagu dan hidungnya bersih, tidak terkena lipstick. Saya tertarik dengan kewarasannya menggunakan lipstick.

Hati saya sejuk serta-merta. Saya cuba panaskan semula seperti awal tadi tapi gagal. Dia berkata se suatu se kali lagi tapi perkataan yang saya faham hanya tiga patah sahaja, "I am sorry."

Saya terasa pelik kenapa saya tidak marah lagi. Mungkin disebabkan setelah dia mengangkat tangan, berkata sorry dan memberi senyuman.  Senyumannya memikat.

"Beri nombor," saya berkata secara gentleman Malaysia. Dia menjawab tapi saya tidak dengar. Saya ulang dengan lebih kuat. "Beri nombor awak."

"Why not ..... Zero one two - three four ........"  belum sempat dia menghabiskannya, kedengaran bunyi hon-hon kereta di belakang. Bunyinya bising serta berpanjangan. Mereka sedang marah, rupanya lampu isyarat trafik sudah berwarna hijau.

Jalan raya kita memang tempat orang mencari kena marah.

Entry sebelumnya: Akan Ke 0saka Segera. (Klik)


(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul.

Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiburan.

Wednesday 19 April 2017

AKAN KE OSAKA SEGERA .... BILA?



Hari Sabtu ini genap lima bulan saya tidak berjumpa serta berhubung dengan Maiko. Adakah dia marah? Saya tidak tahu, hanya dia sahaja yang tahu.

Semalam terlintas di hati saya untuk menghubungi dia, sekurang-kurangnya untuk bertanya kabar. Sementara itu ingin juga bertanya kelapangannya untuk saya ke sana. 

Beberapa patah perkataan telah saya susun untuk bercakap dengan dia kerana bukan mudah berbicara dengan se orang seperti dia kerana saya tahu benar Maiko.

Maiko se orang gadis yang mempunyai perasaan megah di hati tetapi tidak ditunjukkannya kerana dia terlalu berhemah. Memang sepatutnya dia bermegah kerana dia berjaya dalam semua bidang. Dia memiliki segala-galanya yang diperlukan oleh se orang gadis.

Kami bersaing dalam banyak perkara terutama dalam mengukuhkan persahabatan. Kerap juga dia tewas dengan saya walaupun dia berilmu. Saya tahu bila masanya dia tewas walaupun dia pandai melindung dari pengetahuan saya. Dia akan memejamkan matanya sambil menikmati ketewasannya. Ada masanya berpeluh juga Maiko menahan asakan saya yang dia kurang tangkas mengelaknya.

Maiko tumpas di tangan lelaki Melayu yang mengatasinya hanya melalui pengalaman.

Humaira Sofea sentias menutup mulut semasa ketawa

Setelah saya bertekad untuk menghubunginya, saya meng-dial nombornya. Di minda saya terselit pertanyaan yang telah saya sediakan kerana pertanyaan itu wajib saya ajukan kepada dia.

Kata-kata yang telah saya sediakan kerap saya ulang supaya ia tidak tercicir semasa berbicara; "I enjoyed the time we’ve been spending together in Osaka. I feel strongly about you.”

Maiko tidak akan menjawab selagi dia tidak merasa jawapan dia adalah satu kenyataan yang tepat dan merasa puas dengan jawapannya. Dia lebih rela mendiamkan diri dari menjawab andainya kepastian tidak ujud di hatinya.

Tidak mungkin saya berdiam diri di telefon jika dia senyap dan sudah pastinya saya akan berkata, "Don’t you feel the same as I do?”

Tiba-tiba saya matikan telefon lalu berkata, "Perlukah aku dahulu yang menghubungi dia?"






This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul.

Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiasan.

Tuesday 18 April 2017

BULAN DITUTUP AWAN







Bulan ditutup awan

This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul.

Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiburan.

Sunday 16 April 2017

MUDAHNYA KAMU PERCAYA KESEMUA CERITA YANG KAMU DENGAR. INGAT NI, SETIAP CERITA ADA TIGA SUDUT: SUDUT DIA, SUDUT KAMU DAN SUDUT KEBENARAN


KITA MUDAH PERCAYA

Kita pernah dengar beberapa kata-kata Melayu seolah-olah sudah sebati dengan kita hingga kita percaya ke semuanya. Dua contoh ditunjukkan dibawah ini:

1.  Tidak Melayu hiang di dunia.
Orang kata ayat atas tu kata-kata dari mulut Hang Tuah. Betul ke tu? Siapa yang dengar Hang Tuah kata tu? Nampak macam soalaan lawak tapi siapa yang boleh jawab?

2.  Mahshuri berdarah putih.
Ramai orang kata Mahshuri berdarah putih. Betul ke Mahshuri berdarah putih? Cuba kita renung sejenak. Jom kita gerakkan minda kita yang selama ini lemau. 

Boleh percaya ke dengan kata-kata orang iaitu Mahshuri berdarah putih sedangkan Nabi kita yang mulia, darah baginda tetap berwarna seperti darah manusia lain.

Fikir-fikirkan-lah.

Entry sebelumnya: (klik sebelah)  Ini Telah Dipublish Se Tahun Yang Lalu. (Klik)

Playing For Change



(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul.

Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiburan.

Friday 14 April 2017

ENTRY INI TELAH SAYA PUBLISH SETAHUN YANG LALU. DIKELUARKAN SEMULA UNTUK PEMBACA YANG BARU MENGIKUT BLOG INI.


SAHABAT YANG MEMPUNYAI WAJAH SEIRAS PERKERTI

Minggu ni saya bercadang tidak menulis. Sudah tentu ada pembaca yang akan bertanya kenapa tidak ada posting baru. Jadi saya nukilkan kesah saya bertemu se orang rakan baru dari seberang. Selamat membaca.


Nur Humira Sofea

2 JANUARI 2016, Petang Selasa.

Petang semalam saya pergi bergunting rambut. Saya duduk di bangku panjang di luar kedai sebab ramai yang menunggu giliran. Tiba-tiba se orang perempuan duduk di sebelah saya. Cantikkkkk. Saya ni kan lelaki, so saya terus bertemu ramah.

SAYA: Nak bergunting ke?

DIA: Tidak pak. Aku tunggu anak bergunting.

SAYA: Oh, orang Indon. Kamu asli mana?

DIA:  Pulau Jawa pak. Dari suku Banten.

SAYA: Aku ada cewek Indon di sana. Di sana aku nginap di hotel Paragon.

DIA:  Pak, kami di indonesia marah di panggil indon.

SAYA: Kenapa?

DIA:  Terasa terhina pak.

SAYA: Kenapa begitu. Itu kan perkataan pendek untuk Indonesia. Orang Findland dipanggil Finn. Orang Vietnam panggil Viet. Orang Scotland kita  panggil Scot. Orang Thailand kami panggil Thai. Orang Turkey dipanggil Turk. Orang Denmark kita panggil Den. Mereka tidak marah sebab panggilan itu benar. Kamu libur di sini ya?

DIA:  Tidak pak. Aku TKi.

SAYA: TKi itu apa?

DIA:  Tenaga Kerja indonesia. Ertinya buruh. 

SAYA: Kamu dengar ini. Siapa yg merendahkan siapa. Kenapa orang seperti kamu menggelar itu. Kamu panggil buruh? Bukankah elok dipanggil lain. Malaysia pernah ada nama Kementerian BURUH Tapi kami ubah, kami namakan Kementerian Sumber Manusia.

DIA:  Aku ngak ngerti pak.  Kamu ada cewek di Bogor, benar ya?

SAYA: Benar. Dia cantik.

DIA:  Cantik seperti apa?

SAYA: Seperti kamu.

DIA:  Kata-kata yang sering aku dengarin dituju kepada aku. Tapi aku percaya bapak tulus.

SAYA: Aku tidak kata aku iklas sebab sukar membuktikan nya. Tapi jujur aku nyatakan yang aku ketagih berkata benar.

DIA:  Aku kagum. Oh ya, kapan bapak mau ka sana lagi ... jika ke sana maklumi aku ya. Nama aku Wulandri.

CERITA SAYA BERHENTI DI SINI DAHULU. KAMU PERCAYA ATAU TIDAK, TERPULANG. In reality ada dua benda yg menyekat kebenaran: tidak ingin meneruskan percaya atau tidak mau percaya dari mula.

Nur Aqilah Madihah:  sepupu Nur Humaira

PETANG RABU, 3 JANUARI 2016

Tadi saya ke GAMUDA WALK tak jauh dari kediaman saya. Saya ke situ sebab di situ pusat segala2nya. Tetiba saya terpandang perempuan dari Indonesia yang saya jumpa semalam. Di situ dia sedang minum. Saya terus tuju ke meja dia.

DIA:  Ada apa pak ketemuii aku di sini.

SAYA: Aku tampak satu susuk yg indah. Aku terus ke mari.

DIA:   Aduh bapak udah bijak bicara bahasa aku. Bapak di temani siapa?

SAYA: Itu nggak penting. Aku kemari membeli sesuatu. Wulandri, saya tidak suka kamu guna perkataan "aku."

DIA:  Kenapa? Itu bahasa aku.

SAYA: Saya lupa kamu indon. Maaf.

DIA: Bapak, perkataan indon itu penghinaan buat aku. Jangn sebutnya pak, sekurang2nya jangan disebut pada aku. Bapak perlu bantu aku basmi perkataan itu di bumi ini.

SAYA: Itu kerja gila. Kita berdua mana mungkin. Satu cara saja yg boleh.

DIA:  Bagaimana?

SAYA: Ada lebih 2.5 juta orang yang rela disebut indon, datang sebagai TKI. Kenapa? Kerana bangsanya sendiri tak mampu mencipta rejeki untuk sekadar hidup layak di sana.

DIA:  Bapak bicara dalam bahasa aku. Tidak perfect tapi aku ngerti. Suka bangat. Bapak belajar dari siapa.

SAYA: Belajar dari rakan. Namanya Mujar. Shamsudin pun rakan jawa aku.

DIA:   Habis bagaimna cara menghapus perkataan indon?

SAYA: Begini. Jakarta kena bertindak pandai. Cipta banyak kerja. Hutan jngan dibakar. Pokok membesar berpuluh tahun bahkan ada yang beratus tahun. Pemusnahan berlaku sekelip mata. Buat ladang dengan sempurna. Indonesia kaya dengan tenaga kerja.

Dia tidak berkelip mendengarnya.

SAYA: Ramaikan nelayan secara moderen. Indonesia ada minyak. Tapak bekas gunung berapi boleh buat pusat libur atau jadikan kawasan pertanian. Tapak bekas gunung berapi subur. Pulau juga banyak di sana. Jangn harapkan Bali saja. Nanti udah banyak kerja tiada lagi TKi datang ke sini. Tanpa TKI perktaan indon pupus dengan sendirinya. 

DIA:  Sukar pak.

SAYA:  Pulau-pulau di sana jadikan pusat peranginan yang sihat. Bezakan dengan kegiatan hiburan yang disaji di Bali sekarang. Tentu ada tarikan keluargberlibur kiranya dikaji dengan rapi.

DIA:  Itu bukan kuasa aku.

SAYA:  Membasmi perkataan Indon pun bukan kuasa aku. Wulandri, boleh kita selfie.

DIA:  Jangan bapak. Bapak baru aku kenali.

OK FREN, ELOK SAYA BERHENTI SINI DULU. MUNGKIN BUAT SEMENTARA. KALAU SAYA JUMPA DIA LAGI SAYA KONGSI CERITA. (Sekurang2nya saya dah beri dia idea. Tapi siapa yang boleh membuka pintu untuk idea saya masuk ke pentabiran di Jakarta? Atau idea itu sudah difikirankan oleh Jokowi di sana.)


KHAMIS PETANG 4 JANUARI 2016.

Seperti biasa saya ke Gamuda Walk untuk coffee. Terjumpa lagi Wulandri juga sedang minum di tempat semalam.

DIA:  Assalamulaikum. Selamat sore pak.

SAYA: Waalaikummussalam. Mana anak kamu?

DIA:  Aku belum dinikahii. Itu hari anak rakan.

SAYA: Dia juga indon ya?

DIA:  Lagi2 indon. Hina kah jadi indon? TKi yg jadi pengais sampah mulia pak. Ia terlihat hina di mata kamu tetapi tak demikian perihal di mata Allah. Rejeki yang mereka dapati rejeki yang halal. Dibanding dengan koruptor. Kakek pengais sampah kenakan pakaian compang-camping yang mencari makan melalui mengais sampah tampak lebih terhormat.

SAYA: Berapa usia kamu, mari kita selfie.

DIA:  Aku belum selesei .... Allah suka lihat hamba Nya dalam mencari yang halal.

SAYA: Kamu gunakan agama untuk menundukkan aku. Kamu gunakan agama secara tidak jujur. Yang terleka atau selagi masih ada yang terlena, selama itulah agama akan jadi komoditi untuk dijual beli bagi mencari kepentingan. Kamu bukan TKi ya?

DIA:  Allah melihat apa yg aku ujar tadi. Aku kemari untuk melebarkan peluang papa dengan cara halal. Bapak, may i know ..... where's your wife?

SAYA: Should I answer that?

DIA:  Your'e a man and any girl you approach is fortunate to be talking to you. You may ...... or may not answer me.

SAYA: You are out of topic. Boleh kita selfie untuk kenangan.

DIA: Jangan bikin aku teruja. Aku kian cemas di sisi bapak. Nama bapak pun aku tak dimaklumi. Kamu yang out of topic.

SAYA: Berapa usia kamu?

DIA:  Aduh, selama ini bapak disangkai yg terbijak. Dgn pengalaman bapak mana mungkin bapak tidak tau usia aku, mana mungkin pengelaman bapak boleh dibohongi. Berapa usia bapak?

SAYA: Kalau bukan kerana kamu cantik sekarang juga aku pulang. Kamu yg perlu jawab bukan aku.

DIA:  You skipped the topic.

SAYA: Aku perlu jawaban yang jujur. Wulandri, apa tujuan kamu kemari.

DIA:  Bapak lupa mungkin. Tadi aku nyatakan aku ingin meluaskan cita2 keluarga secara halal Bapak Islam bukan?

SAYA: Semestinya aku Islam.

DIA:  Aku tidak ijin benda haram di tubuhku. Bila ada benda haram dalam dagingku, do’a aku bakal lebih susah untuk dikabulkan. Walau sholatku tertunai. Sholat hal pertama yang bakal dihisab.

SAYA: Kamu berpidato?

DIA:  Aku berbangga dgn pengais sampah yg mengutipnya di jalan, di kantor serta di gedong-gedong untuk mendapat rejeki menampong keluarga secara halal. Professi mereka lebih mulia dari pengemis atau pengusaha yg tidak amanah.

SAYA: Soalan aku tidak dijawab.

DIA:  Aku perlu pulang sekarang. Esok aku akan ke kantur direktur di salah satu enterprenur. Aku akan kemari semula esok jam 5, kurang atau lebih. Assalamualaikum.



5 JANUARI 2016, JUMAAT PETANG

Saya kongsi lagi pasal jumpa Wulandri yg datang dari Jawa. Saya suka kongsi walaupun saya tahu tidak ramai yang membacanya. Saya tertarik dgn dia bukan saja kerana dia muda dan cantik tapi minda dia terlalu beza.

SAYA: Salam sore. Apa khabar?

DiA:  Kabar baik. Bapak bagaimna?

SAYA: Aku baik-baik saja mas.

DiA:  Waduh ... terharu aku. Kapan bapak sampei.

SAYA: Bagaimana kamu di kantor tadi. Pergi dgn siapa?

DiA: Hancur pak. Aku tak berjaya. Persiapan aku lemah. Mungkin aku kembali lagi dengan persiapan yg lebih rapi, lebih mantap. Aku bersama paman tadi.

SAY: Jadinya kamu bukan TKi?

DiA:  Aku dosen di sana.

SAYA: Dosen itu apa?

DiA: Aku ibu guru di universitas. Hampir 4 tahun aku peggang professi itu. Aku kemari ingin tapakkan bisnes papa. Di sana kompetisi perit bangat.

SAYA: Kenapa breast kamu basah?

DiA: Bapak mungkin berpendidikan tapi sayang kata2 bapak tidak lebih sopan dari orang yang tidak pernah sekolah, hargailah orang pak apa pun profesi atau jantinanya.

SAYA: Cuba kamu lihat dada kamu. Lihat. Mungkin celana dalam juga basah. Malu dilihat publik.

DiA: Oh ya. Maaf pak. Terima kasih. Di takksi tadi es-krim jatuh aku nggak perasaan. Permisi, aku mau ke toilet untuk membersihnya.

SAYA: Silakan.


Nur Humaira Sofea: sepupu Nur Atikah Husna

DIA:   Ahad ini aku pulang ka Jawa karena kuliah aku ..... bapak temani aku ke Jawa boleh bincang sama papa cara untuk dia maju di sini. Aku minta papa janji sesuatu habuan nanti. Belum pernah aku tawarkan kepada sesiapa ini. 

SAYA: Jangan pernah menjanjikan sesuatu yg kamu sendiri belum bisa pasti untuk menepatinya.

DiA: Bagi aku perjanjian itu satu harapan. Untuk melengkapkan harapan janji kena disempurnakan.

sAYA: Aku ingin penjelasan. Mungkin terlalu personal soalan ini. Kamu cantik. Kenapa belum berpasangan?

DiA: Aku pilih-pilih orang pak. Nggak mau sembarangan. Kalau gak suka, ya gak mau. Aku kek gitu orangnya. Terutama tentang minta ditolongi. Begitu jugak hal jodoh.

SAYA: Kamu pilih yang macam mana.

Dia:  Bapak ngak sudi bicara pasal bapak. Isteri di mana? Kalau masih single mengapa? Aku percaya bapak orangnya hebat. Ngak mungkin tiada pasangan.

SAYA: Aku manusia rendahan yg dilimpahii dgn kekurangan. Kamu silap memuji aku. Mungkin pujian kamu bertujuan. Aku tidak minta kmu menilai menurut apa yang kamu lihat. Tapi kamu bebas menilai, yang sepatut dinilai menurut firasat kamu.

DIA:  Jangan menghina diri. Kamu laki-laki.

SAYA: Tawaran untuk jumpa papa kamu aku tolak. Menolak bukan tanpa alasan. Karena aku hanya ingin menjalani hdup seperti yang aku mau, bukan menjadi yang orang lain inginkan.

DiA:  Kenapa aku tidak diyakini pak, Lihat paspot aku ni. Nah ..... alamat aku. Di situ papa ku miliki sebuah toko bisnes.

SAYA: Aku terlalu amat kuat tidak yakin boleh membantu. Konfiden aku di level paling bawah. Almost zero.

DiA:  Bapak kepingin kecewa sendirian. Put some hopes in life bapak. Hope lies in dreams, in imaginations and in courage. Mereka yg berjaya adalah mereka yg berani menjadikan mimpinya reality. Aku bukan penghalang.

SAYA: Kamu tak pernah cerita pasal kamu. Selfie pun kamu ngak sudi. Mana mungkin kamu dipercayaii.

DiA:  Aku akan pulang ke Jawa, Ahad. Aku akan tunggu bapak di sini hari Sabtu. Jam lima. Paman aku ada sekali. Kita bincang pasal trip ke Jawa. Tunggu kami pak.

Nur Atikah Husna: kakak Nur Aqilah Madihah

6 JANUARI 2016, SABTU PETANG

Semalam Wulandri kata nak jumpa saya. Memandangkan dia nak balik ke tanah Jawa pada esok hari, jadi saya pergi jumpa dia buat kali terakhir. Lagi pun saya memang hendak minum petang macam selaulunya.

SAYA: Selamat sore ibu guru.

DIA: Bapak. Silakan.

SAYA: Mana paman kamu?

DiA: Paman tidak kesempatan. Dia masih shopping dengan antie di K Lumpur.

SAYA: Kamu mau aku prcaya alasan itu.

DiA: Kami udah bincang, papa aku setuju. Bantuan dari bapak kami perlu tapi kami mau bapak sendiri memberi jawaban. Kami tidak mau ajukan perkara itu lagi. Kami tunggu kamu maklumi kami.

SAYA: Adakah itu suatu cara terbaik bagi kamu?

DiA:  Sebutan bapak jelas indonesianya, tapi ada grammer-nya yg  kurang cocok.

SAYA: Bahasa apa yang kita tutur tidak penting. Keperluan bertutur tidak kira dalam bahasa apa. Pertuturan dilakukan untuk memahami maksud.

DIA:  Bapak, aku bukan nggak mau selfie sama bapak. Kalau foto kita di-snap pasti kita menyimpannya. Kalau bapak bukan milik aku udah tentu foto itu jadi punca robek-nya hubungan dengan pasangan masing2.

AkU: Alasan kamu terlalu cetek. Kamu bikin aku pusing.

 Nur Aqilah Madinah: adik Nur Atikah Husna

DIA: Bapak se orang yg beda sekali. Jauh beda dengan laki-laki lain. Hujah bapak rasional bahkan aura kamu mepersona. Aku merasai amat dihargai berada di sisi walau seketika.

SAYA: Tidak mudah kamu mempengaruhi aku.

DiA: Kamu luar biasa. Aku pasti beruntung dapat mengenali kamu. Aku menghargaii kraktor bapak serta attitude kamu yg positif.

SAYA: Berani aku nyatakan kamu terburu-buru mengatakan sesuatu mengikut pandangan mata. Kamu terlalu baru mengenali aku. 

DiA: Apa pun yang akan terjadi kepada bapak, kamu tetap sentiasa mempunyai admirer kerna dia tau, sebab dia bisa kenali siapa kamu.

SAYA: Kamu bijak membuat andaian. Ya, semata-mata andaian.

DiA: Give your trust pak dan tunjukkan kepada dia bahawa kamu memang ngerti tingkah lakunya dan bapak tahu perasaan dia terhadap kamu.

SAYA: Aku memang kalah berbicara dgn kamu. Hujah kamu padat. Aku orang biasa yang dibesar dengan segala kekurangan dan kelemahan. Aku bukanlah seorang bapak-guru dan pastinya tidak bisa untuk membidas hujah kamu secara ilmiah. Walau pun aku percaya kamu silap.

DIA: Tidak mungkin aku silap. Kesilapan hanya pada bapak sebab bapa tidak ambil pusing.

SAYA: Aku ngerti ungkapan kamu dan bersyukur atas kurunia dan anugerah-Nya sebab dapat memahami diri kamu.

DiA:  Andainya kita tidak pernah berbicara begini, pasti kamu aku anggap seperti se ekor beluncas.  Persenaliti bapak mempelawa aku untuk mengenali bapak sehampirnya. You confidently approached me pak. You are a man.

SAYA: I believe men think that attractive women are interested in guys who have looks and money or in a certain age group. Yes, there are some, but not many women far more interested in a man's personality than his wallet or his looks.  
  
DiA:  Bapak arif di situ. Flight aku jam 6.50 esok pagi. 

SAYA: Aku pasti kamu berpotensi mewarisi bisnes papa kamu.

DiA:  Ieya pasti. Doa'kan kejayaan aku pak. Juga kejayaan kita.

SAYA: Bisnes ni umpama kita duduk di belantara. Persaingnya hebat2. Di situ ada giraff, ada singa. Giraff has to run faster than the lion for its survival. Begitu juga singa. Kalau singa tidak pantas belari untuk mengejar giraff singa mati kelaparan. Kita pun demikian.

DiA:  Harap kamu dapat bantu aku.

SAYA: Neng, dengar sini aku nyatakan yg benar. Aku kepingin membantu siapa2 saja secara jujur. Terutama sekali kamu tapi kesihatan aku merumitkan niat aku untuk berbakti pada yg memerlukan. Setelah isteri meninggal beban aku melampaui had. Aku sering di hantar ke rumah sakit. Paling kurang dua minggu per admissi .......... Jantung aku lemah. Paru2 aku dalam keadaan kritikal karena berkerja hingga lupa isterihat, menyebabkan pergerakan terbatas.

DIA:  Kenapa begitu?

SAYA: Oxygen tidak pernah cukup untuk di- konsium oleh tubuh. Aku diawasi oleh dua doktor pakar. Aku sebenarnya menunggu detik yg ngeri .........  bagi ku detik itu terlalu mungkin.

DIA: Bapak!


 Kita layan lagu hindi dulu.

(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul.

Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiburan.

Wednesday 12 April 2017

LADA ITU RASANYA PEDAS




Entry Sebelumnya: Salah Ke Kita Memberi Bila Orang Meminta (Klik)


(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul.

Sunday 9 April 2017

SALAH KE KITA MEMBERI BILA ADA ORANG MEMINTA?



Buat Ibu Jasmin yang berada di Acheh,

Aku senang menerima coretan ibu Jasmin karena itu sangat berarti bagi aku. Aku masih mudah mengingat bait-baitnya karena tulisan ibu aku ukur melalui keindahan bahasanya. Maklumlah tulisan se orang ibu-guru yang berada di gedung ilmu.

Aku mengerti se tiap perkataan ibu karena kita berkongsi bahasa. Bahasa serumpun yang tidak banyak beda, mustahil aku nggak ngerti.

Membacanya berhasil menggerakkan minda aku untuk berfikir secara matang bagi menguruskan hubungan aku dengan Maiko.

Di bawah ini aku turunkan link seperti yang kamu minta, disusun meningkut urutan upload bukan berdasarkan urutan moment di sana.

Aku hanya berbagi cerita-cerita ringan dan pasti hal sulit tidak wajar diluangkan untuk tatapan. Sengaja aku upload link-link itu di sini untuk memungkinkan pembaca baru dapat membacanya serta.

Andainya cerita-cerita ini tersisip moral yang baik, ibu kongsilah dengan teman-teman ibu mungkin mereka merasa menafaatnya.

Aku tidak kesempatan berada di KLCC pada 8 April lalu dan juga tidak berupaya pada 18 April ini karena aku pulang ke desa. Insyaallah, andainya rajeki aku ada, aku akan memesannya dari ibu terus. Kita nggak ketahui, mungkin aku berpeluang ketemui ibu semasa liburan di Aceh kelak; andainya diijinkan Allah.


(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul.

Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiasan,

Wednesday 5 April 2017

CERITA YANG TERTINGGAL


Ada pemba meminta saya menyambung semula tentang kesah Maiko. Syahdunya saya dengan permintaan it
Sebenarnya sudah hampir lima bulan saya tidak menghubungi Maiko. Begitu juga dia yang senyap di Osaka tanpa berita. Saya masih lagi belum mengucap terima kasih kepadanya kerana menerima se botol minyak wangi beberapa minggu yang lepas. Tentu dia merajuk kerana saya tidak menunjukkan tatasusila yang baik.

Tidak mungkin dia merajuk kerana saya kenal siapa dia Maiko. 

Maiko, se orang gadis bukan sahaja rupawaan bahkan penuh dengan keindahan, berperkerti tinggi dan mempunyaii kematangan yang menjangkau usianya. Kata-katanya mempunyai makna yang tersirat dan sukar difahami andainya kita berfikiran terlalu lurus. Suaranya merupakan satu falsafah bagi saya yang mengambarkan reality manusia. Patutlah ramai lelaki tidak berkeupayaan mendampingi dia. 

Dengan saya Maiko telus. Dia jarang menyembunyikan se suatu, hinggakan pergolaakan ibu dan bapanya pernah diceritakan kepada saya. Bagi saya itu satu kepercayaan.

Banyak saya belajar darinya. Saya tidak malu sebab dia se orang gadis dari negara maju memang banyak pengetahuan jika dibandingkan manusia dari dunia ketiga. Saya tidak dapat mengatasi dia dalam banyak perkara tetap kerap juga dia tewas dengan saya. Dia tertewas dengan se orang lelaki Melayu yang berasal dari se buah kampung di Malaysia. Kerapnya apabila dia tewas dia mengakuinya dan berkata. "Your relationship is great Adam." 

Bersedia untuk melindung mulut sebelum ketawa

Kerap saya memerhati kelakuannya dan itu yang mencontohkan saya untuk meningkatkan kehidupan sosial saya. Beberapa perkara saya dapati dia berbeza dari gadis-gadis lain bahkan berbeza denga lelaki kita. Saya nyatakan di sini beberapa perkara yang saya pelajari dari dia:

Penggunaan Handphone: Setiap kali kami keluar makan, Maiko akan mematikan handphone dan menyimpannya di beg tangan sebelum kami masuk ke restoren. Katanya dia meraikan tetamu bukannya handphone. Dia memiliki dua buah handphone tetapi yang kerap saya nampak handphone yang ada gambar epal yang selalu digunakannya. 

Sebaliknya apabila saya perhatikan di Malaysia, jika sebuah meja itu ada lapan orang bersarapan, sudah tentu tidak kurang dari tujuh orang sedang bermain handphone. Mulai dari hari itu saya tidak lagi menggunakan handphone apabila berada di meja makan.

Sebelumnya pernah saya memberi tahunya supaya tidak mematikan handphone-nya. Maiko memberi alasan:

MAIKO:  It doesn't help. If I'm by myself in the kitchen I text away. No problem, but if I'm having dinner with a friend and this moment is a social event, not a food eating function. If I put my phone on the table and doing texting, the people around me know what I'm doing when my eyes are focused on it.

Saya telah dapat satu panduan adab di meja makan dari dia.

MAIKO:  My guideline is simple. I do not text when I'm involved in any type of social interaction.

Memesan Makanan: Selalunya apabila dia membawa saya keluar makan (biasanya makan malam), dia sendiri akan memesan makanan untuk saya. Cara itu saya dapati sangat pratikel kerana memudahkan tugas waiter. Waiter tidak tertunggu-tunggu atau tertanya-tanya apa yang kita hendak makan. Apabila makanan terhidang baru dia bertanya saya apa-apa lagi makanan yang saya perlukan. 

Bersolek: Setiap kali selesai makan Maiko akan ke  bilik air. Di situ dia memberus giginya, dan menambah sedikit makeup di muka. Dia tidak pernah ber-makeup di meja makan walau pun untuk menyapu sedikit lipstick. Makeup di mukanya terlalu nipis dan jika tidak diamati, wajahnya kelihatan seolah-olah tidak ber-makeup. Dia kelihatan cantik begitu.

Seperti kebanyakan wanita Jepun

Cara Ketawa: Memang saya perhatikan, setiap kali dia ketawa dia akan menutup mulut atau melindung dengan jari-jarinya. Adakalanhya dia menggunakan handphone atau kadang kala dengan mufler. Saya bertanya mengapa dia berbuat demikian. Katanya dia sudah dididik begitu tambahan pula kebanyakan gadis Jepun akan melindung mulut mereka dari dipandang orang semasa ketawa.

Kata Maiko, pada zaman dahulu semua gadis jika di luar rumah, mereka akan dibekalkan samada dengan kipas tangan atu payung kecil untuk melindungi mulutnya apabila ketawa.

Kemudiannya saya perhatikan memang terdapat perempuan Jepun menutup mulut mereka dengan tangan apabila ketawa. Mengikut kata Maiko, perbuatan menutup mulut apabila ketawa sudah tidak menjadi amalan kebanyakan wanita sekarang.

Ada sekali dahulu saya genggam kedua-dua tapak tangannya semasa dia ketawa untuk mengelak dia dari menutup mulut. Apa yang dilakukannya ialah dia membenamkan mukanya ke dada saya supaya dia dapt melindung ketawanya. Baju saya nyata bertanda lipstick-nya.

Lintasan Zibra: Dahulu ada saya cerita yang Maiko akan mengepit lengan saya sewaktu melintas jalan. Di entri itu juga saya beri tahu dia tentang larangan bersentuhan antara lelaki Islam dan perempuan.

Suatu hari Maiko bertanya saya kenapa saya tidak memegangnya setiap kali kami melintas jalan, sebaliknya dia yang tetap mengepit lengan saya. 

Memang menjadi kebiasaan bagi Maiko tidak suka orang menjawab secara direct atau tepat. Katanya menjawab secara demikian kurang matang. Saya menjawabnya rengkas. Saya katakan padanya begini, "Why does a man hold the bird?"

Maiko menjawab, "He loves it."

"That's the answer," saya kata. Dia faham yang dia diperlikan dan seperti biasa dia menjeling dan jelingan dia tetap berbisa.

Kegiatan Malam Hari: Setiap kali sebaik sahaja selesai makan malam, Maiko akan terus pulang ke rumah. Kami sama-sama berjalan menjuju ke stesen keretapi. Sementara menunggu keretapi kami berbual di situ. Pernah juga saya ceritakan di enry-entry yang lepas tentang perbualan kami. Biasanya perbualan Maiko serious tetapi dia bijak menggolah perkataan. Diajukan setiap subject-nya secara santai. Teringat saya pada suatu ketika semasa kami sama-sama menunggu train. Dia bertanya:

My little "Maiko".  Humaira Sofea inspecting her dry kitchen yang belum siap

MAIKO:  Adam. Something is keeping on spinning in my mind. Let me clear it with you since you are the right person to explain and appreciate your best answer possible. Is it easy to become a Malaysian citizen?

Saya tidak tahu tujuan dia bertanya tetapi tidak mungkin dia saja-saja bertanya. Dengan dia seperti yang saya nyatakan di atas, kita tidak perlu menjawab secara tepat. Oleh kerana saya sudah mengenali siapa itu Maiko saya pantas menjawab:

SAYA:  I'll answer yours but before that I need you to construct a short sentence by using the word way.

MAIKO:  When there is a WILL there is a WAY. 

Saya senyum dan diragutnya mufler saya kerana dia tertetawa.  

MAIKO: I love that.

Entry sebelum ini Mereka Bukan Budak-Budak Lagi (Klik)

Mimpi saya tetap tinggal mimpi. Gagal menuntun Yanni live 

(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul.

Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiasan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...