Friday 27 April 2018

MINDA KITA MASIH BERTAHAP LUMPUR

Terdapat pemandu2 duduk di dalam kereta dengan injin kereta masih hidup.

1. Apa ni. Ada masalah ke?

Masalahnya kereta2 tu berada di bas stand. Ramai manusia sedang tunggu bas.

2. So, mana datang masalah? Biarlah dia tunggu bas.

Masalahnya bila injin kereta hidup, eksos mengeluarkan asap. Bukan dari satu kereta. Kalau injin kotor, asap lebih kotor. Manusia berdiri di situ sedut asap masuk ke paru2. Asap rosakkan paru2. Paru2 rosak boleh cepat mati.

Cer-se sekali kamu pergi ke Shah Alam. Perhatikan kat bas stand depan Pusat Perubatan KPJ. Boleh dikatakan sentiasa ada pemandu sedang tunggu di situ. Injin kereta masih hidup.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan

Thursday 12 April 2018

SIAPA YANG TIDAK SAYANGKAN AYAH DAN SIAPA PULA YANG TIDAK SAYANGKAN IBU


Assalamulaikum. Sejahteralah kamu,

Kamu yg masih ada ibubapa memang bertuah. Jangan kamu ingat apabila menang loteri baru dianggap bertuah. Ibubapa merupakan tuah yg maha besar kurniaan Nya.

Bagi mereka yg tiada lagi ibubapa, bersyukurlah di atas pengorban mereka. Bersabarlah walaupun hidup kamu sudah tidak semeriah seperti kamu di sisi mereka.

Bila aku tua dan terlantar nanti, aku kan panggil anak2 aku dan setiap hari aku akan kata dgn kata2 yg sama, "You lost your mama. You didn't know that your mama loved you so much."

Mereka sedih atau tidak, aku tetap sambung, "Abah lebih dulu kenal mama kamu dari kamu. Abah tau dia berkorban untuk kamu. Leteran dia merupakan pengorbanan mendidik kamu kerana dia sayang kamu."

Waktu aku berkata tu, aku kena berhenti sebab aku uzur. Aku sambung, "Doakan dia di sana. Doakan dia. Doa kamu membantu dia. Doakan supaya dia tenang. Doakan supaya dia kenal abah di sana."

Jangan sesekali kamu berdoa andainya kamu tidak iklas. Allah pasti lebih menerima doa yg iklas. Amin.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam entry ini semata-mata hiasan.

Monday 9 April 2018

KENAPA MANUSIA TAKUT SANGAT NAK MELOMPAT DARI POKOK KE POKOK?

Aku ada tanam pokok mangga depan rumah, kawan beri. Katanya benih dari pulau Carribean. Berbuah lebat, besar, sedap.

Tupai kerap datang makan. Mula2 aku halau. Rasa nak tembak tupai tu pun ada. Tpi tak sampai hati.

Jiran2 aku dgn tupai memang puaslah makan sebab buah tu melambak-lambak tergantung.

Aku pelik tengok tupai tu. Dia boleh lompat dari pokok ke pokok tpi tak jatuh.

Satu hari aku tanya tupai tu kenapa dia berani sangat melompat. Tupai tu kata, "Sebab aku pecaya aku boleh. Itu sebab aku lompat."

Baru aku tau. Kalau kita yakin, kita boleh lakukan.

Aku tanya lagi, tak pernah jatuh ke. Tupai kata, "Benda hebat bukannya tetiba hebat. Tembok negri China bukan siap dlm se hari."

Bijak tupai ni. Dia duduk kat Malaysia tapi dia tau apa yg ada kat negri China.

Aku tanya dia lagi. Macam mna dia berani melompat dari tempat tinggi. Tak pikir jatuh ke.

Tupai tu senyum, macam dia perli aku je.

Dia pun kata, "Sesuatu keputusan yg hendak diambik merupakan keputusan dalam se buah keputusan yg telah diambil. Jadi ambiklah keputusan dalam keputusan tu."

Aku tak paham. Aku pun kata, "Tupai, aku malas nak layan kamu."

Tupai tu kata, "Tak layan bukannya problm. Aku peduli apa. Adam, remember this: all things are possible if you believe." TAMAT.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam entry ini semata-mata hiasan.

Tuesday 3 April 2018

ADA TIGA PERKARA YANG MEMELIKKAN

1) kenapa kat trafik light, bila kita pegang jer hp, lampu trafik tu cepat bertukar hijau.

2) kenapa setiap kali kita dail nombor salah,  telefon tu tak pernah busy.

3) kenapa hari Isnin jauh dari hari Sabtu tapi hari Sabtu dekat dgn hari Isnin.

4) kenapa bila kita klik jer no wasap.my/60122505473 dia akan pergi terus ke Reen Kasim penjual penapis air Cucoo yg berkualiti?

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam entry ini semata-mata hiasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...