Tuesday 24 December 2019

CARA MUDAH MENARIK PERHATIAN PERSERTA SEMINAR

Teringat saya ada yg bertanya, "Perlukah kita mulakan dengan perkataan good morning pada permulaan ceramah?"

Saya kata boleh tapi perkataan itu tidak semestinya perlu. Cara saya memang lain. 

Ada orang memulakan, "Sebelum saya mulakan ucapan, biar saya terangkan dulu bagaimana kita boleh meningkatkaan ........." Pada saya gaya itu kurang menarik disebabkan dia sudah pun memulakan ucapan. Bahkan sedang berucap. 

Bila kita berucap, kita hanya ada masa kurang dari 50 saat untuk tarik perhatian pendengar. Tarik perhatian itu yang utama. Sebutan "Sebelum saya berucap" tak dpt menarik pendengar dalam erti kata yg sebenar. Masa kurang dari satu minit amat kritikel pada mula ucapan. 

Kata-kata di atas sama juga dgn ucapan good morning. Good morning merupakan kata-kata biasa. Kalau begitu apakah kata-kata yang menarik untuk menangkap perhatian penonton?

Semua perkataan serupa tapi cara penggunaan perkataan itu penting. Sebagai contoh. Kononnya saya diminta untuk beri penerangan tentang cara menaik taraf pembelajaran. Tajuknya pun dah cukup boring. Bagaimana pula nak tarik perhatian penuntun?

Saya gunakan cara lain yang mudah. Saya akan mulakan lebih kurang begini, "Siapa di sini yang tak suka susu? Saya hari-hari minum susu. Susu segar. Perserta wanita dalam majlis ini jangan anggap ini kata-kata kotor. Andainya ada yang tak percaya, cuba beri saya susu sekarang."

Kamu nampak tidak cara aku memulakan ceramah? Sebenarnya kata-lata tadi bukan perkara yang hedak saya ceramahkan.

Walau bagaimana pun dalam kurang dari satu minit saya sudah berjaya tarik perhatian perserta. Selepas tu baru saya mulakan ucapan yg sebenar seperti, "Good morning atau Hi everybody. We’re here this morning to talk about bla, bla, bla, bla." TAMAT

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap sendiri bertanggungjawab. Video dan gambar dalam entry ini semata-mata hiasan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...