Saturday, 16 June 2018

YANG DITUNGGU-TUNGGU OLEH AHLI-AHLI UMNO DAN KEBANYAKAN RAKYAT MALAYSIA


Perebutan kerusi presiden UMNO tahun 2018 amat menarik disebabkan dua tokoh yang bertanding mempunyai sedikit persamaan:

1) Tengku R pernah menentang Tun M
2) Zahid Hamidi pernah merendah-rendahkan Tun M
3) Kedua-dua mereka pernah keluar dari UMNO. Tun M semasa menjadi presiden UMNO menerima mereka semula menjadi ahli UMNO.

Soalannya: Dapatkah ahli UMNO menuntun perhimpunan Agong UMNO secara langsung melalui RTM?

Kesiannya.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam entry ini semata-mata hiasan.

Sunday, 10 June 2018

BERAPA LAMAKAH UMNO HENDAK BELAJAR MENERIMA REALTI SEMASA?

Rakyat Malaysia tertunggu-tungu terutama ahli UMNO tentang hala tuju parti yang konon dipanggil keramat ini selepas pemilihah UMNO tak lama lagi.

Pemilihan inilah yang mendebarkan ramai ahli UMNO kerana bimbang tersalah penilaian dalam memilih chief mereka.

Chief yang akan dipilih nanti bukan sahaja berfungsi untuk mengetuai menjadi kerajaan semula bahakan memulihkan semangat ahli-ahli serta membersihkan nama UMNO yang tercemar kerana sekendal dan  kesombongan  mereka.

Chief juga kena bijak mencari jalan untuk merapatkan hubungan antara parti dalam BN yang kebelakangan ini jelas tidak begitu mesera.

Setakat ini belum ada pesaing yang berkelibar menentang Zahid Hamidi untuk duduk di kerusi presiden.

Zahid yang dianggap lantang dengan merendahkan Tun M dalam banyak hal baru-baru ini telah pergi berjumpa Tun meminta bantuan idea Tun bagaimana untuk memulihkan UMNO semula. Biar maruah diri tercemar asalkan dapat berkuasa.

Adakah pemimpin begini menjadi pilihan UMNO?

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam entry ini semata-mata hiasan.

Tuesday, 5 June 2018

ADAKAH BENAR-BENAR MEREKA PERLUKAN PERUBAHAN ATAU GIMIK PERHIMPUNAN

Umno sudah perasan iaitu orang Melayu telah sedar parti keramatnya tidak bersungguh-sungguh membangunkan bangsanya melainkan untuk kepentingan sendiri.

UMNO memang sedar. Di atas kesedaran ini ada ahli2nya berkata UMNO perlu berubah.

Adakah mereka bena-benar ingin berubah? Kita tunggu pemilihan ahli majlis tertinggi mereka nanti. Tentunya mereka memulakan perubahan dari situ.

Andainya dalam pemilihan ini kelak, kerusi-kerusi ahli majlis tertinggi masih diduduki oleh 35% muka-muka lama, UMNO tidak akan berjaya berubah.

Jika ini benar-benar berlaku, bermakna UMNO memilih jalan salah untuk berubah.

Memilih 35% orang lama termasuk mereka yang angkuh menduduki kerusi tertinggi merupakan satu lagi kesilapan yang dibuat oleh mereka.

Andainya mereka gagal untuk mengaku kesilapan percayalah mereka tidak akan terus belajar dari sebarang kesilapan.

Yang pastinya UMNO tetap akan dilihat seperti UMNO sebelum Mei 9, 2018.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam entry ini semata-mata hiasan.

Monday, 4 June 2018

RAKYAT MALAYSIA MENGHARGAI SEBUAH HARAPAN

Aku peduli apa dgn Malaysia baru atau Malaysia lama.

Seperti biasa matahari terbit di sini setiap hari dgn kehendak Nya. Begitu juga perubahan yg dicita-citakan  oleh rakyat berlaku juga dgn izin Nya.

Mari kita berhenti menuding jari siapa yg tak betul sebelum ini hingga menyebabkan perubahan kerana mereka yang tidak betul sedang keruan.

Bersyukurlah serta berbangga jadi rakyat Malaysia yang suka menyimpan Harapan.

Kita perlu hidup dgn Harapan serta optimis kerana segala-galanya bukan lagi tidak mustahil berada di zaman Malaysia baru.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam entry ini semata-mata hiasan.

Saturday, 26 May 2018

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA KE LIMA BELAS

Bukan perkara tak mustahil Pakaran Harapan dapat mengekalkan kuasa 5 tahun lagi. Ini disebabkan parti lawan banyak kayu reput melainkan Pakatan Harapan turut menyimpan ahli2 sombong seperti kelakuan kayu reput.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam entry ini semata-mata hiasan.

Tuesday, 22 May 2018

BILA TIDAK BERADA DI ATAS SEMUA YANG RAPAT MELARIKAN DIRI

Tidak ada yang kekal di dunia melainkan perubahan. Perubahan berlaku kerana setiap perkara pasti berubah. Ada yg perlukan perubahan sebaliknya ada yg merana dek perubahan.

Yg berubah ke belakang hilang kegemilangan. Empayer yg gah juga hilang; Rom, Spanyol, Belanda, Arab, Portugis termasuk Britain turut berubah. Kegemilangan mereka terhakis.

Kita tidak pernah hendak ambil aktibar penyebab kejatuhan kerajaan2 lama. Jangan salahkan takdir sekiranya kegemilangan hilang sekelip mata disebabkan angkuh dan tamak.

Sekali keagongan pergi, ia lesap untuk selama-lamanya.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen sendiri bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Friday, 27 April 2018

MINDA KITA MASIH BERTAHAP LUMPUR

Terdapat pemandu2 duduk di dalam kereta dengan injin kereta masih hidup.

1. Apa ni. Ada masalah ke?

Masalahnya kereta2 tu berada di bas stand. Ramai manusia sedang tunggu bas.

2. So, mana datang masalah? Biarlah dia tunggu bas.

Masalahnya bila injin kereta hidup, eksos mengeluarkan asap. Bukan dari satu kereta. Kalau injin kotor, asap lebih kotor. Manusia berdiri di situ sedut asap masuk ke paru2. Asap rosakkan paru2. Paru2 rosak boleh cepat mati.

Cer-se sekali kamu pergi ke Shah Alam. Perhatikan kat bas stand depan Pusat Perubatan KPJ. Boleh dikatakan sentiasa ada pemandu sedang tunggu di situ. Injin kereta masih hidup.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan

Thursday, 12 April 2018

SIAPA YANG TIDAK SAYANGKAN AYAH DAN SIAPA PULA YANG TIDAK SAYANGKAN IBU


Assalamulaikum. Sejahteralah kamu,

Kamu yg masih ada ibubapa memang bertuah. Jangan kamu ingat apabila menang loteri baru dianggap bertuah. Ibubapa merupakan tuah yg maha besar kurniaan Nya.

Bagi mereka yg tiada lagi ibubapa, bersyukurlah di atas pengorban mereka. Bersabarlah walaupun hidup kamu sudah tidak semeriah seperti kamu di sisi mereka.

Bila aku tua dan terlantar nanti, aku kan panggil anak2 aku dan setiap hari aku akan kata dgn kata2 yg sama, "You lost your mama. You didn't know that your mama loved you so much."

Mereka sedih atau tidak, aku tetap sambung, "Abah lebih dulu kenal mama kamu dari kamu. Abah tau dia berkorban untuk kamu. Leteran dia merupakan pengorbanan mendidik kamu kerana dia sayang kamu."

Waktu aku berkata tu, aku kena berhenti sebab aku uzur. Aku sambung, "Doakan dia di sana. Doakan dia. Doa kamu membantu dia. Doakan supaya dia tenang. Doakan supaya dia kenal abah di sana."

Jangan sesekali kamu berdoa andainya kamu tidak iklas. Allah pasti lebih menerima doa yg iklas. Amin.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam entry ini semata-mata hiasan.

Monday, 9 April 2018

KENAPA MANUSIA TAKUT SANGAT NAK MELOMPAT DARI POKOK KE POKOK?

Aku ada tanam pokok mangga depan rumah, kawan beri. Katanya benih dari pulau Carribean. Berbuah lebat, besar, sedap.

Tupai kerap datang makan. Mula2 aku halau. Rasa nak tembak tupai tu pun ada. Tpi tak sampai hati.

Jiran2 aku dgn tupai memang puaslah makan sebab buah tu melambak-lambak tergantung.

Aku pelik tengok tupai tu. Dia boleh lompat dari pokok ke pokok tpi tak jatuh.

Satu hari aku tanya tupai tu kenapa dia berani sangat melompat. Tupai tu kata, "Sebab aku pecaya aku boleh. Itu sebab aku lompat."

Baru aku tau. Kalau kita yakin, kita boleh lakukan.

Aku tanya lagi, tak pernah jatuh ke. Tupai kata, "Benda hebat bukannya tetiba hebat. Tembok negri China bukan siap dlm se hari."

Bijak tupai ni. Dia duduk kat Malaysia tapi dia tau apa yg ada kat negri China.

Aku tanya dia lagi. Macam mna dia berani melompat dari tempat tinggi. Tak pikir jatuh ke.

Tupai tu senyum, macam dia perli aku je.

Dia pun kata, "Sesuatu keputusan yg hendak diambik merupakan keputusan dalam se buah keputusan yg telah diambil. Jadi ambiklah keputusan dalam keputusan tu."

Aku tak paham. Aku pun kata, "Tupai, aku malas nak layan kamu."

Tupai tu kata, "Tak layan bukannya problm. Aku peduli apa. Adam, remember this: all things are possible if you believe." TAMAT.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam entry ini semata-mata hiasan.

Tuesday, 3 April 2018

ADA TIGA PERKARA YANG MEMELIKKAN

1) kenapa kat trafik light, bila kita pegang jer hp, lampu trafik tu cepat bertukar hijau.

2) kenapa setiap kali kita dail nombor salah,  telefon tu tak pernah busy.

3) kenapa hari Isnin jauh dari hari Sabtu tapi hari Sabtu dekat dgn hari Isnin.

4) kenapa bila kita klik jer no wasap.my/60122505473 dia akan pergi terus ke Reen Kasim penjual penapis air Cucoo yg berkualiti?

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam entry ini semata-mata hiasan.

Wednesday, 28 March 2018

ORANG DOLU-DOLU.

Orang dulu belajar di old school. Berkawan serta bersosyel dgn orang old school. Berinteraksi dan berperkerti secara old school. Bahasa inggeris mereka bahasa old school.

Yang kita nampak anak2 orang old school ramai yg berjaya. Anak mereka membalas balik jasa serta  mengharumkan nama orang dari old school. Tidak mengherdik orang old school.

Mari kita perhatikan sekarang, anak siapakah dalam bilangan yg ramai menjadi penagih, pembohong, penipu, perogol & lain-lagi yg sejenis dgn nya.

Di mana kemegahan kita bila kita perlekehkan old school.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam entry ini semata-mata hiasan.

Monday, 26 March 2018

BUKANNYA SUSAH NAK UCAP TERIMA KASIH. SEBUTNYA PUN TAK KENA BAYAR

Setiap kali berada di Jepun aku guna trem, bas atau train sebab bukan kerana semata-mata pengangkutan mereka cukup baik bahkan bersih, selesa dan teratur. Ini kenyataan.

Aku naik plane jika jarak terlalu jauh. Itu pun ada masa aku naik train laju (bullet train) yg memakan masa selama 7 jam, perjalan dari Kagoshima ke Tokyo.

Dlm bas, aku suka duduk depan sambil perhatikan pemandunya. Pada pandangan aku, berkerja sebagai pemandu bas di sana terasa sunyi kerana dalam suasana yg sebok dia berseorangan.

Setiap penumpang masukkan duit ke mesin tambang atau menggunakan kad ala touch and go. Pemandu perhatikan sahaja. Tidak ada interaksi.

Walaupun dia bertemu beratus-ratus orang se hari tapi dia terpelusuk atau terasing dari penumpang. Peluang bercakap memang jauh sekali.

Aku pulak setiap kali turun dari bas, aku ucap "Thank you."  Aku nampak setiap muka pemandu berseri-seri selepas dapat ucapan thank you aku.

Aku berpendapat, kita patut ucap terima kasih kepada yg memberi perkhidamatan samada berbayar atau tidak melainkan perkhidmatan yg kita terima tidak sempurna.

Aku lakukan begitu kerana aku dilatih untuk mengguna perkataan terima kasih sejak dari mula belajar bercakap.

Yg peliknya kenapa kita berebut-rebut nak ucap terima kasih kepada waiter samada lelaki atau perempuan di hotel yg bertaraf, sedangkan di bill bayaran terpapar tulisan service charge? Ini bermakna tugas mereka bukan percuma sama seperti perkhidmatan bas yg kita naik. TAMAT

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam

Thursday, 15 March 2018

MAMPUKAH KAMU BERFIKIR SEJENAK?


Sampai masanya nanti ibubapa kita tidak boleh memandu, tidak boleh naik tangga rumah, tidak boleh menukar pakaian atau tidak boleh menyuap sendiri.

Walaupun keadaan mereka belum ke tahap itu sekarang tapi kesedihan pasti terasa andainya kita benar-benar berani bayangkan secara nyata mereka berkeadaan demikian.

Apakah perancangan kita untuk mereka merasa hidup selesa di penghujung usia seperti apa yang kita nikmati sekarang hasil dari kepayahan mereka?

Mungkin tidak ramai yg berani membayangkan serta tidak berani memikirkan keadaan keuzuran ibubapa. Juga tidak ramai memikirkan keperluan mereka semasa tua. Ini bukannya satu kemungkinan, sebaliknya ianya benar.

Pernahkah kita berbincang atau bertanya terus kepada ibubapa tentang keperluan di hari tua mereka seperti keadaan tempat tinggal, makanan, perubatan, minat serta lain-lain.

Ramai di antara kita tidak pernah berniat untuk memikir perkara di atas dan besar kemungkinan terlalu rendah peratusan antara kita yang sanggup berbincang walau pun bersama adik beradik sendiri.

Perbincangan ini merupakan perkara rumit untuk mendapat persetujuan kolektif. Dua perkara utama yang membantutkan hasil kesepakatan tercapai ialah: kewangan dan campur tangan suami atau isteri.

Sehingga kini pernahkah kita memikirkan persediaan mereka. Jika belum, bila akan difikirkan?

Jangan sampai satu hari nanti ada di antara kita berbisik ke telinga mereka. Begini bunyi bisikan kita, "Ibu, ayah. Di rumah penjagaan orang tua-tua di sana lebih selesa. Di sana ada orang yang menjaga."

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Monday, 12 March 2018

AKU SENYUM KAT DIA. DIA PUN SENYUM BALIK KAT AKU

Kat sebelah kereta aku tadi ada sorang pemuda,  terkial-kial pegang dawai nak bukak lock pintu kreta. Kunci kereta dia tertinggal dalam.

Pintu kereta aku pun kerap terkunci macam tu. Oleh kerana dah biasa bukak cara guna dawai, aku pun tolong dia.

Terkial-kial jugak aku cuba bukak. Last2 dlm terkial-kial berjaya aku bukak lock tu. Aku rasa ada 10 minit aku terkial-kial tadi. Tapi sekarang tak terkial-kial lagi.

Bila aku bukak je pintu, ada sorang pompuan duduk dlm. Aku tanya lelaki tu, "Sapa dia?"

Lelaki tu kata, "Bini saya."

Aku senyum je lah. Aku senyum bukan sebab aku happy. Aku senyum sebab nak sembunyikan hati aku yang bergeli-geli ketawa kat dalam.

Dia juga senyum kat aku. Lelaki tu dapat pahala sebab dia senyum.

Wednesday, 28 February 2018

DAH SENYUM KE KAMU HARI INI


Dengar sini. Jangan buat diri kamu terlalu serius. Muka serius boleh melemaukan suami.

Releks, releks. Senyum sikit kalau boleh. Senyumlah, jangan kira di mana kamu berada.

Kalau tak tau cara nak senyum, berlatih. Semasa duduk di mangkok tandas, berlatih. Sambil meneran sambil berlatih. Teran, jngn tak teran. Ingat, berlatih sambil meneran. Bukan selepas meneran.

Semasa bersosiel, ketawalah bila kawan kamu buat lawak tapi jangan ketawa jika itu bukan lawak, bimbang kamu jadi bahan lawak.

Kalau kamu pula yg buat lawak, jangan pulak kamu ketawa dulu. Tunggu dia ketawa baru kamu boleh ketawa. Itu pun kalau kamu tau cara ketawa.

Kat bawah ni aku nak ajar kamu. Sebab kamu tak tau.

Senyum memang penting, terutama bila kamu diperkenalkan kpda kawan baru. Bila diperkenalkan aje, kamu mesti senyum. Ini wajib. Tapi jangan senyum lama2. Jangan, jangan.

Senyum terlalu lama menunjukkan muka kamu tidak jujur, dah jadi pudar. Masa yg elok kamu berhenti tersenyum sebaik saja kawan baru tu dah mula senyum.

Masalahnya kalau dia tak senyum, kamu berhenti ke tak dari tersenyum?

Saturday, 10 February 2018

PLEASE LAH: KENAPA PULAK PERLUNYA SUAMI HENDAK HORMAT ISTERI.

Terlalu banyak orang bercerita tentang hubungan suami isteri. Ada yg berkata suami hendakkan dia dihormati. Isteri pula memerlukan kasih sayang. 

Yang  sebenarnya kedua-dua mereka memerlukan perkara yg sama dalam manifestasi yang berlainan.

Saya sudah kerap berbincang dan membuat perhatian sendiri iaitu berdasarkan kedua-dua di atas saya dapati setiap perkahwinan merupakan hubungan yang unik kerana pasangan masing-masing unik.

Se tiap perkahwinan merlukan tindakan berbeza antara satu dengan yang lain.

Tulisan ringkas ini tidak menafsirkan setiap perkahwinan semua serupa tetapi sebagai sentuhan minda untuk membaiki kekurangan.

Dalam perkahwinan adalah didapati isteri memerlukan beberapa perkara dari suami dan ianya merupakan bukan satu perkara yang tidak mudah untuk suami menunaikannya. Isteri minta dihormati.

Pertama: Mata suami hanya kepada isterinya sahaja (kiasan).

Se orang suami kena hormat cinta isterinya dengan tidak sesekali membandingkan isterinya dgn wanita lain terutama model-model terkenal atau dengan setiap wanita yang melintas di hadapan mereka.

Suami akan menjadikan isteri tidak rasa tergugat bila matanya hanya untuk  isteri.

Kedua: Suami perlu menyokong impian isteri.

Suami akan menunjukkan tanda hormat bila dia menyokong impian isteri serta mengutamakannya. 
Walaupun impiannya terlalu kecil suami perlu beri sokongan untuk isteri mengejar cita-cita.


Ketiga: Berkerja keras untuk keperluan keluarga. 

Apabila lelaki berkerja keras untuk keperluan utama keluarga dia telah memancarkan hubungan tanda hormat kepada isterinya. Seorang pemalas tidak ada kemampuan sebagai penghubung komunikasi yang berkesan. Penghormatan isteri terhadapnya senang pudar.

Ke empat: Ringan tulang di rumah.

Setiap keadaan keluarga berbeza. Di se tiap rumah rangga di mana isteri yang lebih banyak masa menguruskannya. Suami sepatutnya tidak teragak-agak mengotorkan sedikit jari-jarinya sekali-sekala seperti menolong membasuh pinggan atau mengangkat kain jemuran. Ini menyuburkan kasih isteri kerana isteri terasa dihormati.


Ke lima: Luangkan masa berbincang dalam topik tertentu.

Bagaimana suami perlukan seks dalam hubungan begitu juga isteri perlukan komunikasi dalam keluarga.

Se orang suami akan lebih dihormati bila dia, sebagai contoh mengenepikan telefon bimbit dan tv apabila berbincang perkara penting dengan isteri sekali sekala. Perbincangan haruslah sentiasa  benar. 

Ketidak jujuran merupakan perkara utama membuat isteri hilang kepercayaan. 

Keenam: Menjadikan masa sebagai keutamaan untuk isteri.

Suami akan dilihat dihormati oleh isterinya bila dia mengutamakan keluarganya lebih dari hobinya, minatnya atau alam sosial nya sendiri.

Bukannya masa lebihan dari hobi dan lain-lain baru diberi kepada keluarga.

Ke tujuh: Meneruskan mengikuti perkembangan isteri

Kebanyakan dari lelaki amat minat mengikuti perkembangan yang berkaitan dengan kekasih mereka tetapi minat itu pudar sebaik sahaja kekasih sudah menjadi isteri beberapa tahun kemudiannya. 

Jika minat itu masih ada pun, ianya tidak konsisten atau ditunjukkan dalam gaya yang tidak lagi romantik.

Suami akan disenangi oleh pasangan apabila dapat menunjuk kasih sayang dan menghormati pasangan secara berterusan dalam cara terbaik. Kasih sayang tersemai segar dan bukannya bermusim.

Seperti yang ditulis di awal tadi, tidak semua perkahwinan mempunyai masalah yang serupa. Perkahwinan penuh dengan keunikan oleh itu  perkara yang tertulis di atas tidak semestinya menjadi keperluan bagi setiap perkahwinan.



(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul.

Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiasan.

Sunday, 7 January 2018

CABIN CREW, PLEASE TAKE YOUR SEATS FOR LANDING


Gadis di bawah, Arlina Anang seorang wanita muda yang gigih mengembangkan perniagaan sendiri.

Anak Pahang ini tidak lokek mengajar kita berbelanja secara berhemah. Ikutilah kesah beliau di entry yang akan datang sekiranya saya dapat kebenaran darinya. Harap-harap begitulah.

Berbalik kepada entry saya ini, teringat saya semasa berada di Hong Kong selama dua minggu. Setiap malam saya menghabiskan masa duduk di lounge hotel selepas penat berada di pejabat di siang hari sebab tidak tahu hendak ke mana-mana di sana.

Duduk di situ saya hanya minum fresh orange hingga pemuzik habis membuat persembahan mereka. Saya kerap duduk di meja yang sama tetapi dengan berlainan orang setiap malam. Mereka juga kebanyakan seperti saya tidak tau hendak kemana.

Pada malam terakhir saya terlambat dan didapati sudah ada dua gadis duduk di situ. Saya bertanya mereka samada saya boleh bersama-sama mereka di situ. Mereka tidak keberatan. 

Ke dua-dua wanita adalah pembantu penerbangan jarak jauh. Mereka sedang menikmati "Welcome drink" yang disediakan oleh hotel. Sempat juga saya berbual dengan mereka tetapi saya yang kerap bertanya terutama tentang hal penerbangan.

Ada seketika saya bertanya kenapa penumpang diminta tidak menanggalkan tali pinggang walaupun plane sudah mendarat di landasan. Waktu itu plane hanya bergerak menuju ke terminal.

Salah senorang menjawab, "We have strict rules during any flight to keep passengers safe. Some passengers ignore in keeping the seatbelt fastened when the plane has landed."

Saya ulang tanya, "Why do we still have to keep our seatbelt on?"

Se orang lagi menjawab, "When the plane is running on  the ground the pilot may have to hit on brakes at any moment. Putting seatbelts on can avoid accidents ffom taking place especially at the busy airport. With the seatbelts the passengers will be safe on their seats if any sudden slamming of the breaks happens"

Apa yang saya tahu biasanya landasan tu tidak ada gangguan. Saya bertanya lagi, "Does it happen?"

Jawabnya ringkas, "It may happen."

Akan disambung di entry yang akan datang.



(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©



Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Thursday, 4 January 2018

ADAKAH PENILAIAN YANG KITA BUAT MELALUI WAJAH DAN BENTUK RUPA SELALUNYA TEPAT?


Gadis di sebelah ialah rakan saya Arlina Anang. Seorang gadis matang, bijak dan selain dari berfikiran positif beliau tahu mengendali pergaulannya di sebarang majlis sosial.

Tidakkah photo beliau menarik perhatian kamu? 

Sudah tentu kerana anggapan kamu ulam pun tidak cukup lazat untuk menandingi beliau kerana dia mempunyai "package" yang lebih lengkap dari ulaman.
Adakah salah jika kamu menganggap beliau lengkap dengan packeg-nya dengan hanya kenal dia melalui rupa di gambar ini?

Jangan kamu ambil kesah tentang apa orang lain kata terhadap kamu membuat penilaian kerana mereka juga menilai kamu melalui wajah dan bentuk rupa fizikal kamu. Kamu jangan nafikan kenyataan ini.

Saya percaya andainya kamu menyediakan 10 kategori untuk memilih pasangan kamu sudah tentu kualiti adik manis ini ada di dalam semua kategori kamu. Walaupun kamu tidak tahu siapa Arlina tetapi kamu tetap percaya dia memiliki personaliti hebat. 

Secara benar saya nyatakan beliau ialah se orang yang hebat di dalam kelasnya tersendiri kerana saya tahu tentang sahabat saya ini.

Berbalik kepada tajuk entry di atas, kenapa kita kerap mengandaikan personality orang lain melalui wajah seperti kamu menilai adik manis yang gambarnya di sebelah.

Mari kita cari jawapannya melalui soalan berikut:

Apabila kita berada di kawasan awam di mana terdapatnya manusia yang belum kita kenal, apakah yang pertama kita nampak?

a. Adakah kamu nampak hati baiknya?                    

b. Adakah kamu nampak niat baiknya?                    

c. Adakah kamu nampak kehebatannya?                

d. dakah kamu nampak sikap biadapnya?                

e. Adakah kamu perasaan yang setiap orang begitu berbudi bahasa di setiap perjumpaan pertama?

Apa yang kamu nampak hanyalah kulit dan bukan isinya jadi sebarang pendapat kamu terhadap dia tidak 100% tepat.

Mari kita cari jawapannya melalui soalan di bawah:

Apabila kita berada di kawasan awam di mana terdapatnya manusia yang belum kita kenal, apakah yang pertama kita nampak?
a. Adakah kamu nampak hati baiknya?                    
b. Adakah kamu nampak niat baiknya?                    
c. Adakah kamu nampak kehebatannya?                
d. dakah kamu nampak sikap biadapnya?                
e. Adakah kamu perasaan yang setiap orang begitu berbudi bahasa di setiap perjumpaan pertama?

Apa yang kamu nampak hanyalah kulit dan bukan isinya jadi sebarang pendapat kamu terhadap dia adalah tidak 100% benar. 

Saya telah berada di beberapa buah negara luar dan berpeluang bergaul dengan berbagai ragam manusia di dalam beberapa budaya. Ini berarti saya telah menilai secara silap ratusan orang  walaupun bukan ribuan.

Ini juga berarti kesilapan saya menilai se se orang telah berlaku semasa ber-dating, keluar makan malam atau di majlis sosial yang lain.

Kesilapan menilai begini akan terus berulang bukan kerana kita dangkal, berminda sempit, da'if atau tidak ada daya pengukur penilaian. Penilaian salah tetap akan berlaku disebabkan kita hanya berpeluang menilai melalui fisikalnya sahaja. 

Hanya itu sahaja maklumat yang dapat kita guna untuk diserap ke otak sebagai bahan untuk kita membuat penilaian. 

Mulai sekarang elok kita hentikan menilai se siapa sahaja melalui cara di atas kerana nilaian kita tetap tersasar.

Bagaimana caranya pula untuk kita menilai secara tepat kerana kita tetap tidak akan berhenti menilai? Hanya dengan satu cara sahaja iaitu berjalan dengan mata tertutup. Sanggupkah kamu?

Entry sebelum ini: (Klik) Kenapa Wanita Memakai Bra 

Humaira 24 bulan, di biliknya belajar sendirian bahasa Jepun

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©


Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...