Thursday, 5 September 2019

KENAPA KITA TAK MUDAH SENANG?

Hidup ini sebenarnya mudah. Jika hidup kamu terasa sulit, kesulitan itu kamu sendiri yg cari. Mungkin ada di antara kamu yg susah disebabkan tiada beban batu kamu galas.

Untuk hidup rezeki perlu dicari. Cari sehingga dapat. Sayangnya jika direzkikan lebih, kita lupa berkongsi.

Memang dah jadi perangai kita yg tak suka memberi. Sebaliknya kita suka jadi penerima. Kita lupa rezeki yg mudah hinggap ialah ke atas mereka yg tak lokek memberi.

(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul. Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiasan.

SEMOGA MALAYSIA TERUS MENAPAK KE DEPAN.

SEMOGA MALAYSIA TERUS MENAPAK KE DEPAN.

Esok sekali lgi kita mengitraf kepentingan September 16, 1963 sebagai tarikh penubuhan negara baru.

Proses membangunkan negara untuk dijajarkan dgn negara maju bukannya satu perkara mudah. Rasuah belum habis dibasmi. Kemiskinan belum di tangani sepenuhnya. Peluang perkerjaan blum terbuka luas. Pendatang dgn atau tanpa izin ujud di persekitaran.

Adakah ahli2 politik kita matang? Keharmonian antara rakyat tidak diutamakan.

Perasaan benci antara satu dgn lain dimainkan oleh orang tertentu demi kepentingan peribadi. Kita dihasut untuk membenci. Dihasut untuk tidak percaya sesama kita.

Hasutan ini tak banyak sikit tetap mengugat keharmurnian rakyat. Ini merupakan ancaman, ancaman dalaman. Mereka berada di mana2 termasuk di media sosel.

Tapi ancaman yg paling ditakuti ialah diri kita sendiri yang dengan senangnya termakan kata2 mereka.

Kita tau perbezaan sesama kita memang ujud tapi janganlah jadikan perbezaan sebagai konflik. Jangan jadikan perbezan sebagai punca syak wahsangka.

Kita sepatutnya raiikan perbezaan sebab perbezaan mewarnakan kehidupan.

Selamat menyambut hari Malaysia.

(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul. Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiasan.

Wednesday, 4 September 2019

SEMOGA MEREKA TENANG DI SANA.

Semasa diner tdi tetiba aku teringatkan arwah ayah ibu-aku. Hibanya aku waktu tu. Teringat aku jasa mereka. Kerana asuhan mereka kami adik beradik sentiasa menghormati manusia lain di dunia.

Semasa ibu-bapa hidup, merekalah yg menggalak kami berusaha. Aku bersukur, kerana mereka berdua, hidup kami taklah susah. Se besar apapun usaha yang kami lakukan, masih jauh lebih besar doa mereka untu kami adik beradik. Allah beri yang terbaik untuk kami hasil doa mereka.

Aku boleh dpt apa yg aku mau sekadarnya tapi aku bukan  kaya. Kaya yang sebenar bukannya harta. Kaya yang hakiki ialah hati terasa bersyukur.

Sebaik sahaja aku selesai makan, tak sedar aku menadah tangan lalu berdoa, "Ya Allah, aku yakin bahwa takdir Mu lebih baik dari semua yang aku inginkan. Ampunkan segala dosa ibu bapaku. Ambillah pahala aku jika ada dan agihkan kepada mereka."

"Ya Allah, terangkan kubur mereka sebagaimana Kamu menerangi malam dengan bulan dan bintang di lautan setelah Kamu sembunyikan matahari"

"Amiin, amiin amiin."

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri pikul. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.


Friday, 30 August 2019

SEJAUH MANA KITA SUDAH MERDEKA?

Hari in Ogos 31 kita menyambut ulang tahun negara merdeka. Negara kita tidak lagi dijajah. Kita megah kerana dapat merintah sendiri.

Kita sudah bebas dari cengkaman penjajah tapi sedarkah kita yg kita belum sepenuhnya bebas dari cengkaman kemiskinan.

Memang ramai yg sudah kaya, sudah senang di negara sendiri tapi kita tidak nampak atau tak pernah bertanya anak2 di felda adakah mereka memiliki wang saku secukupnya untuk ke sekolah.

Pernahkah kita bertanya anak2 kampung, cukupkah buku sekolah mereka.

Pernahkah mereka bertanya anak2 nelayan. Berapa ramai yang mampu belajar di luar (tution).

Pernahkah kita bertanya penghuni rumah flet murah. Pernahkah mereka ditanya berapa pasang kasut sekolah milik anak mereka.

Pernahkah kita bertanya anak2 gelagangan dlm se tahun berapa hari mereka berada di sekolah.

Pernahkah kita bertanya anak2 di estate. Berapa kali seminggu mereka bersarapan pgi sebelum ke sekolah.

Setiap tahun kita disajikan dengan laungan meredeka. Kita dihibur dgn konsert2. Kita disajikan sebab kita memang suka slogan dan konsert. Kita lupa tentang kemiskinan.

Di manakah mereka yg setiap lima tahun merayu undi rakyat? Jangan jadikan kemiskinan mereka sebagai sebuah dongengan.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©


Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri pikul. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Wednesday, 28 August 2019

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN

Tidak berapa hari lagi kita menyambut hari kebangsaan yang menandakan negara kita sudah merdeka. Jangan kita ingat hidup selepas merdeka begitu mudah.

Hidup kita tidak semudah berkata-kata. Perjuangan kita bukan hanya dari zaman Portugis. Perjuangan kita berterusan mulai semalam, hari ini, esok, dan selamanya. Perjuangan kita belum berakhir.

Rakyat masih ada yang hidup dalam kemiskinan. Gelagangan masih merempat. Ekonomi kita masih belum mampu bersaing dengan negara maju dan pengangguran belum berkurangan.

Penduduk bertambah. Juga ditambah oleh bangsa dari negara lain samada melalui dokumen yang sah atau secara gelap.

Percakaran sesama pemimpin masih seperti dulu. Bangsa dan agama dijaja untuk kepentingan politik.

Wahai ahali-ahali politik, jadikan perbezaan pendapat sebagai satu keunikan dalam berbangsa dan bernegara agar Malaysia dilihat indah dengan berbagai warna. Jangan jadikan perbezaan sebagai pendapat sombong seolah-olah kamu rasa paling benar dalam berfikir. Raikanlah perbezaan pendapat.

Perbedaan pendapat kamu yang berterusan boleh mengakibatkan perpecahan yang membuat bangsa dan negara rugi.

Wahai sahabat ku, jangan kamu megah mengaku sebagai bangsa Malaysia jika kamu tidak mahu turut sama mulai sekarang berdoa untuk mewujudkan negara kita lebih aman dan makmur.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini jika ada semata-mata hiasan.

Saturday, 24 August 2019

DAHULU DAN SEKARANG

Zaman Dahulu:

ANAK: Ayah. Jom tengok wayang.
AYAH: Wayang tu cerita tak sedap.
ANAK: (anak diam walau pun tahu yang ayahnya tidak berkata benar)

Zaman Sekarang:

ANAK:  Ayah. Jom tengok wayang.
AYAH:  Cerita tu tak sedap.
ANAK  Kenapa ayah nak tipu. Bila masa pulak yang ayah tengok wayang tu?

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini jika ada semata-mata hiasan.

Tuesday, 4 June 2019

SELAMAT HARI RAYA

Pastinya sebelum ini ada tulisan saya mencacatkan perasaan pembaca. Walaupun pembaca memafkan ia tetap dah berlaku. Dari itu, untuk kata2 dan sikap yang tak terjaga, saya mohon dibukakan pintu maaf yang sebesar-besarnya.

Sahabat. Takbir raya sudah bersahutan. Menandakan insan2 yang telah berhasil mengharung bulan Ramadan dgn penuh kesabaran. SALAM AIDIL FITRI dari aku;  

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar. Laa ilaaha illallahu wallahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd

Monday, 6 May 2019

APAKAH WARNA BAJU DIA KALI INI?

Aku tau Ramadan akan singgah sini. Aku pasti ia tetap ke mari. Dia hanya tunggu pengumuman untuk muncul semula.

Teringat aku pada tahun sudah. Setelah umat Islam berpuasa selama 28 hari, aku ternmpak Ramadan berkemas-kemas. Aku tanya dia, "Apa tujuan kamu berkemas Ramadan?"

"Aku nak sambung ngembara. Aku akan berada jauh. Lepas tu lebih jauh. Kemudian terlalu jauh dan akhirnya jauh, jauh, jauh, " jawab Ramadan.

"Tidakkah kamu sudi terus berkampung di sini?" aku tanya lagi.

"Aku pergi tak lama. Hanya sebelas bulan. Harap sampaikan pesan aku pada rakan2 kamu. Jangan ponteng puasa. Si lelaki jangan beralasankan gastrik. Perempuan pula berlakun kononnya mereka dalam period, semata-mata untuk ponteng puasa,"  jawabnya.

Aku terus bertanya, "Bila kamu berangkat?"

"Aku tunggu pengumuman. Aku tak tau baju warna apa akan dipakainya semasa mengumumkan aku pergi," jawabnya.

Sambungnya, "Terima kasih kerana menyambut aku ke sini. Terima kasih kerana kamu sabar dan istiqamah selama aku berada di sini. Perbanyakkanlah ibadah walau pun semasa aku tak ada."

Akhirnya Ramadan berpesan, " Ingat, ibadah perlu ditunaikan bukan tujuan menunjuk-nunjuk. Jangan se sekali perniagakan agama untuk sebarang kepentingan diri."

Monday, 29 April 2019

BLOG NI MASIH BELUM PULIH SEPENUHNYA

Sabtu lepas aku ngeteh kat warong kopi. Masa tu datang sorang ibu tua menjaja keropok. Aku tak beli. Dia terus beredar.

Aku perhatikan dia dri belakang. Timbul hiba kat hati.

Aku pergi kat dia. Keropok dia dah tinggal lima peket. Aku beli semua keropok. Lepas aku bayar aku pulangkan semua kropok tu kat dia.

Aku kata, "Saya masih ada kropok kat umah. Makcik ambik kropok semua ni. Makcik jual semula. Duit yg orang bayar klak, makcik ambiklah. Duit tu duit makcik sebab makcik yg berjaja."

Terus aku tinggalkan dia. Sambil hati aku berkata, "Elok tu Adam. Usah tunggu kaya baru nak bersedekah. Sepatutnya dari dulu kmu dah buat macm ni kerana bersedekah meluaskan pintu rezeki."

Alhamdulillah, aku sedar sekarang. Sedekah merupakan harta aku yang sesungguhnya. TAMAT

Friday, 29 March 2019

PANAS PANAS

Kamu suka tak baca cerita panas. Aku ada cerita panas. Kalau kamu suka cerita panas bolehlah baca cerita ni.

Cerita ni memang panas. Boleh buat orang panas. Ceritanya begini:

Semalam ada satu kereta terletak kat tepi jln. Waktu tu tengah hari semasa panas terik. Aku pergi tanya pemandu tu, "Kenapa berhenti kat tempat panas?"

Pemandu tu jawab, "Kereta ni tak boleh start. Tali kipas putus. Kereta asik mati sebab injin panas."

Sekian cerita panas dari aku.

Sunday, 17 February 2019

SAUDARA SUHAIMI SAAD


Saudara Suhiami Saad,
Assalamulaikum Saudara se agama ku,

Saya tak berniat menulis tentang pandangan saudara berkaitan rupa bentuk bumi, ubat vaksin, persekolahan atau penggunaan mesin basuh.

Di sini saya bukannya ambil kesempatan memberi nasihat jauh sekali mengutuk seperti mereka yg lain lakukan.

Saya cuma minta saudara bertindak tenang. Sementara itu cuba cari waktu paling hening saudara.

Gunakan masa itu sepenuhnya untuk fikirkan tentang impak keluarga terutama tentang pelajaran dan pergaulan sosial mereka andainya saudara berterusan begini.

Masa depan mereka bergantung di atas tindak-tanduk saudara sekarang. Jangan beri mereka ruang walau pun sedikit untuk menyalahkan saudara kemudian. Pada masa itu penyesalan sudah tidah bererti.

Permintaan saya hanya satu: Cuba pertimbangkan permintaan saya untuk saudara fikirkan tentang impak keluarga andainya saudara berterusan dgn sikap begini.

Maafkan saya jika memberi pandangan begini menjadi kesalahan besar bagi saudara.

Saturday, 16 February 2019

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...