Wednesday 28 March 2018

ORANG DOLU-DOLU.

Orang dulu belajar di old school. Berkawan serta bersosyel dgn orang old school. Berinteraksi dan berperkerti secara old school. Bahasa inggeris mereka bahasa old school.

Yang kita nampak anak2 orang old school ramai yg berjaya. Anak mereka membalas balik jasa serta  mengharumkan nama orang dari old school. Tidak mengherdik orang old school.

Mari kita perhatikan sekarang, anak siapakah dalam bilangan yg ramai menjadi penagih, pembohong, penipu, perogol & lain-lagi yg sejenis dgn nya.

Di mana kemegahan kita bila kita perlekehkan old school.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam entry ini semata-mata hiasan.

Monday 26 March 2018

BUKANNYA SUSAH NAK UCAP TERIMA KASIH. SEBUTNYA PUN TAK KENA BAYAR

Setiap kali berada di Jepun aku guna trem, bas atau train sebab bukan kerana semata-mata pengangkutan mereka cukup baik bahkan bersih, selesa dan teratur. Ini kenyataan.

Aku naik plane jika jarak terlalu jauh. Itu pun ada masa aku naik train laju (bullet train) yg memakan masa selama 7 jam, perjalan dari Kagoshima ke Tokyo.

Dlm bas, aku suka duduk depan sambil perhatikan pemandunya. Pada pandangan aku, berkerja sebagai pemandu bas di sana terasa sunyi kerana dalam suasana yg sebok dia berseorangan.

Setiap penumpang masukkan duit ke mesin tambang atau menggunakan kad ala touch and go. Pemandu perhatikan sahaja. Tidak ada interaksi.

Walaupun dia bertemu beratus-ratus orang se hari tapi dia terpelusuk atau terasing dari penumpang. Peluang bercakap memang jauh sekali.

Aku pulak setiap kali turun dari bas, aku ucap "Thank you."  Aku nampak setiap muka pemandu berseri-seri selepas dapat ucapan thank you aku.

Aku berpendapat, kita patut ucap terima kasih kepada yg memberi perkhidamatan samada berbayar atau tidak melainkan perkhidmatan yg kita terima tidak sempurna.

Aku lakukan begitu kerana aku dilatih untuk mengguna perkataan terima kasih sejak dari mula belajar bercakap.

Yg peliknya kenapa kita berebut-rebut nak ucap terima kasih kepada waiter samada lelaki atau perempuan di hotel yg bertaraf, sedangkan di bill bayaran terpapar tulisan service charge? Ini bermakna tugas mereka bukan percuma sama seperti perkhidmatan bas yg kita naik. TAMAT

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam

Thursday 15 March 2018

MAMPUKAH KAMU BERFIKIR SEJENAK?


Sampai masanya nanti ibubapa kita tidak boleh memandu, tidak boleh naik tangga rumah, tidak boleh menukar pakaian atau tidak boleh menyuap sendiri.

Walaupun keadaan mereka belum ke tahap itu sekarang tapi kesedihan pasti terasa andainya kita benar-benar berani bayangkan secara nyata mereka berkeadaan demikian.

Apakah perancangan kita untuk mereka merasa hidup selesa di penghujung usia seperti apa yang kita nikmati sekarang hasil dari kepayahan mereka?

Mungkin tidak ramai yg berani membayangkan serta tidak berani memikirkan keadaan keuzuran ibubapa. Juga tidak ramai memikirkan keperluan mereka semasa tua. Ini bukannya satu kemungkinan, sebaliknya ianya benar.

Pernahkah kita berbincang atau bertanya terus kepada ibubapa tentang keperluan di hari tua mereka seperti keadaan tempat tinggal, makanan, perubatan, minat serta lain-lain.

Ramai di antara kita tidak pernah berniat untuk memikir perkara di atas dan besar kemungkinan terlalu rendah peratusan antara kita yang sanggup berbincang walau pun bersama adik beradik sendiri.

Perbincangan ini merupakan perkara rumit untuk mendapat persetujuan kolektif. Dua perkara utama yang membantutkan hasil kesepakatan tercapai ialah: kewangan dan campur tangan suami atau isteri.

Sehingga kini pernahkah kita memikirkan persediaan mereka. Jika belum, bila akan difikirkan?

Jangan sampai satu hari nanti ada di antara kita berbisik ke telinga mereka. Begini bunyi bisikan kita, "Ibu, ayah. Di rumah penjagaan orang tua-tua di sana lebih selesa. Di sana ada orang yang menjaga."

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Monday 12 March 2018

AKU SENYUM KAT DIA. DIA PUN SENYUM BALIK KAT AKU

Kat sebelah kereta aku tadi ada sorang pemuda,  terkial-kial pegang dawai nak bukak lock pintu kreta. Kunci kereta dia tertinggal dalam.

Pintu kereta aku pun kerap terkunci macam tu. Oleh kerana dah biasa bukak cara guna dawai, aku pun tolong dia.

Terkial-kial jugak aku cuba bukak. Last2 dlm terkial-kial berjaya aku bukak lock tu. Aku rasa ada 10 minit aku terkial-kial tadi. Tapi sekarang tak terkial-kial lagi.

Bila aku bukak je pintu, ada sorang pompuan duduk dlm. Aku tanya lelaki tu, "Sapa dia?"

Lelaki tu kata, "Bini saya."

Aku senyum je lah. Aku senyum bukan sebab aku happy. Aku senyum sebab nak sembunyikan hati aku yang bergeli-geli ketawa kat dalam.

Dia juga senyum kat aku. Lelaki tu dapat pahala sebab dia senyum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...