Monday, 31 July 2017

NAK HANTAR KE TIDAK SURAT NI? NAK HANTAR KE TAK?


Saya sekarang sedang membuat persediaan terakhir untuk pergi ke Osaka kerana memenuhi pelawaan Maiko untuk bercuti di Ehime yang terletak di sebuah Pulau bernama Shikoku di perairan Jepun. Semua persiapan telah beres hanya menunggu ketetapan tarikh dari Maiko sahaja. Perlawaan untuk menemani Maiko bercuti ada di sini.

Terkejut saya apabila jumlah perbelanjaan untuk selama tiga minggu di sana begitu tinggi. Untuk ke sana menjadi nyata saya perlu membatalkan percutian ke tempat lain yang telah dirancang sebelum ini.

Terfikir juga saya satu cara untuk menjimat perbelanjaan andainya saya teringin sangat berada di sisi Maiko. Saya harus mempelawa dia ke sini. Jika dia bersetuju, perbelanjaan boleh dikurangkan sebanyak 60 peratus sekurang-kurangnya.

Serta merta saya rangka se pucuk surat dan akan saya kirim melalui pos. Maiko tentu suka menerima surat secara begini kerana dia suka dengan perkara "old-fashioned" yang kebanyakan orang tidak melakukannya lagi.

Surat saya untuknya ringkas. 


Berjalan-jalan dengan Maiko cukup mudah. Dia bila-bila masa sanggup membatalkan rancangan jika diajak ke haluan lain. Tempat yang paling dia suka ialah tempat yang tidak sebok, terutama tempat yang panaromanya menarik.

Teringat saya pada satu ketika semasa kami melawat Universal Studio Japan. Kami hanya melawat bahagian Harry Potter sedangkan banyak lagi tempat menarik di dalamnya tidak dijengok kerana bagi Maiko kawasan itu merimaskannya.  

Dari situ Maiko membawa saya ke sebuah resort yang banyak kolam air panas. Namanya Fushioukaku Hot Springs. Kolam air panasnya ada yang terletak di tempat terbuka dan ada yang tersorok. Di situ air panas semula jadi ada disalurkan secara sembunyi ke beberapa kolam. Sungguh cantik dan tenang kawasan itu. Kolam-kolamnya juga direka dengan indah mungkin oleh pengurusan hotel yang mentabirnya. Hotel yang besar dan cantik. 

Setibanya di situ, kami cepat-cepat berendam kerana suhu persekitarannya terlalu dingin. Dengan berpakaian tebal tiga lapis termasuk long john dan baju "coat" dibuat dari kulit, saya masih kesejukan. Air panas di kolam menyegarkan kami semula.  

Semasa berendam, saya nampak Maiko se orang sahaja yang ada memakai bra sedangkan perempuan yang lain hanya bertuala sahaja. Saya bertanya Maiko kenapa dia memakai bra sedangkan orang lain samada lelaki atau perempuan hanya bertuala putih. Kata Maiko dia terlupa untuk menanggalkannya tadi lalu dia meminta saya membuka buckle bra di belakangnya. Jika dilakukannya sendiri dia bimbang tualanya terjatuh. 

Saya buka, perhatikan tulisan di labelnya. 

MAIKO:  That label is in Japanese, Ookina Mune wo Chiisaku Miseru.

SAYA:  What is Ookina Mune wo Chiisaku Miseru?

MAIKO:  In English; the bra that makes large breasts look smaller.

SAYA:  How big are yours? (Saya senyum)

MAIKO:  This brand was on sale when I bought it. The sexiest thing for a girl is self-confidence so it doesn't matter what size and shape the bra is.

SAYA:  Do you put your bra on before you get on the scale so 'they' don't hang down and weight more?

Baginya soalan demikian bukan satu perkara yang karut kerana minda dia sudah dikawal oleh reality kehidupan. Maiko terus menyelam kerana seperti biasa dia menyembunyikan mukanya bila ketawa. Sebaik sahaja dia timbul semula saya berkata, "There is a home in Kuala Lumpur waiting for someone from Japan. Would you?"

Maiko merenung sambil menarik lengan saya mengajak keluar dari kolam. Katanya, "Let's go. Our dinner is 30 minutes away from here."

Entry sebelumnya: INI CERITA ORANG TUA. BUDAK TAK FAHAM

Humaira Sofea 19 months old Julai, 2017


Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri junjung. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Sunday, 30 July 2017

INI CERITA ORANG TUA. BUDAK-BUDAK TAK FAHAM


Se orang lelaki warga emas pergi ke pharmasi untuk membeli ubat. Setibanya ke kaunter, pembantu pharmasi berkata:

PEMBANTU PHARMASI:  Uncle. Kami di sini memberi percuma ubat kepada warga emas berusia 85 tahun ke atas. Berapa usia uncle? Apa penyakit uncle?

UNCLE:  Lebih 85 tahun.

PEMBANTU PHARMASI:  Minta saya tengok kad pengenalan.

Uncle tu memberi kad pengenalannya kepada pembantu pharmasi.

PEMBANTU PHARMASI:  Uncle berusia 88 tahun. Uncle dah layak dapat ubat percuma. Apa penyakit uncle.

UNCLE:  Badan ni gatal2.

PEMBANTU PHARMASI:  Boleh saya tengok bahagian yang sakit atau gatal tu. Itu syaratnya.

Uncle pun menanggal bajunya. Pembantu Pharmasi berpuas hati. Dia terus memberi ubat kepada uncle tu. Uncle pun pulang ke rumah. Di rumah isterinya bertanya samada dia dah beli ke belum ubat gatal2 tu.

UNCLE:  Ubat tu dapat percuma. Dengan sayarat pelanggan mesti  berusia 85 tahun ke atas dan mesti tunjukkan penyakitnya.

Tiba-tiba isterinya marah2 kat suami dia pasal ubat. Uncle tu buat tak tahu je. Dah begitu perangai isterinya. Sejak kawin hingga sekarang dia dengar isteri dia berleter. Kalau tiga hari uncle tu tak dengar isterinya berleter, uncke tu demam.

Pembaca kalau nak tau apa yang dileter oleh isterinya sila lihat gambar di bawah.


Entry sebelum ini:  Tak Tahulah Kat Mana Kampung Ni.

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

Video khas untuk mereka yang ada isteri



(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri junjung. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Saturday, 29 July 2017

TAK TAULAH KAMPUNG NI KAT MANA.



Di sebuah kampung bernama Kampung Pinang Dua Buah, Lebai Malang tercari-cari dengan satu jawapan yang dia terlalu ingin nak tau. Dia keluar rumah untuk bertanya dengan orang yang dia anggap hebat di kampungnya. Dia terjumpa dengan Tok Penghlu.


LEBAI MALANG:  Saya nak tanya ni. Seks ni perkejaan atau hiburan?

TOK PENGULU:  Mestilah perkerjaan Pak Lebai.

LEBAI MALANG:   Terima kasih Tok Penghulu.

Lebai Malang pun meneruskan perjalanan dan tiba-tia dia terjumpa degan Ketua Kampung Pinang Dua Buah.

LEBAI MALANG:  Saya nak tanya. Seks tu perkerjaan atau hobby?

KETUA KAMPUNG:  Alaa .... Itu pun Pak Lebai tak tau. Perkerjaanlah.

Lebai Malang ucap terima kasih lalu meneruskan perjalanan. Dia terjumpa dengan Pak Kadok. Lalu dia bertanya.

LEBAI MALANG:  PA Kaduk tau tak. Seks ni perkerjaan atau hiburan?

PAK KADUK:   Pak lebai, itu perkerjaan, perkerjaan dan perkerjaan.

Lebai Malang puas hat lalu dia pun duduk berehat di tepi jalan. Lebai Malang bertambah yakin yang seks tu satu perkerjaan. Dia ingin pulang ke rumah dengan hati gembira. Dia terpandangkan Mat Jenin.

LEBAI MALANG:  Mat Jenin. Kamu tau tak seks tu perkerjaan ke?

MAT JENIN:  Mana aku tau.

Tiba-tiba Pak Pandir menegurnya dari belakang.

PAK PANDIR:  Assalamulaikum. How are  you Pak Lebai?

LEBAI MALANG:  I'm fine thank you. Where are you going?

PAK PANDIR:  I'm looking for kambing. My wife asked me to look for one. The one yang ada janggut. Any story for me Pak Lebai?

LEBAI MALANG:  Begini, saya nak tau. Seks ni perkerjaan atau permainan?

PAK PANDIR:  That's not a question Pak Lebai. That's is stupid.

LEBAI MALANG:   Apa yang stupid-nya Pak Pandir?

PAK PANDIR:  Pak Lebai, do you know that I ada lima orang bibik kat rumah. Semua kerja kat umah bibik yang buat. Mengunci pagar pun dia buat, itu perkerjaan. Lap meja pun dia buat, itu perkerjaan. Onn-kan air-con dia buat. itu perkerjaan. Tapi kalau seks itu satu perkerjaan, kenpa bini aku yang tak mesera bibik, tak benarkan bibik masuk ke bilik tidur aku. Ce-teka, ce-teka, perkerjaan atau hiburan?


They're Chinese

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri junjung. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Thursday, 27 July 2017

DARIPADA DUDUK DIAM ELOK TULIS YANG RINGAN-RINGAN


Se orang pensyarah sedang membuat kajian berkenaan dengan minat suami-suami pada waktu lapang. Pensyarah ingin tahu apa yang suami-suami lakukan di waktu mereka tidak membuat apa-apa kerja. 

Penysarah tersebut mula meminta bantuan dari beberapa orang penuntutnya untuk pergi menemuduga sekurang-kurangnya 100 orang bagi setiap penuntut. Hanya tiga soalan sahaja yang perlu ditanya kepada suami yang ditemuduga iaitu, apakah kegemaran mereka di waktu lapang, suami berasal dari mana dan apa namanya.

AhSang salah se orang dari penuntutnya terpilih untuk melakukan tugas menemuramah.

AhSang (bukan nama sebenar) se orang penuntut yang bijak. Dia memilih se buah kawasan perumahan yang dipenuhi dengan rumah flet. Di situ AhSang tak perlu tercari-cari orang kerana mereka duduk se kumpulan. 

Tiada kaitan dengan entry

AhSang memulakan temuduganya yang pertama. Dia pergi ke blok A lalu terus mengetuk pintu rumah pertama.

AHSANG: Saya nak tanya, apa kegemaran tuan semasa lapang?

PENDUDUK PERTAMA:  Merenung intan.

AHSANG: Tuan berasal dari mana?

PENDUDUK PERTAMA: Lombok.

AHSANG:  Siapa nama tuan?

PENDUDUK PERTAMA: Muhamad Samudra.

AhSang mengucapkan terima kasih dan beredar ke rumah ke dua. Ah Sang pun bertanya.

AHSANG: Siapa nama tuan? 

PENDUDUK KE DUA:  Sheikh Mujibur Ali 

AHSANG:  Babuji berasal dari mana?

PENDUDUK KE DUA:  Dhaka, Bangladesh.

AHSANG:  Apa kegemaran babuji bila babuji tak buat apa-apa kerja?

PENDUDUK KE DUA:  Saya intan ada tengok.

Selepas mengucap terima kasih AhSang pun pergi menemuramah ke rumah ke tiga.

AHSANG: Saudara ini aslinya mana? 

PENDUDUK KE TIGA: Ambon, indonesia.

AHSANG:  Apa nama saudara?

PENDUDUK KE TIGA: Adi Unggul

AHSANG:  Apa kegemaran saudara semasa lapang?

PENDUDUK TE TIGA: Merenung intan.

Begitulah setiap tingkat yang AhSang tanya dan jawapan mereka tetap serupa: merenung intan. AhSang terasa pelik lalu beredar dari situ untuk pergi ke blok ke dua iaitu blok B. 

Sambil berjalan AhSang ternampak se buah tingkap bilik mandi di tingkat empat terdedah. AhSang menuju ke rumah tersebut lalu mengetuk pintunya. Keluar se orang wanita berkemban dengan tuala mandi membuka pintu. AhSang memberi tau wanita tersebut tujuannya ke situ.

AHSANG: Saya dapati tingkap bilik mandi saudari terbuka. Kenapa?

PEREMPUAN TINGKAT 4 BLOK B:  Iya, aku suka itu. Angin pantas masuk pak. Aku ijinkan ia masuk, nyaman sekali begitu.

AHSANG:  Waktu saudari mandi tingkap itu didedah juga ka?

PEREMPUAN TINGKAT 4 BLOG B:  Iaya. Di sini nggak apa pak karena di sini ngak ada jebong. 

AHSANG: Saudari berasal dari mana?

PEREMPUAN INGKAT 4 BLOG B:  Kenapa bertanya begitu pak. Aslinya aku Teluk Bayu.

AHSANG:   Boleh nyatakan siapa nama saudari.

PEREMPUAN TINGKAT 4 B:  Aduh ........ Ngapa pak? Tapi mereka panggil aku dengan nama pendekku. Semua orang di sini panggil aku dengan nama itu. Bapak juga boleh panggil aku begitu. Aku kepinginan dengarin bapak menyebutnya. Nama aku Intan Kamila. Mereka semua panggil aku Intan.

AhSang pun menamatkan tugas menemurah dan terus menghantara hasil kajiannya kepada pensyarahnya yang berbunyi begini, "Prof, hasil kajian saya, semua suami suka tengok intan."

Prof menggeleng kepala apabila membacanya sambil berkata, "Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Suami suka tengok permata."

Cerita ini tiada kaitan sama ada yang membaca atau yang tidak membacanya.


Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis pengiklanan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM DAN ALLAHYARHAMAH

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri usung. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Tuesday, 25 July 2017

JANGAN FOKUS UNTUK MEMILIKI BLOG HEBAT TAPI FOKUS-LAH MENULIS PERKARA YANG PEMBACA ANGGAP HEBAT


Bukannya susah hendak dapat gelaran blogger di Malaysia ini. Caranya senang sangat, tak perlu memecahkan otak befikir untuk menulis.

Caranya begini:

1.  Buka satu akaun blogger.

2. Tulis sebarang cerita yang hendak disampaikan. Tulislah apa-apa, sebab pembaca kita bukannya kesah dengan apa yang ditulis. Kadang-kadang bukannya mereka baca hingga habis tapi mereka komen. Saya contohkan satu cerita yang mudah untuk ditulis. Lihat di bawah: 


HARI YANG MEMENATKAN 

Pagi tadi aku kena hantar anak ke sekolah sebab encik somi sakit gigi. Aku hantar dua 
orang anak. Anak aku bersekolah pagi di sekolah yang sama.

Lepas aku hantar anak ke sekolah, aku terus ke pasar. Aku beli ikan, sayur dan beras. 
Sampai rumah aku terus masak. Cepat-cepat aku masak.

Masak menggunakan periuk nasik Cuckoo buatan korea.

Selesai sahaja aku masak aku pergi ambik anak yang sekolah. Sampai di rumah aku 
tengok en somi tidak ada mungkin dia pergi cabut gigi. Aku beri anak aku makan. 
Anak aku makan. Lepas itu aku tidur sebab hari ini hari yang memenatkan aku 
hingga aku tidak terdaya hendak membaca fb Cuckoo Street 
yang menjadi kegemaran aku.
_______________________________________

Nampak tak? Senangkan untuk dapat gelaran blogger. Jangan terperanjat, entry begini pun boleh dapat komen yang baik-baik. Kenapa begitu? Sebab pembaca Malaysia semuanya mudah merasa kasihan. Maaf, silap. Pembaca mengomen bukan sebab mudah merasa kesian tetapi mereka mengharap kita turut mengomen entry mereka.

Lepas ni bolehlah kita dengah megah mengaku , "Aku Se Orang Blogger."

Apa-apa pun ingatlah tajuk entri ini dahulu sebelum menulis; Jangan Fokus untuk Memiliki Blog Hebat Tapi Fokus-lah Menulis Perkara Yang Pembaca Anggap Hebat.


Al-Fatihah untuk Allahyarhamah

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri junjung. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.


Sunday, 23 July 2017

DIA TIDAK NAMPAK DURI DAN ONAK MENANTI


Tulisan ini merupakan sambungan cerita yang saya tulis di entry yang lepas bertajuk A Good Friend Remembers Everything Even It Hurts. Tulisan ini disambung berdasarkan galakan dari rakan-rakan blogger seperti tercatat di komen.

Malah salah se orang dari blogger hebat Malaysia mengesyurkan satu nama untuk Maiko andainya dia memeluk Islam walau pun penukaran nama itu tidak perlu katanya. Saya tertarik dengan nama itu.

Sebaik sahaja Maiko dan saya masuk ke restoren tersebut, penyambut tetamu membawa kami ke se buah meja untuk dua orang. Pada jangkaan saya meja tersebut tidak lebih dari dua kaki tingginya. Kami berdua duduk bersila secara bertentangan.

Selepas melintas jalan, di kanan ialah deretan kedai berunsur bangunan lama

Maiko telah memesan lima set makanan sebelumnya. Kami makan mengikut giliran set yang dihidangkan, sementara itu Maiko meminta saya mengambil kad kredit di dalam beg tangannya yang berada di sisi saya. 

Saya buka begnya dan dapati bermacam-macam benda terdapat di dalamnya seperti beberapa anak kunci, alat solek, beg duit, berpeket-peket kertas tissu, topeng penutup mulut/hidung, minyak wangi, tiga jenis sikat, pewangi mulut, pengetip kuku dan enam keping pad wanita.

Saya hulurkan kad kreditnya. Selepas itu sengaja saya hulurkan se keping pad wanita kepadanya. Maiko tidak mengambilnya. Dia tersenyum lalu berkata:

MAIKO:  I'm on period now.  Adam, my periods are usually regular but this month I got my period twice. The first was on the 3rd of this month and I got it again this morning.

SAYA:  It's a sign of ovulation I guess but the doctor can tell you more.

Jawapan saya merupakan jawapan standard. Maiko mengulang pertanyaan yang ditanya tadi semasa kami berehat di tepi Sungai Arshiyama; berkenaan dengan wanita pilihan saya.

Jawapan saya ringkas. Saya kata saya inginkan wanita yang mengikut arahan kerana a man is the master of the house.
Silatulrahim tidak mengenal negara. Yang tengah pernah ke Jepun dan yang kiri serta kanan pernah ke Malaysia 

MAIKO:  A man should honour his wife more than he does to himself. Then the wife will have a husband that she can respect and love. If you do not fulfill your role as a man then the wife must respectfully bring it to your attention.

Saya mendiamkan diri.

MAIKO:  Every man and woman was created for the same purpose - to fuse the body and soul in order to make themselves and their world better.

Saya merenung tepat ke mukanya sambil berkata di hati, "Kamu cukup matang."

MAIKO:  There is no difference between a man and a woman; the only difference is in the way that service manifests itself.

Saya diam lagi kerana tidak berminat berbincang tentang hubungan pasangan hidup. 

MAIKO:  Adam. You have been here for quite sometimes and you have seen beautiful girls. Have you got one at heart?

Berbincang dengan Maiko saya mesti bersedia dengan jawapan dan hujah yang waras kerana bagi Maiko sekecil-kecil perkara ianya merupakan ilmiah baginya. Dengan Maiko jawapan tidak boleh ditangguh kerana dianggapnya kita lemah jika berbuat demikian. 

Saya berkata, "Saya datang ke sini untuk melancong. Tugas pelancong ialah melawat. Tidak saya nafikan di sini terdapat gadis yang cantik-cantik. But none is available for me?"

MAIKO:  To hide the truth about something by not agreeing what you want, you are preventing someone from knowing what is in you. 

SAYA:  I hide nothing.

MAIKO:  You pretend you do not notice something. 

Saya menggangap kata-katanya sebagai gurauan kerana dia memang bijak menggunakan kata-kata. Katanya lagi, "Si dia menunggu untuk menyambut tangan kamu malangnya kamu bertindak sebaliknya. Kamu berfikiran seperti se orang perempuan. Be a man of honour Adam." sambungnya.

Dia mencabar saya sedangkan dia tidak nampak duri dan onak menanti di hadapan.



Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis pengiklanan yang di kehendaki di emai biarlembuyangjadilembu@gmail.com


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri pikul. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Thursday, 20 July 2017

A GOOD FRIEND REMEMBERS EVERYTHING EVEN THAT HURTS


Terima kasih kepada pembaca yang memberi galakan untuk saya bercerita di sini terutama tentang moment saya bersama Maiko. Dengan galakan yang diberi oleh kawan-kawan sekelian menyebabkan niat saya untuk memberhenti menulis kesah Maiko terbantut. Dengan ini saya cuba menyambung ceritanya setakat mana yang boleh dikongsi.

Tengah hari tadi saya terkejut apabila menerima satu kotak yang dikirim oleh Maiko melalui perkhidmatan 'couriea'. Serta merta saya bukanya. Di dalamnya ada lima peket kacang berserta dengan nota pendek. Saya merasasa pelik kerana nota yang di tulis tangan dibuat dalam dua bahasa: bahas Inggeris dan sedikit dalam bahasa Jepun. 

Saya tidak faham tujuan dia menulis dalam tulisan Jepun seperti di bawah.


Tulisannya berbunyi begini: I still remember the day when we together shared a packet of kakinotone and peanuts. You liked it. In this box I attached five packets of kakinotone and peanuts, and they are for you. I hope you like them.

Setelah berjaya menterjemahkan tulisan Jepunnya melalui se orang rakan, di bawah ini maksudnya yang tersirat: I am still missing our moments. Osaka is waiting for you.

Pada waktu itu saya tidak peduli dengan nota dia kerana saya tidak sabar hendak makan peanut yang dikirimnya. 

Maiko kirim lima peket. Saya snap salah satu darinya, di bahagian depan.

Di-snap bahagian belakang

Kami pernah berkongsi makan se peket peanut. Sedap dan tidak cukup untuk kami berdua. Kami menikmatinya di waktu berehat di tepi se batang sungai di Kyoto. Sungai Arshiyama namanya. Pemandangan di sekitarnya sangat indah sebab dijaga dengan rapi. Airnya mengalir terlalu jernih sejernih hati Maiko.

Apabila peanut habis Maiko rapat menghempet saya. Saya sedikit berganjak darinya. Maiko bertanya kenapa saya beralih sedangkan biasanya saya tidak berbuat demikian.

Saya kata baju saya berbau sebab pakai baju semalam. Banyak baju saya masih berada di kedai dhobi kerana tidak sempat mengambilnya. Maiko mengeluarkan minyak wanginya lalu di-spray-nya ke leher saya. Kemudian digosok-gosok leher saya dengan tiga jarinya.

MAIKO:  I'll do this too to my husband to be.

SAYA:  Who is that unlucky guy?

Maiko pandang tepat ke mata saya, tersenyum sambil berkata, "Are you the unlucky guy?"

Saya terkedu sekejap kerana tidak faham kata-katanya. Ada seketika Maiko bertanya saya tentang jodoh. Pasangan yang macam mana jadi pilihan saya.

SAYA: I never though of that. Business makes me forget to look for one.

MAIKO:  When you say you are busy, it's not a reflection of your schedule. It's the reflection of your mind on your schedule. Those who are wise won't be busy and those who are too busy can't be wise. Tell me, are you one of them?

Bukannya mudah untuk berbicara dengan Maiko. Maiko se orang gadis sunti yang lengkap pengetahuan tentang kehidupan walau pun di usia yang masih mentah. Perlukah saya mengaku kalah dengan dia? Tidak sekali, kerana anak Melayu ini yang berasal dari kampung di Malaysia kerap mengatasi gadis matang dari negara maju ini. Saya mempunya strategi untuk kekal menang. Dia tetap berpeluh apabila terima asakan dari saya. Maiko mengaku kehebatannya tercabar.

Saya menjawab, "Maiko, perkahwinan bukan seperti membeli permainan dam ular. Apabila papannya rosak kita buang dan di ganti papan baru. Begitu juga perkahwinan bukannya seperti bermain dam ular. Jodoh bukannya ditentukan oleh buah dadu. Tentang jodoh susah untuk saya memilih kerana ramai yang saya jumpa kesemuanya setanding.

MAIKO:  Find someone who openly communicates her feeling. Someone who realizes that you are not perfect and she never expect you to be. Do put some thoughts on mixed-marriage Adam. I know you never care about her feelings. You never and don't want to care at all. Come on Adam, girls aren't puppets, they have feelings too .............

SAYA:  You are like a compass needle. Do you know what a compass needle is? It always points north and you put me at the north. 

MAIKO:  Tell me now. You are a man and answer me as a man does. If someone says that she likes you and wants always to be near you and that someone is close to you. What is your reaction?

SAYA:  Now you tell me. Who is going to say that to me? Will there be someone willing or would you?

MAIKO: Do you really want to know?

Dipegangnya lengan saya sambil menyuruh saya berdiri.

MAIKO: Do you want to know? Don't ask me again because you know that eyes speak better than words. Let's make a move. 0ur dinner is ready by now and don't make the waiters waiting ....... and please don't make her waiting too.

Kami bergerak perlahan-lahan lalu melintas jalan kerana kedai makanan Islam hanya berada di seberang jalan.

Entry sebelum ini: Entry Tanpa Cerita.


Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri pikul. Video dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Tuesday, 18 July 2017

ENTRY TANPA CERITA


Humaira Sofea (8 bulan at that time) with her aunties bersama Gabenur Bank Negara, Malaysia raya 2016

Gambar bawah: Humaira Sofea di laman rumah Tuan Idzahar Rasidi, her grandpa. Raya 2017



















Click the video then click watch on YouTube

Entry sebelumnya: I Never Stop Dreaming

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis pengiklanan yang di kehendaki di emai biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri pikul. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Thursday, 13 July 2017

I NEVER STOP DREAMING


Kali ini saya memperuntukkan 45 minit untuk blogging. Caranya begini. Sekarang saya sedang berbelogging. Saya buka entry terakhir saya dan mula-mula saya baca message di chat box. Ada banyak messege tetapi terdapat satu pesanan dari se seorang bernama nervenruh yang saya belum kenal lagi. Message dia menarik dan katanya, "Menarik walaupun saya tidak faham bahasa ditulis." Saya kongsikan message dia di bawah ini melalui printscreen.


Saya pergi ke blog dia mungkin ada perkara baik yang saya boleh dapat di situ. Saya baca entrynya tapi saya tak faham. Saya baca pula beberapa enry dia yang lain juga saya tidak faham. Dia tulis mungkin dalam bahasa Sepanyul, Pranchis, Italy, Belanda, Germany, Sweeden, Poland atau lain-lain bahasa di Europa. Saya tidak tinggalkan apa2 komen sebab tidak faham tulisan dia.

Sekarang saya sedang menjawab komen-komen yang ada di entry saya. Masa yang diperuntukan untuk blogging hanya tinggal 20 minit jadi saya sempat membaca beberapa email.

Di antara beberapa email terdapat satu email yang menarik perhatian untuk tindakan segera saya. lalu saya membalasnya. Saya tidak suka menangguh kerana perbuatan menangguh menyebabkan kerja-kerja terbengkalai. 

Email sebegini belum pernah saya terima dari pengirim yang saya tidak kenal dan mungkin dia pembaca senyap blog saya. Emailnya saya kongsikan di bawah ini juga melalui printscreen tetapi namnya saya hilangkan kerana untuk menjaga pravicy pengirim.

.
Saya jawab segera kerana saya tidak suka bertangguh. Penangguhan mengundang banyak kerja jadi terbengkalai. Masa saya hanya tinggal lima minit tetapi sempat saya membalasnya seperti di draft saya di bawah ini:


Mr Mohd Rosli bin Mohd Ali was away in London while I was in Osaka

Memandangkan waktu yang saya khaskan untuk blogging sudah tamat, saya biarkan draft email ini di sini dahulu dan akan saya pos bila saya kembali semula untuk berbelogging esok.

Entry sebelumnya: Ini Zaman Apa?

This video managed to dropped my tears, one or two drops.

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis pengiklanan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri pikul. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Tuesday, 11 July 2017

INI ZAMAN APA?



Se orang nenek berusia 70 tahun berada di dapur kerana menyediakan minumam petang untuk teman lelaki cucunya yang akan singgah di situ tidak berapa lama lagi. Cucu perempuannya sedang berhias di biliknya.

NENEK:  Liz, mari sekejap.

Cucunya datang ke dapur berjumpa neneknya.

CUCU:  Ada apa nenek?

NENEK:  Nenek dah siapkan kuih tiga jenis. Kalau tak cukup nenek buat lagi.

CUCU:  Cukuplah tu nek. Dia bukan nak makan sangat. Dia nak tengok Liz je.

NENEK:  Jangan lupa ViViX.

CUCU:  Dah makanlah tadi. Nak cantik kena makanlah.

NENEK:  Kenapa kamu pakai baju jarang. Nipis pulak. Macam jaring tangkap rama-rama je. Bra pun kamu tak pakai. Mana bra kamu?

CUCU:  Alaa nek. Ni zaman viral. Bukan zaman nenek. Zaman nenek semua bertutup.

Loceng pagar pun berbunyi. Liz belari keluar membuka pintu pagar kerana bf dia sampai. Mereka berbual di situ.

NENEK:  Liz, ajak kawan masuk. Minum bersama nenek. Nenek tunggu ni.

Mereka masuk dan terus ke meja makan. Mereka duduk berhampiran.  Neneknya keluar dari dapur menuju ke meja makan dengan membawa kuih-kuih.

Cucunya terperanjat terus menjerit.

CUCU:  Nenek, kenapa ni? Mana baju nenek? Mana bra nenek?

Nenek tersenyum sambil berkata, "Imi zaman viral."

Entry sebelum ini: Maiko Tiada Teman Untuk Pergi Bercuti (Klik)

Video nostalgia buat nenek

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis pengiklanan yang di kehendaki di emai biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri pikul. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Friday, 7 July 2017

MAIKO TIADA TEMAN UNTUK PERGI BERCUTI


"My Little Maiko" with her Samsung Galaxy tab 11.6

Tadi sewaktu saya menjawab komen dari rakan blogger, Puan Normala Saad berkaitan dengan ulasannya tentang Maiko, tiba-tiba satu pesanan ringkas muncul di telefon saya. Ianya datang dari Maiko. Hati saya berkata panjang umur dia.

Penduduk Jepun kebanyakannya berusia panjang. Mereka mengamal hidup yang sihat sehinggakan udara di sana kita terbau akan kebersihannya. Rakyat Jepun menghargai orang tua-tua. Mereka mendapat tempat di hati serta dihormati.

SMS Maiko memperlawa saya mengikut dia bercuti ke pulau Shikoku. Menetap di sebuah tempat bernama Niihama Ehime selama seminggu. Saya tidak merasa gembira disebabkan saya tidak mempunyai wang untuk tujuan itu. Sekiranya tinggal di Ehime selama se minggu sudah pasti saya ditahan untuk tinggal di Osaka pula sekurang-kurang untuk dua minggu lagi.

Terasa rugi jika tidak bersetuju kerana moment-moment bersama Maiko sentiasa memberi pengalaman baru. Ada banyak lagi moment bersama Maiko yang belum saya kongsi di blog ini.


Gambar kiriman Maiko. Katanya, "I haven't been to Ehime. I got these from Google."


Teringat saya pada satu ketika sewaktu kami menikmati makan malam tiba-tiba Maiko teringatkan bapanya yang masih berada di pejabat. Dia ingin membeli makanan untuk ayahnya. Dihulur telefonnya kepada saya sambil meminta tolong menulis sms kerana Maiko tidak sesekali menggunakan telefon di meja makan apabila bersama tetamu.

Selepas menulis saya membacakannya, "Dad, do you want to have dinner?"

Maiko:  No, Adam no. Don't send it. Write as what I say. I'm buying dinner for you dad. What do you prefer. I'll be at your place by eight.

Saya malu kerana bahasa saya tadi tidak berhemah. Maiko tahu perasaan saya lalu di letakkan tapak tangan kirinya ke atas belakang tapak tangan kanan saya kemudian digenggamnya.

Maiko:  The heart of a father is the masterpiece of my life. I respect my dad because he taught me about respect. He is the first person I respect most. The second man I respect is ......

Dia terhenti. Saya tidak bertanya kerana tiada kaitan dengan saya.

Selepas makan kami berjalan menuju ke stesen keretapi. Saya tidak bercakap. Seperti biasa di setiap lintasan zebra Maiko memegang lengan saya. Di stesen keretapi kami duduk di bangku yang memuatkan untuk dua orang dan Maiko sengaja duduk merapatkan dirinya pada saya. Itu biasa baginya.

Maiko:  Adam, how's your dad?

Saya:  He passed away quite a long time ago.

Maiko:  I'm sorry. May he rest in peace ........ Your future wife will have no father in-law. I pity her. Who's your wife to be Adam?

Saya tidak menjawab sebab sedangkan gf pun saya tidak ada, macam mana pula hendak menjawab. Di menarik dagu saya menyebabkan muka kami bertentangan. Di situ saya perasaan keayuannya. Paras rupanya seperti jelemaan se orang puteri dari Gunung Fujiyama.

Maiko:  Who is she Adam?

Maiko mengulang pertanyaannya tetapi saya tidak menjawab. "Tell me. Who would she be," Maiko bertanya lagi.

Saya Kata, "She is from Osaka."

Maiko tertawa berderai. Kelihatan gigi putihnya tersusun rapi. Ditariknya muffler saya untuk menutup ketawanya tetapi tidak berjaya kerana muffler berbelit-belit di leher saya. Dia mencari telefonnya. Telefonnya ada di poket saya.

Maiko bingkas bangun lalu berdiri di belakang saya sambil melekapkan mukanya ke tengkok saya. Saya terasa geli lalu terus bangun. Diselaknya baju 'coat' saya dari belakang dan bersembunyi di dalamnya. Dia ketawa di situ.

Orang yang berhampiran tersenyum, ada yang terasa hairan dan ada juga yang turut ketawa. Bagi mereka kelakuan begitu tidak menghairankan selagi tatasusila dan budaya tidak tercemar.

Maiko gadis yang masih suci, berfikiran matang, lebih waras dari usianya tiba-tiba kali ini dia berkelakuan tidak beza dari gadis se usianya. Itulah Maiko.


Video ini mengingatkan saya semasa berlepas pulang dari lapangan terbang Kansai, Osaka.

Blog ini memberi peluang kepada usahawan untuk beriklan. Nyatakan jenis pengiklanan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri pikul.

Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Wednesday, 5 July 2017

MAMA KAMU TERPERANJAT TENGOK BURUNG AYAH


Tersebutlah kesah se orang bapa bernama Encik ABCD yang mempunyai anak lelaki tunggal bernama Zxy yang masih menuntut di tahun enam, sekolah rendah. Encik ABCD terlalu sayangkan anaknya.

Pada cuti penggal akhir sekolah tahun lepas, anaknya bercuti dan tinggal bersama neneknya di kampung. Anaknya membawa bersama burung ayahnya kerana tiada siapa yang menjaga burung itu. Ibubapanya sebok berkerja.


Seminggu kemudiannya Encik ABCD menelifon anaknya:

Encik ABCD:  Macam mana dengan burung ayah?

Anak: Bagus ayah. Burung ayah bukan sebarangan. Burung ayah burung kakak tua dari spesis gunung karakatua.

Encik ABCD: Macam mana kamu tau?

Anak: Kat sini ada ahli burung. Dia tau semua jenis burung kakak tua. Dia boleh ajar burung kakak tua bercakap macam kita. 

Encik ABCD: Suruh dia ajar. Biar mama kamu terperanjat nanti bila tengok burung ayah.

Anak: Tapi kena bayar dua ribu ayah.

Encik ABCD pun memasukkan RM2,000 ke akaun anaknya. Anaknya belanjakan duit itu dan dalam seminggu duit itu habis. Dia telefon ayahnya.

Encik ABCD: Macam mana burung ayah?

Anak: Best ayah. Burung ayah dah bercakap macam manusia. Dah boleh sembang dengan tetamu. Burung ni nak belajar mengaji pulak ayah. Nak belajar pasal agama jugak? Kat sini ada pak lebai.

Encik ABCD: Kalau pak lebai tu ori suruh dia ajar. Elok tu. Berapa bayarannya? Nanti ayah masukkan duit.

Zxy: RM 2,000.

Ayahnya masukkan RM dua ribu ke akaun anaknya. Selepas se minggu duit tu habis. Anaknya telefon ayahnya.

Encik ABCD: Macam mana burung ayah?

Anak: Best ayah. Dia mengaji setiap malam. Best suara dia. Macam suara ayah.

Encik ABCD: Tak rugi dapat anak macam kamu. Bijaknya.

Anak: Ayah, burung tu nak belajar membaca pulak ayak. Dia nak belajar bahasa Mandrin.

Encik ABCD: Berapa bayaran?

Anak: RM 2,000.

Ayahnya memasukkan Duit RM 2,000 ke akaun anaknya. Selepas seminggu ayahnya telefon.

Encik ABCD: Tak sabar nak tengok burung ayah. Jangan lupa bawak balik.

Anak: Ayah tau tak. Setiap kali tetamu datang burung tu kata ayah suka tengok video lucah. Burung tu kata, setiap kali mama tak ada kat rumah ayah bawa balik perempuan. Betul ke ayah?

Encik ABCD: Kurang hajar punya burung. Habis rahsia aku terbongkar. Beri kat orang burung tu. Jangan bawa balik.

Anak: Tapi ayah. Duit dah banyak keluar. Sayang duit tu dibazirkan.

Encik ABCD: Keputusan ayah muktamad. Beri orang burung tu.

Ayah pun termenung se tiap hari memikirkan burung kesayangannya terpaksa diberi kepada orang lain. Dia mencari jalan supaya burung itu tidak pandai bercakap. Dia hendak burungnya menjadi bisu. Lebih bisu dari dermaga bisu. Dia sedih kerana kehilangan burung. Setiap hari dia termenung.

Terlintas di hatinya untuk menelefon anakna meminta pendapat.

Encik ABCD: Kamu dah beri orang ke burung tu?

Anak: Sudah ayah. Saya tak tipu ayah.

Encik ABCD:  Tak tipu ayah? Habis tu, kamu tipu siapa?

Anak:  Saya tipu pembaca.



Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis pengiklanan yang di kehendaki di emai biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri pikul.

Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...