Wednesday, 13 December 2017

BE HAPPY FOR THIS MOMENT BECAUSE THIS MOMENT IS YOUR LIFE

Let's live fully. What do I want in my life?

I do not want to have any stress and worry in my life hopefully. I also do not want to be a tycoon and famous. I want nothing but happiness.

Well, maybe some do not agree with me as I write not to make everyone happy.

Humaira My "Little Maiko* posing for readers

Lately I end my day writing on online media. Some of my writings are silly but writing down all the beautiful things brightens my life and makes me appreciate them even more.

Whatever I write about me I will never feel satisfy because life is sometimes brutal. Writing helps me to let go of the negativities and feel grateful for the things I have.

Most of my writings are about me. My stories start from thanking Allah early in the morning just waking up from my bed.

Once I step my feet on the floor, I thank Him again and tell myself “You are lucky.” 

It is eye-opening and life-changing to see how wonderful it is to have another day to live, to feel love and to enjoy life to the fullest.

Not everyday is my perfect day but everyday is a perfect day to feel happy.

Happiness is not something that we can buy or borrow. Happiness is available right now, right where you are but you have to look for it.

What made me happy? I’ve stopped comparing myself with others. I’ve stopped trying to become a person whom I think will be happy someday. I now realize what truly matters me.

I let my heart tell me who I really am. 

I enjoy all the quality time I have with my family, I enjoy calling my friends just to hear them. I enjoy sitting quietly and listen to what my soul has to say.

Even though life is up and down, I now know all the emotions are different colors in my happy-ever-after picture. I appreciate that and I can still feel them.

I know my life is not perfect, but today is a perfect day  to feel happy.


Let It Be

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©


Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen sendiri bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Wednesday, 6 December 2017

CARA PIKAT GADIS CANTIK DENGAN HANDPHONE YANG MASIH BERADA DI POKET



Di atas ialah sahabat saya se orang gadis bernama Wiena. Paras rupa Wiena tidak perlu diterangkan kerana gambar tersebut menceritakan segala-galanya: wajah yang menyebabkan gambar kelihatan  hebat. 

Di bawah juga gambarnya menghadiri jamuan di sebuah hotel. Tidak perlu dinyakan apa-apa lagi tentangnya kerana telah diketahui gambar merupakan se buah kesah tanpa kata-kata.

Wiena di majlis makan malam

Semasa saya bercuti di Singapura dua minggu lepas saya telah singgah makan tengah hari di sebuah restoren yang tempatnya, perkhidmatannya dan jenis makannya setaraf hotel yang mempunyai bintang.

Sebaik sahaja saya mengambil tempat di situ datang se orang waitress menghulur "menu card" kepada saya. Dia tersenyum cantik. Kami bertukar senyuman. Senyuman dia dengan mudah boleh meragut jantung sesiapa yang melihatnya.

Minat untuk berkenalan dengannya tiba-tiba timbul. Terasa rugi kalau saya tidak berusaha untuk  menggunakan kesempatan mengenalinya.

Apa yang ada pada saya hanyalah pengalaman dan itu sahaja yang mampu saya gunakan untuk memancingnya.

Sebaik sahaja dia menyerah "menu card" terus saya berkata, "Could you please give me a small piece of paper?" Kebetulan padanya ada pad memo kecil. Saya ambil darinya lalu saya tulis nombor telefon saya.

Selesai sahaja saya makan dia datang semula membawa bill lalu saya hulurkan kad credit untuk bayaran. Di bawah kad tersebut saya kepilkan kertas yang bertulis nombor telefon saya tadi.

Apa yang ingin saya sampaikan melalui cerita ini ialah bukannya menjadi suatu perkara yang susah untuk dapat perhatian dari se seorang di tempat yang exclusive begitu tetapi andainya kamu kurang pengetahuan ianya merupakan satu mimpi. 

Bagi yang ingin belajar cubalah buat seperti telah saya lakukan di bawah:

• Hanya beri nombor telefon sahaja. Jangan sesekali pelawa keluar melalui percakapan. Di tempat begitu semestinya ada polisi melarang staffnya bercakap lain dari perkara yang berkaitan.

• Bukannya mudah untuk perempuan baik untuk berkata yes terutama  kepada orang yang belum dia kenal.

• Miski pun dia tertarik dengan kamu tetapi dia telah dilarang untuk berkomunikasi tentang hal lain apatah lagi dia diawasi oleh  penyelia di situ.

• Jangan sesekali menulis nombor kamu di bill kerana bill itu bukan ada padanya nanti.

• Untuk menampakkan kamu menonjol dari yang lain, kamu tulislah sesuatu yang menarik seperti: "Be unique and different. U have the right to say no to this number. It's my number" di kertas tadi.

• Yang terpenting: Jangan terlalu berharap. Biarkan kertas itu  padanya dan pedulikan apa yang ingin dibuatnya. Gembiralah kerana kamu telah berusaha untuk mengejar angan-angan kamu.

Samada kamu dapat respons atau sebaliknya, itu bukan urusan kamu dan jangan risau tentang itu.

Sekiranya perwatakan kamu menarik dan percakapan kamu mantap, tidak mustahil kamu dapat panggilan darinya.

Akhir sekali pastikan RM kamu tebal.

*Banyak juga tulisan saya yg sebigini dimuat di blog ini sebelumnya.

Klik untuk tuntun 


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©



Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen sendiri bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Wednesday, 29 November 2017

PERSEDIAAN PERJALANAN SAYA DI MUSIM SEJUK DI JEPUN 2018




Gambar di atas merupakan sahabat saya Wiena, se orang anak gadis remaja yang matang serta menarik. Berkemungkinan saya akan muatkan ceritanya di masa akan datang atau dia sendiri menulisnya di sini.

Saya sekarang mula mengamalkan pengambilan dua supplement iaitu Vivix dan OsteMatrix keluaran Shaklee untuk penjagaan kesihatan walau pun Vivix merupakan supplemen untuk awet muda.

Saya akan bertolak ke Narita, kemudiannya ke Kagoshima dan akhirnya turun ke selatan hingga ke Osaka Jepun Januari depan. Oleh itu tubuh saya wajib lebih kuat serta lebih sihat dari sekarang sebab di sana pada waktu itu cuacanya amat dingin. 

Berada di sana pada masa yang lepas saya seolah-olah tidak tahan dengan cuacanya terutama di malam hari.

Dengan sebab itu saya bercadang hendak menambah satu lagi pengambilan supplement, ESP juga keluaran Shaklee supaya seolah-olah saya terasa seperti berada di negara sendiri. Untuk tujuan itu saya telah bertanya dengan pembekal produk keluaran Shaklee tentang khasiat ESP. 

ESP Shaklee Energy Supplement Power Drink

Selepas diterangkannya baru saya tahu khasiat ESP yang sebenar. Di bawah ini apa yang saya ingat setelah diterangkannya. Beberapa khasiatnya merupakan:

- memberi rasa kenyang serta menambah tenaga. 

- membantu melengkapkan nutrien dalam badan. 

- membantu jadikan kulit cantik gebu dan cerah. 

- membantu nak hilangkan masalah parut jerawat. 

- kaya dengan isoflavone yg membantu memulihkan hormon wanita. 

- berdaya mengawal selera makan. 

- menolong banyakkan susu ibu dan lebih berkhasiat. 

- bantu menguatkan rahim dan membentuk otot baby. (Untuk perempuan mengandung.)

- dan beberapa lagi yang berkemungkinan saya lupa.

Sementara saya membuat keputusan samada untuk mengambilnya atau tidak saya tetap meneruskan amalan memakan Vivix dengan OsteMatrix. Saya percaya kedua-dua supplemen ini mampu mencergaskan saya di sana kelak walau sedingin mana pun. 


Teach our kids

Blog ini mempelawa usahawan untuk beriklan. Nyatakan jenis iklan yang dikehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

Dapatkan Vivix dan lain-lain keluaran Shaklee dari no tetera di atas

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.





Saturday, 25 November 2017

DISTANCE CANNOT MATTER AS OURS IS A FRIENDSHIP OF THE HEART


Saya tidak pasti sama ada entry kali ini dapat tarikan pembaca atau sebaliknya tetapi memandangkan masih ada lagi yang ingin tahu tentang gadis menarik ini, saya tidak keberatan menyambungnya.

Sekembali saya dari Singapura pada hari Sabtu November 18, 2017, saya dapati ada se buah bungkusan yang dihantar dari Osaka. Semestinya pemberian dari Maiko.

Di dalamnya terdapat packet-peket biskut yang menjadi kegemaran saya. Ianya memang sedap. Kerap Maiko membelikan untuk saya semasa saya bercuti di sana untuk minum petang.

Sebagai balasan saya mengirim se keping cenderahati (Souvenir magnet) seperti di bawah, dibeli semasa saya bercuti di singapura dari 14 hingga 18 November 2017.

Cenderahati dari saya


Biskut kiriman Maiko

Humaira (20-bulan) bangun dari tidur terus periksa peket biskut

Seperti biasa di setiap bungkusan kirimannya tererdapat sekeping nota. Kali ini ditulisnya begini:

Adam, 

I'm excited we're about to spend our first holiday together. This has been my wish. It will be even more special this time as my dad agrees with every of my ideas.

I cannot wait to sit by your side as we did in Osaka where we shared hot cups of coffee while watching the lights twinkling far above us.

I have invited my friends to join us as asked by my dad  and let's make your trip our first reunion year.

P/s:  I still haven't washed the shirt that you lent.

Osaka tetap menunggu saya kerana tiket penerbangan dan tempat tinggal telah pun tersedia ditempah.

Gambar hiasan: Wiena Mtd se orang sahabat

Entry sebelumnya: (Klik) Sebuah Cendera Hati Dari Se orang Rakan.

My credit goes to Erina Fharina, the singer (Click to listen)

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen sendiri bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.


Thursday, 23 November 2017

SE BUAH CENDERA HATI DARI SE ORANG RAKAN ISTIMEWA


Gambar di bawah merupakan se buah beg sandang dari jenama Charles Berkeley. Buatan England, merupakan hundred percent kulit lembu. Harga sebenar bila ditanya dari sale person di Leather Avenue, terperanjat juga saya. Tidak terdaya hendak saya percayanya.

Saya bukan nak bercerita pasal beg ini. Saya hendak cerita pasal lain. 

Pagi ini saya segar bugar sebab sebelum tidur malam tadi saya ngap OsteMetrix. OsteMetrix memang banyak membantu memulihkan tenaga saya. Saya suka sebab dia jenis herba.

Gambar hiasan

Semalam saya terkilan sikit sebab saya hendak ucap selamat jalan kepada kawan saya di airport tapi sebaik sahaja saya sampai ke situ dia sudah pun checkin ke dalam balai berlepas. 

Terasa malu saya sebab semasa saya bertolak balik dari Kansai International Airport, Osaka dia bersusah payah berjumpa saya di situ.

Sewaktu dia menghantar saya, tidak kelihatan langsung dia bersedih tetapi sebagai se orang yang  berpengalaman, saya memang arif tentang perasaan dia semasa itu.

Januari depan saya akan ke Jepun. Di sana nanti saya akan minta maaf secara berdepan. 

Kami memang rapat berkawan. Tapi belum pernah pun kami sembunyikan apa2 perasaan. Kami berkomunikasi secara direct sebab kami berdua rasa selesa begitu.

Andainya saya ingin mengambil kesempatan ke atas dirinya saya bila-bila sahaja boleh sebab dia jujur and she trusts me a lot. Begitu juga dia sebaliknya. 

Kami berdua bersahabat secara bersih (decent) who believe in ourselve and respect others. Kami sama-sama amalkan kepercayaan seperti di atas sebab jika kami hilang integriti, kami akan hilang identiti diri, hilang  sensitivity dan hilang diginiti. Kami berdua sayang dan sentiasa mempertahankan moral  kami. 

Bag di bawah ini merupakan hadiah dari dia yang saya terima pada malam terakhir dinner kami di Singapura.


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen sendiri bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

BERSANTAI DENGAN KAWAN SAMBIL MENGOKOPI DI TEPI SEBUAH KOLAM MANDI


Segala-galanya bergantung apa yang ada di minda kita. Kalau negatif yang ada ia tidak akan mudah bertukar ke positif.

Petang semalam saya duduk-duduk tepi kolam renang bersama dengan kawan saya.  Kami memilih untuk duduk di situ sebab suka dengan suasananya. Sambil tu kami minum petang dan kebetulan cafe tepi kolam. 

Kami tidak mandi. Orang lain yang ramai mandi. Perempuan paling ramai berendam di dalam kolam.  Nampaknya ramai perempuan yang pakai baju mandi jenis bikini top.

Saya kadang-kadang pura-pura tutup mata. Biasalah, ramai yang tak tau: bukan semua yg tutup mata tu tidur and not every mata yg terbuka tu jaga.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Pada masa itu saya berpendapat perempuan di situ tidak perlu langsung pakai baju mandi jenis bikini top sebab apa yang saya perhatikan ramai lelaki yang berada di dalam kolam itu lebih suka melihat  tempat yang tertutup di bahagian wanita di situ aja. Bahagian yang terdedah mereka tak ambil peduli langsung.

So, saya berpendapat, oleh kerana lelaki tidak akan tengok bahagian yg tidak ditutup, jadi elok buang sahaja bikini top yang mereka pakai. 

Biar dia tak bertutup. Bukankah lelaki di situ tidak suka tengok bahagian yg tak ditutup? Saya tidak kesah samada perempuan di situ badan mereka bertutup atau tidak bertutup. Saya no hal. 

Entry sebelumnya: Tidak Sempat Saya Bersahabat Dengan Se ekor Semut. (Klik)

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen sendiri bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Sunday, 5 November 2017

TIDAK SEMPAT SAYA BERSAHABAT DENGAN SE EKOR SEMUT YANG TIDAK PERNAH DAPAT PENYAKIT KENCING MANIS


Sahabat saya: Asyall Enaa

Yesterday I saw sekor semut in the parit depan rumah. Parit tu cuma kurang tiga kaki lebar.  Saya keluarkan dia and suddenly the ant said something.

"Thank you for selamatkan aku from this Terusan Panama."

Saya tanya dia kenapa dia ada dalam Terusan Panama. That semut said dia terjatuh semasa menyelamatkan diri dari burung. Saya tanya lagi, "Why didn't you run away from Terusan Panama?"

Semut tu jawab,"Semut can't run. We all merangkak." Selamba sungguh dia jawab.

Saya rasa seronok pulak bercakap dengan semut. Dia boleh bertutur dalam dua bahasa. Saya ingin tau lagi cerita dia. Saya kata semut suka makan yang manis-manis kenapa semut tak dpt penyakit kencing manis.

Kata dia manusia jahat itu sebab dapat macam-macam penyakit.

Saya minta dia buktikan manusia jahat. "Manusia suka kencing kawan," katanya. Saya minta dia beri contoh yang lain.

"Manusia ingat dia malaikat. Manusia menghina manusia lain. Manusia kalau jumpa aku dia pijaknya. Kalau jumpa banyak semut macam aku dia spray dgn gas. Bila jumpa sarang aku dia bakar."

Saya beri tau semut itu yang saya ni ingin jadi se ekor semut untuk membuktikan yang tidak semua manusia jahat.

"Jangan, kalau jadi semut kamu tak boleh berguling-guling," jawabnya.

Hello readers. Demikian cerita saya bercakap dengan se ekor semut. I thank you for reading this nonsense but there are plenty of sense in nonsense sometimes. It's only if you wish to look for them.


I miss my mama

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

Entry saya di Facebook sebelum ini. (Klik) Nak cuti ke tak nak cuti.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen sendiri bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.



Sunday, 29 October 2017

DI ANTARA BEBERAPA INGATAN BERUMAH TANGGA YANG MASIH SEGAR DI MINDA


Madiha Johari - a daughter of a business lady

Di atas permintaan dari beberapa sahabat blogger dan yang terkini dari Mamapp, di bawah ini sedikit coretan tentang arwah isteri saya. Entry ini merupakan entry terpendek yang pernah saya tulis.

Teringat saya semasa arwah isteri saya masih ada boleh dikatakan kami jarang makan diluar kerana minat dia di dapur terlalu mendalam. Masakannya sentiasa mendapat pujian dari setiap jiran.

Makanan di setiap waktu sarapan sentiasa terhidang dan biasanya waktu hidangan hampir menepati  jadual.

Arwah isteri saya tidak suka ada perkara yang berkaitan dengan jenaka berkisar di waktu makan. Ini permintaan dia. Peraturan itu diadakan kerana dia mudah ketawa. Ketawa sambil makan kerap membuat dia tersedak. 

Ini disebabkan apabila dia ketawa, terlalu sukar untuk dia mengakhirkan ketawanya. Ada beberapa kali dia terhenti dari terus makan kerana ketawanya yang sukar dihentikan.

Begitu juga semasa menuntun tv. Dialah penuntun yang pertama ketawa dan dia juga orang yang terakhir berhenti.

Arwah isteri saya kerap menuntun film di rumah. Dia akan mengalirkan sedikit air mata apabila ada babak sedih atau ketawa berpanjangan sekiranya ada adegan yang mencuit hati dia.

Kerap dia melinangkan air mata semasa menuntun film yang dianggapnya sedih. Once I saw her crying in front of our home theatre watching a Tamil film which she didn't understand a word I believed. Without hesitation I asked her, "Why did that scene make you cry?"

She gave me a nice reply, "Because  the story isn't true."

I laughed. When she saw me laughing she too laughed. "Wasn't that sad?" she asked and continued laughing.

Being a mother and a wife was by far her greatest accomplishment. Al-fatehah.


Wany Hasrita - Menahan Rindu

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen sendiri bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Wednesday, 25 October 2017

PERHATIKAN DI PEJABAT MASING-MASING. ADAKAH BOSS KAMU SEPERTI MR BONT INI?


Ada satu ketika seluruh anggota badan bergaduh sesama mereka kerana masing-masing ingin jadi boss. Setiap anggota berhujah memberi pendapat serta alasan mengapa mereka patut menjadi boss.

Kaki kata dia sepatutnya jadi boss sebab dia yang membawa seluruh anggota badan berjalan. Kepala berkata dia yg patut jadi boss sebab anggota-anggota penting ada padanya. Perut kata dia yang sepatutnya boss kerana dia yang membekalkan tenaga.

Leher pun ingin jadi boss dengan memberi alasannya. Begitulah seterusnya dan semua anggota berhujah tanpa mendapat persetujuan.

Akhirnya satu anggota ini mula bersuara yang selama ini berdiam diri. Kita namakan anggota ini dengan nama gelaran Mr Bont.

Anggota yang lain tidak bersetuju sambil berkata, "Macama mana Mr Bont nak jadi boss. Tempat kamu di bawah, busuk. Kamu hanya jaga pintu laluan barang buangan. Hanya satu terusan yang kamu jaga. Biar lembu yang jadi lembu.

Mr Bont mula berkeras sambil berkata jika dia tidak dipilih jadi boss dia akan mogok. Mr Bont mogok selama seminggu.

Selepas seminggu semua anggota jatuh sakit. Kepala menjadi pening. Perut memulas-mulas sakit. Kaki tidak berdaya melangkah dengan betul. Dipendekkan cerita semua anggota jatuh sakit disebabkan Mr Bont mogok.

Akhirnya semua anggota melantik Mr Bont jadi boss.

Sebaik sahaja dilantik Mr Bont berkata, "Kaki, ikut arahan aku sekarang. Bawa aku ke tandas. Aku nak berak. Dah 7 hari aku tak berak. Lepas aku berak, sakit kamu semua akan pulih."

Moral cerita: Jadi boss tidak semestinya yang ada otak.


Entry ini kesah tentang boss. Kita layan lagu yang sesuai untuk boss

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Thursday, 19 October 2017

KESUNTUKAN MASA MENULIS - HANYA SEMPAT BERKONGSI DUA TULISAN YANG TELAH SAYA POSKAN KE FACEBOOK


A film star. Adopted by a Japanese - Thai couple.

Assalamulaikum,

Tiba2 arwah isteri aku teringin minum air kelapa muda. Kami baru sahaja berkahwin. Masa tu aku bercuti di kampung.

Aku pun panjat pokok kelapa yg ada di sebelah rumah ibu. Pokok tu bukan main tinggi. Aku rasa dua kali ganda dari tiang lampu jalan. Pokok lama. Dah tua pun.

Sebaik aja aku nak hampir ke tandan buahnya, aku terdengar arwah isteri aku bercakap kat aku. Aku tak berapa dengar. Aku turun. Bila sampai ke bawah bini aku tanya: Mana lebih dulu ujud, buah ke pokok?

Dia bercakap dalam bahasa inggeris. Kami pada peringkat awal sejak jumpa memang kerap berbahasa inggeris.

Aku tak jawab. Aku panjat semula pokok tu. Begitu jugak bila nak hampir ke tandannya bini aku bercakap tapi aku tak dengar.

Aku turun semula. Bimbang jugak kalau2 ada perkara penting. Sampai aja ke bawah bini aku kata, "Kelapa tu jangan dijatuhkan. Nanti pecah sebab kelapa muda."

Aku tak jawab. Aku panjat semula. Sampai separuh pokok aku dengar bini aku bercakap. Aku buat tak dengar. Terus naik ke atas. Aku pilih dua buah kelapa yg terbaik lepas tu perlahan-lahan aku turun.

Aku beri kelapa tu kat arwah bini aku. Bini aku kata, "Kenapa tak ambik daun muda. Kan esok raya. Kita nak buat ketupat. Beras semua dah rendam. I told and shouted at you just now"

Dalam hati aku kata, "Kenapa tak beri tau awal2."

Aku panjat semula. Aku berjaya turunkan pelepah kelapa. Daunnya semua muda dan cantik.

Apabila sampai ke bawah aku terus ke isteri aku. Badan aku penuh dengan peluh. Aku letakkan kedua-dua tangan aku kat pinggang dia. Aku pandang mata dia lama-lama.

Hati aku kata, "Aku percaya kamu bukan mendera. Aku tahu kamu memang berkeadaan sioman. Aku tau, ini adalah dugaan perkahwinan kerana aku tahu dugaan datang berbagai sudut. Aku percaya  hanya kewarasan aja yg menyelamatkan banyak rumah tangga."

Dia kata aku busuk.

Dia peluk aku, katanya, "Do you know that in this real life many meet thousands of people and none of them really touch any of their hearts. Don't you know that when I met a person and my life changed forever."

Aku kata, "I hv one question for you before i clean myself. Do you know why i stay married?" Dia gelengkan kepala.

Aku kata, "Because I want to."

Entry sebelumnya: Macam Biasalah

Please enjoy yourself

Ini juga telah di pos ke Fb saya: Klik untuk baca.

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©


Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Saturday, 14 October 2017

MACAM BIASALAH, PETANG-PETANG SAYA KELUAR MINUM SAMBIL BERSANTAI


Pemasangan penapis air di rumah saya

Ini Cerita Santai

Semalam saya keluar untuk minum petang. Saya sampai kat kedai tu semua meja ada orang. Penyambut tetamu (ada orang sebut pelayan. Saya tak suka sebut panggilan itu) tempatkan saya di meja yang tersedia ada empat orang perempuan.

Fuhh semuanya menawan. Meja tu muat untuk 6 orang. Air-con tempat tu sejuk tapi mata mereka lebih sejuk dipandang.

Penyambut tetamu tu tarikkan kerusi untuk saya. Ke semua gadis tu berhenti bercakap. Saya pun tanya mereka, "Would you mind?"

"Oh, sure. Have your seat and join us," kata salah sorang dari mereka. Bahasa Inggeris mereka memang kaww. Bahasa American English.

Saya pun bila jawab saya gunakan bahasa Inggeris British. Sebutan saya lagi kaw. Saya pun nak tunjuk yg orang melayu boleh berbahasa inggeris yang kaw.

Salah sorang dari mereka bertanya, "Are you alone?" Belum sempat saya jawab kawan dia kata, "Kim, filter your mouth."

Kim kata, "How to filter my mouth. Tell me?" Kawan dia yg suruh tapis mulut tadi nampak macam seolah-olah malas nak jawab.

Saya dengan selamba menyampuk, "She asked you to be careful with words. Understand the power of words before using them."

Mereka semua senyap. Agak2nya dlm lima minit adalah mereka terdiam. Saya  pulihkan suasana dengan berkata yang saya menggunakan penapis air terbaik di rumah buatan Cuckoo dari Korea.

Kim pulak kata apa kena mengena dgn penapis air Cuckoo.

Saya kata, mengikut Pertubuhan Kesihatan Se Dunia, setiap orang berhak mendapat air bersih. Begitu juga dalam perbualan. Pendengar patut dapat kata-kata elok yang bersesuaian. Penapis air Cuckoo itu memang elok dan sesuai untuk kegunaan di rumah atau pejabat.

Antara mereka berempat, Kim yang ramah sekli. Katanya sambil menghulur tangan, "By the way, I'm Kim. You may call me Kim." Mereka semua ketawa.

Entry sebelumnya:  Jangan Biarkan Kesegaran Pudar Sebelum Layu.

Beautiful Chinese song

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com



(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Thursday, 5 October 2017

FASHION IS A LANGUAGE AND BLOUSES ARE ITS BEAUTIFUL WORDS.


Gambar hiasan: Sahabat Saya Asyall Enaa

Baru sebentar tadi Maiko menghubungi saya dari Osaka dan kami sempat bercakap tidak lebih dari dua minit kerana pada waktu itu bapa Maiko menelefonnya. Maiko meminta saya memanggilnya di sebelah malam untuk menyambung semula perbualan.

Di perbualan tadi Maiko meminta saya menemannya bercuti selama dua minggu. Insyallah saya akan ke sana kerana tiada apa yang boleh menyekat untuk saya berbuat demikian. 

Maiko merancang untuk bercuti pada bulan November ini kerana cutinya mudah diluluskan. Sebaliknya saya bercadang pergi ke sana pada Januari ini kerana saya ingin menikmati musum sejuk seperti yang telah saya nikmati sebelum ini.

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, Maiko se orang gadis sunti yang lebih matang dari usianya mempunyai perkerti yang amat tinggi juga memiliki rupa yang mudah menawan setiap jejaka. Senyumannya meluruhkan hati lelaki.

Maiko tidak memilih orang untuk berkawan tetapi seleranya amat tinggi. Tidak menghairankan ramai lelaki ketinggalan untuk mendekatinya. 

Tidak ada rahsia tentang dirinya yang tidak diceritakan kepada saya. Teringat saya pada suatu hari semasa kami keluar ke Dōtonbori di Osaka untuk makan malam tiba-tiba Maiko terasa pening kepala dan terpaksa berbaring di bilik saya. (Cerita tentang keluar makan dan pening kepalanya telah saya tulis di entry ini bertajuk Maiko Tiada Teman Untuk Pergi Bercuti. Entrynya ditulis pada Jumaat Julai 7, 2015.)

Dalam keadaan keletihan Maiko sempat berkata:

MAIKO:  Adam, are you okay?

SAYA:  You better take a short nap. I'm sure your dad is on his way to take you home.

Saya bangun untuk menyelimutnya kerana bilik terlalu sejuk. Sementara itu saya terpandang ada kesan muntah di bajunya dan kesan itu masih basah lalu saya berkata:
I got this from Google

SAYA:  Look Maiko, your blouse has stain. What happened to it?

MAIKO:  I vomitted. I was lucky as it happened when I was in the ladies. Would you please lend me yours for a night?

Saya menghulurkan baju kemeja saya. Maiko membelakangi saya untuk menukar pakaiannya kerana dia terasa geli dengan kesan muntah. Dia ketawa sedikit kerana baju itu besar baginya. "Well, beggers have no choice," katanya perlahan.

Selepas dia menyarung semula baju sejuknya saya menyuruh dia baring kerana matanya nampak keletihan.

Saya membelek bajunya sambil berkata, "What a beautiful blouse."

MAIKO:  I got it for my birthday from my dad. I have two of the same material. The one left at home is a sleeveless loose chiffon and this is a round neck loose chiffon. Both are blouses.

SAYA:  I have noticed that most Japanese girls are wearing beautiful blouses every where in town.

Sambil merebahkan diri Maiko menjawab:

MAIKO:  We the Japanese are not surprised with it as fashion is our passion and our fashion is changing rapidly. Our blouses are beautifully made because the designers do in-depth research of street and retail fashion trends.

Dia berhenti bercakap dan matanya dipejamkam. Saya ambil blausnya yang terkena muntah tadi untuk diletakkan ke dalam bakul 'laundry'. Tiba-tiba kedengaran dia berkata:

MAIKO:  I'm scared. I'm scared of everything. I’m scared of what I feel. I'm scared of what I know. I’m scared of what I did.  Most of all I’m scared of walking out of this room. Adam, I never felt this feeling the rest of my life. 

Saya tidak menjawabnya kerana saya faham dia dalam keadaan fikiran yang tidak menentu disebabkan pengaruh pil menahan sakit kepala yang dimakannya tadi.

Saya menghampirinya lalu memasukkan tangan saya ke dalam selimutnya dan meletakkan belakang tapak tangan saya di dadanya. Terasa badannya panas dan panasnya seperti tadi. Sekali lagi saya mengajak dia ke klinik. Dia tetap enggan.

Gambar hiasan: Sahabat saya Norshakira

Maiko senyap semula sambil memejamkan matanya. Tiba-tiba dia bersuara dengan nada perlahan:

MAIKO:  I don't think it's going to be easy. It’s going to be hard, really hard. I have to work things out. I'm going to do it because of ............. 

Dia membuka matanya merenung ke arah saya lalu menyambung:

MAIKO:  Adam, never a man touched me but you're the only one I ever hugged. It happened once unexpectedly. I felt the pureness of your heart. That always reminds me every second of ........................

Maiko tidak berjaya menyambung percakapannya kerana dia terlelap. Pil penahan sakit yang diambilnya tadi menyebabkan dia terlena.

Entry sebelum ini: Jangan Biarkan Kesegaran Pudar Sebelum Layu

Jamaica Farewell

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Monday, 25 September 2017

JANGAN BIARKAN KESEGARAN PUDAR SEBELUM LAYU


Apa Yang Saya Kongsikan Di Facebook Pagi ini September 26, 2017

Aku belum lagi bersarapan pagi sebab tak ada apa nak makan. Tak ada orang yang sediakan. Dulu masa ada bini, mata aku belum bukak lagi makanan dah ada kat meja. Bila dia dah tak ada baru terasa dia penting dalam harian aku. 

Perempuan tetap perempuan, kawan tetap kawan, bini tetap bini kerana ke tiga-tiga itu orang yang sama yg menjadikan rumah tangga aku lengkap. Lengkap yang membawa erti, sempurna dari segi material dan rohani. 

Bukannya susah mencari bini. Tapi bukanlah "semudah kacang" seperti peribahasa inggeris. Pada aku mencari bini sama mudah membeli se botol vivix.

Aku mencari bini mengikut cara aku bukan mengikut cari perempuan yg aku cari. Sebab aku akan jadi house master dan akulah yg membuat keputusan sebagai ketua keluarga. Jadi sebelum membuat keputusan memilih, aku pastikan yg dipilih itu akan:

Humaira surprisingly taking over the maid's job cleaning her granddaddy's house compound

a. berubah perkertinya mengikut cara aku, sebab aku mahir dalam perkerti yang baik. Hidup akan penuh dengan keindahan jika bertemankan orang yg baik perkertinya.

b. bila dah jadi bini, dia perlu pandai melentur lidahnya. Aku harap yg membaca ni faham maksud aku.

c. yg ni penting. Dia kena beralah dengan kemahuannya dan dia kena tentukan apa yg dikehendaki itu merupak keperluan sebab agama kita tidak suka dgn pembaziran. Kenapa nak membazir, bukannya duit tumbuh di dinding rumah.

d. i) aku tetap meminta dia mematangkan fikiran. Itu tidak susah bagi aku kerana tunjuk ajar aku tentang perkara itu memang berkesan. Menunjuk ajar untuk me-moderate-kan minda tersangat enteng bagi aku.

ii) Aku akan mengubah cara dia berfikir, contohnya tidak semua soalan mesti di jawab dengan jawapan yg lazim. Misalnya 2 × 4 dia boleh jawap begini: 10 ditolak dengan dua. Tidak perlu jawab lapan.

iii) a. aku akan ajar dia supaya tidak semua soalan mesti dijawab. Sebab ada soalan bodoh dan ada soalan mencari perhatian. Cuba kita tengok kat fb, tetiba ada orang pos, "sedang buat apa tu?" Itu sahaja yang di-pos-nya.

iii) a. bayangkan Si A pos meseg-nya waktu pagi. Meseg-nya untuk publik. Kamu jawab waktu malam dan waktu tu Si A sedang ZZZzzzzz. Si A jawab kesesokan harinya, Aku namakan ni komunikasi bangang.

f. yang terpenting dia mesti mengutamakan keluarga dari segala2nya.

Vivix boleh didapati di sini

Panjang juga aku tulis ye. Aku tahu orang di fb jarang yang suka baca tulisan panjang. Untuk membuktikan mereka membaca walau pun mesej pendek, mereka klik butang "Like". Kamu ingat mereka baca sedangkan mereka cintakan butang like. 

Kamu kalau jadi isteri, tidak kira isteri siapa pun, kesihatan dgn kecantikan kena jaga. Siapa rasa perlukan kesihatan dan kecantikan yg lebih baik, elok makan vivix. 

Tak susah untuk dapatkan tu. Telepon je ke 012 266 9391. Kalau guna Watsap free. Gunakan yg free-lah. Web dia pun free, cuma klik aja kat sini.

Atau pilihlah salah satu dari dua pengedar yg belainan (dalam ni ada dua kad), mereka megedar vivix ke seluruh negara.

Pilihlah yg mana kamu suka tapi sebelum memasan vivix tentukan, adakah ia merupakan keinginan atau keperluan kamu?

Entry sebelumnya: (Klik) Cantikkah Kamu?

Siapa yang turut mengalami seperti ini

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

Ini pun pengedar Shaklee

I posted this on facebook: (Click if you feel like reading it)

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Tuesday, 19 September 2017

CANTIKKAH KAMU?


  WAHAI PEREMPUAN BACALAH INI. CANTIKKAH KAMU? 

Saya kerap mendengar ramai perempuan berkata paras rupa mereka tidak menarik apabila saya beri tahu yang mereka cantik. Mengapa Mereka menjawab demikian? Perempuan memang sifatnya begitu, tidak suka membangga diri.

Ramai wanita scara bersendirian mengaku diri mereka tidak cantik. Mereka ini silap. Mereka berkata begitu kerana mereka menilai kecantikan itu dari satu sudut yang tinggi. Kecantikan selebriti, terutama mereka di barat, Jepun, India, Korea dan lain-lain dijadikan sebagai kayu pengukur mereka. Kayu pengukur mereka juga terdiri dari peraga-peraga industri perusahaan fesyen dan kecantikan.

Kecantikan seliberti dan peraga fesyen yang dinyatakan di atas bukan kecantikan yang hakiki. Sanggupkah kamu melakukan apa sahaja seperti mereka untuk menjadi cantik termasuk melakukan pembedahan beberapa kali?

Jangan sangka diri kamu yang berisi itu hodoh. Kamu tidak tahu yang punggung kamu sempurna, dada kamu menawan, kulit kamu halus, rambut kamu terurus, perkerti kamu indah dan bentuk badan kamu menarik dalam keadaan semula jadi and you are absolutely beautiful because everything that you are that makes you extraordinary.

Home is not only a place, it's a feeling and Humaira makes us feel the home.

Kamu tetap cantik asalkan tidak menonjol-nonjolkan kecantikan dan dalam masa yang sama  tidak ingin kelihatan seperti mereka. Kamu bukannya mereka. Mereka hidup mengejar fasyen kerana fesyen menjadi profesyen mereka dan itu yang menyebabkan mereka lakukan apa sahaja asalkan kerjaya mereka diterima oleh industri.

Mahukah kamu mengikut cara mereka? Mereka yang mengejar glamour dengan menebalkan bibir, membedah breast, menindik pusat, menajamkan dagu dan menegangkan kulit muka yang menjadi tidak sepadanan dengan pergerakan usia? Jika kamu melakukan demikian, kamu silap kerana kamu sudah bukan lagi diri kamu kerana kamu sudah menjadi seperti mereka, no more extraordinary and no more uniqueness.

Keunikan kamulah yang menambah tarikan lelaki kepada kamu kerana unik itu cantik.

Salah sebuah jenis kereta yang termahal di dunia ialah Lamborghini. Kenapa Lamborghini harganya tinggi sedangkan bentuknya bersegi-segi dari dahlu? Harganya tinggi kerana Lamborghini unik. Pengeluarannya terhad. Dia tidak serupa dengan kereta-kereta lain walaupun kereta lain cantik kerana kereta cantik yang lain dikeluarkan secara besar-besaran dalam mass prodiction.

Tidak dinafikan kereta lain memang cantik hingga ada yang tersangat cantik tetapi Lambirghini mengatasi mereka dengan keunikannya.

Logik akal mengatakan apabila terdapat banyak yang serupa nilai tidak dapat ditinggikan. Begitu juga dengan kecantikan. Keunikan kamulah yang menawan hati orang. (I make my point here that I am not promoting any car or devaluing others. It's only an example)

Boleh dikatakan sleberiti di barat bukan semuanya cantik. Mereka kelihatan cantik kerana kita ditipu dengan makeup yang dikendalikan oleh pakar. Pakar pembedahan turut menipu kita begitu juga suppliment yang mereka makan dan lain-lain lagi turut meningkatkan wajah. Walau pun mereka kelihatan cantik namun itu bukan kecantikan mereka sendiri.

Jangan kita lupa, Hollywood serta industri kecantikan dan fesyen membelanjakan berbillion Dollar US untuk menjadikan wanita kelihatan tidak seperti diri mereka sendiri. Industri tersebut telah berupaya menjadikan wanita-wanita di sana malu dengan kecantikan asal mereka hingga mereka tidak berani keluar tanpa ditemani oleh makeup yang tebal.

Jika ada orang yang berkata kamu tidak cantik, kesihanilah mereka kerana mereka mempunyai mindset yang kaku yang tidak tahu membezakan tiruan dengan asli. Kesihani juga mereka kerana minda mereka telah tersekat kerana level kecerdikan mereka masih di tahap stupid. 


Japanese actor: Satoshi Tsumabuki (Semata-mata hiasan)

Tidak ada sempadan di minda untuk menghargai kecantikan kerana, "Beauty is subjective." Industri fesyen dan kecantikan telah berjaya mereka bentuk wajah se seorang mengikut acuaun industri mereka.  


Kecantikan berbeza dari pandangan se seorang tetapi penampilanlah yang menjadikan se seorang kelihatan cantik. Tampilkan diri kamu dengan gaya bertutur yang baik, gaya bergerak yang menarik dan gaya berpakaian yang bersesuaian dan percayalah kamu memang sebenarnya cantik.

Untuk menjayakan penampilan yang menampakan kesempurnaan, kamu mesti memiliki konfiden kerana konfident merupakan "trait" yang tercantik yang kebanyakan wanita ada. Jika penampilan kamu tepat kecacatan yang kamu miliki sekiranya ada ,semuanya terhindar. 

Seperti yang rakan blogger kita Lizawati Atop kata, "Beauty isn't everything. Because rupa won't last long. Cause your beauty will eventually fade........"

Akhirnya bergeraklah seperti diri kamu sendiri kerana yang bergerak itu ialah kamu.

Entry sebelumnya: Saya Pun Ada Facebook.

He's Japanese

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

Yang saya kongsi di Facebook baru-baru ini: (Klik) Rakan Yang Tidak Aktif

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...