Thursday, 5 September 2019

KENAPA KITA TAK MUDAH SENANG?

Hidup ini sebenarnya mudah. Jika hidup kamu terasa sulit, kesulitan itu kamu sendiri yg cari. Mungkin ada di antara kamu yg susah disebabkan tiada beban batu kamu galas.

Untuk hidup rezeki perlu dicari. Cari sehingga dapat. Sayangnya jika direzkikan lebih, kita lupa berkongsi.

Memang dah jadi perangai kita yg tak suka memberi. Sebaliknya kita suka jadi penerima. Kita lupa rezeki yg mudah hinggap ialah ke atas mereka yg tak lokek memberi.

(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul. Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiasan.

SEMOGA MALAYSIA TERUS MENAPAK KE DEPAN.

SEMOGA MALAYSIA TERUS MENAPAK KE DEPAN.

Esok sekali lgi kita mengitraf kepentingan September 16, 1963 sebagai tarikh penubuhan negara baru.

Proses membangunkan negara untuk dijajarkan dgn negara maju bukannya satu perkara mudah. Rasuah belum habis dibasmi. Kemiskinan belum di tangani sepenuhnya. Peluang perkerjaan blum terbuka luas. Pendatang dgn atau tanpa izin ujud di persekitaran.

Adakah ahli2 politik kita matang? Keharmonian antara rakyat tidak diutamakan.

Perasaan benci antara satu dgn lain dimainkan oleh orang tertentu demi kepentingan peribadi. Kita dihasut untuk membenci. Dihasut untuk tidak percaya sesama kita.

Hasutan ini tak banyak sikit tetap mengugat keharmurnian rakyat. Ini merupakan ancaman, ancaman dalaman. Mereka berada di mana2 termasuk di media sosel.

Tapi ancaman yg paling ditakuti ialah diri kita sendiri yang dengan senangnya termakan kata2 mereka.

Kita tau perbezaan sesama kita memang ujud tapi janganlah jadikan perbezaan sebagai konflik. Jangan jadikan perbezan sebagai punca syak wahsangka.

Kita sepatutnya raiikan perbezaan sebab perbezaan mewarnakan kehidupan.

Selamat menyambut hari Malaysia.

(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul. Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiasan.

Wednesday, 4 September 2019

SEMOGA MEREKA TENANG DI SANA.

Semasa diner tdi tetiba aku teringatkan arwah ayah ibu-aku. Hibanya aku waktu tu. Teringat aku jasa mereka. Kerana asuhan mereka kami adik beradik sentiasa menghormati manusia lain di dunia.

Semasa ibu-bapa hidup, merekalah yg menggalak kami berusaha. Aku bersukur, kerana mereka berdua, hidup kami taklah susah. Se besar apapun usaha yang kami lakukan, masih jauh lebih besar doa mereka untu kami adik beradik. Allah beri yang terbaik untuk kami hasil doa mereka.

Aku boleh dpt apa yg aku mau sekadarnya tapi aku bukan  kaya. Kaya yang sebenar bukannya harta. Kaya yang hakiki ialah hati terasa bersyukur.

Sebaik sahaja aku selesai makan, tak sedar aku menadah tangan lalu berdoa, "Ya Allah, aku yakin bahwa takdir Mu lebih baik dari semua yang aku inginkan. Ampunkan segala dosa ibu bapaku. Ambillah pahala aku jika ada dan agihkan kepada mereka."

"Ya Allah, terangkan kubur mereka sebagaimana Kamu menerangi malam dengan bulan dan bintang di lautan setelah Kamu sembunyikan matahari"

"Amiin, amiin amiin."

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri pikul. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...