Penulis tak perlu akur dengan hujah kamu


Saturday, 4 March 2017

KALAU MENGIKUT TIME, MASA DAH NAK HABIS - DON'T PLAY-PLAY


Bayangkan apabila kamu terjaga dari tidur di tengah malam, tiba-tiba ada buku akaun bank di atas tilam dan akaun itu tertulis nama kamu. Kamu memang tidak ada buku itu sebelum ini.

Kamu pun belek dan pereksa buku tersebut dan kamu dapati wang berjumlah RM 24, 000.00 baru sahaja dimasukkan. Kamu terkejut walau pun merasa gembira.

Bersama-sama dengan buku itu terselit satu nota ditulis dalam dua perengan. Perengan pertama, "RM 24,000 ini milik kamu. Setiap hari kamu akan diberi RM 24.000. Ambillah dan esoknya dan esoknya dan seterusnya kamu akan dapat lagi RM 24,000 setiap hari"

Perenggan ke dua pula begini, "Setiap hari apabila waktu urusan banking tamat wang ini akan lesap sekiranya kamu tidak mengambilnya. Begitulah seterusnya berterusan sehingga hayat kamu tamat."

Ada atau tidak di antara kamu yang tidak hendak mengeluarkan RM 24,000 untuk dibelanjakan?

Kamu sebenarnya memang ada akaun sebegini tetapi nilainya bukan dalam bentuk ringgit tetapi nilai yang diberi ialah dalam bentuk lain; dalam bentuk masa. Kamu diberi masa 24 jam se hari. Setiap kali kamu memulakan hari baru, kamu akan dapat tambahan masa sebanyak 24 jam, bersamaan dengan 86,400 saat. Bukannya sedikit. In bermakna tiada siapa pun yang boleh berkata dia tidak cukup masa.

Kalau bukan sekarang bila lagi?

a. Jika RM 24.000 se hari
Apabila kamu dapat 24 ribu ringgit sehari sudah tentu kamu keluarkan dan belanjakan. Mungkin Kamu bermurah hati membantu orang yang benar-benar susah. Mungkin.

b. Jika 24 jam se hari
Kamu memang dapat masa 24 jam se hari. Hari ini pun kamu dapat. Semalam pun kamu dapat. Sebelum semalam pun serupa juga. Bagaimana pula kamu menggunakan masa itu?

Cuba kamu ingatkan semula apakah yang telah kamu lakukan dengan masa 24 jam yang diberi setiap hari. Adakah ianya digunakan untuk perkara yang betul?

Kamu tidak perlu jawab di sini kerana kita akan menjawabnya di sana.

Cerita sebelumnya: Berhentilah Dari Memaki Hamun Serta Menilai Orang (KLIK)


(This is our's and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.


Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.

Semua gambar dan video dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, semata-mata hiasan.

59 comments:

  1. entry ini bagaikan sebuah nasihat yang mendalam..suka saya membacanya ..tarbiah santai dari gaya penulisan yg menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irda,
      Kadang2 saya malas menulis lagi. Ada orang copy and paste. Nanti pembaca ingat saya yg jadi peniru. Tulisan saya memang original. Ada originsliti.

      Lama tak nampak.

      Delete
  2. masa cepat meninggalkan kita ...sehari demi sehari berlalu tak berulang lagi. tengok alh sekarang dah masuk bulan 3. rasa baru je jan 2107

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita senyum atau bersedih, masa tetap berjalan.
      Hujan ke, panas ke time still flies.

      Delete
  3. Walau pun setiap orang diberi masa yang cukup (24 jam sehari),
    itu pun ada yang mengadi tak cukup masa.
    Pernah terbaca tak 'Restauran 25 jam'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Restsuren 25 jam?
      Saya tak tau tu wt.

      Delete
  4. Your ways of delivering the content, I have to say, you're amazing.. Santai tapi mendalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for reading. There are people around us yg bangkrap minda. Yg dah jadi copy cat. Dah rasa tak seronok bila dapat tau ada orang yg miskin minda copied mine, not this entry. May be not yet, I think they may sometimes get too busy to write their own. Thanks.

      I belum sempat baca your chapter 26. Soon i jengok yrs.

      Delete
  5. 24jam sehari bagi saya amat singkat sangat, pejam celik pejam celik dah masuk hari lain, umurpun makin meningkat tapi amalan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. usia yang dah berbaki sikit ni yg kita perlu guna masa secara betul. as u said, untuk amalan. Thanks umi.

      Delete
    2. masa terasa singkat tu sebab kita guna masa dengn betul. Kalau duduk melangok, itu yg terasa panjang.

      Delete
    3. usia yang dah berbaki sikit ni yg kita perlu guna masa secara betul. as u said, untuk amalan. Thanks umi.

      Delete
    4. Saya pelik, saya reply se kali tapi keluar sampai 3 kali. Selalu macam tu.

      Delete
  6. Time and tide wait for no man . . . Cepat berenaaaang . . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. swim with the hearts and minds

      Delete
    2. I need some vanilla cupcakes. Ada lagi ke?

      Delete
  7. Lagu Opick..aahhh..sayu sokmo..sedih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama

      Music ni kadang2 menyedarkan kita. Teringat saya ada beberapa kumpulan world class music such as yanni, andre rieu, time for change, mereka pilih pemuzik trrbaik dunia. They travel dgn muzik. Menyatukan msnusia. Harga teket dia pun ribuan. Penonton sekali show pun ribuan. Tapi they no datang ke malaysia.

      Delete
  8. Eh eh..Ungu..pun macam Opick..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, dua2 tu lebih kurang sama.

      Delete
    2. Mamasita,
      There are great bloggers in my bloglist including u. Just hv a look at them and i think you know them.

      Delete
    3. Am not great langsung..main copy paste and link jer..luckily tak copy paste from your blog..otherwise dah sure kena plengkung dengan payung ayang..hihi..

      I do read some from your bloglist..memang they are very popular ones..^_^

      Delete
    4. Ayang tak pelangkong mama. Ayayang asked me to payong only.

      My blog is in their bloglist too mama.

      Delete
    5. For me, I just put some of them on my blog list regardless whether they place me on their blog list or not..on their bloglist pulak, I read those yang not on mine.I do the same at yours.
      So must thank you..^_^

      Delete
    6. Yes, it should be that way.

      Delete
  9. Masa terus berlalu meninggalkan kita kan.. Sama ada kita guna 24 jam itu sebaik2nya atau tidak.. Ia tetap terus pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tak tunggu sesiapa. Kita tak boleh paksa masa untuk berhenti tapi elok elakkan diri kita jadi mangsa masa.

      Delete
  10. Masa memang cepat berlalu,tak tau berapa lagi masa yang tinggal utk kita.
    Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali yang beriman dan beramal solih dan berpesan2 dengan kebaikan dan kesabaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak nak ulas makchaq punya ni. Sebab saya setuju sangat dgn kata2 makchaq. Thanks.

      Delete
    2. Tadi saya ke blog makchaq. Yg last entry tu suka saya tengok buku lama2. Nostalgia sekejap.

      Buku salina tu, tulisan samad said dapat hadiah pertama tahun tu.

      Delete
    3. Ada ka antara buku2 tu yang Adam pernah baca?
      Sebenaqnya banyak lagi buku2 lama.. nanti la makchaq letak senarai mana tau ada pembaca blog makchaq yanv pernah baca buku2 tu

      Delete
    4. Yg dlm entri makchaq tu buku salina dgn nyawa di hujung pedang saya dah baca. Saya suka baca buku penulis lama. Kebanyakannya penulis inggeris seperti ernest hamingway, louisa m alcot, charlotte Bronte dan lain2. Buku shakespere pun habis saya baca.

      Delete
  11. Replies
    1. Yes ....... 0rang kata begitulah. Usia tu sepatutnya dah waras. Tapi usia yg jauh tinggi dari tu pun masih ada yg belum matang. Contoh, ini contoh je tuan tapi mungkin ada: seseorang tak suka dengan orang tu. Kemudian dia ajak orang lain jangan berkawan dgn orang tu. Kalau berkawan jugak, putus hubungan. Orang macam ni jangan kita letak harapan, nanti kecewa sebab dia guna otak kanak2.

      Delete
  12. cerita masa ni mmg hebat.
    meningalkan kita kengkadang kita tak sadar.
    tengok je perkembangan anak2.
    kejap je dah besar panjang.
    masa kita cukup ke dgn diarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa bergerak memang kita tak sedar, kita sedar semasa kita dah tua. Itu baru sedar masa dah banyak lepas or terlepas.

      I read yr entry, tentang cerita hantar anak. Sedih memang sedih kan but untuk masa depan dia. He will be fine there, insyaallah, sebab tengok gambar dia pun nampak muka dia cerdik.

      Delete
  13. kita perlu merancang penggunaan masa untuk setiap hari.. kita kena pastikan ianya digunakan dengan sebaiknya. tapi masa untuk sehari-hari dirasakan terlalu cepat berlalu.. sekejap jer umur meningkat, anak-anak semakin besar..

    ReplyDelete
  14. betul tu tuan. masa bergerak pantas kita tak sedar. orang kata life start at 40, tapi nak start apanya kalau time tu la banyak dapat penyakit kan, susah la nak beribadah. masa muda lagi kena sungguh2 cari duit dan jaga kesihatan dan cari pahala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raihanah,

      Masa tak bergerak pantas. Masa juga tak bergerak pelahan. Momentum dia sentiasa sama. Yg pantas kita. Kita pantas bermalas malasan. Kita pantas mencari dosa. Bila rambut dah putih baru kita sedar mass yg bergerak, bukannya kita.

      Lepas ni saya nak carik minyak ikan yg ada omega. Vivix saya dah minum. Saya campur dgn air. Kalau minum tanpa air dia terus masuk ke perut.

      Delete
  15. kalau dpt 24k sehari, perghhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya dapat tu, saya beri awak 1 ribu setiap hari.

      Delete
    2. ameeen, ameeen. semoga Adam dpt 24k sehari, ameeen. dah dpt tu, jgn lupa bg sy 1k stp hari ��

      Delete
  16. Kan kita dah dapat 24 jam sehari

    ReplyDelete
  17. ape yg dibuat dalam mase 24jam sehari? banyak benda tak dapat dilakukan sebab cepat sangat masa berlalu.. yang penting solat 5 waktu jangan tinggal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. E'in,
      Yes, itu yg wajib setiap hari.

      Delete
  18. 24 jam
    bersamaan 24k
    jadinya setiap masa kita jgn tggl 17 rakaat...
    in sya allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari jumaat orang lelaki buat 15 rakaat.
      Sebab jumaat dua rskaat.

      Delete
  19. betul2 tersirat ntry kali nih..

    kalau kita tak gunakan sebaiknya 24k tuh... mmg kita rugi, spt kite mensia2kan 24jam tu ngn kerja2 yg tak berfaedah... kemudian hari rasa nyesal tp tak blh bt apa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks,
      Kerana idea yg saya jaja you mengerti sebenarnys. Sebenarnya sebe!um baca ni, norhidana tau cuma u tak ungkapkan kat mana2.

      See u, kat tulisan yg lain.

      Delete
  20. suka ayat dalam entry ni. betul sangat. dan betul terkesan. tq admin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama. And ghank u sebab singgah sini.

      Delete
  21. satu entry yang agak mendalam & terkesan walaupun agak sukar difahami kalau dibaca sepintas lalu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab singgah sini.

      Delete
  22. dari bangun tidur, hingga tidur balik, jadikan setiap pekerjaan satu ibadah..in shaa Allah, 24jam tu sgt berhasil..dan semoga senang jawapannya disana nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom setiap hari kita berhijrah ke arah lebih baik, insya Allah kan.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...