Sunday 23 September 2018

SEJAK DARI ZAMAN KANAK-KANAK LAGI

Aku amat beruntung dilahir dlm keluarga kecil, harmony, bertolak ansur dan berkerja sama. Hasil dari suasana di atas serta didikan, kami adik beradik membesar dan semua berjaya dlm kehidupan.

Asohan serta teladan menjadikan kami manusia  bertanggungjawab.

Kami adik beradik umpama dahan se buah pohon yg rendang. Walau pun dahan tumbuh ke arah yg berlainan namun dahan tetap bersatu di pohon.

Tidak ada keluarga yang sempurna. Ada masa kami berdebat bahkan ada ketika masing2 membatu sepi namun pada malamnya, keluarga tetap keluarga, di mana kasih sayang silatulrahim setia mengikat.

(This is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.

Video dan gambar jika ada dalam tulisan ini tiada kaitan dengan enyri ini.

Wednesday 12 September 2018

MENGAPA ADIK BERADIK ADA YANG TIDAK BERTEGUR SAPA?

Aku kerap berdoa kpd Allah. Doa yg aku pohon banyak. Aku kongsikan kat bawah ini salah satu yg tidak pernah jemu aku mohon.

Aku kongsi doa ni bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi semata-mata teruja untuk berkongsi. Lagi pun manalah tau, mungkin ada yg sudi membetulkan jika ada kesilapan dalam kata2 doa aku:

"YA ALLAH YANG MAHA BESAR. Kekalkanlah aku adik beradik dalam silatulrahim yg mantap kerana jika kami bermasam muka sekali pun kami akan hilang rahmat Mu."

"ERATKAN HUBUNGAN kami dah rahamatilah kami. Ampunkan dosa adik beradik aku dan izinkan lah surga Mu tempat kami bersama."

Sebenarnya kita tidak tau tentang rahmat Allah jika kita adik beradik berbaik-baik.

Ada adik atau abang yg susah sikit dari kita, lalu kita menyombong kerana kita lupa Allah sengaja beri kita razki lebih dari mereka. Apa salahnya kita bantu walau sebesar zarah kerana sebaik-baik sedekah adalah dgn menghulur kepada saudara terdekat.

Allah akan tambah razki lebih banyak bila kita tak berkira dengan darah daging sendiri.

Kita masih tidak tau iaitu salah satu punca kesempitan kita ialah sebab memutuskan hubungan silaturahim sesama keluarga.

(This is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.

Video dan gambar jika ada dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiburan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...