Wednesday 5 April 2017

CERITA YANG TERTINGGAL


Ada pemba meminta saya menyambung semula tentang kesah Maiko. Syahdunya saya dengan permintaan it
Sebenarnya sudah hampir lima bulan saya tidak menghubungi Maiko. Begitu juga dia yang senyap di Osaka tanpa berita. Saya masih lagi belum mengucap terima kasih kepadanya kerana menerima se botol minyak wangi beberapa minggu yang lepas. Tentu dia merajuk kerana saya tidak menunjukkan tatasusila yang baik.

Tidak mungkin dia merajuk kerana saya kenal siapa dia Maiko. 

Maiko, se orang gadis bukan sahaja rupawaan bahkan penuh dengan keindahan, berperkerti tinggi dan mempunyaii kematangan yang menjangkau usianya. Kata-katanya mempunyai makna yang tersirat dan sukar difahami andainya kita berfikiran terlalu lurus. Suaranya merupakan satu falsafah bagi saya yang mengambarkan reality manusia. Patutlah ramai lelaki tidak berkeupayaan mendampingi dia. 

Dengan saya Maiko telus. Dia jarang menyembunyikan se suatu, hinggakan pergolaakan ibu dan bapanya pernah diceritakan kepada saya. Bagi saya itu satu kepercayaan.

Banyak saya belajar darinya. Saya tidak malu sebab dia se orang gadis dari negara maju memang banyak pengetahuan jika dibandingkan manusia dari dunia ketiga. Saya tidak dapat mengatasi dia dalam banyak perkara tetap kerap juga dia tewas dengan saya. Dia tertewas dengan se orang lelaki Melayu yang berasal dari se buah kampung di Malaysia. Kerapnya apabila dia tewas dia mengakuinya dan berkata. "Your relationship is great Adam." 

Bersedia untuk melindung mulut sebelum ketawa

Kerap saya memerhati kelakuannya dan itu yang mencontohkan saya untuk meningkatkan kehidupan sosial saya. Beberapa perkara saya dapati dia berbeza dari gadis-gadis lain bahkan berbeza denga lelaki kita. Saya nyatakan di sini beberapa perkara yang saya pelajari dari dia:

Penggunaan Handphone: Setiap kali kami keluar makan, Maiko akan mematikan handphone dan menyimpannya di beg tangan sebelum kami masuk ke restoren. Katanya dia meraikan tetamu bukannya handphone. Dia memiliki dua buah handphone tetapi yang kerap saya nampak handphone yang ada gambar epal yang selalu digunakannya. 

Sebaliknya apabila saya perhatikan di Malaysia, jika sebuah meja itu ada lapan orang bersarapan, sudah tentu tidak kurang dari tujuh orang sedang bermain handphone. Mulai dari hari itu saya tidak lagi menggunakan handphone apabila berada di meja makan.

Sebelumnya pernah saya memberi tahunya supaya tidak mematikan handphone-nya. Maiko memberi alasan:

MAIKO:  It doesn't help. If I'm by myself in the kitchen I text away. No problem, but if I'm having dinner with a friend and this moment is a social event, not a food eating function. If I put my phone on the table and doing texting, the people around me know what I'm doing when my eyes are focused on it.

Saya telah dapat satu panduan adab di meja makan dari dia.

MAIKO:  My guideline is simple. I do not text when I'm involved in any type of social interaction.

Memesan Makanan: Selalunya apabila dia membawa saya keluar makan (biasanya makan malam), dia sendiri akan memesan makanan untuk saya. Cara itu saya dapati sangat pratikel kerana memudahkan tugas waiter. Waiter tidak tertunggu-tunggu atau tertanya-tanya apa yang kita hendak makan. Apabila makanan terhidang baru dia bertanya saya apa-apa lagi makanan yang saya perlukan. 

Bersolek: Setiap kali selesai makan Maiko akan ke  bilik air. Di situ dia memberus giginya, dan menambah sedikit makeup di muka. Dia tidak pernah ber-makeup di meja makan walau pun untuk menyapu sedikit lipstick. Makeup di mukanya terlalu nipis dan jika tidak diamati, wajahnya kelihatan seolah-olah tidak ber-makeup. Dia kelihatan cantik begitu.

Seperti kebanyakan wanita Jepun

Cara Ketawa: Memang saya perhatikan, setiap kali dia ketawa dia akan menutup mulut atau melindung dengan jari-jarinya. Adakalanhya dia menggunakan handphone atau kadang kala dengan mufler. Saya bertanya mengapa dia berbuat demikian. Katanya dia sudah dididik begitu tambahan pula kebanyakan gadis Jepun akan melindung mulut mereka dari dipandang orang semasa ketawa.

Kata Maiko, pada zaman dahulu semua gadis jika di luar rumah, mereka akan dibekalkan samada dengan kipas tangan atu payung kecil untuk melindungi mulutnya apabila ketawa.

Kemudiannya saya perhatikan memang terdapat perempuan Jepun menutup mulut mereka dengan tangan apabila ketawa. Mengikut kata Maiko, perbuatan menutup mulut apabila ketawa sudah tidak menjadi amalan kebanyakan wanita sekarang.

Ada sekali dahulu saya genggam kedua-dua tapak tangannya semasa dia ketawa untuk mengelak dia dari menutup mulut. Apa yang dilakukannya ialah dia membenamkan mukanya ke dada saya supaya dia dapt melindung ketawanya. Baju saya nyata bertanda lipstick-nya.

Lintasan Zibra: Dahulu ada saya cerita yang Maiko akan mengepit lengan saya sewaktu melintas jalan. Di entri itu juga saya beri tahu dia tentang larangan bersentuhan antara lelaki Islam dan perempuan.

Suatu hari Maiko bertanya saya kenapa saya tidak memegangnya setiap kali kami melintas jalan, sebaliknya dia yang tetap mengepit lengan saya. 

Memang menjadi kebiasaan bagi Maiko tidak suka orang menjawab secara direct atau tepat. Katanya menjawab secara demikian kurang matang. Saya menjawabnya rengkas. Saya katakan padanya begini, "Why does a man hold the bird?"

Maiko menjawab, "He loves it."

"That's the answer," saya kata. Dia faham yang dia diperlikan dan seperti biasa dia menjeling dan jelingan dia tetap berbisa.

Kegiatan Malam Hari: Setiap kali sebaik sahaja selesai makan malam, Maiko akan terus pulang ke rumah. Kami sama-sama berjalan menjuju ke stesen keretapi. Sementara menunggu keretapi kami berbual di situ. Pernah juga saya ceritakan di enry-entry yang lepas tentang perbualan kami. Biasanya perbualan Maiko serious tetapi dia bijak menggolah perkataan. Diajukan setiap subject-nya secara santai. Teringat saya pada suatu ketika semasa kami sama-sama menunggu train. Dia bertanya:

My little "Maiko".  Humaira Sofea inspecting her dry kitchen yang belum siap

MAIKO:  Adam. Something is keeping on spinning in my mind. Let me clear it with you since you are the right person to explain and appreciate your best answer possible. Is it easy to become a Malaysian citizen?

Saya tidak tahu tujuan dia bertanya tetapi tidak mungkin dia saja-saja bertanya. Dengan dia seperti yang saya nyatakan di atas, kita tidak perlu menjawab secara tepat. Oleh kerana saya sudah mengenali siapa itu Maiko saya pantas menjawab:

SAYA:  I'll answer yours but before that I need you to construct a short sentence by using the word way.

MAIKO:  When there is a WILL there is a WAY. 

Saya senyum dan diragutnya mufler saya kerana dia tertetawa.  

MAIKO: I love that.

Entry sebelum ini Mereka Bukan Budak-Budak Lagi (Klik)

Mimpi saya tetap tinggal mimpi. Gagal menuntun Yanni live 

(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul.

Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiasan,

140 comments:

  1. cantik orangnya walaupun agak covered gambar dia. paling comel junior maiko tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raihanah,
      junior maiko tu baru belajar bercakap. Dia cakap kita tak faham tapi kita cakap, ada yg dia faham.

      Delete
    2. Raihanah,
      junior maiko tu baru belajar bercakap. Dia cakap kita tak faham tapi kita cakap, ada yg dia faham.

      Delete
  2. Oh Maiko.., dia seorang yang sangat beradab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Anis. Orang islam pun dah tak berapa beradap sekarang.

      Delete
  3. Is it easy to become a Malaysian citizen?

    -senang je kalau dah jadi wifey Adam. kekekekeke

    Maiko ni Nampak dah diasuh dengan sangat tertib oleh org tua nya. beruntung sape dapat dia. sebab bukan senang nak cari gadis luar (Negara) yang masih ada adab yang tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakura,

      "Senang je kalau dah jadi wifey Adam." Adakah ini satu cabaran buat saya?

      "Beruntung sapa dapat dia." Yes saya setuju dgn what u said.

      Delete
  4. wow! untunglah ada gf Maiko.. hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mna pulak untung pink. Gf bukan milik kekal. Tunggu milik kekallah baru untung.

      Delete
  5. Maiko kat osaka / kyoyo semua lawa2 walaupun tak mekap, kan en.adam

    ReplyDelete
    Replies
    1. typo - nak taip Kyoto sebenarnya

      Delete
    2. I was in kyoto before moving to 0saka. Sebab kyoto sejuk sabgat. The day i left kyoto suhu dia 4 selsius sebelah malam. I tak tahan.

      Delete
    3. Semua girls lawa pink. Including you. Pecayalah. You jangan naak deny.

      Delete
    4. wow! en.adam puji saya lah... waaaaa rasa nak melompat katak jap... hahahhaha

      Delete
  6. regarding on your traveling plan this year, from my experience, i think NZ is much more better compare than South Korea. Saya dah pernah pergi Korea, and masa pergi sana dalam hati said "dah tak nak lah datang sini lagi", but it different than NZ , dalam hati terus cakap "datang sini setiap tahun pun takpe,,hehe"..

    For someone who love nature, NZ is the best choice.. But for someone who fall in love with Drama Korea or K-pop, South Korea is more preferable..

    ReplyDelete
    Replies
    1. My trip ke korea sebenarnya bukan dlm plan. I dapat tawaran melawat bejing. Tapi i tak berapa suka sebab i dah pergi china walaupun bukan beijing. Alternatif dia katanya korea selatan. Benda free i kena akurr lah.

      Sebelum tu our friend also a blogger, tuan muhammad khairuddin cadang kan Australia bagus sebab dia dah banyak kali pergi. Tengoklah macam mana sebab lambat lagi.

      Tapi saya tau sangat kecantikan nz sebab dulu ada dua orang nz attached kat my office. Itu yg saya banyak tau. See how lah.

      Delete
    2. Ok. banyak lagi tu masa nak fikir... Boleh buat solat istikharah dulu..

      Delete
  7. Replies
    1. WP, itu cadangan yang baik.
      Boleh difikirkan.
      Mungkin cadangan bernas ni ada hikmah.
      Insyaallah.

      Delete
    2. Mrs. A setuju dengan cadangan WP itu.

      Tiada alasan dan Mrs. A pasti tuan Adam faham apa maksud Mrs. A.

      Delete
    3. Mrs A,
      You pun boleh tengok apa yg saya respons kat wt atas tu. I dah jawab kat situ.

      Delete
  8. sangat polite. bagus didikannya

    btw bab hp di kedai makan tu, yes tu scene yang selalu kita nampak nowadays. mamak ke, fine dining ke semua dengan phone.

    I sendiri selalu pegang phone. even dengan family pun. alasan - I kan food blogger, haruslah snap this and that untuk review. Tapi bila tengok balik kesian anak anak terbiar pulak. ada yang main sudu lah, cakap sorang sorang lah

    btw cantik sangat gambar first tu. and send my regards and kisses to Little Maiko, ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. "and send my regards and kisses to Little Maiko,"

      Kisses tu i boleh kiss kan on your behalf but regards tu macam mana i nak sampaikan. Dia baruu belajar bercakap. Never mind, I sampaikan jugak.

      Delete
  9. There's always a way to gain something, so no worries Maiko.. hehe.. Anyways, your little Maiko is so adorable.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's the way to answer her. She understood because she laughed. Or she laughed because she understood. Or she understood and laughed. Thsnk you anis.

      Delete
    2. Yes anis, no worries.

      Delete
  10. Maiko, sebuah nama yang sgt unik dan sungguh cantik peribadinya...adab di meja makan, adab ketawa, adab menyusun kata, banyak julia belajar dari entry ini...TQ adam...TQ Maiko...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ju,
      Memang betul yg u kata tu. Seorang perkerti yg tinggi. Kalau u ikut cerita dia dari awal then u know how good she is.

      Thanks ju.

      Delete
    2. Ju,
      Yr progrem kat tv i dah set kat minda. Even dlm nota. Harap2 saya tak lupa. Kalau lupa i need u to share the video.

      Delete
    3. Ju,
      Yr progrem kat tv i dah set kat minda. Even dlm nota. Harap2 saya tak lupa. Kalau lupa i need u to share the video.

      Delete
    4. Adam,
      Sgt2 sorry...penerbit kata siaran ahad ini ditunda ke suatu tarikh ditetapkan ya...nanti dah confirm julia share entry pemberitahuan...mujur tergerak hati nak baca komen semula disini...Allahuakbar...terima kasih adam, sbb sudi nak save the date...cuma belum rezeki saya lagi.

      Akan tiba nanti...stay tune ya...

      Delete
    5. Ju,
      Tak payahlah kata sorry. Bukan silap Ju. I understand.

      Cuma you let us know bila you akan muncul semula on tv. Saya nak belajar se suatu dari that slot you nanti. Thanks.

      Delete
  11. Saudara Adam,

    Saya sebenarnya tidak minat mencampuri hal orang lain terutama sekali dgn saudara kerana saya tahu saudara mempunyai kematangan yang luar biasa. Saya akui kehabatan saudara.

    Bila saya baca komen saudara di atas, saudara menjawab komen Warisan Petani, yg seakan akan saudara ingin melupakan Maiko, tidak sabar2 saya ingin campur tangan. Saya lebih rela dimarahi asalkan niat saya menulis ni iklas. Terasa ingin menangis tadi bila terbaca yang saudara akn memikirkan untuk melupakan Maiko. Adakah lagi perempuan yg lebih indah dari Maiko di hati saudara?

    Saya mengikuti cerita Maiko sejak awal. Saya dapati dia se orang yg sempurna dan mungkin ingin memeluk islam kerana dia tertarik dengan saudara. Tidak dapat saya bayangkan betapa sunyinya di sana.

    Kata2nya penuh muslihat dan hanya orang arif sahaja memahami dia. Saya percaya saudara faham segala2 tindakan dia.

    Saudara, jangan hampakan kesetiaan se seorang terutama dia yang sudah nampak keindahan dalam Islam.

    Saya menulis ni dalam keadaan yang waras kerana saya sendiri merasa bangga orang melayu kampung dapat mengawal perasaan se orang yg telah jauh maju ke depan.

    ReplyDelete
  12. maaf saudara. itu semata mata pandangan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan risau tuan, saya hormat oendapat walaupun ada perbezaan.
      Saya tak ambik hati. Mungkin kata2 tuan itu betul.

      Delete
  13. naper lama sgt tak hubungi maiko tuh? cube lah call say tq utk pefum tuh...

    dh mcm tunggu episod seterusnya kt drama tv lak... hrp2 kisah penulis ngn maiko ni dpt cpt berakhir ngn baik... kalau ada jodoh moga di permudahkan n dipercepatkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you dana, nanti saya call.
      Mungkin nak plan se suatu dgn dia nanti.
      Thanks

      Delete
  14. Anak bujang i minat sangat Japan. minat dgn aweks Japan. Kawai katanya.
    rasa2 nya menantu i org Japan. Kalau macam Maiko, ok sgt lah kan. heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. You get menantu jepun bukan salah pun. Saya rasa kita kena ikut kehendak dia sebab itu pasangan sehudup semati dia. Orangbjepun lawa2 jugak. Mungkin ada yg berakhlak macam maiko. Cuma kita tak jumpa je.

      Mana tahu kan, jodoh dia ke situ.

      U baca lah entry saya yg kepas2, u see how good the japanese are.

      Delete
    2. i tau Japanese ni cam ni. kira berlemah lembut lah kan.
      I hope anak dara Japan boleh lembut kan sikit anak bujang i tu. raplah sikit Luqman ni. heeeee..
      Cerita lama2 u tu, nnt i jejak balik. Jadi khayal nnt membaca.

      Delete
  15. Usaha2lah..jangan give up..contactlah Maiko selalu..

    https://www.youtube.com/watch?v=v8_qwaE-4Jc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamasita, contact ni ada dua makna. Pertama sentuh. Kedua hubungi. Yg mana mama nak saya lakukan.

      Jangan suruh saya jadi pak lebai morden sudahlah, pak lebai zaman pak pandir pun saya masih ok.

      Delete
  16. cantik maiko tu dan bersopan pula orangnya... alangkah bagusnya kalau maiko berjodohan dengan en.adam.

    oh ya saya pun tak tahu novel apa yang patut saya cadangkan buat en.adam, jika tak mahu novel cinta en.adam boleh cuba beli novel dari Ramlee Awang murshid, novel2nya bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Novel Ramlee Awang Murshid. Thank you Aryan. Insyaallah saya cari buku penulis tu. Cerita cinta ni bukan saya tak baca tapi kalau ada pilihan, buku tentang cinta memang saya tak baca. Cerita fiction oun tak apa walaupun dongeng. Thanks.

      Delete
    2. **Cerita fiction pun tak apa walaupun dongeng. Thanks.

      Delete
  17. owh itu ke gambar maiko? mmg cun orgnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nad, u pun apa kurangnya. I kata nad pun cun. Kalau tak cun tak kan saya baca entry nad. U tau kan saya baca but jarang komen.

      Delete
    2. hahaha. yaka. okay tqq2 sudi singgah blog :)

      Delete
  18. Eh, baca entry ni rasa macam baca novel la pula..hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entry tentang maiko ni saya tulis macam2 style. Dulu ramai pembaca mintak saya bukukan cerita maiko, itu yg saya bertukar ke style novel. Tapi kalau nak dijadikan novel banyak kena betulkan. Gremer banyak tak betul. Ejaan lintang pukang.

      Cerita maiko belum boleh dibuat novel sebsb ada perkara yg menghalang.

      Delete
  19. wahhh lawonya MAIKO..mcm baca novel...kita mmg suka novel pun...skrg suka baca novel seram pulak...novel cinta xleh go dahhh...huhuhu...anyway tq so much sudi tinggal jejak di blog kiter..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesah maiko sejak awal lagi bukan tentang cinta. Cerita persahabatan tulin. Cerita tentang kemajuan minda.

      Saya dari dulu tak minat baca novel cinta tapi saya minat buku. Jawapan ni pun saya dah bincang dgn aryan azra. Ada komen kami berdua kat atas tu. U can have a look at our conversation.

      Delete
  20. Bila nak pinang cik Maiko ni? Asyik flashback je hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hainom,
      Bila saya baca entry you, kersp saya tersenyum. Entry hainom yg baru tu, pasal birthday, lagi lebar senyum saya.

      Baca komen yg you buat ni pun saya senyum. Hainom cara pendekatan dgn fren memang boleh dipuji. Love yr style?

      Delete
    2. Bila nak pinang maiko?

      Delete
    3. Orang tanya dia, dia pulak tanya kita balik....haha....
      Seronok bila dapat menceriakan kengkawan. Nak menulis ilmu yang berat berat mmg tak pandai Dam, so tulislah santai santai aje...

      Delete
    4. Anom,
      Kita serupa. Saya oun tukis yg rengan2. Nak tulis yg berat bimbang tak terangkat. Semuanya rengan2. U tengoklah yg saya komen entry teman2 kita, semuanya tak setius. Nasib baik mereka dah tau cara saya,

      Delete
    5. Ejaan banyak silap, sorry

      Delete
  21. Adakah Maiko di gambar pertama?jika ya, memang cantik orangnya.orang jepun ni tak bersolek pun cantik kan.

    Suka dengan adab orang jepun ni, saya pun tak mampu nak off handphone di meja makan.

    Suka kalau en.adam berjodoh dengan Maiko.Jika Maiko adalah jodoh en.adam, moga ianya dipermudahkanNya buat en.adam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apapun little 'Maiko' tu comel..dah boleh jalan dah pun.tak lama lagi mesti petah berceloteh.

      Delete
    2. Orang jepun cantik tapi ramai jugak orang melayu yg cantik. Ada orang melayu yg lebih cantik dari maiko. Ramai pembaca yg sukakan maiko bukan semata mata dia cantik tapi perkerti dia yg menarik.

      Entry saya yh lepas2 banyak mengesahkan perkerti dia. Di situ kelebihan dia tertanam di minda pembaca. Thank eyda, tak semppat nak respon dgn watsap u.

      Nanti i buka watsap then reply yrs.

      Delete
    3. Sejak balik dari jepun saya off hrenfon bila makan dgn tetamu. Kalau saya sorang2 saya onn henfon

      Delete
    4. Yup pekerti Maiko menambahkan lagi kecantikan yang Maiko miliki.

      Rasanya lepas nih, handphone kena simpan dalam beg bila makan bersama tetamu.apapun hari dan waktu bekerja, handphone memang penting sebab kerja banyak melibatkan handphone dan whatsapp.bukan tu saja, sebagai blogger part time, adakalanya perlu respon atau update info dan perkara tak kira masa.

      Delete
    5. Sekarang berkerja memang kena kerap guna hp. Tapi time makan saya off hp melainkan saya sorang2. Dah selalu off rasa ok pulak,

      Delete
    6. Sekarang berkerja memang kena kerap guna hp. Tapi time makan saya off hp melainkan saya sorang2. Dah selalu off rasa ok pulak,

      Delete
  22. Cantiknya Maiko..
    Orangnya berspoan pula..
    Saya doakan yang terbaik utk Adam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fidah,
      Saya rasa yg menyebabkan dia cantik kerana peribadi dia. bijak serta bersopan. A person full of kindness.

      Delete
    2. Fidah,
      Kalau nak tau tentang Maiko, banyak di entry yg lepas saya tulis sebelum ni,

      Delete
    3. Fidah,
      Kalau nak tau tentang Maiko, banyak di entry yg lepas saya tulis sebelum ni,

      Delete
  23. En Adam seorang yang observant..saya pun nak ikut mcm Maiko, tutup mulut masa ketawa..bab handphone tu mmg saya setuju sgt dgn Maiko, rasa annoying bila kwn2 asik dgn hp, rasa terpinggir..sy mmg jarang on hp masa makan ramai2..

    conclusionnya - Maiko dh semula jadi cantik fizikal, ditambah dgn cantik peribadi..double cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang saya tidak lagi pegang hp time makan jika dengan tetamu or friends. Kalau sorang2 saya onn hp.

      Saya percaya ramai pembaca samada lelaki atau pompuan suka maiko bukan semata mata dia cantik tapi perkerti dan minda dia. Kita tak perasan tu. Mungkin ada pembaca yg simpati keadaan maiko sekarang. Buktinya, you baca komen AJS yg ada kat atas tu. Saya tersentuh.

      Delete
    2. Are you still in china?

      Delete
    3. Are you still in china?

      Delete
  24. kdg2 sy juga merasakan..kenapa seseorang tidak menghubungi kita terlalu lama..kdg2 hati berkata2...dan sy hanya ada dua jawapan..samaada dia cuba melupakan kita kerana dia tahu kita xmampu utk dimiliki..atau kdg2 dia sendiri sudah berubah hati...heheh...itu prasangka....jgn biarkan dia terlalu lama tanpa jawapan atau panggilan..takut ia brprasangka yg bukan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irda, you sre back, long time no see. I know you are busy holding the new post. Se orang yg dihormati masyarakat. Tahniah.

      Thanks for the comment which i was waiting for. Well, you have been following the story and i know you know most things about maiko. Let me tell you irda, Maiko and me are sitting silently and watching the world moves around us. You know, watching the world moving takes a lifetime to learn. You know what i meant. Maksudnya masing2 menunggu siapa yg memulakan. Bermakna kedua2nya belum memiliki konfiden.

      Whatever it is the world is full of magic things and maiko and me are patiently waiting for our senses to be more mature. :-)

      Thank you for stopping by.

      Delete
  25. Kali kedua akak baca entri ini cuma tak sempat nak tinggalkan komen.

    Cantikkan maiko, maiko junior aka Humaira Sofeapun apa kurangnya, geramnya saya tengok dia, rasa nak cubit2 jer dak tecik tu.. hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab singgah baca tulisan yg tak seberapa menarik ni. Tapi saya tak dapt cari blog umi alya.

      Delete
    2. adam selalu singgah di "rumah pertama", siannya tak jumpa cari "rumah baru" saya.. ~_^

      http://mimialya1.blogspot.my

      Delete
    3. Terima kasih. Malam nanti saya ziarah.
      Sebelum tidur.

      Delete
  26. Saya teruja membaca kisah tuan...mampu mengalahkan cinetron terkini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni bukan penulis sebenar tuan. Dulu ada pembaca2 mintak saya tulis kesah percutian saya kat jepun. Adalah beberapa entry saya buat. Tapi baru2 ni ada lagi yg mintak sambung kesah di jepun. Apa2 pun terima kasih sebab tuan sudi singgah sini. Thanks.

      Delete
    2. Saya tulis macam2 tuan. Bukan pasal percutian je.

      Delete
    3. Che Din,
      Baru tadi saya ke blog tuan tapi tak nampak ruangan komen.

      Delete
    4. che din
      saya ke blog tuan, tapi tak jumpa ruang komen.

      Delete
  27. k-pop sangat.
    Agree sangat. Kalau makan luar, kita org akan kumpul semua hp(ayah mak anak2)& simpan dlm bag doraemon akak. wajib!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sekarang bila makan dgn kawan2 atau ada tetamu, saya tak onn hp. Tapi kalau makan satu orang saya onn. Dulu tak kira, ada tetamu atau tak, saya onn semacam,

      Delete
    2. Terima kasih singgah sini.

      Delete
  28. hi, saya datang singgah sini :")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Intan, thank you sebab singgah. Dialu2kan Singgahlah lagi.

      Delete
    2. intan,
      kebetulan saya baru je upload entry baru bila baca komen intan ni.

      Delete
    3. intan,
      kebetulan saya baru je upload entry baru bila baca komen intan ni.

      Delete
  29. Little Maiko, Humaira Sofea..Anak sedara saya Soffiya Umaira :)

    ReplyDelete
  30. Replies
    1. datang dan singgahlah.
      kebetulan saya baru upload entry baru.
      thanks

      Delete
  31. saya juga terpaksa mendisiplin diri supaya tidak melekat dengan telefon pintar..

    untuk fokus kepada sesuatu perkara saya terpaksa 'silent' telefon

    ReplyDelete
  32. good example. masih perlu didik diri dari fokus henpon bila bersama sahabat-sahabat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kita memang tak boleh lepas dari memegang hp. Masa memandu pun ramai yg bergaut kat hp. Saya pecaya ada yg bawa hp ke tandas. Jom kita intip orang dalam tandas.

      Delete
  33. kadang tu apabila kita tengok balik, adab di Jepun lebih baik daripada kita, sebenarnya, kita pun ada adab yang perlu di praktikkan tapi kita sendiri yang malu untuk mulakan adab itu. tak 'trend' kata budak zaman sekarang, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tv salah satu menyebabkan anak2 biadab. Kita nampak anak melawan emak

      Delete
    2. Tv salah satu menyebabkan anak2 biadab. Kita nampak anak melawan emak

      Delete
  34. cantiknya maiko :) dan sgt sopan. jaga laa kwn sebaik nya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya semua peremouan cantik. Perkerti yg mencsntikkan lagi se orang pempuan.

      Delete
    2. Pada saya semua peremouan cantik. Perkerti yg mencsntikkan lagi se orang pempuan.

      Delete
  35. ehhh tp little maiko lagi comel :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia baru belajar bercakap. Kita cakap dia tau tapi dia bercakap banyak kita tak tahu,

      Thanks singgah,

      Delete
    2. Dia baru belajar bercakap. Kita cakap dia tau tapi dia bercakap banyak kita tak tahu,

      Thanks singgah,

      Delete
    3. hehe comelnyaa. umur dia bape? bila dah pandai cakap. memang bercakap jela. xD

      Delete
    4. Baru 1 tahun 4 bulan. Baru belajar cakap. Kita cakap dia faham. Dia cakap banyak yg kita tak faham.

      Delete
  36. Macam tak percaya that i actually read the whole entry! Serious best and banyak pengajaran. Hehe nak jadi lebih sopan lah lepasni :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you nad.
      Jom kita ber sopan.

      Delete
    2. I think you like the end part after she said, when there is a will there is a way. Am i rite?

      Delete
  37. Thank you nad.
    Jom kita ber sopan

    ReplyDelete
  38. Adab di meja makan tu mmg menarik untuk dikongsi..kebnyakan kita kalau makan even dgn siblings pon still tak pernah renggang dgn hp..
    Perkongsian yg best encik adam

    ReplyDelete
  39. Replies
    1. Tak taulah cantik ke tidak, bekum siap lagi, bimbabg dah siap nanti tak cantik. Ada pulak assesorri yg nak ditambah. Yg tu saya tak berapa suka. Tapi kata tukang kayu benda tu penting. Entahlah.

      T kasih.

      Delete
    2. * Tak taulah cantik ke tidak, belum siap lagi, bimbang dah siap nanti tak cantik.

      Delete
  40. selesai membaca cerita maiko, harap bukunya akan keluar tak lama lagi.

    pada amatan saya, Maiko seorang yang sangat beradap orangnya, memang betul kata adam, sangat pandai berkata-kata (jika yang diceritakan oleh adam ini betul)..

    IQ mengagumi Maiko dan juga adam. Moga jodoh kalian berpanjangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. IW,
      Apa yg maiko kata itu yg saya tulis. Itu sebab saya tak terjemahkan ke bm. Bimbang maknanya lari.

      Thanks, jngan lupa singah sini lagi.

      Delete
  41. Terkesima bila jumpa bab henpon di 'off' tu..ini amat jarang berlaku di kalangan masyarakat kita walau pon ketika bersama insan2 tersayang( ibu..ayah..isteri..'kekasih baru nk bputik'..etc..)

    Seronok crita Adam ni..Terasa mcm baca novel plok ..(sebenarnya dh lama x baca novel setlh lama b..title belia ni..masa remaja dulu2..baca novel ni mcm mkn nasi je ;:) )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi baca.
      Ceritanya tak berapa sangat cuma saya petik beberapa moment semasa saya travel. Ada lagi cerita sebelumnya. Ada saya tulis di entry saya yang sebelum ni. Sudikanlah.

      Thanks.

      Delete
    2. Saya pun minat membaca tapi tak selalunya novel. Apa2 je saya baca.

      Delete
  42. Bestnya cerita Adam pasal Maiko, kalau dia baca mesti terharu sangat-sangat 😊😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita dia banyak lagi. Nanti saya update sikit2.
      Dalm ni pun dah banyak saya kongsi. So far readers suka cerita maiko. Thnks.

      Delete
    2. Ramai sangat yang suka cerita Maiko, lagi lagi saya. Hehe. Bukan setakat cantik rupa malah cantik peribadi, susah nak jumpa perempuan macam ni zaman sekarang especially part ketawa tutup mulut tu. I wish I can be like her :-)

      Delete
    3. Erni, kita selalu rasa megah. Kita kata bangsa kita beradab. Tpi bila kita ke negara orang, mereka pun beradab jugak bahkan dlm brberapa hal mungkin mereka lebih baik.

      this january i am going to Japan again. Semua dah diatur.

      Delete
  43. saya terlepas entry ni...cantiknya maiko..harap dipermudahkan jodoh dengan Maiko, yer..insyaallah..

    pasal adab dan disiplin, saya mmg salute orang jepun....mula membaca pasal orang jepun lepas tsunami dulu..mcm mana disiplinnya dorang masa menerima bantuan dengan sabar beratur..takde adegan tolak menolak, dengan teraturnya pentadbiran dan sistem dorang selepas tsunami...yang mungkin kat negara lain jarang2 dipraktikkan...

    tak sabar nak tggu next entry pasal Maiko :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak nafi tentang sopan santun dan displin orang jepun seperti yg u kata. Tepat sekali. Satu contoh yg ketara saya nampak di sana. Di jepun saya tak nmpak papan tanda no smoking tapi tidak ada orang merokok melainkan di tempat khas.

      Entry selepas ni pun ada cerita Maiko.

      Thanks singgah sini.

      Delete
  44. Assalamualaikum sudra adam... sya baru terjmpa blog tuan..little maiko anak siapa😁

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...