Thursday 21 April 2016

MASA YANG SESUAI UNTUK BERUBAH IALAH SEBELUM ANDA MEMERLUKANNYA



Writer's Head of Department (2nd from left), his wife and friends

Kita kerap mendengar, membaca, menuntun mengenai penderaan di kalangan anak-anak belasan tahun yang berlaku di sekolah, di asrama dan di persekitaran perumahan hingga ada yang telah menjadi laporan polis.

Penderaan di kalangan orang dewasa juga berlaku seperti di pejabat, di jalan raya, di rumah dan juga di kalangan rakan-rakan. Penderaan berlaku disebabkan beberapa punca seperti menunjuk kuasa, merendahkan seseorang, menakutkan mangsa, membalas dendam dan lain-lain.

Kesilapan terbesar yang berkaitan dengan kehidupan yang mungkin boleh menyebabkan punca ketegangan berlaku bukan sahaja di seluruh dunia bahkan di persikitaran kita, ialah kerana ada manusia yang gagal memahami perasaan.

Kadang-kadang seseorang itu tidak sedar dia telah didera. Dibiarkan penderaan itu berterusan kerana baginya tidak se besar habuk pun yang menyakitkan hatinya. Sebagai contoh jika seseorang itu cacat, di hujung namanya disebut kecacatannya: tempang, sengau, pendek dan lain-lain.


Rakan- rakan penulis sempat berposing

Tidak kurang juga ada yang membuli rakan-rakan dengan memberi gelaran yang tiada kaitan langsung dengan peribadinya. Mangsa berdiam diri kerana menganggap pembuli hanyalah seorang manusia yang tidak pernah lari dari menampilkan keegoan. Dalam erti kata yang sebenar mangsa memaafkan pembuli sebab mangsa menganggap pembuli bukannya malaikat.

Perkara ini memang berlaku di mana-mana secara berterusan kerana ianya dibiarkan berlaku. Semakin dibiar semakin kecil peribadi kamu kelihatan di matanya walau pun ramai yang tahu bahawa kamu mempunyaai peribadi yang tinggi dan kewarasan yang menasabah.

Hentikan jika penderaan berterusan, supaya kamu dilihat sebagai manusia yang bermaruah. Perubahan perlu bermula dari anda.

Mulakan perubahan dengan secara jujur bertanya kepada diri sendiri. Apakah kelebihan yang aku dapat hasil dari pembulian itu secara berterusan?" Jawapannya perlu dianalisia untuk kamu bertindak dengan sewarasnya kemudian.

Beri keutamaan kepada minda, perasaan dan peribadi kamu walau pun kamu tidak didera. Tunjukkan kepada setiap individu tentang perkara yang kamu tidak mahu dilayan, kerana manusia suka mengulang perbuatan negatif dan akan berhenti apabila tidak berjaya melakukannya. Dalam erti kata yang sebenar, tonjolkan diri kamu kepada mereka sebagai contoh manusia yang beradab.

Hentikan untuk memuaskan hati orang lain semata-mata untuk menawan hati rakan. Tidaklah menjadi satu perkara yang sukar untuk memuaskan hati setiap individu tetapi berhti-hatilah kerana kalau kurang bijak menanganinya kamu akan terperangkap menjadi mangsa penderaan.

kemampuan sendiri adalah penting di dalam setiap pergaulan bahkan juga dalam kehidupan. Andainya anda kerap menjadi mangsa buli dan tidak berdaya hendak menghindarinya, anda telah terjebak dalam satu kesilapan. Bertindaklah dengan segera, dengan cara anda sendiri untuk mengelak penderaan kerana anda sendiri yang tahu situasinya. Kepercayaan diri adalah kuasa perubahan. Jangan fikirkan yang anda akan ditempatkan di zon yang kurang selesa selepas itu. Bertindak demi kepentingan maruah.

Bukan kamu sahaja yang mengerti tentang perasaan deraan bahkan ramai juga yang lain mengalaminya. Jangan kita sesekali mengikut contoh rakan lain, dengan membuli rakan yang lemah walaupun kita berkesempatan melakukannya. Perbuatan itu bakal menyebabkan kita dinilai sebagai seorang yang mempunyai minda yang lemah di mata oran lain.

Don't follow the flow, kerana follow the flow tidak mengubah sesuatu keadaan. Kamu juga akhirnya sekendong dengan mereka yang follow the flow. Jangan sesekali kamu berandaian jika berbuat se suatu untuk melawan kebiasaan tidak mengubah keadaan. Perubahan bermula dari tindakan kamu sendiri dan bukan bermula dengan andaian yang merugikan.

 
Writer's 3rd youngest grand kid

Andainya semua usaha yang kamu lakukan menemui kegagalan, cara mudah yang ada perlu lakukan ialah dengan berkata, "Go to hell with you." Tentukan anda mendapat rumpunan kawan yang segar dan bersih selepas itu kerana kamu juga manusia yang perlu dihormati sebagai manusia.

Masanya telah tiba untuk kamu mulakan perubahan, mulakan sekarang.


Ya Allah, jadikanlah hubungan di antara pembaca dan penulis sebagai suatu amal silaturahim yang diterima. Kami lakukan adalah semata-mata kerana Mu.

2 comments:

  1. Penulis tidak bertanggong jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, sensistiviti agama, kaun dan individu.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...