Thursday 14 April 2016

Ya Allah, jadikanlah hubungan di antara pembaca dan penulis sebagai suatu amal silaturahim yang diterima. Kami lakukan adalah semata-mata kerana Mu.


Borhanuddin Mohd Noordin, sahabat penulis.


Kenapa mesti berungut? Berungut kerana tidak cukup wang. Jutawaan juga merasainya. Jadi kenapa mesti berungut?

Kamu berungut kerana tidak memiliki rumah yang besar berserta kawasan yang luas dan indah? Rumah besar belum tentu penghuninya hidup dalam penuh kebahagian. Jadi kenapa mesti berungut?

Kamu berungut kerana tidak mempunyai pasangan yang cantik? Adakah kecantikan itu mengambarkan status? Dapatkah kecantikan menjadikan kehidupan yang harmoni? Jadi mengapa perlu berungut?

Hentikan rungutan, kerana selagi kita hidup kita tidak akan temui kepuasan. Yang penting carilah kemajuan diri (progress) bukannya kesempurnaan. Untuk mencari kemajuan bukannya sukar. Mulailah dengan mengubah diri dari sekarang.

Mulakan perubahan kamu dengan bersyukur kepada Nya setiap masa seperti yang saya lalui seharian. 

Setiap hari, di hening pagi sebelum matahari menampakkan sinar, saya bersyukur telah diberi satu hari lagi untuk bernafas. Itulah hadiah yang termahal yang saya terima setiap hari padahal sebelumnya kerap saya bertanya sendirian, "Adakah lagi hari esok untuk aku?"

Setiap pagi, sebelum memulakan kehidupan harian saya membuka hati untuk perkara-perkara yang baik. Meulakannya dengan menyedut udara segar, merasakan kesejukan embun,  melihat kehijauan persekitaran yang dipenuhi tumbuhan alam dan menikmati siulan burung-burung yang seolah-olahnya melafazkan ALHAMDULILLAH.

Perkara yang dirasakan remeh ini adalah peluang yang tidak akan didapati setelah kita tidak diberi kesempatan menemuinya di hari esok. Ciptaan Illahi ini tidak pernah terlepas di hati saya.

Mengekalkan tali silaturahim adalah perlu selain dari mendapat ganjaran dari Allah kerana mengekalkannya. Pilihlah sahabat-sahabat yg benar-benar tau erti persahabatan. Bermakna, kita memilih kawan terbaik di lingkungan persahabatan kita.

Setiap hari, saya akan cuba menggembirakan mereka dan memberi ucapan tahniah jika perlu. Memberi ucapan terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang walau sekecil mana pun.

Setiap hari, saya akan berkongsi kegembiraan. Saya akan menghulur melalui dua tsngan saya sikap baik "act of kindness" kepada setiap orang.

Setiap hari, saya akan memberi semangat kepada mereka yang kegagalan. Saya akan beri tau kepada setiap orang terdekat betapa bermaknanya hidup saya bersama mereka.

Setiap hari, saya akan mengetepikan kerisauan sebaliknya berterima kasih kepada ALLAH yang telah memberi nikmat hidup yang luar biasa.

Memiliki perasaan risau itu ialah penyakit yang hanya membuang masa kerana ALLAH telah merancanakan hidup kita mengikut perancangan NYA yang terbaik.

Setiap malam, sebelum ke kamar tidur saya akan berada di jendela memerhatikan awan, bulan dan bintang dengan perasaan terpegun terhadap keagongan NYA.

Setiap malam, sebelum saya melelapkan mata saya akan kenangkan kembali kesah seharian yang saya lalui, dan berterima kasih walau sekecil mana pun nikmat yang  diterima berdoa untuk kebahagian mereka di dunia dan akhirat.

Malam ini, saya akan tidur senyenyak-nyenyaknyanya dan berharap dapat menemui suasana yang lebih baik untuk hari esok. Tidak sabar untuk saya menanti hari esok.  Sebarang kejutan yang luar biasa dari Nya tetap saya terima.

I thank YOU for giving me the the best day of my life. 
Hanya ENGKAU sahaja yang maha mengetahui.

9 comments:

  1. Article yang menyedarkan,😢😢

    ReplyDelete
  2. Be positive and enjoy your life

    ReplyDelete
  3. Kita biasanya terasa kita yang paling tidak bernasib baik..itu yang rungutan terjadi..

    Bila kita merungut tentang sesuatu, kita terlupa ada yang lebih susah atau hidup tidak sebaik kita..lagi satu, setiap yang sempurna di mata kita, adakalanya mempunyai kekurangan yang tidak kita ketahui..

    Apapun cuba bergembira dengan kehidupan kita, jadikan kelebihan kita sebagai kekuatan untuk kita rasa bahagia..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...