Monday, 15 August 2016

KEHENINGAN YANG MUSNAH



Tidak berapa jauh dari sebatang jalan raya terdapat sebuah kolam semula jadi seluas separuh dari ukuran gelanggang badminton. Airnya tidaklah begitu banyak tetapi cukup untuk kegunaan penduduk di situ. Persekitarannya redup dan sejuk. Berada di situ terasa keheningannya.

Di persekitaran kolam terdapat satu perkampungan yang dihuni oleh katak-katak yang hidup aman, tenteram dan sejahtera. Setiap hari seawal pagi katak-katak di kampung itu keluar dari penginapan masing-masing bersarapan di dalam semak dan belukar.

Selepas kekenyangan ada yang pergi berendam serta mandi di kolam, ada yang bersantai di tebing dan yang lain bermain-main di dalam belukar.

Di suatu pagi terdapat sepasang katak yang sedang memadu kasih di atas se batang dahan kayu. Di situlah tempat kesukaan mereka berdua-duaan se tiap pagi.


KATAK JANTAN: Pagi tadi separuh penduduk sini terlolong-lolong panggil hujan.

KATAK BETINA: Dah lama kampung kita tidak hujan. Kita tak boleh lama tanpa hujan. Badan kita jadi kering. Kulit kering memudaratkan kita. Walau pun kolam ada air tapi penat jugak setiap kali terjun untuk melembabkan badan.

KATAK JANTAN: Hujan membawa rezeki. Sebaik hujan berhenti cacing, lipan, serangga, kelkatu dan ulat keluar. Itu rezki.

Tidak semena-mena hujan turun agak lebat. Waktu itu mata hari baru mula bersinar. Banyak katak yang sedang bersantai bertempiaran melompat mencari tempat teduh. Sepasang kekasih tadi segera melompat-lompat ke se batang pokok untuk berteduh.


KATAK JANTAN: Kampung kita ni memang terbaik. Kolamnya sentiasa berair, aman, sejuk, penduduk berkerjasama.

KATAK BETINA: Kita tidak tau perancangan manusia. Mungkin tempat ini diambilnya untuk dibangunkan.

KATAK JANTAN: Kita kenalah bersatu. Kita lawan manusia. Mereka dah dikira penceroboh. Aku tak sanggup pindah ke kolam lain. Se ribu kali kita melompat kita belum tentu boleh jumpa kolam baru. Aku tidak sanggup nak buat hingga se ribu lompatan. Patah kakai aku.

KATAK BETINA: Bersatu? Cakap bolehlah? Seluruh katak di sini kalau bersatu pun kita tak boleh menang. Apa senjata yang kita ada. Kamu pistol pun tak ada. Kita semua akan mati katak. Semua katak akan mati katak. Kita pindah sahaja untuk mengelak dari mati katak.

Kedua-duanya senyap. Katak jantan termenung dan katak betina bertafakur. Kedua-nya merenung masa depan mereka.


KATAK JANTAN: Manusia bodoh.

KATAK BETINA: Manusia tidak bodoh. Mereka pun ada hak. Bumi ni bukan untuk kita sahaja. Kita berkungsi bumi. Semua mahlok berhak duduk di alam ini. Kalau mereka ceroboh, kita pindah. Kalau tidak pindah kita mati katak.

KATAK JANTAN: Bodoh macam lembu.

KATAK BETINA: Tak elok fitnahkan lembu. Lembu tidak ada kena mengena dengan kita. Menfitnah berdosa. Kalau kita banyak dosa kita lambat masuk syurga.

KATAK JANTAN: Katak mana ada masuk syurga dan kita pun tidak akan masuk neraka. Kita hanya mati katak. 

KATAK BETINA: Jangan buat fitnah. Kena buktikan dahulu sebelum menuduh lembu dan manusia bodoh.

KATAK JANTAN: Manusia kalau pandai, semasa perempuan mengandung dia sepatutnya minum susu segar. Susu segar menambah kualiti dan quantiti susu badan. Susu segar berhasiat. Vitmin dan kelsium dalamnya masih segar. Tetapi mereka minum susu yang sudah di proses. Khasiat susu proses tak setanding susu segar.

KATAK BETINA: Masaalahnya susu segar kurang di pasaran.

KATAK JANTAN: Tentulah kurang sebab tak ada demand. Bila tak ada demand tentu tak ada bekalan. Amerika, Sepanyol, Holland, New Zaland, Australia melambak-lambak susu segar. Ibu yang sedang menyusukan anak elok minum tu. Anak yang menyusu badan dapat manafaatnya. Badan anak bertambah sihat, gigi dan tulang jadi kuat. Kita perhatikan orang di Masai, mereka minum susu segar. Mereka sihat. Tulang, gigi pun kuat.

KATAK BETINA: Ibu yang dah besalin sekarang pun minum juga susu. Teh tarikkan ada susu.

KATAK JANTAN:  Teh tarik guna susu pekat. Ramuan susu pekat campurannya dari lemak kelapa sawit. Awak makanlah kelapa sawit tu. Tak sekhasiat susu segar. Satu lagi dia punya bodoh. Semasa anak dah tumbuh gigi susu ........

KATAK BETINA: Susu lagi. Manusia tahulah. Mereka boleh belajar melalui internet bagaimana cara nak tambah susu badan.

KATAK JANTAN: Jangan percaya semua di internet. Mungkin kanak-kanak yang gatal tangan main-main tulis tentang petua lama. Pembaca walau pun dah tua tapi ada yang percaya tu. Dah tua pun bodoh. Bodoh pulak macam lembu. Di internet juga tempat fitnah. Ada juga yang kena kat mahkamah, denda ratusan ribu ringgit kerana memfitnah.

KATAK BETINA: Biarkanlah mereka.

KATAK JANTAN:  Sepatutnya bila jumlah gigi susu anak dah lengkap masa itulah ajar anak jaga gigi. Berus gigi hari-hari. Walau pun gigi susu akan jatuh tapi itu satu amalan baik, menjaga gigi dari awal. Itu latihan.

KATAK BETINA: Bukan semua manusia begitu.


Katak jantan mendiamkan diri dan katak betina turut diam. Di kolam telah kelihatan katak-katak lain berendam dan banyak juga yang bersantai di tebingnya. Pasangan yang bercengkerama tadi pun berubah tempat. Katak betina melompat ke dahan lain diikuti dengan katak jantan. Hujan mulai teeduh.

KATAK BETINA: Kita sudah berkawan begitu lama. Apakah perasaan kamu terhadap saya. Nyatakan jika ada. Jangan biar perasaan terpendam lama sebab kitaran hidup kita amat singkat.

Katak jantan masih mendiamkan diri.

KATAK BETINA: I have met many awsome and handsome males whom i liked. They are wonderful frogs who are trying their best until today to own me. Do you know that at this modern days no one  ever loses touch?

KATAK JANTAN: Aku merendahkan diri sebab kamu betina tercantik di sini. Jika aku memilih kamu, aku ditertawakan sebab kita berdiri tak sama tinggi.

KATAK BETINA: I know you have someone better than me. I know your relationship and I know your love affair. My memory doesn't fail me.

KATAK JANTAN: Aku tidak sepadan kamu. Kamu cantik juga berdarjat. Selain dari kamu aku  juga tertarik kepada se ekor betina yang bersbelahan tempat tinggal kamu. Tetapi dia jual mahal.

KATAK BETINA: Don't waste time on females who are not for you. Hubungan kita tidak kena mengena dengan dia. Suruh dia pergi jahanam walau pun dia mencintaii kamu. Kamu jangan lakukan kesilapan terutama dalam memilih. Permata tersedia di hadapan kamu. I know I'll be yours because I have tried my best and my way is right. It's better for you to move forward with me. Jangan pula lupa kesilapan lepas kamu because we learn from mistakes. From mistakes learning happened.

Katak jantan berdiam lagi.


KATAK BETINA:  Betina yang tidak minatkan kamu sebenarnya dia yang ada kekurangan, bukan kamu. Nyatakan kepada aku dengan berani tentang pilihan kamu sekarang. Bertindaklah sebagai jantan.

KATAK JANTAN: Andainya kamu menjadi suriku, sanggupkah kamu bertanggung-jawab terhadap rumah tanggaku?

KATAK BETINA: Aku sanggup tetapi dengar dahulu falsafah aku wahai katak jantan. Rumah tangga adalah tanggong-jawab suami. Rumah-tangga bukan tanggong-jawab isteri. Kamu bertanggong-jawab sepenuhnya. Dari kebersihaan, keselamatan, pelajaran, makanan dan nafkah. Itu tanggung-jawab suami. Semasa kamu keluar berkerja aku akan membantu menyediakan makanan untuk keluarga sebab aku  pembantu kamu. Semasa kamu keluar berpoya-poya aku akan membersihkan halaman, mengemas tempat tinggal. Urusan di rumah kamu jangan khuaitar, aku uruskan kerana aku pembantu kamu.  Aku akan lakukan semua secara berhemah dengan cara aku kerana aku bertanggong-jawab penuh sebagai pembantu suami.

KATAK JANTAN: Aku juga ada falsafah. Falsafah aku, "Betina bodoh jika digandingkan dengan jantan yang kurang cerdik sangat membahagiakan hubungan."

KATAK BETINA: (tersenyum) )nce i fall in love the hard way, I love without expecting anything in return.

KATAK JANTAN:  You frog listen to me. Aku tak mahu kamu jadi seperti bini manusia. Mereka khayal. Sentiasa menatap facebook. Goreng ikan di upload online. Bukannya sedap pun. Goreng telur pun di update. Satu hari sampai 20 puluh kali update. Suami tak nak makan pun update. Gas memasak habis pun di-update. Semua message diterima di-forward kat frens. Bukan telah aku kata tadi manusia memang bodoh. Pembaca tidak peduli jika ada update macam tu. Pembaca ketagih ilmu bukan gambar kek, bukan foto ikan goreng. Kamu jangan lakukan begitu.

KATAK BETINA: Kampung kita mana ada wifi.

KATAK JANTAN: Aku tak mahu kamu beri tahu surat kabar yang kita ni pasangan ideal. Terbaik konon. Begitu juga jika kita bercerai kelak, aku tak mau kamu buruk-burukkan aku di tv, di akhbar. Dalam se tiap perkahwinan tentu ada rahsianya dan rahsia wajib dirahsiakan. Jangan ikut cara manusia. Bila bercerai habis diburukkan pasangan melalui media, berulang-ulang. Anak nanti malu. Emak bapak pun malu. Kalau kulit muka engkau tebal engkau buatlah. 

KATAK BETINA: (terdiam)

KATAK JANTAN: Anggaplah kita tiada apa-apa sebelum tu kerana jodoh kita habis di situ.

KATAK BETINA: Itu manusia yang menagih publisiti. Aku anggap perbuatan menghina bekas pasangan itu tak bermoral. Itu bangang.

KATAK JANTAN: Jika aku sakit kau ubati aku. Jangan biarkan aku mati katak kerana engkau akan tau betapa berharganya aku sebagai se orang suami apabila aku telah tiada.

Hulubalang Katak

Tiba-tiba kedengaran bunyi kuat di persikitaran kampung. Bunyinya semakin lama semakin dekat. Semakin lama semakin hampir. Semakin lama semakin bising. Semua katak di situ senyap kehairanan kerana mereka belum pernah dengar bunyi sehebat itu. Semua katak mendongak ke langit sebab disangkan guruh. Apabila mereka pasti yang bising itu bukan guruh, semua penghuni tidak bercakap kerana ketakutan.

Tiba-tiba muncul sekor katak jantan perisis hulubalang menjerit bertalu-talu, "katak-katak sekelian, Lari, lari. Jentolak menuju ke kampung kita. Lari, lari."

(This is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your stories and wisdom are as good as mine.)




 KLIK GAMBAR U
NTUK BESAR







Temuii rakan penulis di bawah ini. Klik setiap satu darinya untuk mengenali mereka.Klik Homestay.





9. Klik untuk engetahui pengedar  set Vivix sekitar Shah Alam.

Tiadalah berapa lama hidup mu, ke akhirat jua kekal diam mu

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuk sentimen agama dan kaum serta individu.

Semua gambar dan video tiada kaitan dengan tulisan ini. Ianya semata-mata hiasan. (HARAP MAKLUM, TIADA POS YG BARU PADA SABTU INI 20 Ogos 2016)

4 comments:

  1. Satu benda yg buat saya rasa tertanya - mcm mana penulis boleh fikirkan jalan cerita yg melompat lompat bak katak yg sebegini. Sangat menrarik dan penuh pengajaran. Suka sangat penggunaan katak sbb terasa mcm perkara-perkara ditegur tu patotnya tak perlu ditegur pon , kita sendiri patot sedar. bak menunggu katak datang bg nasihat. humor dan pengajaran yg seimbang dan paling penting santai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih memberi pandangan. Sudi2lah baca yg lain dan jangan malu nak komen. Saya suka komen yg bergini. Bukan jerana pujian tetapi pandangan yg tekus.

      Delete
    2. Enyry ni dulu saya tidak bukak kpda pempaca untuk dikomen tapi ramai yg suruh aktifkan komen.

      Delete
  2. Ever wanted to get free YouTube Subscribers?
    Did you know you can get these ON AUTOPILOT & TOTALLY FREE by registering on Like 4 Like?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...