Saya minat music tetapi tidak tau bermain sebarang alat muzik. Saya tidak pernah belajar muzik jadi bila saya dengar muzik dan jika muzik itu baik, saya akuinya baik. Penilaian saya terhadap muzik berdasarkan tafsiran saya yang mempunyai kosong tentang ilmu muzik.
Melodi adalah tarikan utama saya pada muzik dan lirik menjadi penyebabnya yang kedua. Sangat jarang saya tersentuh dengan lirik se sebuah lagu. Semacam saya kekurangan penghayatan pada lirik, mungkin muzik telah saya anggap semata-mata sebagai hiburan sampingan.
Petang semalam saya memainkan se buah lagu dari Youtube. Aduh, saya tersentuh dan sangat tersentuh. Pada hal lagu asalnya berulang kali saya mendengarnya sebelum ini kerana saya kagum dengan penyanyi asalnya, Broery Marantika.
Setelah mendengar separuh lagu tersebut yang disampaikan dalam bentuk Smuel, tiba-tiba hati saya terasa sangat sahdu mendengarnya. Saya tidak semena-mena terasa pilu. Jiwa saya disentuh dengan lirik, melodi dan penyanyi. Tidak pernah berlaku begitu terutama kerana lagu. Saya tidak tahu kenapa. Kalau saya kata saya menangis, itu satu perkara bohong dan pembaca pantang dibohongi tetapi saya terasa sedikit linangan di pipi.
Pembaca saksikan sendiri video-nya sehingga tamat, yang telah saya upload di bawah ini. Saya percaya pembaca tidak terasa seperti apa yang saya lalui kerana situasi kita berbeza se waktu menghayatinya.
Mungkin disebabkan semalam ialah hari wanita se dunia dan di waktu itu saya teringatkan dua wanita yang pernah di kagumi: se orang yang telah pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya dan se orang lagi yang terlalu jauh berada di seberang Laut China Selatan. Biarlah bulan bicara sendiri.
The reason it hurts so much because our souls are connected
Cerita xebelumnya: Kalau Ikut Time, Masa Dah Nak Habis (Klik)
(This is our's and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©
Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.
Mungkin Adam teringatkan seseorang yang sangat dirindui.
ReplyDeleteWP lebih minat yang dinyanyikan oleh penyanyi asal.
Penyanyi asal memang hebat wp. Saya kagum dengan Broery. Saya cerita ni sebab semalam tengok video ni. Itu yang saya upload.
ReplyDeleteMacam mana kebun wp. Makin hebat nampak.
Merdu gabungan suara mereka. Saya juga sukakan muzik, tetapi tidak pandai menyanyi & bermain alat muzik.
ReplyDeleteHanya mampu menikmatinya.
Samalah kita.
DeleteSaya tak undi AF, sebab takut silap.
AF..saya tak tengok pon..suara masing-masing ada keunikan
ReplyDeleteJanjiKita
Pengundi AF tak jujur.
DeleteSetuju mereka undi orang yang mereka suka tak kisahlah bagus atau tidak.
DeleteDoa&sedekah kan Al-Fatihah utk yg tiada
ReplyDeletedan juga pada yg jauh in sya allah..
Insyaallah.
DeleteThanks
Assalamualiakum Adam..
ReplyDeleteSedap lagunya..sedap jugak suaranya...tersentuh hati Kak Ros mendengar nyanyian korang...berbanyakkanlah Al Fatihan pada orang2 yang tersayang tak kiralah yg masih ada atau pun pada yang sudah tiada...
This comment has been removed by the author.
Delete??
DeleteTerima kasih.
Deletealfatihah untuk arwah isteri..untuk si dia yang jauh di mata tapi dekat di hati.
ReplyDeleteAlfatihah, terima kasih tuan.
DeleteOuh gitu sekali ya . Hmm yup maybe Adam teringatkan mereka kan. Apapun sedekahkan alfatihah selalu utk yg dirindui baik yg telah pergi mahupun yg masih wujud di muka bumi inj :)
ReplyDeleteThank u nad,
DeleteSedekah Alfatihah untuk yg bukan Islam, boleh ke. Yg di hujung laut china selatan tu.
irda pun xboleh sangat dengar lagu yg mengusik jiwa..pasti terusik..walaupun dalam kesibukan.kdg2 muzik juga bagaikan terapi untuk menghilangkan penatnya neuorn otak berfikir..dan.muzik kdg2 juga membuat kita hayal mengingati seseorang...hemm kadang2 kita cuba nafikan..tp percayalah bila hati tersentuh.apajua yg berkaitan pasti buat kita termangu sebentar dan minta berpusing jauh...jauh menembusi pandangan.itulah hikmahnya perasaan yg dihadirkan tuhan..jika kita tahu mengendalikannya kita akan rasa bersyukur dengan pemberian ini..tp bila kita gagal mengendalikannya.kita aka jadi hamba pada perasaan sendiri...
ReplyDeleteAda orang memang mudah tersentuh irda. Tengik film pun tersentuh. Dengar sajak pun tersen t uh. Dalam pada tu pun masih ada manusia yg tak ada perasaan, kejam pada kanak2, pada bayi.
Delete(Tengik) Tengok
Deletetypo*minda
ReplyDeleteAl fatihah buat arwah.. (dia sakit ya sblm meninggal?), moga rohnya tenang di sana. Faham perasaan itu..
ReplyDeleteMg jodoh ke 2 dipermudahkanNya, aamiin..
Al fatihah. Amin. Dia sakit lah umi, buah pinggang rosak, lambat dikesan.
DeleteKita yg hidup kena jaga kesihatan pulak.
Thanks umi.
Kirimkan doa dan sedekahkan surah al-Fatihah buat arwah isteri bila hati digamit rasa rindu padanya..
ReplyDeletepada yang jauh di seberang laut, kirimkan khabar berita melalui mesej atau email atau telefon saja lebih mudah..
faham bila sesekali diusik perasaan rindu pada seseorang..
Yg dah tak ada tu, memang saya sedekah al fatihah.
DeleteYg jauh tu no pblm.,maksud saya peralatan hubungan semua cangih sekarang.
Deletealhamdulillah, itu saja cara yang terbaik bila rindu pada yang telah tiada..
Deleteya setuju, yang jauh di mata boleh dekatkan di hati dengan cara perhubungan yang lain serba canggih sekarang..
perasaan rindu tu bagus, sekurang2nya ada sebuah doa utk org2 tersayang..
ReplyDeleteThank u nina.
DeleteMaaf lambat reply.
Baru baca komen nina.
moga ade sinar di laut china selatan .InsyaAllah
ReplyDeleteKata2 merupakan satu doa.
DeleteThank u
mungkin jarak usia kita jauh berbeza, tapi, 10 tahun yang lepas..tiap kali saya mendengar lagu ini di dendangkan..saya akan menangis sendirian,memandang kelangit tinggi,menunduk seketika di kaki bumi..tak siapa tau betapa berbezanya keadaan kita waktu mendangar bait bait lagu tersebut. tapi percayalah...hanya yang berada di situasi tersebut akan rasakan perkara yang sama.
ReplyDeleteHi, I am here on 18 March 2021. Walaupun saya kurang pasti akan ada yg membaca comment section post ni. Here I am, writing all my heart out. Been searching makna disebalik lagu syahdu ni sebab sejujurnya, sejak beberapa hari ni hati saya terhambat perasaan galau, marah, sedih.. Orang yang saya sanjung selama ni rupanya bukan seperti yang di sangka. Saya hampir membenci ayah sendiri akibat kesilapan yang dia buat. One day, dia main gitar seorang diri sambil menyanyikan lagu ni. Suara dia sayu sangat di pendengaran saya. Petikan gitarnya, suara nya seolah2 memaknakan setiap bait lirik dalam lagu Biarlah Bulan Berbicara. Di saat tu saya tahu, dia sendiri kesal membiarkan diri dia terperangkap bawah pengaruh dadah... Saya tak pernah tengok dia menangis tapi hari tu, mata dia merah dan suaranya sayu.. Saya tahu dia tahan sebak. Langsung hilang rasa kecewa saya pada dia. Saya tahu apa yg dia oerlukan saat ini adalah sokongan dan dorongan dari isteri dan anak2. I made a promised to myself, dalam apa keadaan sekalipun, I will stand strong behind him. He is a loving father, walaupun bertahun-tahun dia memilih jalan yang salah, tak pernah sekali pun dia bertindak agresif terhadap kami, abaikan tanggungjawab kepada kami.. Saya mohon doa dari semua yang mungkin terbaca comment saya, doakan kami sekeluarga terus tabah... Terima kasih :)
ReplyDelete