Wednesday, 15 March 2017

SETELAH TIGA BULAN MASING-MASING MEMBISU


Semalam saya terima satu kiriman bungkusan melalui perkhidmatan 'courier.' Tidak sabar membuka kerana ianya dikirim bukan dari Malaysia. 

Didapati ada sebuah kotak dan sekeping nota bertulis tangan. Ada tiga perenggan rengkas sahaja didapati seperti di bawah yang ditulis dalam bahasa Inggeris. 

1. Terima kasih memberi kad ucapan Hari Wanita. Saya sukakannya.
2. Terimalah ini. Saya pesan kawan belikan di Burj Khalifa. Ianya tulin, berasal dari Arab Saudi.
3. Jangan lupa lima perkara wajib kami. Benda ini tidak merosakkan lima waktu yang kamu hari-hari lakukan.

Snap di belakang rumah. 

Apabila dibuka kotak yang berukuran 6 sm x 6 sm x 9 sm, di dalamnya terdapat se botol minyak wangi. Harum baunya. Kotak yang dibuat dari kertas manila 4ply, berwarna putih tanpa mengandungi sebarang tulisan dan gambar. 

Saya tidak kesah terima wangian tanpa jenama sebab baunya sesuai untuk saya tambahan pula saya dapatnya percuma. 

Jikalau kualitinya baik apa nak dikesahkan. Ibarat kita minum kopi di dua cawan procelain yang berlainan. Cawan yang pertama berbunga di luarnya, cantik dan mahal dan cawan kedua harganya murah sedikit sebab tidak mengandungi hiasan. Adakah rasanya berbeza. Tidak mungkin. Rasa kedua-duanya tetap serupa.

Saya kehairanan seketika memikirkan cara pemberian cenderahati tersebut. Maksud saya notanya.

Kehairanan pertama:
Kenapa begitu rengkas tulisan dia. Tidak ada kata-kata sampingan. Tidak ada kata-kata tersirat seperti yang selalu diungkapkannya. Maiko biasanya tidak begini.

Kehairanan kedua:
i. Kenapa dia membeli di Burj Khalifa. Bukankah negaranya juga mengeluarkan beraneka minyak wangi yang bertaraf dunia? Kualiti minyak wangi Jepun tidak kurang hebat dari keluaran negara-negara barat. 

ii. Saya sendiri saksikan beberapa kali berada di jepun tentang jualan minyak wangi keluaran negri mata hari terbit.

Kehairanan ketiga:  
Kenapa di perenggan ke tiganya dia memberi tahu yang minyak wangi itu sah dibawa solat sedangkan pengetahuannya kosong tentang Islam. Kenapa dia mengambil berat? Pertanyaan yang timbul di sini ialah, "Adakah peluang sedang menghampiri?"

Semuga satu hari nanti dia akan mengucapkan perkataan Assalamulaikum apabila bertemu saya.




Entry sebelumnya:  Mereka Mencari Pelabuhan (Klik)


(This is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.

Video dan gambar wanita berpedang dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiburan.

41 comments:

  1. Alhamdulillah, tahniah..
    Notanya yang ber visi dan missi..

    Nasib baik dia tak tulis
    "saya nak tubuh parti baru, jom join"
    Haru biru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dia ajak join tubuh parti baru no pblm tuan. Syaratnya saya mesti presden. SuDah tentu Saya pilih ahli yang suka bersatu. Setiap ahli saya pilih mesti orang yang ada amanah. Semua ahli mesti minat kepada keadilan. Insya allah berjaya.

      Delete
  2. Alhamdulillah seronok dapat hadiah, notanya mungkin menggambarkan sesuatu yang indah,apakah dia sudah mula mengenali agama islam...inshaAllah suatu hari nanti harapannya dia akan ucapkan assalamualaikum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ni se orang yg sukar diduga.kata2 dia membuat kita tertanya tanya. Penuh dgn makna tersembunyi.

      As what you said, insyaallah.

      Delete
  3. Dia sudah membuka hatinya....😀

    ReplyDelete
  4. anda sedang diperhatikan dari sudut yang berbeza. :)

    ReplyDelete
  5. I hope it's a new sign for the next stage of your life.. Harap-harap la..

    ReplyDelete
    Replies

    1. A person needs three things to be truly happy in this world:

      1. Someone to love,
      2. something to do,
      3. something to hope for.

      Semestinya including makan, minum, tidur and lain2

      Delete
  6. semoga hidayah Allah itu sampai kepadanya..in shaa Allah..

    ReplyDelete
  7. wah3... bg perfum tu pun dh kire ada maksud tersirat apa...

    pastu nota no 3 tuh, maksudnya dia dh belajar lah tu skit2 psl Islam, klu tak... takkan dia tahu nk belikan perfum yg halal tanpa alkohol yg boleh di gunakan utk solat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah dana,
      Dia ni jenis yang susah saya nak teka.

      Delete
    2. Bangsa dia memang suka beri hafiah. Dulu dah dua kali orang jepun duduk dgn famili saya. Bila tiba je airport, mereka beri hadiah. Nak balik pun mereka beri hadiah. Semua hadiah tu dibawa dari jepun.

      Delete
  8. Its a good sign.
    Perfume itu wangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke?

      Ada sign pulak dalam memberi cenderahati. Saya memang tak tau ni.

      Delete
  9. A wonderful gift in plain wrap is anytime better than an empty decorated box.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waiting for her to wrap my soul around my heart. With plain-wrapper pun ok.
      Haha haha. Forget it, berangan only.

      Delete
  10. Mungkin juga dia dah belajar serba sedikit tentang Islam. Siap bagi pesanan jangan lupa lima perkara wajib tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau lah ana tentang dia belajar ke tak. Sebab mesej dia pendek sangat. Mungkin ya atau mungkin tidak.

      Delete
  11. Kalau sudah jodoh, tiada yang boleh menghalang..hanya masa menentukan..

    https://www.youtube.com/watch?v=WjOPJBO4RJw

    ReplyDelete
    Replies
    1. There are thousand of sakura trees in japan and those threes produce flowers that make japan beautiful. Malangnya every flower's life is short and this reminds us to live beautifully while we are still beautiful.

      Did i answer you. Kalau salah jawab pun tak apa sebab komen u nobody can deny.

      Delete
    2. Kalau tak ada jodoh, tiada siapa yang boleh menjodohkan.

      Delete
  12. 🤗🤗🤗 ada peminat la tuu....😎

    ReplyDelete
  13. Suatu pengharapan agar dia mula memahami Islam walaupun setapak tangan buih dibandingkan dengan selautan

    ReplyDelete
  14. mungkin... hidayah dah ketuk2 pintu hatinya 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin.... susah juga nak teka. Sebab saya tak nampak. Dah 3 bulan tak jumpa.

      Delete
  15. In share allah..semoga hatinya terus diketuk oleh-Nya

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah semoga pintu hati terbuka

    ReplyDelete
  17. Replies
    1. Entahlah nayfatimah.
      Harap2 ada.
      Tapi bukan satu perkara mudah.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...