Terima kasih kepada pembaca yang meminta saya menulis sesuatu perkara tentang hari raya. Pembaca semua adalah inspirasi saya untuk bergerak secara sihat di alam maya.
Selalunya coretan saya sekadar memenuhi erti kehidupan tanpa madah yang puitis. Tidak guna kata-kata manis andainya pesanan tak kesampaian.
Meseg saya biasanya berkisar tentang kehidupan dan ada kalanya mungkin pembaca terasa kepedasannya kerana saya peka dan insaf tentang realiti alam nyata.
Cahaya Idilfitri
Mari kita bersama-sama ikut peraturan dunia dan yang penting aturan Allah. Kita tidak akan menyesal mengikut aturanNya kerana semuanya mempunyi rahamat yang terembunyi dan hikmahnya tetap ada.
Jadikanlah satu Syawal ini untuk kita berihat dan mengambil kesempatan untuk merenung hala tuju kita di sini dan di sana.
Di bulan Ramadhan ini elok kita lakukan perkara baik seperti amalan bersedekah kerana imbuhannya berganda. Memberi ampau di pagi raya bukannya sedekah dalam erti kata yang sebenarnya sekarang kerana memberi secara demikian semata-mata dilakukan sebagai ikut-ikutan dan berkemungkinan tiada niat sedekah tertanam di hati. Hulurkanlah dengan seikhlas hati dengan niat bersedekah terutama kepada mereka yang kurang berkemampuan.
Sekiranya kita mampu untuk bersedekah berilah paling kurang benda yang setaraf kita: apa yg kita makan, apa yang kita guna dan apa yang kita pakai. Jangan hulur barangan mengikut taraf penerima. Berilah mereka sedikit rasa apa yg kita nikmati.
Dia tidak minta jadi begini
Jangan jadikan sedekah kita ibarat satu penghinaan kepada penerima. Mungkin kita sudah banyak memberi tetapi kita tidak sedar bahawa pahala sedekah kita mungkin tergantung.
Jangan bersedekah "semata-mata" menjadikan ianya satu agenda membuang barang.
Di musim perayaan ramai juga yang membuat rumah terbuka. Itu juga sedekah. Tak perlu menjemput undangan ternama. Tak perlu menyediakan makanan melampau, sebaliknya utamakan keselesan tetamu tanpa membeza kedudukan. Itulah yang terhebat.
Beramanahlah. Jaga hak kita dan jangan sentuh hak mereka. Jangan sampai nanti ada diantara cucu cicit yang merenung batu nisan kita bertanyakan hak mereka yang telah kita nafikan.
Hormatilah mereka yang berhak dihormati tanpa mengira usia dan status. Darjat kita tidak gugur apabila kita hormat mereka, itu pun kalau kita anggap diri kita berdarjat. Jangan menyombong tidak bertempat kerana putaran kehidupan Allah yang tentukan. Tunggu saja masa ketentuannya. Di hadapan Allah tiada siapa yang hina.
Berilah mereka sedikit cahaya
Apakah yang kita dapat di dunia ini jika kita menyombong? Mungkin setakat mendapat pujian. Mungkin kita dihormati tapi adakah kedua-dua yang kita terima itu dihulur dengan iklas?
Sebenarnya saya bercadang untuk tidak menulis pada saat ini bagi menghormati satu Syawal tapi seperti dinyatakan, permintaan pembaca saya tunaikan.
Akhir sekali di bawah ini saya selitkan dua buah video dan kesemua video itu dimuat secara rambang dengan tiada tujuan apa-apa maksud.
Pada malam yang penuh keberkatan ini saya menyusun kesemua jari memohon keampunan dari semua.
SELAMAT HARI RAYA.
Kenali rakan penulis di bawah ini:
(This site is ours and the stories belong to us. Everyone has a story to share and in sharing we find healing. I expect this true story will give hope a chance to grow in your heart. Your stories and wisdom are as meaningful as mine.)
Khai Bahar
Smule
Penulis tidak bertanggongjawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta sensitiviti individu.
Semua gambar dan video tiada kaitan dengan tulisan ini, semata-mata hiasan.
No comments:
Post a Comment