Tuesday, 23 May 2017

BARU 20 HARI MENGAKTIF-KAN FACEBOOK

Hai kawan-kawan Facebook ku,

Ramai jugak yang add saya di Facebook walaupun baru 20 hari diaktifkan. Orang yang add tu pada mulanya saya biarkan mereka duduk senyap di kotak friend request.

Tapi terfikir saya tanpa friend tak bermakna ada akaun Facebook. Saya pun add mereka. Wah ..... bertubi-tubi iklan masuk. Bukan sikit pulak tu, melambak-lambak setiap sekali terima.

Saya tak kesah walau semuanya iklan sebab saya baik hati. Sambil baca iklan tu, saya berdoa semoga mereka dapat pelanggan melalui page saya. Mungkin itu rezeki anak mereka. Alhamdulillah.

Mereka semua nak hantar apa-apa ke Facebook saya hantarlah. Hendak beriklan pun boleh. Manalah tahu mungkin ada friend saya sedang mencari barang yang mereka perdagangkan.

Tapi saya mintak tolong, janganlah kongsi gambar makanan terutama makanan hangus, sebab semua makanan di Malaysia saya dah tengok. Kat atas meja makan saya pun ada makanan. Makanan yang mereka tunjukkan tu entah-entah tidak sedap.

Kalau mereka tetap hendak menghantar gambar makanan, saya benarkan sebab saya ni baik tapi janganlah hantar gambar yang serupa.

Kalau hantar banyak kali tapi gambar lain-lain saya masih tak marah. Jangan bimbang dengan saya, saya tidak lempang orang. Saya tidak berani lempang orang. Kalau saya berani sudah lama gangster dalam Malaysia semua saya lempang-lempang. Itu baru dipanggil lelaki yang berjantan. Baru puas hati melempang.

Apa-apa gambar yang lain semua kamu boleh hantar ke page Fb saya seperti gambar orang bersukan, gambar orang mandi, orang berpolitik, orang berhibur, gambar pemandangan, gambar banjir. Gambar Pak Lebai pun boleh.

Itu sahaja mukadimah saya untuk kali ini.


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul.

Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.







41 comments:

  1. owhhh newbie kat FB la ni..welcome to the club..;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks mrs fuzy.
      See you there.

      Delete
  2. selamat berfacebook..bulan puasa mmg x best tunjuk gambo makanan..tapi mesti ramai yg up gambo juadah berbuka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan puasa tak lama lagi. Harap2 jangan lah forward foto masakan yg tak menjadi. Contoh kek hangus, ayam hangus, ikan hangus.

      Thanks nohas.

      Delete
  3. Jangan hantar idea hangus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.
      Dulu orang lain jadi imam solat tak sah, sekarang dah ok pulak, itu amanat hangus.

      Delete
  4. Suka dengan statement encik blogger di bawah ..

    "Saya tak kesah walau semuanya iklan sebab saya baik hati. Sambil baca iklan tu, saya berdoa semoga mereka dapat pelanggan melalui page saya. Mungkin itu rezeki anak mereka"

    Moga rezeki encik blogger pun dimurahkan selalu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yati, memang betul saya doakan mereka. Orang kita dlm fb tu pun bisnes sambilan. Takkan nak iklan katbtv. Biarlah dia guna page saya. Fb pun tak marah. Itu je yg saya boleh tolong.

      Delete
    2. Terima kasih Hayati.
      Teringat saya lagu Aryati. Lagu indonesia.

      Delete
  5. wahhh, dah aktif facebook balik...selamat berfacebook..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iq, dah 21 hari saya onn semula fb.
      Jangan lupa add saya tau.

      Delete
    2. Iq, dah 21 hari saya onn semula fb.
      Jangan lupa add saya tau.

      Delete
  6. Replies
    1. T kasih WP.
      Tegurlah saya di sana.

      Delete
  7. Fb selain tempat berkawan ia juga tempat beriklan . . , dan tempat meluahkan geram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh .... Situ penuh dgn iklan.
      Tak tau saya nak sembang.

      Delete
  8. Replies
    1. Ok chegu.
      Kita jumpa di sana nanti.

      Delete

  9. Apa-apa gambar yang lain semua kamu boleh hantar ke page Fb saya seperti gambar orang bersukan, gambar orang mandi, <<<--- astaga yg last tu.. bahaya wehh.. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Mandi yg saya maksudkan tu, mandi laut or kolam renang beramai ramai. Sepatutnya saya tulis "mandi-mandi." Sorrry, tertingal 1 perkataan.

      Thanks.

      Delete
  10. Tapis dulu apa yg nak kita post...biarlah yg bermanfaat sahaja.. yang indah2 sahaja...hihi... Lagi satu, jgn pernah mempamirkan kemewahan melalui laman sosial kalau hati tak cukup kuat untuk melawan rasa riak...kann..kannn hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg tunjuk mewah tu memang ada.
      Terlajak laris mungkin ita tau.

      Delete
  11. Kalau fb saya penuh dengan orang yang minat bunga & kebun saja, tak minat pun layan juga cuma jangan yang jenis duk maki2 atau jual yang pelik2 tu tak mau la...ampun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun macam mala. Layan semua tapi kalau silap masak pun nak tunjuk dlm fb, entahlah. Dah biul kot.

      Soree i kata tu mala.

      Delete
  12. Hehe Facebook ni memang memacam ragam Adam. Kena tengok circle friends kita siapa. Nad kalau tak berkenan block je terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fb ni memang baru sangat bagi saya. Lom tau ragam dia. Bila orand add, saya accept. Silatueahim kan. Rupanya lain ceritanya. Ada yang tiap tiap hari hantar gambar. Nampaknya orang macam ni kak kena blog. As u said.

      Delete
  13. Selamat berfacebook ya en. Adam.. macam-macam ragam manusia ada di Facebook..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.
      Memang. Macam2 ragam yg ada. Tapi saya buat tak tau je.

      Delete
    2. Sama-sama,
      Ignore jer orang macam tu.

      Delete
  14. Tahniah en. Adam. Saya tak ada FB.. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah aktif fb sebelum ni. Tapi ada sponsor nak tengok fb saya. Itu yg saya aktivate. Saya rasa fb tak best. Bukan cara saya berkomunikasi kat situ.

      Long time no see.

      Delete
  15. remove org2 yg tak kenal.. makan tinggal lah org2 yg kenal tp byk up status mcm2 ragam. jd lebih baik xpayah on fb. peace

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya onn fb sehingga sponsor saya puas hati. Lepas tu saya off balik.
      Saya Tak minat fgn fb.

      Delete
  16. Hihi.... jangan dipandang pada hangusnya tuan, dalamnya pasti sedap tu tau. Tak caya cubalah makan hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hainom,

      Cerita tentang ayam hangus tu sebenarnya saya tak tulis lengkap. Bimbang terpanjang entry ni.

      Ceritanya begini. Ada beberapa orang yg suka upload gambar makanan tanpa penerangan. Gambar je. Itu yg saya maksudkan. Ada yg hantar gambar nasi briyani tapi tak cerita apa2. Ada yg hantar gambar kek tapi tak tulis apa2. Pada saya cara tu bukan berkomunikasi. Setakat tengok gambar je. Tujuan dia saya tak tau.

      Lagi satu, ada yg upload gambar ayam hangus, ikan hangus, tulislah macam mana boleh jadi hangus. Terlebih minyak ke. Terbesar api ke. Terlebih kicap ke. Baru saya tau sebabnya. Tiba2 keluar gambar ayam hangus, kek hangus tanpa penerangan.

      Saya suka tengok gambar makanan tapi yg ada resepi atau mengajar cara membuat atau upload video masakan. Atau selitkan dgn petua2. Baru ada makna.

      Itu yg saya maksudkan tentang mereka yg berkongsi gambar makanan.

      Delete
    2. Ayam hangus tu saya tau sedap sebab masak hingga ke dalam.

      Delete
    3. Saya pecaya penulis di blog lebih baik dari yg menulis di fb. Bloggers nampak matang, ada kesenambungan dalam komunikasi. Dan mesera. Macam hanom.

      Delete
  17. Selamat datang ke dunia facebook encik Adam *angkat kening double jerk* walaupun Fb tak sebest blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju. Blog lebih waras dari fb.
      Saya onn kan fb tu bersebab. Kalau tak ada sebab malas nak ada akaun tu.

      Delete
  18. Do you need free YouTube Subscribers?
    Did you know you can get them ON AUTOPILOT & ABSOLUTELY FREE by using Like 4 Like?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...