Thursday, 4 January 2018

ADAKAH PENILAIAN YANG KITA BUAT MELALUI WAJAH DAN BENTUK RUPA SELALUNYA TEPAT?


Gadis di sebelah ialah rakan saya Arlina Anang. Seorang gadis matang, bijak dan selain dari berfikiran positif beliau tahu mengendali pergaulannya di sebarang majlis sosial.

Tidakkah photo beliau menarik perhatian kamu? 

Sudah tentu kerana anggapan kamu ulam pun tidak cukup lazat untuk menandingi beliau kerana dia mempunyai "package" yang lebih lengkap dari ulaman.
Adakah salah jika kamu menganggap beliau lengkap dengan packeg-nya dengan hanya kenal dia melalui rupa di gambar ini?

Jangan kamu ambil kesah tentang apa orang lain kata terhadap kamu membuat penilaian kerana mereka juga menilai kamu melalui wajah dan bentuk rupa fizikal kamu. Kamu jangan nafikan kenyataan ini.

Saya percaya andainya kamu menyediakan 10 kategori untuk memilih pasangan kamu sudah tentu kualiti adik manis ini ada di dalam semua kategori kamu. Walaupun kamu tidak tahu siapa Arlina tetapi kamu tetap percaya dia memiliki personaliti hebat. 

Secara benar saya nyatakan beliau ialah se orang yang hebat di dalam kelasnya tersendiri kerana saya tahu tentang sahabat saya ini.

Berbalik kepada tajuk entry di atas, kenapa kita kerap mengandaikan personality orang lain melalui wajah seperti kamu menilai adik manis yang gambarnya di sebelah.

Mari kita cari jawapannya melalui soalan berikut:

Apabila kita berada di kawasan awam di mana terdapatnya manusia yang belum kita kenal, apakah yang pertama kita nampak?

a. Adakah kamu nampak hati baiknya?                    

b. Adakah kamu nampak niat baiknya?                    

c. Adakah kamu nampak kehebatannya?                

d. dakah kamu nampak sikap biadapnya?                

e. Adakah kamu perasaan yang setiap orang begitu berbudi bahasa di setiap perjumpaan pertama?

Apa yang kamu nampak hanyalah kulit dan bukan isinya jadi sebarang pendapat kamu terhadap dia tidak 100% tepat.

Mari kita cari jawapannya melalui soalan di bawah:

Apabila kita berada di kawasan awam di mana terdapatnya manusia yang belum kita kenal, apakah yang pertama kita nampak?
a. Adakah kamu nampak hati baiknya?                    
b. Adakah kamu nampak niat baiknya?                    
c. Adakah kamu nampak kehebatannya?                
d. dakah kamu nampak sikap biadapnya?                
e. Adakah kamu perasaan yang setiap orang begitu berbudi bahasa di setiap perjumpaan pertama?

Apa yang kamu nampak hanyalah kulit dan bukan isinya jadi sebarang pendapat kamu terhadap dia adalah tidak 100% benar. 

Saya telah berada di beberapa buah negara luar dan berpeluang bergaul dengan berbagai ragam manusia di dalam beberapa budaya. Ini berarti saya telah menilai secara silap ratusan orang  walaupun bukan ribuan.

Ini juga berarti kesilapan saya menilai se se orang telah berlaku semasa ber-dating, keluar makan malam atau di majlis sosial yang lain.

Kesilapan menilai begini akan terus berulang bukan kerana kita dangkal, berminda sempit, da'if atau tidak ada daya pengukur penilaian. Penilaian salah tetap akan berlaku disebabkan kita hanya berpeluang menilai melalui fisikalnya sahaja. 

Hanya itu sahaja maklumat yang dapat kita guna untuk diserap ke otak sebagai bahan untuk kita membuat penilaian. 

Mulai sekarang elok kita hentikan menilai se siapa sahaja melalui cara di atas kerana nilaian kita tetap tersasar.

Bagaimana caranya pula untuk kita menilai secara tepat kerana kita tetap tidak akan berhenti menilai? Hanya dengan satu cara sahaja iaitu berjalan dengan mata tertutup. Sanggupkah kamu?

Entry sebelum ini: (Klik) Kenapa Wanita Memakai Bra 

Humaira 24 bulan, di biliknya belajar sendirian bahasa Jepun

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©


Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

32 comments:

  1. Gelaran adik manis memang betul. Boleh berkenaLan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentang gelaran tu saya setuju tapi nak kenal tu usaha sendiri. Saya Tak tau dia nak ke tidak. Thnks.

      Delete
  2. terus terang kengkadang saya akan menilai orang dari pandangan pertama. susah nak nilai orang unless i ada magic.

    i will take some times utk menial orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes Azian. Memang susah kita menilai. Kadang2 orang berubah. Thnks

      Delete
  3. Replies
    1. Memang betul tuan. Ramai yg kata mcam yg tuan sebut tu. Personality dia nenarik.

      Delete
  4. Memang betul tuan. Ramai yg kata mcam yg tuan sebut tu. Personality dia nenarik.

    ReplyDelete
  5. penilaian pasal kita kepada orang memang selalu terjadi.

    bagi aku tak salah menilai. asalkan penilaian itu kita hanya simpan untuk pedoman dan rasa protection pada diri kita ja.

    yang jadi salahnya apabila orang yang dinilai itu :-
    1. tak kenal kita
    2. tak cari pasal dengan kita
    3. tak menyusahkan kita
    4. takde kena mengena dengan kita
    dan kita pula sibuk hebahkan nilai - nilai negatif orang tu kepada orang lain.

    jadi hati - hatilah berkongsi berkenaan apa yang kita nilaikan tentang seseorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you. Berni saya katakan this comment is perfect. Thnks

      Delete
  6. Thank you. Berni saya katakan this comment is perfect. Thnks

    ReplyDelete
  7. Terima kasih..berbesar hati dpt tau penilaian awak pd adik manis��.

    Sesungguhnya memang benar apa yg dikata,bila mata bertentang mata,penilaian akan terus berbeza. Bukan saja mata,tulisan dan hati juga membantu kita menilai..

    Yang salah bukan org yg dinilai,tp kita yg menilai. Buruk hati prasangka kita,maka buruk lah mereka yg dinilai...

    Adik manis berlapang dada untuk mengenali dan dikenali,memahami dan di fahami. Mana yang baik,jadikanlah teladan..tp jika tdapat yang tak baik,luahkan lah dan tolonglah titipkan pesanan. Agar adik manis tak terus lalai dalam menjalani kehidupan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dgn memberi komen dgn sejujurnya. Pandangan ni membuat saya lebih bersemangat untuk menulis artikel bergini. Ini merupakan satu galakan untuk saya. Thank you.

      Delete
  8. Memang manusia suka menilai terutama dari segi fizikal walau pun dah tahu tak semestinya benar tapi nak juga menilai.

    Cumanya yang mendengar dari pihak yang menilai itu perlu bijak dalam menerimanya janganlah ditelan bulat-bulat baik siasat dulu kemudian barulah kita nilai sendiri yang mana boleh digunapakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dgn pandangan mrs A, kita jangan terus setuju dgn pandangan orang. Mungkin peneliannya betul tapi itu penilaiannya. Lain orang pulak ada pandangan berbeza. Kita boleh dgr tapi jngan terima bulat2. Yg eloknya kita sendiri menilai dgn seberapa jujur yg boleh. Thnks.

      Delete
  9. Don't judge the book by it's cover.. biasanya first impression Tu Akan membuatkan Kita judge org. Mama pun X boleh lari cuma kena sentiasa beringat .. tak kenal maka tak cinta .. cantik Sahabat Adam Arlana tu Nama pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tak elok menilai buku melalui kulitnya. Kasang2 kulit cntik tapi isinya kosong. Saya setuju dgn mama sebab menilai manusia pun macam menilai buku.

      Cinta pandang pertama tu tersilap nilai ke mama?

      Nama Dia memang cnik secantik orangnya.

      Delete
  10. ramai yang memberikan nilaian positif kepada gambar adik manis di atas.
    tapi saya masih tercari2 kat mana manisnya gambar tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memang cntik Wp. Kita tak nmpak kat mna manisnya. Macam kita tengok tebu. Kita tau tebu tu manis. Tapi kita tak nmpak manis nya di mana. Manis tetap ada.

      Wp belum lagi buat cerita tebu di blog wp. Best jugak kalau ada. Tanaman lain dah bangak di entry wp.

      Thnks.

      Delete
  11. Banyak orang mempunyai persepsi tersendiri apabila pertama kali melihat seseorang. Kalau tidak, mana mungkin ada orang cakap tentang cinta pandang pertama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes WB. Persepsi kita berubah bila banyak kali bertemu dia. Andainya dia menjadi kawan dah tentu persepsi kita berjumpa pertama kali dulu kita akhirnya tau tidak tepat. Thnks WB.

      Delete
  12. setiap org ada penilaian sendiri. bak kata omputih, don't judge a book by its cover... tp x salah kiranya kita didik diri agar 1st impression tu adalah yg postif2 shj

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, beri penilaian dgn berhati hati jngan pandang luaran seperti memandang kulit buku. Yg penting as you said, kita nilai dgn pandangan positif. Thanks Anies.

      Delete
  13. saya suka tengok orang yang berpakaian kemas , berkuku pendek dan rambut yang kemas tak kisah ler kalau rambut panjang ker pendek ker yang penting kemas ;) lagi satu mestilah bersih !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun begitu. Biasanya flight attendent macam tu. Lelaku perempuan sama. Pergawati juga kemas tai masih ada yg mrni!pan kuku panjang. Thnks nay fatimah.

      Delete
  14. Kita tak boleh menilai luaran but kita boleh ambil basic dari personaliti pemakaian, kebersihan, cara bercakap dan lain-lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, betul tu Ummi. Itu hanya penilaian sementara. Itu pun kita nilai status dia. As you said, dalaman memang tak kita tau. Thnks.

      Delete
  15. Yes, betul tu Ummi. Itu hanya penilaian sementara. Itu pun kita nilai status dia. As you said, dalaman memang tak kita tau. Thnks.

    ReplyDelete
  16. entahlah..ada orang kata dari mata jatuh ke hati..sebab itu penilaian melalui wajah dikatakan penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya percaya as u said. First mata then melompat ke hati. Later bila dah lama baru tengok poket. Thnk you Radiah.

      Delete
  17. Tak boleh menilai seseorang melalui luaran 100% kena kenali hati budinya juga

    ReplyDelete
  18. Setuju.....sebab tuu Islam suruh berhusnuzon kan....
    Tapi sebagai manusia biasa mmg tak lari minda kita dpd menilai seseorang, adatlah....
    Yang penting bantu diri kita untuk jadi yg terbaik mogga Allah datangkan org yg baik baik jugak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...