Monday, 25 June 2018

KITA TIDAK TERFIKIR UNTUK MENGGUNAKAN DUIT SEBAGAI KOPON UNTUK MEMBELI SAHAM AKHIRAT


Aku bukannya orang kaya. Duit memang tak banyak. Kalau aku jumpa duit di jalanan yg sahih tanpa pemilik, aku kutip.

Aku tak nak duit itu musnah begitu sahaja kerana nilai untuk BNM mencetak wang terlalu tinggi.

Jika se orang dari setiap 100 orang dari kita memusnahkan se keping duit setiap hari, bayangkan berapa tingginya kos untuk mencetak semula duit yg hilang.

Berbalik kepada cerita duit yang aku jumpa. Kalau duit yg aku jumpa itu kotor aku basuh, jemur. Setelah kering aku guna buat belanja. Itulah aku dengan tidak secara langsung membantu ekonomi negara walaupun nilainya sebesar hama.

Ramai yg lain lebih kaya dari aku. Ramai yg berbelanja dgn duit yg mereka dpt. Mereka beli bukan keperluan tapi untuk berpuas hati memilikinya.

Orang bijak sepatut memegang duitnya di otak bukan di hati kerana hati mudah luntur.

Harta sebenar bukannya dgn memiliki benda2 yg hebat tetapi memiliki melalui keperluan yg munasabah sebab harga duit itu sendiri memang mahal.

Kita mengeluh sebab kita miskin. Kita lupa hari yg diberi Allah itulah duit dan jumlah 24 jam setiap hari itulah nilainya. Oleh kerana kita tidak tahu 24 jam itu bernilai, kita bazirkan  setiap minit yg diberi. Kita gagal dlm erti kata sebenarnya.

Kegagalan sebenarnya berlaku awal lagi apabila kita tidak merancang untuk menentukan bagaimana untuk memulakan merintis lorong kejayaan.

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam entry ini semata-mata hiasan.

12 comments:

  1. Sebab tu ada orang kata duit boleh dibawa mati.
    Maksudnya kita gunakan duit kita untuk beli saham akhirat.
    Bonusnya berpanjangan walaupun kita dah mati.

    ReplyDelete
  2. Konsep untuk kaya..
    Bukan simpan..

    Tapi sedekah/invest
    Allah bagi bukan 10%
    Tapi 1000%

    Solat subuh berjemaah bagi lelaki do masjid..
    Seluruh isi alam miliknya
    Hebat tak kekayaan itu?

    Wallahua'alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentang sedekah memang saya percaya 100% kerana saya mengalaminya. Pahala bukan sahaja diterima bahkan imbuhan di dunia juga ada ketika dpt.

      Tak dinafikan tentang untungnya solat subuh berjamaah seperti yg tuan nyatakan, malangnya itulah perkara yg masjid mendapat kurang sambutan. Thanks tuan.

      Delete
  3. Money makes the world go round. But never i kutip if the money’s not mine.

    ReplyDelete
  4. Saya biasa kutip tapi kawasan yg no people watching. Not much. The most i found rm 10. Biasanya rm 1.
    Thnks

    ReplyDelete
  5. duit boleh jadi satu keperluan.. duit juga boleh jadi kemahuan.. duit juga boleh buat org lupa diri

    ReplyDelete
  6. Mmm...bercakap pasal duit dan saham akhirat, td hati saya sangat tersentuh bila seorang rakan fb berbangsa cina telah berusaha menolong untuk percepatkan proses rawatan seorang anak kecil melayu di hospital dengan mendermakan wang simpanannya. Dia melakukan itu kerana tidak mahu budak itu tertangguh rawatan kerana tidak cukup duit untuk membayar.
    Ketika membaca postingnya saya rasa sangat malu pada diri sendiri.
    Manalah orang melayu ni..tp syukur ekoran dari pendedahanya ramai dari kawan2nya termasuk saya tergerak hati untuk membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baca yg Mala tulis ni pun saya dah tersentuh. Kalau saya tau pada awalnya ingin jugak saya menyumbang walaupun dgn beberapa ringgit. Thnks

      Delete
  7. lokman, suami saya selalu menyebut bahawa duit itu hanyalah nilai sebuah kepercayaan. semakin kita ini dipercayai oleh masyarakat, semakin itulah peluang janaan duit semakin tinggi.

    namun, waima apa pun anggapan kita tentang sekeping duit. nilaian duit yang diambil kira sebagai kupon akhirat adalah duit kita beri untuk kegunaan / duit sumbangan / duit wakaf / duit sedekah / duit perbelanjaan keluarga dan sebagainya yang semuanya berkaitan pelaburan kita sesama insan.

    amalan memberi yang lebih dikira congak di akhirat bukanlah amalan yang menerimanya.

    wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat terutama tentang kepercayaan. Makin diberi kerpacayaan makin berbilion dikebasnya.

      Setuju jugak dgn cara memberi atau bersedekah dgn wang halal boleh dianggap kupun untuk kutip pahala. Thnks

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...