Saturday, 22 April 2017

KENAPA DENGAN SUASANA JALAN RAYA MALAYSIA KU?


Kenapa sekarang ramai orang yang marah-marah? 

Di pentas orang suka marah-marah, di pejabat orang marah-marah, di rumah isteri marah-marah, di parlimen ahlinya marah-marah.

Di jalan raya lagi ramai orang yang marah-marah. Jalan sesak orang marah-marah. Lambat bergerak di lampu trafik, orang marah. Melanggar isyarat lampu merah, orang marah. Bawa kenderaan laju orang marah. Memandu dengan pelahan pun orang marah.

Nombor hp di atas boleh dihubungi

Sewaktu saya memandu pulang tadi jalan terlalu sesak. Di persimpangan lampu isyarat kesesakan paling teruk. Di situ sahaja saya menunggu entah berapa lama. Semasa menunggu tiba-tiba ada sebuah kereta meluru masuk ke laluan saya dan berada betul-betul di hadapan. Dia memotong Q.

Semasa dia menghimpit untuk masuk tadi, kereta dia menggesel kereta saya di bahagian hadapan di sebelah kiri. Terasa kereta saya bergoyang. Lampu kereta saya tercabut dan jatuh terus pecah berderai. Hati saya turut berderai kerana memikirkan duit akan turut berderai-derai.

Saya mula hendak marah. Siapa yang tidak akan marah. Hati makin panas. Sudah benar-benar panas. Saya bukan Pak Lebai yang boleh sabar. Betul ke Pak-pak Lebai sentiasa sabar?

Saya pandu keluar dari belakangnya dan menyusur laluan kecemasan dan cuba menyelinap ke hadapannya dari sebelah kiri seperti yang dilakukannya. Keretanya menghalang. Saya tersekat. Kedudukan saya menjadi selari dengan dia. Hidung saya mula mengeluarkan asap kerana hati sudah panas. 

Saya turunkan cermin tingkap dan merenung dia. Dia juga menurunkan cermin tingkap, merenung saya. Dia se orang perempuan.

Dia merenung sambil mengangkat tangan menandakan dia memohon maaf. Saya pura-pura bengis sebaliknya dia tersenyum. Cantik rupanya. Saya tidak senyum. Saya memasamkan lagi muka saya yang selama ini memang tidak pernah manis.

Dia mencapai beg tangannya lalu meraba di dalamnya. Saya bimbang, bimbang dia mengeluarkan pistol. Saya sekadar berani memerhatikan sahaja. Dia berkata se suatu tapi saya tidak faham kerana bising bunyi kenderaan.

Sekarang giliran saya pula untuk berkata se suatu sekurang-kurangnya meminta dia membaiki kereta saya. Dia kemudian mengeluarkan tangan dari begnya. Di tangannya ada se batang lipstick. Dia menoleh ke arah saya sambil tersenyum. Manis betul rupa dia semasa tersenyum. Fakta tetap fakta.

Disapunya lipstik ke bibirnya. Bukan ke bibir saya, ke bibirnya. Bertambah cantik dia. Dia memandang saya, tersenyum. Memang benar dia cantik. Saya senyum dengan senyuman yang lebih lebar. Tidak tahu kenapa.

Dia bukan sahaja cantik bahkan waras. Kalau dia tidak waras pasti dia menyapu lipstick di keningnya. Dia juga bijak menyapu lipstick kerana saya dapati, lipsticknya hanya di bibir. Dagu dan hidungnya bersih, tidak terkena lipstick. Saya tertarik dengan kewarasannya menggunakan lipstick.

Hati saya sejuk serta-merta. Saya cuba panaskan semula seperti awal tadi tapi gagal. Dia berkata se suatu se kali lagi tapi perkataan yang saya faham hanya tiga patah sahaja, "I am sorry."

Saya terasa pelik kenapa saya tidak marah lagi. Mungkin disebabkan setelah dia mengangkat tangan, berkata sorry dan memberi senyuman.  Senyumannya memikat.

"Beri nombor," saya berkata secara gentleman Malaysia. Dia menjawab tapi saya tidak dengar. Saya ulang dengan lebih kuat. "Beri nombor awak."

"Why not ..... Zero one two - three four ........"  belum sempat dia menghabiskannya, kedengaran bunyi hon-hon kereta di belakang. Bunyinya bising serta berpanjangan. Mereka sedang marah, rupanya lampu isyarat trafik sudah berwarna hijau.

Jalan raya kita memang tempat orang mencari kena marah.

Entry sebelumnya: Akan Ke 0saka Segera. (Klik)


(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul.

Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiburan.

126 comments:

  1. situasi di jalan raya memang selalu mengundang kemarahan, seçool mana pun kita, sifat marah tu akan jua muncul,

    tak tahu la saya selaku perempuan ni nak reda kemarahan macam adam di atas, nak kena ada lelaki hensem kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat jaln raya saya sentiasa cool. tapi kalau kereta kemek, lampu pecah, cool terus hilang. tapi marah saya hilang begitu.

      lepas ni nak guna basikal dalam video kat bawah tu.

      Delete
    2. untung la sifat marah tu hilang begitu sahaja

      canggih sangat tu adam, kat malaysia tak ada lagi lampu isyarat utk basikal

      Delete
  2. Kesabaran hadapi situasi di jalanraya pun ada tahapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena hati2 jugak dengan pembuli jalan raya .

      Delete
    2. Lama dah tak dengar cerita road bullies. Kan kan

      Delete
  3. ha3 tergelak saya baca coretan kali ini, rupanya senyuman mampu meredakan kepanasan hati jejaka malaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. psssttt: tak sempat ya nak ambil no tel si dia?

      Delete
    2. Senyuman yg iklas penuh dgn rahsia. Itu terapi terbaik. Jom kita senyum umi.

      Delete
    3. No ph tak sempat ambik. Bunyi hon bising. Lagi pun orang dah marah. So, kereta repair sendiri.

      Delete
  4. sempat lagi pakai lipstik. Reflex action ke apa.Walau tgh gelabah,yg mula dia buat apply lipstik.Teringat kat seseorang yg tiap lampu merah,lipstik...hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa bukan refleks action. Itu tektik dia.

      Saya perasan pompuan buat dua perkara di trafik light. Lipstuck n hp.
      Kan kan.

      Delete
    2. Saya rasa bukan refleks action. Itu tektik dia.

      Saya perasan pompuan buat dua perkara di trafik light. Lipstuck n hp.
      Kan kan.

      Delete
  5. irda rasa wanita itu bekerja dalam dunia marketing atau mempunyai PR yang bagus,kerana kesahajaannya dan skillnya tahu kelemahan lelaki di mana..hahaha...dan dia berjaya membuat mata anda terpana sebentar dan melupakan kemarahan..sebab itu dalam dunia marketing wanita itu selalu sukses..:P~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya percaya dia bukan sebarangan. Dia tunjuk muka konfiden. Dah tentu Dia tahu kelemahan lelaki. Saya Bolek respect kat dia

      Delete
  6. Saya kira Adam dah tewas dengan kelicikan seorang perempuan cantik yang terang2 melakukan kesalahan.

    ReplyDelete
  7. Okay I'm kinda lost at the part where she applied her lipstick.. Sempat pulak dia... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anis, Memang ada perempuan put lipstick bila di trafik light. You may ask makchaq kat atas tu.

      Putting lipstick tu saya percaya tektik dia. Dia mengalih perhatian sebab dia tau masa just a few minutes left. Maybe waktu tu less than one minute. Dia tau, Bila dah green lite, problem dia solve.

      Saya pun bimbang nak berkeras. konfiden level dia amat tinggi. Bimbang ada orang di belakang dia. U know what i meant.

      Lebih baik repair kereta sendiri dari dapat probkem yg lain.

      Delete
    2. So long i didnt "touch" the lipstick. Who knows.

      Delete
  8. bukan mudah nak kawal marah dkt jalan raya. Mek kalau drive mulut tak senyap membebel.
    tp bole kah mek tewas dgn kesalahan lelaki handsome alaa2 hero drama korea? hahaha.
    mungkin !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Jalan raya kita memang tempat mencabar kesabaraan. Nasib baik saya sentiasa sabar kat jalan raya. Mungkin dah banyak pergi ke negara luar so, terbawa bawa cara mereka.

      2. Tewas? Ala woo, Mana saya tau. Nak tau you ujilah. No hal trying to uji.

      Delete
    2. Mek, saya tengok foto mek. Dari foto tu saya boleh ramal mek tak mudah tewas. The ither party will tewas but not me eill tewas.

      Delete
  9. Maaf. Simple word that carried a huge meaning..kdg2 hati membara pon boleh sejuk bila Kita btol2 memaknakannya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkataan maaf hanya ada empat huruf tapi ramai yg malu nak sebut tu. Perkataan maaf tu banyak khasiat kalau sebut secara iklas. Senyum pun begitu.

      Ain, maaf ye.

      Delete
  10. Saudara betul. Saudara sudah dapat mengelak dari kejadian lain berlaku.

    ReplyDelete
  11. memang perasan org msia ni kat luar lain, kalau bawa keter dah tukar karekter. tapi lain pulak kalau drive kat oversea, bersopan santun gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak faham orang kita. Sikap 100% bertukat bila tangan kat stereng.

      Delete
  12. Pernah jugak nyaris nak terlanggar anjing (tuan dia bawak dia jalan2 tapi tak bertali).. rasa macam bukan salah saya sbb anjing dia yg tiba2 meluru ke tayar basikal saya. Malas nak argue lebih2, akhirnya saya minta maaf je. Terus jadi gaya macam saya yg bersalah :D haha

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. I read your entry tentang earthday. I like your statement, "how do you feel when there are few women walking passing you into Tesco with handbags as big as your backpack and nobody stop her?"

      But i couldnt put my comment there.

      2. Better to say sorry than feel sorry later. (Pasal the dog)

      Delete
    2. Alamak, still having problem with my comment box? T__T

      Delete
  13. dahsyatnya lady driver tu...pakai terjah je..mmg boleh bikin hati panas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kan u tak ingat, dul
      u pun ada beberspa2 road bullies terdiri dari ladies, ingatkan.

      Thnks

      Delete
  14. saya kesiankan dengan kereta encik tu... akhirnya kena baiki sendiri or berjaya contact gadis tu untuk bayar ganti rugi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiki sendiri pun ok jugak. Tak nak kecoh2. Yg penting tenteram lepas tu, tak fikir apa2.

      Thanks singgah sini.

      Delete
    2. Tak dpt contact dia sebab kelam kelibut sikit masa tu.

      Delete
  15. Sabar je lah, kalau saya salah tetap salah, bayar tetap bayar, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hal kecik je mai. Lagi pun tak sempat nak berunding. Pemandu kain dah bising.

      Delete
    2. Dia tak sempat beri no phone.

      Delete
    3. Hal kecik je mai. Lagi pun tak sempat nak berunding. Pemandu kain dah bising.

      Delete
    4. *Pemandu lain dah bising.

      Delete
    5. *Pemandu lain dah bising.

      Delete
  16. Salam Adam... 1st time blogwalking here...😀... yup, pkai lipstick waktu traffic light merah mmg keja2 biasa tu.. one of the ways to fulfil time during heavy traffic jam. Anyway, very amusing story, u've just made my day..haha👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam untuk Farikica jugak. Terima kasih sanggup baca mine and buat saya terasa kagum.

      Loved reading yours.

      Delete
    2. Sudi-sudikan diri singgah lagi sini.

      Delete
  17. There is a saying, "Give the woman the right lipstick she can conquer the world"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Correction- "Give a . . ."

      Delete
    2. Saying tu dah bertukar. Kat bawah ni yg baru.

      "Give the woman the right husband she can conquer the world"

      Delete
  18. Maybe pakai lipstick tu taktik dia je nak lengah2kn masa. Kalau sy jd adam dah menangis tgok kdaan kereta dan sbb geram dgn org yg tak bertanggungjwb lari macam tu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan hati memang geram dgn dia. Tapi bila difikirkan semula, syukur tak ada kejadian lain berlaku.

      Delete
    2. Malam tu dapat tidur lena. Tak fikir apa2.

      Delete
  19. sudah hilang marah bila terlihat dia mengenakan lipstick dan tersenyum manis ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aryan,
      Pompuan ni dia tau yg dia ada dua senjata: senyuman dan air mata. Dia guna mana yg dia sempat waktu tu.

      Delete
  20. Hahaha...amboi cik Adam..pompuan senyum saja dah habis luruh rasa marah ya...kalau mokcik yang bawa keta tu mungkin lain pula kejadiannya ya...paling sikit pun..'orang tua nyanyuk ni...' hehehe...betoi dak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau normala yg drive kereta tu, saya langsung tak marah. Saya terus beri telefon saya kat mala. Bukan setakat beri no, terus Beri hp.

      Bukan pasal senyum je saya luruh, bila dia angkat tangan, se olah olah kata soree, itu yg jafi kool. Saya rasa berkeras pun no point. Tapi, lampu trafik terus hijau. Itu yg tak boleh buat apa2.

      Delete
  21. Bijak wanita ini handle masalah dan situasi...dia tak panik...pelik, saya baca lg entry ni utk nilai wanita ni...lipstick...huhh dia boleh relaks dgn lipstick...maksudnya dia tahu dia salah...dia faham orang tgh marah dia...tp dia guna cara halus...utk alih pandangan adam dari terus meluap2 rasa marah...teknik dia nampak mcm meluat...tp senyuman dan kata maaf itu menghapus segala kemarahan...dia cerdik...

    Kalau julia...ntah tangan ke apa naik hahahhahaa...sebab saya pun rajin marah...tp entry adam kali ini buat julia tersedar...mmg benar...berada di jalan raya...dari pelembut boleh tukar seseorang manusia jadi bengis...ohhhh malunya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan raya kita ni macam2 cerita ada ju. Tak payah lah saya sebut satu per satu. You know most of the incidents.

      Thank ubfor the lovely comment.

      Delete
    2. Jalan raya yg menguji kesabaran,

      Delete
  22. Makchaq rasa makchaq pemandu berhemah, tapi sepanjang memandu pernah jugak buat kesilapan bodoh sebab kepala dok pikir macam2(mak2 la katakan...) dalam kepala sentiasa ada 1001 benda dok pikir.
    Anyway kalau makchaq di tempat perempuan tu, selain mohon maaf berkali2, makchaq akan bayaq ganti rugi..
    (Makchaq tak dak lipstick dan tak.baea handbag.. x cantik pulak tu.. 😬😬😬)

    ReplyDelete
    Replies
    1. makchaq, lain orang lain cara.
      saya pun tak bawak handbag. kita serupa.

      Delete
    2. makchaq, lain orang lain cara.
      saya pun tak bawak handbag. kita serupa.

      Delete
  23. Ingat dia nak guna lipstick tulis no phone...haha

    ReplyDelete
  24. Replies
    1. Begitulah cara kita tuan. Biasanya orang lain buat salah orang lain yg kena. Pepatah kata, lain makan nangka lain yg kena getah.

      Delete
  25. lipstick tu memang penyelamat wanita itu.. pandai dia menggunakan taktik lipstick tu untuk elak bayar gantirugi ya..

    kalau saya kena macam situasi macam tu saya memang marah.. dah laa jalan sesak, eksiden pula..

    tapi kalau saya yang bersalah, memang tak ada lipstick lah nak dijadikan helah.. hanya mampu tersenyum minta maaf dan cuba bayar gantirugi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyda,
      Cuma hari tu tak ada masa nak bincang. Mungkin dia bayar or mungkin tidak. Tak tau lah saya sebab lamu dah hijau. Kereta kat belakang semua bunyikan hon

      Delete
    2. Eyda,
      Cuma hari tu tak ada masa nak bincang. Mungkin dia bayar or mungkin tidak. Tak tau lah saya sebab lamu dah hijau. Kereta kat belakang semua bunyikan hon

      Delete
    3. Sepatutnya kena suruh dia berhenti di tepi jalan..mudah untuk berurusan dan berbincang..tapi memandangkan jadi begini, anggaplah sedekah atau bayar sesuatu yang mungkin kita ada terhutang dengan orang atau apa saja..

      Delete
    4. 1. Kereta memang dah tak boleh pergi ke tepi jalan. Jem teruk.
      2. Mungkin jugak saya ada terhutang n lupa nak bayar.

      Delete
    5. 1. Kereta memang dah tak boleh pergi ke tepi jalan. Jem teruk.
      2. Mungkin jugak saya ada terhutang n lupa nak bayar.

      Delete
  26. lampu kereta berderai tu siapa nak ganti???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa boleh buat. Sendiri lah yg hantar kedai untuk dibaiki.

      Delete
    2. Tak sempat bincang pun dgn dia.

      Delete
    3. Tak sempat bincang pun dgn dia.

      Delete
  27. bila berada di atas jalan raya...
    nieyl mmg akan lebih berhati-hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita serupa nieyl.
      Nanti kita gilir2 drive.

      Delete
  28. mcm dlm senyuman tu ada ubat penawar kemarahan hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah,
      Senyum ni merbahaya.
      Jom kita senyum sementara masih ada gigi.

      Delete
  29. Aha, dari bloglist saya tertera tajuk entri terbaru tapi tak jumpa! Mesti dah masuk dalam 'draft' balik ^_^

    Oh, saya memang setuju! Bukan di jalanraya sahaja kita ni cepat marah, di mana jua pun sama. Malah kalau tak jumpa selipar selepas selesai menunaikan solat pun rasa nak marah sambil terdetik dalam hati, 'Siapalah agaknya terembat selipar buruk aku nih!' ^_^

    Entah mengapa ya bila kita mula memandu, semangat nak marah tu membara-bara. Kita betul atau salah, tetap juga nak marah orang. Rasanya kalau tak marah, tak complete pemanduan tu tau!

    Amboi, asal nampak perempuan cantik aje teruslah sejuk hati ya! Kalaulah saya di sebelah pemandu perempuan tu saya suruh dia gesel aje kereta dari hujung ke hujung. Lepas tu turunlah sambil-sambil betul skirt A-line dan beri senyuman manis. Gerenti rasanya Adam terlupa nak minta ganti rugi. Ajak minum petang, maybelah. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Betul tu, semalam saya ada publish entry baru berkaitan dj tv hina bapa watson nyambek. Saya tengok belum 1 jam bloggers ramai yg kutuk dj tu. So, saya tarik balik entry tu, tak nak panjangkan marah2 orang. Biar dia kool bila saya tarik balik.

      Delete
    2. 2. Hilang selipar kat masjid tu saya pun banyak kali belaku. Yg dapat sebelah lain2 pun pernah. Saya gelak je.

      Biarlah dia ambik, mungkin dia tak cukup selipar.

      Delete
    3. Kat jalan raya ni saya tak marah2. Kalau saya marah pun kat trafik light sebab, bila saya pegang hp, tiba2 lampu tukar ke warna hijau. Itu je yg saya marah.

      Delete
    4. 4. Aduh mummy, untungnya kalau dapat tengok mummy betul2kan skirt mummy. Mana tau kan, tetiba2 je skirt mummy tergelungsur ke bawah sudah tentu we go for dinner after that. Love it.

      Delete
    5. 5. I appreciate your comment. Memang intresting and lovely. Thanks.

      Delete
  30. paling marah bila orang tak bagi signal utk msk simpang...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu,
      Ada jugak yg beri signal tapi tak masuk simpang.

      Delete
    2. Ada beri signal kemudian masuk simpang tapi yg paling kesian bila tengok kereta masuk longkang.

      Delete
  31. jadi marah bile ade sesetengah pemandu yang selfish.. dari mood okay tetibe terus bad mood!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemandu selfish ramai di malaysia. Kita bila marah pun jadi selfish tapi kita tak perasan sebab kita sedang marah.

      Delete
    2. Alhamdulillah ein, saya so faf tetap sabar di jalan raya. Saya pentingkan budibahasa dan nyawa. Mungkin nyawa pejalan kaki.

      Delete
    3. Alhamdulillah ein, saya so faf tetap sabar di jalan raya. Saya pentingkan budibahasa dan nyawa. Mungkin nyawa pejalan kaki.

      Delete
    4. Pemandu selfish ramai di malaysia. Kita bila marah pun jadi selfish tapi kita tak perasan sebab kita sedang marah.

      Delete
  32. Saye pun stress je driving ke belakangan ni . yup bila ramai yg selfish susahlah kan. bawak slow tapi duduk tempat laju. ha mmg bengang la. tp lg bengang dengan kebanyakan arab yg dtg sini. mmg hilang semua adab sopan. jalan raya tempat parking buat mcm mereka punya sorang je. sesuka hati main hon2 dan parking kereta kat tgah2 jalan sehingga mengganggu lalu lintas. phew~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya belum pernah jumpa arab memandu. Tapi dengar cerita oran begitulah.

      Delete
    2. Nad, ingat tak baru2 ni, ada budak perempuan memandu kat highway, dia menentang arus. Orang macam tu lah yg tambah kita stress.

      Delete
    3. Orang kata pelancong arab ramai kat bukit bintang kl. Saya tak jumpa sebab tak ke situ.

      Delete
    4. ingat tentang budak perempuan tu. itu mmg tak patut sangat2 n tak boleh dimaafkan. ;( owh Adam dok mana? Dorang ramai kat area cyberjaya, putrajaya. Dah macam kampung dorang dah. Tempat ni dorang je conquer. ada kat mana2. huh

      Delete
    5. Saya duduk shah alam nad.

      Delete
    6. Nad ingat tak dulu ada pompuan melayu, nama dia kiki, dia pecahkan cermin kereta orang. Pada hal salah dia. Dia orang gelar bully jalan raya.

      Delete
    7. Saya duduk shah alam nad.

      Delete
  33. hahahaha~ kalau nak lepas kan kemarahan, memang jalan raya boleh jadi lokasi yang sesuai.. tapi mengucap dulu la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun. Bas kat highway, macam racing.

      Delete
    2. Sekarabg nampaknya lori macam ok sikit.

      Delete
    3. Memang pun. Bas kat highway, macam racing.

      Delete
  34. kalau dekat jalan raya mmg mcm mcm perangai boleh tengok...apalagi di waktu pagi...eeeh sebab senyuman manis dan rupa paras menawan, dia tidak perlu membayar ganti rugi...beruntung la dia...moga semuanya baik baik saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Henrietta, macam2 perangai kat jalan raya petang pun ada. Sebab semua sebok nak balik.

      Memang nak minta ganti tapi tak sempat.

      Delete
  35. Kemain Adam.
    jual minyak. ingat terbakar dah tadi tu..
    cair terus ye...
    cuma sayang minyak tak laku yeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, azian, tak sempat. Lampu trafik lite dah hijau.

      Delete
  36. Ini kejadian sebenar ke cuma angan angan penulis je ni. Selamatlah pompuan tu ye, tak payah bayo hihi.... Alangkah bagusnya kalau semua manusia kat dunia ni mcm tu. Mesti tak de kes kes marah lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. inom, cerita betul u, kalau angan2, cerita dia penuh dgn aksi yg terlarang.
      Mana boleh semua manusia serupa. Nanti pudar hidup.

      Delete
  37. Penggodaan di jalan raya, bhahahahaha 😂 Selamat duit pompuan tu. Kalau di jalan raya, memang ramai manusia hilang disiplin diri. Hon hon hon 😒

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 horn ni boleh buat orang begaduh di jalan raya. Saya jarang guna horn. Tak nak gaduh.

      Delete
  38. Kadang2 horn ni boleh buat orang begaduh di jalan raya. Saya jarang guna horn.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...