Ada pembaca tanya saya bagaiman cara menulis di blog. Soalan ni memang susah saya nak jawab sebab saya bukan penulis yang sebenar.
Saya tidak berani jawab sebab saya tidak tahu apa yang hendak saya jawab, kerana tidak pernah belajar cara menulis melainkan di sekolah dahulu, itu pun belajar menulis karangan. Menulis karangan di sekolah jauh beza dengan menulis di blog. Karangan sekolah hanya se orang sahaja pembaca.
Menulis di sini sengaja saya ambil cara mudah. Tidak memeningkan kepala. Yang penting yakinkan minda sendiri (confident).
Katakanlah saya terlintas di hati hendak menulis. Saya terus tulis. Saya tak kira samada saya bermula dari hujung atau pangkal tulisan. Sekali saya sudah mula menulis, tangan tidak berhenti, terus laju menulis. Selesai sahaja menulis saya terus publish, kemudiannya off komputer. Saya tidak buat peyemakan (proof reading).
Kesokannya baru saya semak dan buat pembetulan. Saya tidak semak sebaik sahaja selesai menulis sebab tidak mudah untuk mencari kesilapan waktu itu.
Dia adalah titik-titik garisan yang menyambung penulis dari satu generasi ke satu generasi
Saya tidak memilih tentang perkara untuk ditulis. Apa yang hendak saya tulis saya teruskan. Katakanlah saya ingin menulis tentang cinta terhadap anak. Saya mulakan begini:
KEDAMAIAN cinta terhadap anak bukannya diukur melalui hebatnya cinta yang tersimpan di hati tetapi melalui tanggong-jawab yang bersandar dengan perasasn kasih sayang. Walau bagaimana pun tanggong-jawab kita belum cukup selagi anak tidak terasa dikasihii serta tidak terasa adanya jaminan dari kita untuknya sebagai anak.
Jangan kita bezakan di antara anak anak yang kita ada. Anak dan isteri perlu diurus sebagai se buah institusi yang amat teguh dan kita kena faham makna perkataan keluarga itu sendiri. Keluarga membawa makna yang besar yang membawa maksud; tiada siapa pun yang dikecualikan atau no one is left unattended.
Bimbingan perlu untuk anak dan anak akan terasa di kasihi bila dia dibimbingi. Membimbing tidak bererti kita mengajar dia se tiap detik.
Dia juga penyambung penulis dari generasi ke generasi
Bimbingan yang paling berharga ialah apabila kita berada di sisinya di waktu dia bersedih mahu pun dalam keadaan gembira. Itu dinamakan bimbingan passif. Dalam hubungan keluarga bimbingan passif amat berkesan. Dengan demikian anak akan tahu kasih sayang kita untuknya sentiasa ada dengan tidak mengira dalam apa keadaan sekali pun ia berada. Ini telah saya buktikan.
Anak di rumah dengan anak murid di sekolah berbeza cara mereka belajar. Di sekolah anak belajar apa yang diajar tetapi anak di rumah mudah belajar melalui apa yang dia tuntun. Adakala anak belajar melalui apa yang dia nampak. Bermakna anak meniru gaya dan fikiran kita.
Andainya ibu bapa bercakap terjerit-jerit atau mengguna kata-kata kesat kita jangan hairan kalau anak kita juga turut berbuat demikian. Kalau tidak di hadapan kita mungkin dilakukannya semasa bersama kawan-kawan dia di luar.
Dengan bahasa mudah kelakuan ibu bapa ialah cermin yang mudah mempengaruhi anak.
Apakah perkara pertama yang anak kita mula belajar? Adakah kita tidak tahu atau kita tidak pernah ingin ambil tahu tentang perkembang anak-anak? Perkara yang pertama yang anak belajar ialah senyum. Diikuti dengan ketawa kemudiannya.
Biasanya anak senang belajar dari ibu sebab ibu kerap berdamping dengan anak terutama ibu yang menjadi suri rumah sepenuh masa.
Berapakah bayaran yang sepatutnya diberi untuk isteri yang menjadi ibu sepenuh masa. Ada kalanya suami tidak mampu memberinya kerana nilainya begitu tinggi. Hulurlah dengan semampu kamu dan yang penting kesetiannya perlu dibayar melalui se buah cinta.
Pertengkaran lumrah dalam hubungan. Yang kerap mengelak untuk menang biasanya ialah suami
Malangnya ada lelaki yang tidak tahu menilai se buah perkahwinan. This man should be called a stupid human. Whatever it is we have no reason to avoid him for being stupid because everyone has the right to be stupid.
Adakah kata-kata saya di bawah ini mengambarkan betulnya tindakan hubungan se orang lelaki yang dipanggil suami:
Se seorang yang menyerah awal walau pun dia tidak bersalah, dipanggil jujur. Se seorang itu yang sengaja menyerah kalah walau pun dia pasti dia boleh menang, di panggil waras. Dia juga yang kerap menyerah diri atau sengaja mengaku silap walau pun dia tahu dia benar, di katakan sabar. Se orang itu melakukan kesemua perkara di atas di namakan suami.
Peranan perempuan sebagai ibu amat penting. Bermakna perananan perempuan memang hebat. Ibu bertahun-tahun bersusah payah membina peribadi anak lelakinya tetapi ada kalanya di luar sana terdapat se orang wanita dengan se kelip mata dapat merosakkannya imeje se orang lelaki.
Kita sudah tahu anak-anak belajar melalui kita di rumah samada perkara baik atau buruk. Sekiranya kita ingin mengajar anak tentang kasih sayang bagai mana pula caranya? Bagi saya caranya mudah tapi jarang orang kita lakukannya. Begini caranya:-
Setiap pagi sebaik sahaja suami hendak ke pejabat, dakaplah isteri di hadapan anak. Kemudian dakap pula anak. Lakukannya setiap hari begini berterusan. Se sekali semasa mendakap isteri di hadapan anak katakan kepada isteri dengan jelas supaya anak dapat mendengar bersama. Katakan, "Adakah kamu tahu setiap suami apabila mendakap isterinya dia melakukan perkara penting dalam hubungan?"
Kamu tidak perlu menunggu isteri menjawab sebaliknya kamu terus berkata, "Setiap dakapan aku, ia memberi se buah kasih sayang yang aku miliki yang kamu perlukannya. Kenapa melalui dakapan? Sebab dakapan adalah satu tindak balas yang seimbang iaitu, memberi dan menerima."
Another dot that connects the writer's line of generations.
Mereka di bawah ini adalah teman penulis. Klik setiap satu darinya untuk mengenali mereka:
(This site is ours and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. The writer expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your stories are as good as mine.)
Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan perasaan kaum serta individu.
Semua gambar dan video dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita. Semata-mata hiasan.
No comments:
Post a Comment