Friday, 19 August 2016

PERSAHABATAN: KUASA TERSEMBUNYI YANG MENGHUBUNG HATI

The celebrity of the house

Selama tiga tahun sejak mula dari hari pertama berkerja saya tidak pernah keluar makan tengah hari ke tempat lain melainkan di kantin pejabat. Ini disebabkan kantin tersebut menyediakan kemudahan membeli dengan menggunakan kupun. Penggunaan kupun ini seolah-olah kantin memberi kemudahan kredit dan hutang dibayar kemudiannya pada hari gaji.

Buat pertama kalinya saya makan di luar disebabkan kantin jabatan di tutup selama dua hari.

Hari itu saya menapak dari pejabat ke kedai makan yang terletak di pusat perhentian bas bandar. Terdapat banyak kedai menjual makanan di situ. Saya masuk ke salah se buah kedai tetapi semua meja di situ dipenuhi melainkan sebuah meja di mana terdapat se orang perempuan duduk di situ dengan rambut berekor kuda diikat di belakang.

Saya menuju ke mejanya. "Mind if I sit with you," saya kata. Saya berperasan hebat kerana berani menggunakan perkataan 'with you'.

Dia terkejut, tapi tersenyum sambil menjawab, "sure." Saya duduk bertentangan dengan dia. Saya memesan makanan. Lambat juga makanan sampai kerana pelanggan agak ramai. Dia senyap sahaja. Saya memulakan perbualan, "What did you have for lunch?"

"I am waiting for my dad to take me home. I'll have my lunch there." jawabnya.

Melalui perbualan rengkas pada waktu itu saya dapat tahu dia masih bersekolah di tingkatan empat di bandar itu.

Bertanggong-jawab

Sebaik sahaja saya selesai makan dan ingin pulang semula ke pejabat, saya bangun, pandang ke mukanya, senyum sambil saya berkata, "If it's not a problem for you, I'd like to memorise your name by heart. Let me know and please be sure it's yours" Ayat itu entah macam mana terlintas di minda saya waktu itu.

"My friends call me AS," jawabnya.

Kesokan harinya saya ke kedai yang sama dan juga pada waktu yang sama. AS  yang saya temui semalam ada di situ sedang menikmati ais kacang. I walked over to her at the table and asked the same question as I did yesterday, "What did you have for lunch?"

"I'm waiting for my dad," she replied. Kami tidak berbual panjang cuma se sekali bertanyakan se suatu. Selesai makan saya pulang ke pejabat. Waktu melangkah keluar saya terdengar perkataan "bye" darinya.

Pada hari ke tiga saya masih pergi ke kedai yang sama, di waktu yang sama dan juga di meja yang sama. AS berada di situ masih dengan ais kacangnya. Saya menuju ke mejanya dan duduk bertentangan. Saya kata, "Let me buy  you lunch."

"No. Thank you. I'm waiting for my dad," jawabnya. Apabila hidangan sampai saya terus makan. Saya tidak berkata apa-apa. Saya terperasaan dia memerhatikan saya. Lama dia perhatikan saya tapi saya tidak ambil peduli. "What do you do?" Saya dengar dia bertanya.

"Earning a pay cheque every month. From the govermnent," saya jawab. Sengaja saya jawab lain dari yang lain supaya dapat soalan seterusnya kerana saya percaya sekiranya se seorang itu berminat kepada kita dia akan banyak bertanya tentang diri kita. Saya tunggu pertanyaan dia seterusnya; harap-harap ada.

"That's great. How was your sleep last night?" Dia bertanya. Saya jawab hanya dengan satu perkataan sahaja, "terrible." Saya menunggu soalaan seterusnya menanyakan penjelasan. Katanya lagi, "What's wrong with your sleep?"

She loves BI

Saya sudah terasa 75 peratus yakin yang dia ingin mengenali saya. "I can't sleep," saya jawab selamba. Jawapan yang sengaja dibuat tidak lengkap. Saya memandangnya sambil menunggu pertanyaannya lagi. Begitulah seterusnya, soalan demi soalan sehingga saya pulang semula ke pejabat.

Begitu juga di hari esoknya saya makan tengah hari di situ. AS sudah berada di situ. Ais kacang di hadapannya. Belum sempat saya berkata 'hai' dia dahulu bersuara, "How are you?"

Saya tidak berkata fine thank you seperti biasa sebaliknya saya jawab, "I am fine with you." Dia ketawa begitu juga saya. Mulai dari itu kami berkawan. Hubungan kami kemudiannya bertambah mesera.  Setiap hari saya makan di situ begitu juga AS setiap hari tetap menunggu bapanya di tempat yang sama pasti dengan ais kacangnya.

She loves cooking

Terlalu kerap kami berjumpa bukan di tempat lain tetapi hanya di situ dan berjumpa bukan "ber-dating" juga kami  tidak pernah membuat temu janji untuk ke situ. Setiap soalannya saya jawab dan diikuti dengan gelak ketawanya. Pernah dia bertanya, "What do you thing of this friendship. Will it last?"

Tanpa berlengah saya kata, "0ur friendship isn’t a big thing but it’s from many, many and many tiny things. We made them group together and they became big." Dia termenong lama lalu saya berkata, "Why are you out of words?"

Jawapannya menyentuh sedikit kalbu saya, "True friendship comes when silence between two people is comfortable. I feel the comfort." Saya tidak pernah dengar kata-kata itu sebelumnya. Di mana dia dapat kata-kata itu atau memang perkataannya saya tidak pasti tetapi pada usia saya baru kenal dunia persahabatan pada masa tu bunyinya terasa hebat.

Jawapan dia menyukakan saya kerana terasa saya diterima sebagai kawannya. Hari demi hari berlalu. Persahabatan kami jadi semakin utuh tetapi bukan rapat sebagai pasangan kekasih yang jauh panggang dari api. Persahabatan kami yang telus dan jujur berlalu hampir dua tahun. Perhubungan yang tidak pernah mengeluarkan ayat-ayat cinta.

Di takdirkan tidak beberapa lama kemudian saya dipindahkan kerja ke tempat lain dan kebetulan AS sudah menamatkan tingkatan limanya. Hubungan kami terputus terus dan tidak bertemu langsung selepas itu. Apabila lama tidak bersua perasaan rindu terhadapnya perlahan-lahan timbul. Kerinduan terhadap se orang BFF yang memahami apa ertinya persahabatan tulen.

The pain of losing her, the girl whom i knew for two years was greater than the loss of any lover, even I didn' have any. Losing that bond was worst than any other relationship break up and it happened when AS and I never had a proper break up.

A lawyer to be

Tidak beberapa tahun kebelakang ini saya dimaklumkan sahabat saya AS, yang setia dengan ketelusan telah pergi meninggalkan dunia yang kita sayangi. AS dalam hidupnya telah berjaya mengejar cita-citanya untuk menjadi orang yang dikenali.

Saya bersedih. Kesedihan yang begitu sukar untuk saya terima kerana AS membuktikan yang dia benar-benar menghulur persahabatan sejati yang iklas kepada saya melalui kedua-dua belah tangannya sendiri. Kesedihan di atas pemergiannya bertambah pilu disebabkan pemergiannya tidak berapa lama selepas saya kehilangan satu-satunya permata yang saya miliki di dunia. Se orang isteri yang dahulunya merupakan penawar rindu yang mengisi kekosongan di atas kehilangan se orang kawan setia bernama AS. Kedua-dua kehilangan yang saya lalui merupakan kehendak Nya untuk berlaku.

Death happens. We can not go against it and the best we can do is to accept death as a fact of life because Allah makes it happen. TAMAT

Cerita persahabatan KLIK

(This site is ours and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)

Friends may have different qualities but the basic quality that all friends have; sharing with some one things and ideas. Below are my friends who are hard to find as they are honest and supportive:








Jangan ada dista di antara kita

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu.

Semua gambar dan video dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, semata-mata hiasan.

1 comment:

  1. Sahabat mudah dicari tetapi sukar mencari sahabat sejati..saya sekarang hanya ada sahabat, belum mampu memiliki sahabat sejati..

    Sentiasalah sedekahkan Al-Fatihah buat kedua-dua arwah..moga en.adam tabah menghadapi ujian dan dugaan ini..

    Bukan mudah melalui hari yang mendatang tanpa insan tersayang..saya memahami perasaan itu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...