Tuesday, 6 September 2016

SEDANGKAN PEMINTA SEDEKAH LAGIKAN MENGEMIS


Gambar hiasan

Suatu masa dulu setiap kali hari minggu isteri dan saya kerap keluar bersarapan pagi di sebuah kedai milik se orang lelaki berbangsa Hailam. Terlalu kerap ke situ sehinggakan perkerjanya jadi mesera dengan kami. Belum sempat duduk, minuman kami telah sampai di meja.

Tehnya sedap. Bukan kerana pembacuhnya pandai menyediakan minuman tetapi dia bijak mengadunkan minuman mengikut selera pelanggan. Katanya selera saya setanding dengan seleranya. Roti bakarnya pun sedap kerana semua rotinya diuli sendiri, bukan dibekal dari kilang.

Setiap hari terdapat se orang pengemis berusia lingkungan 60 tahun duduk berhampiran pintu kedai tersebut.

Kerap kali apabila saya lalu di hadapannya saya tetap tersenyum sambil menghulurkan satu atau dua keping duit syilling dan sekiranya saya tidak mempunyai syilling pada waktu itu saya hanya memberi satu senyuman. Dia tetap membalas. Di waktu itu kami berdua mengutip pahala melalui senyuman kerana senyuman juga sedekah.

Di zaman itu boleh dikatakan setiap orang rela memberi sedekah secara iklas tanpa was-was sebab 'syndicate' pengemis belum ujud. Tidak seperti sekarang kita bersedekah dengan penuh keraguan.

Biar miskin wang ringgit jangan miskin hati.

Telah diketahui di Amerika Syarikat beberapa stesyen tv telah  dapat membongkar pengemis-pengmis yang menjadi kaya melalui kegiatan meminta sedekah. Begitu juga di negara Arab terdapat pengemis yang berjaya mengutip sebanyak RM 280,000 sebulan (KLIK). Di Rial, Arab Saudi Pengemis berhasil mendapat US 252 juta setiap tahun. Dahsyatnya pengemis sekarang. (KLIK)

Berbalik kepada cerita pengemis tadi, kebetulan pada suatu pagi saya berkesempatan minum se meja dengan dia. Saya duduk di kirinya sambil perhatikan dia. Rambut dia disisir rapi. Pakaian serta kasutnya bersih dan badannya tidak berbau. Tali kasutnya diikat kemas dan baju yang dipakainya kelihatan berjenama.

Sekiranya dia tidak menadah tangan di kaki lima pasti kita tidak menyangka dia se orang pengemis. Niat saya untuk bersedekah kepadanya mula pudar.

Dia pendiam dan bersopan. Saya gunakan kesempatan berbual dengannya. Perbualan saya tidak menyentuh peribadinya kerana saya tau walaupun dia pengemis dia juga ada perasaan seperti saya.

SAYA:  Saya suka minum di sini, bersih, sedap.

DIA:  Itu sebab saya meminta sedekah di sini sebab orang di sini tahu tentang kebersihan dan pandai menilai duit. Duit keluar setimpal dengan belian.

SAYA:  Di sini tidak berapa ramai orang tapi kalau di hujung jalan sana, di sebelah panggung ramai orang.

DIA:   Saya tidak perlu tunggu di tempat sebok begitu sekiranya lebih banyak mata yang lebih suka mengelak dari memandang pengemis. Alhamdulillah, di sini rezeki saya sudah cukup untuk sarapan setiap hari dan dapat simpan sikit untuk kecemasan. 

SAYA:   Pakaian pun kena beli. Tempat tinggal pun kena bayar. Cukup ke kutipan harian di sini?

DIA:   Pakaian saya banyak. Ramai orang beri. Saya tinggal di 'garage' (stor menyimpan kereta) di sebuah banglo. Ada tokey suruh saya tinggal di situ, di belakang rumahnya.

SAYA:   Siapa yang beri pakaian?

DIA:  Kawan-kawan tokey. Saya mengemis dengan memakai pakaian cantik. Pakaian yang orang beri. Tidak perlu saya mengoyakkan baju untuk berlagak miskin sedangkan pada hakikatnya saya memang miskin. Saya mengemis untuk dapat nafkah secara halal. Mengoyakkan baju untuk nampak miskin bermakna menipu. Allah kata menipu itu berdosa.

SAYA:   (Niat saya untuk bersedekah terbuka semula. I have to be kind because I never know someone's real story.)

Kena jaga syilling, yang kertas taulah menjaga diri. Gambar hiasan

DIA:   Tuan beruntung. Orang lain pun beruntung tidak mengemis macam saya. Mengemis ni hina tuan.

SAYA:    Siapa kata orang lain tidak mengemis. Ada yang jadi gila kerana mengemis.

DIA:    Saya tidak faham tuan. 

SAYA:   Sekarang sudah ramai yang mengemis. Mengemis cinta. Bukankah mengemis cinta itu kerja bodoh. Pun sudah ada yg membunuh diri bila cinta tak dibalas. Bodoh bukan?

DIA:  (terdiam)

SAYA:  Kita sekarang  kena tukar minda. Orang Inggeris kata "change the mindset". Kita tidak akan ke mana sekiranya attitude kita statik. Kita tidak akan maju sebab kita dikongkong oleh kehodohan minda sendiri.

DIA:   Tapi tuan, pengemis tak perlu menukar minda.

SAYA:   Siapa kata tidak perlu? Tadi abang kata abang malu menjadi pengemis. Saya kata tadi orang lain pun ada yang mengemis. Sebenarnya ramai lagi pengemis selain dari pengemis cinta dan peminta sedekah macam abang ni. Abang tau tak, ramai orang yang berkedudukan terutama sekali dalam persatuan, dalam pertubuhan. Mereka ini mengemis. Mereka mengemis undi. Orang yang sombong juga mengemis. Mereka mengemis sokongan.

DIA:    (tunduk, mungkin memikirkan kata-kata saya)

SAYA:   Ada yang bergaduh sesama mereka semasa mengemis undi. Ada yang sanggup memburukkan antara satu sama lain. Mereka tidak ikhlas semasa mengemis undi. Mungkin ada fitnah memfitnah sesama mereka. Yang memakai serban pun tidak dapat mengambarkan keluhuran hati. Tapi abang semasa mengemis tidak bergaduh dengan orang dan abang tidak memfitnah pengemis lain. 

DIA:   Itu hal dunia tuan.

SAYA:  Memang itu semua hal dunia. Kita semua ni sebenarnya pengemis cuma beza cara mengemis. Percayalah, sampai masanya kita semua menyesal dengan kesombongan kita. Kita menyesal dengan kemegahan kita. Akan sampai masanya kita akan melutut kepada Dia kerana dosa kita.

DIA:   Jadi pengemis ni hati kita kena baik tuan. Orang hulur saya berterima kasih. Orang tak beri saya diam. Saya tidak marah kepada orang yang lokek. Saya tidak kata orang lokek itu kedekut dan tak kata orang kedekut itu bakhil. Jauh sekali dari menghina sesama pengemis. Berdosa tuan.

SAYA:   Dosa kita kepada Allah boleh diampunkan Nya. Inn-sya-Allah. Bertaubat sebenarnya lebih baik. Dosa kita kepada manusia hanya manusia itu yang boleh mengampun. Itu pun kalau kita memohon maaf. Itu pun belum tentu dia ingin mengampunkan kita.

DIA:   Manusia lain mana ada dosa sesama manusia. Bukanya  manusia hari-hari mencuri, menipu.

SAYA:  Dosa bukan sahaja kita dapat melalui menipu. Memfitnah pun berdosa. Menghina pun berdosa. Mengupat lagi besar dosanya. Mengapa kita suka menghina manusia lain yang kita anggap kononnya mereka bukan setaraf kita. Pada hal kelebihan kita hanya sekumit. Itu pun kita sudah menyombong. Kita menyombong dengan rakan, dengan masyarakat dan juga ada yang menyombong dengan adik beradik serta saudara terdekat. Itu yang saya maksudkan dosa sesama manusia.


Ada ke yg pemurah begini. Gambar hiasan.

DIA:   Saya tau tuan tidak sombong.

SAYA:  Saya tidak sombong terutama kepada abang. Allah menentukan rezeki melalui usaha se seorang. Siapa tahu mungkin esok lusa abang kena loteri. Abang jadi orang kaya. Hati abang terbuka untuk membeli loteri, mungkin esok. Saya bukan menggalakkan abang main loteri cuma itu satu contoh yg saya terfikir waktu ini. Contoh lain belum timbul di minda. Itu satu contoh yang buruk. Abang jangan lakukan. 

DIA:   Saya tak ada duit naik main loteri tuan.

SAYA:  Saya kata itu hanya contoh. Loteri bukannya halal. Lebih elok mengemis dari berjudi sekiranya semua usaha lain abang gagal. Satu masa nanti kita juga akan mengemis tapi bukan cara abang mengemis. Kita mengemis pertolongan dari Nya, kita mengemis kasih sayang Dia untuk menggugurkan dosa kita. Kita mengharap Dia akan menerima permohonan kita. Di situ kita mengemis lebih teruk dari cara abang mengemis. Kita mengemis keampunan Nya. Mengemis maksud saya bukan melalui perbuatan seperti yang abang lakukan  dengan membawa tempurung tetapi jiwa kita akan rasa kecewa, jiwa kita lebih miskin dari jiwa pengemis. Kita akan rasa lebih hina dari pengemis jalanan ketika kita memohon keampunan dari Nya tentang perbuatan keji kita.

DIA:   (dia tunduk dan diam begitu lama.) Hidup saya telah gagal tuan.

SAYA:  Kegagalan hanya sementara tetapi ia akan berterusan andainya kita menyerah kalah. (dia masih tunduk dan mendiamkan diri) There’s a beggar in me and there’s a beggar in you and in the end we are all beggars at ALLAH's door of keampunan.
(This site is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)

Below are the writer's friends who are hard to find as they are honest and supportive:










Terngok lah kalau belum tengok

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.



Semua gambar dan video dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, semata-mata hiasan.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...