Saturday, 12 November 2016

THIS ARTICLE WAS ORIGINALLY PUBLISHED IN NOVEMBER 2016 AND REWRITTEN ON NOVEMBER 12, 2016 AS IT WAS ACCIDENTALLY DELETED

BIAR LEMBU YANG JADI LEMBU
Rakan-rakan di talian sangat mudah berselisih faham. Kadang-kadang perkara yang sebegitu kecil boleh jadi penyebab pergesiran minda hingga berlarutan. Kenapa terjadi begitu?

Perselisihan ada kalanya disebabkan masing-masing tidak arif tentang perhubungan. Penyampai (penulis) menulis terlalu pendek dan yang membaca pula tidak sudi bertanya.

Adakah apa-apa istilah yang sesuai kita gunakan untuk perselisihan begini untuk menambah perbendaharan kata kita yang keciput? Adakah ianya sesuai seperti dicadangkan di bawah ini:

a. Penulis bodoh dan pembaca bangang
b. Se pasang manusia ego
c. Rakan tak bertemadun
d. Biar lembu yang jadi lembu

Kita tidak boleh mengistilahkan mereka begitu kerana besar berkemungkinan kita terselit di salah satu dari empat item di atas.  Sebenarnya pertelingkahan kecil begitu kebanyakannya berlaku disebabkan oleh persepsi dan ada kalanya disebabkan cara kita mengintai se suatu perkara. Ertinya,  satu tanggapan yang salah.

Dua orang akan mempunyai pandangan yang berbeza terhadap suatu benda yang serupa. Di dalam hal-hal tertentu pembaca juga besar kemungkinan kerap memberi tanggapan yang berbeza.

Suami isteri yang telah tinggal bersama beberapa tahun juga mempunyai persepsi yang berlainan di antara satu sama lain. Jadi, awas wahai kamu suami-suami sekelian ....... jangan kerap mengatakan isteri kamu mempunyai persepi yang salah kerana bagi dia untuk memilih kamu dahulu juga berdasar persepsi dia yang tidak betul.


Yang mana lebih panjang?

Perhatikan gambar dua garisan di atas. Garisan yang di sebelah atas kelihatan lebih panjang dari yang di bawah dan ada pembaca yang lain pula mengatakan garisan di bawah lebih pendek dari yang di atas. Sebenarnya kedua-dua garisan itu sama panjang.

Gambar apa yang pembaca nampak?

Apakah yang pembaca nampak tentang gambar di atas. Terlalu sikit pembaca yang berkata itu kertas pembalut bungkusan nasi lemak. Betulkah itu kertas pembalut nasi lemak? Ada yang nampaknya sebagai layang-layang dan ada yang lain pula mengatakan itu bukan kertas pembukus nasi lemak dan juga bukan layang-layang sebaliknya satu objek yang tidak ingin disebutnya. Bagaimana seperti yang dikatakan tadi, tanggapan masing-masing tidak serupa. Janganlah pula hendaknya apabila ada pembaca makan nasi lemak berbungkus nanti teringatkan gambar ini.

Mari lihat persepsi kita.


Gambar A. Gambar apakah yang kamu nampak?

1. Apakah yang pembaca nampak tentang gambar di atas. Cuba perhatikan betul2. Penulis melihatnya sebagai sekeping gambar orang lidi yang sedang bersilat atau menari dan tidak lain dari orang lidi. Bagaimana pula dengan pandangan pembaca? Tentu pandangan kita tidak senada. Sudah tentu ada pembanca yang nampak ianya sebagai objek lain. Kalau bukan orang lidi sedang menari, gambar apa yang pebaca nampak?

Gambar B. Gambar apakah yang kamu nampak?

2. Apakah yang pembaca nampak tentang gambar ini pula. Cuba perhatikan betul2. Penulis masih nampak gambar orang lidi yang sedang bersilat atau sedang menari zapin. Penulis tahu pembaca nampak bukannya orang lidi dan kalau bukan apakah yang kamu nampak?

3. Andainya kita cantumkan kedua-dua gambar di atas (gambar A di bahagian KIRI bertemu dengan gambar B di bahagian KANAN). Gambar apakah yang pembaca nampak? Penulis masih nampak dua orang sedang bersilat dalam sekeping gambar. Berani penulis katakan ada pembaca nampak objek ini bukan seperti yang penulis nampak. Biasalah, kerana itu mainan persepsi. Kalau begitu apakah di minda pembaca.

Do not expect everyone to see any issue the same way as you do.  Please do remember that images of two things of the same shape and size are often not as they first seen and there is always a different perspective later. It is the same principle with the above photos. Everyone has his own reality and I  too do not see things as you are because I see things as I am.

Wahai pembaca ku yang berwawasan, persepsi mudah dimainkan oleh fikiran kamu dari itu, awas bila bertemu dengan permainan begini. Ini dinamakan permainan persepsi. Dari itu berhati-hati, jangan kita keliru dan bersikap tidak adil dalam menilai.  (Cerita manusia berhati bersih, KLIK)

Apakah Pesepsi Kamu terhadap papan tanda ini?

(This site is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)

Whitney Houston (My Endless Love) And Brother. 
Click the broken square for better viewing

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.

Video dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiasan.





64 comments:

  1. Entry ini terdelete tadi. Dapat di reinstall semula malangnya tidak sempurna termasuk semua komen pembaca termasuk jawapan saya hilang.

    I am sorry. By mistakes and blunderings i learnt.

    ReplyDelete
  2. Saya dah baca entri ini semalam. Satu penulisan yang sangat sempurna.

    Perbalahan boleh berlaku sebab we perceived things differently.
    Tapi discussion and readiness utk accept pndgn org lain boleh elakkan berblhan berlanjutan.

    As blogger myself, saya admit kadang2 penulisan saya terlalu ringkas yg tak dapat nk sampaikan maklumat dgn lebih tepat.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaitie,

      Dont puji2 me. Im neither a writer nor story teller. Just recently i happened became a blogger.

      Yesterday i read yours twice and loved it. Nicely written on a beautifully formated page and i'll keep on reading yours.

      I believe u are very young but mature by the way i looked at your piece. This proved there is no certain age which maturity sets in.

      Just a few months as an ameature blogger I’ve observed that age has little or nothing to do with maturity. I have read young people's writing who are mature well beyond their years as you are, and I’ve known older bloggers who write rubbish/childish. I better not to write more on this, nanti saya terjatuh dalam kumpulan mengumpat.

      Delete
  3. Replies
    1. Unni, saya ni baru sangat berjinak jinak dgn blog.
      Guna masa terluang untuk berkongsi fikiran.
      Unnie punya pun nice jugak.

      Delete
  4. Yes, berfikir baik baikk saja.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nona,

      Tersangatlah betul.
      Saya sokong 100%.

      Delete
  5. wah hebat penulisan Adam, pertama kali kak ana ke sini dan follow sini, terima kasih sering singgah ke www.anajingga.com. Semoga kita teruskan perkongsian yang baik-baik, In Shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anajingga,
      Tak sehebat mana pun tulisan saya ni.
      Sekadar ada orang faham maksud tersirat.
      Tapi tak dinafikan masih ada yg tak nampak erti sebaliknya.
      Terima kasih singgah.

      Delete
  6. Replies
    1. Pak,

      Aku asli malaysia jadi tuturan aku bahasa melayu. Bisa tidak jika bapak berbicara bahasa malaysia atau dalam bahasa inggris atau bahasa melayu riao sebab aku ngak ngerti pertanyaan bapak.

      Maaf pak.

      Delete
  7. Singgah sini,knor jenguk adam
    Terbaikkkk adam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singgahlah, sekurang2nya untuk silaturahim.

      Kalau kata saya terbaik tu saya rasa tak tepat. Saya hanya menulis setakat yg tersirat serta berkongsi psndangan di sebalik gulisan saya.

      Terima kasih sebab knor faham maksudnya.

      See u knor.

      Delete
  8. sebenarnya susah nak jaga persepsi. sama macam politik, dalam politik persepsi lagi penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong ulasan Raihanah. Memang betul. Persepsi pun salah satu punca perselisihan pendapat.

      Tengs. Jangan jemu jengok kat sini.

      Delete
  9. entry yang bagus.. tidak semua orang mempunyai persepsi yang sama dengan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izzeyda,

      Tulisan saya taklah sebagus mana. Kalau kat sekolah macam setakat lulus pepereksaan aja. Saya dah baca tulisan izzeyda, saya tertarik. Satu tulisan yg menarik. Siap ada gambar bermaklumat yg cukup sempurna walau pun pendek. Tulisan rengkas itu menawan. Saya lebih dari puas hati baca tulisan izzedya.

      Terima kasih.

      Delete
  10. Pemikiran yang memanipulasi. Bila orang sedang berkelahi kita akan meletakkan mereka di kelompok - kelompok seperti yang disebut. Tapi kita lupa, kadangnya kita juga seperti itu. Cuma sedang tidak sedar. Kesimpulannya, kita tidak boleh sewenangnya mengkelompok orang - orang seperti itu dan ini. Kerana tidak mustahil kita juga begitu. :)

    ReplyDelete
    Replies

    1. Gulew kapas,

      Saya anggap komen dari gulew kapas ni satu komen yg pelik bagi saya dan mungkin tidak pelik bagi orang lain. Saya bimbang sebelum saya menjawabnya elok saya minta kepastian dari gulew kapas beberapa perkara supaya saya dapat menjawab sejelas yg boleh.

      Pertanyaan saya, ingat ini bukan soalan. Ini pertanyaan:

      1. Apa maksud yg gulew kapas tulis, "Pemikiran yang memanipulasi." Siapa yang memanipulasinya. Adakah tulisan saya?

      2. Adakah saya ada menyebut yg saya akan mengelompokkan orang yang berkelahi? Ini petikan ayat gulew kapas,  "Bila orang sedang berkelahi kita akan meletakkan mereka di kelompok - kelompok seperti yang disebut." Siapa yang mengelompokkan mereka?

      3. Saya setuju seperti gulew kapas kata, "kadangnya kita juga seperti itu. Cuma sedang tidak sedar." Jawapan saya. Saya ada memberi hujahan seperti yg saya tulis, "Everyone has his own reality and I  too do not see things as you are because I see things as I am." Saya rasa jelas maksud tulisan saya.

      Harap gulew kapas dapat terangkan seperti saya tanya di atas supaya saya sendiri tidak keliru dengan tulisan saya.

      Senang2 jengoklah ke blog ini

      Delete
  11. Semua orang punya persepsi masing-masing, seperti sebuah puisi yang sama tapi diterjemahkan bermacam versi. Perbezaan itulah yang sering menyebabkan salah sangka dan perselisihan.

    Solusinya? Sentiasalah bawa berbincang dan belajar menerima pandangan orang lain. hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 100% setuju. Kerana dlm perbincangan masing2 kena hormat perbezaan

      Noor Maizan, terima kasih.

      Delete
  12. :)..dua2 entry sy baca..dalam.kesibuKn sy baca ketika dalam.perjalnan pulanh dr tempat kerja..now 9pm


    dan sy kagum dengan penulisan..terus brkarya...tuan akan dapat pembaca yg setia seperti sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irda,

      Terima kasih beri pandangan di page saya tapi saya bukan penulis. Setakat dapat mengajak pembaca memikir di sebalik pandangan saya. Irda punya page pun baik juga. Saya dah baca pun.

      Jangan segan singgah di blog saya lagi

      Delete
  13. masing-masing ada persepsi sendiri. sama macam bila kita bagi pendapat. yang penting kena hormat antara satu sama lain. tak perlu gaduh or bertengkar sebab dah memang orang nampak lain dan kita nampak lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eeca,

      Terima kasih kerana memberi pendapat yg tepat.

      Jom bolggging.

      Delete
  14. Wahhhhh...sesekali dapat baca entri 'membuka mata' begini, memang bagus!

    Saya ni tinggal jejak sebab dah ternampak jejak Adam di my blog. Lumrah berblogging,orang tinggal jejak, apa salahnya kita pula menjejak. Tak rugi apa pun ^_^

    Saya terbaca komen Adam tentang maturity dan umur. Yeah! Saya ni tak muda lagi tapi saya suka merapu. Bukannya apa, my personal blog tu asalnya untuk berkongsi cerita kisah anak-anak yang makin membesar tapi bila makin selesa, lain pulak jadinya. Main bebel aje ikut suka hati dah katanya 'blog sendiri, sukahatilahkan!'.

    Oh, ya! Dari gambar yang ada dalam entri ni, saya nampak semuanya berbeza daripada Adam. Memang persepsi kita tentang sesuatu perkara yang sama tak sama sebenarnya ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummydearie,

      Salam 15 Safar. Wah sudi jugak mummydiarie jengok kat sini dgn kata2 menarik with all lovely words. That's should the way to start a silaturahim. Let others follow your style.

      I read your profile and it was nicely written and that impressed me to read one of your writings. I think, after reading your short profile readers are wise enough to see your friendliness and to know who the hot mummy is.

      I did jot a few words in the commment box of yours so i could create an oportinity and build upon a relationship, (nothing more than the silaturahim among sincere bloggers.)

      Thus, i thank you

      Delete
  15. persepsi? sape yg otak negatif, mmg negatif laa jdnye.. so mari laa kite berfikiran positif!

    ReplyDelete
    Replies
    1. E'in.

      Sebenarnya bukan susah untuk menghindarkan fikiran negatif tetapi kena tau caranya.

      Begini. Contoh: rumah kita ada banyak lalat. Makanan tidah boleh didedahkan di meja, lalat akan hinggap. Suasana ni sesuatu yg negatif. Untuk mengelak lalat hinggap di pinggan kita semasa makan, kita pun makan dalam kelambu. Memang betul lalat tidak boleh hinggap di pinggan kita. Tapi adakah cara yg betul.

      Tindak positif ialah dengan mengusir atau menghapuskan semua lalat walau dengan apa cara pun. Ini baru dikata berfikiran positifdgn cara tindakan yg betul.

      Untuk mendapat perkara positif tidaklah sesusah mana cuma kita tidak tau mencari jalan terbaik untuk menukar dari negatif ke positif.

      Delete
  16. masuk sini mesti otak jd tepu hahahaha
    kipidap bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. El,

      Minda kita ni kebanyakan jarang tepu dgn benda2 positif tapi kalau dah penuh dgn fikiran negatif memang tepu. Tak kesahlahkan, tepu atau tidak janji kita jadi insan yg beguna sekurang2nya untuk genarasi kita.

      Salam blogging

      Delete
  17. wow. this is so inspiring.
    buat saya teringat kepada ex boss saya.
    dia juga sering mengatakan benda yang sama.
    pandangan seseorang pada sesuatu benda tak akan mungkin sama
    kerana kita melihat dari perspektif yang berbeza
    setiap pandangan tiada betul atau salah
    kita hanya perlu raikan perbezaan

    anyway, suka sangat entri ni
    keep it up =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yana,

      Kita jarang sedar apa yg melintas di minda kita oleh kerana sesuatu yg masuk tu secara otomatik. Perkara yg masuk di minda samada melalui mata, telinga, rasa tidak dapt dihalang. Itu yg menyebab kita bertindak ada kala terlupa tentang hasil dari tindakan kita oleh kerana terlalu cepat kita bertindak.

      Minda kita ni sebenarnya bukan 100% dari kita. Fikiran kita dipengaruhi melaui banyak benda dalam hidup. Melalui pengaruh itu yg membuat kita bertindak samada negatif atau sebaliknya.

      Kalau kita suka berdampingan dgn kumpulan yg negatif tidak mustahil kita juga berfikiran seperti mereka. Kita mudah berpersepsi negatif.

      Salam blogging. Jengok2lah blog saya

      Delete
  18. Bagi saya entri mcm ni agak berat jugak....maklumlah jenis manusia yg malas nak fikir hihi....
    Biasalah namanya manusia, mempunyai persepsi yg berbeza. Dalam dunia sekarang ni kalau asyik bersangka baik pun tak revan jugak huhu

    Rasa mcm dah baca dan komen......tapi komen mcm tak de...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hainom,

      Betul tu. Bersangka baik sangat pun susah jugak sebab orang lain tak semua bersangka baik dgn kita.

      Entry ni saya terdelete hari tu. Ada saya nyatakan di atas sekali, di ruang komen ni. Jadi saya upload semula tapi semua komen dalam entry tu hilang. Komen yg ada dalam ni semua komen baru.

      Terima kasih sebab mengomen. Komen2 seperti dari hainom ni yg membantu saya matang.

      Thanks. Saya 0k je.

      Senang2 jengoklah sini.

      Delete
    2. Adam....Kalau nak join GA tu senang aje. Buat entry khas. Tuliskan serba sedikit pasal blog saya dan selitkan aje ucapan Anniversay....
      Nanti inform kat entry GA Anniversary jadinya saya tau awak join

      Delete
  19. Lain org lain perspektif, lain org lain situasi yg dialami. So mmg xleh paksa org ikut kehendak kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nadhie wheen,

      Saya setuju sangat dgn nad.

      Sedangkan cermin pun berbeza dgn kita. Kita angkat tangan kanan dia angkat tangan kiri.

      Salam blogging.

      Delete
  20. Salam Adam...

    Persepsi setiap manusia memang berbeza. Dalam kita tak sedar, itu yang menjadikan dunia ini lebih indah dan berwarna warni. Kalau semua orang pandang satu menda tu sama je atau negatif thinking. Boleh menyebabkan perbalahan lagi2 jika takde sifat tolak ansur atau sama2 ego.

    Bagi cik tom setiap orang ada hak untuk buat persepsi masing-masing asalkan tahu batasnya. Orang yang bijak akan tukarkan persepsi negatif kepada positif untuk grab opportunity.

    p/s: Maaf baru berkesempatan singgah ke sini.. Terima kasih sudi berkunjung ke blog cik tom...Biarlembuyangjadilembu...Metafora benor bunyi..hihi..Nama blog yang unik..

    Bila dah habis baca artikel ni..first impression, cik tom rasa blog ni seakan blog aidid muaddib..konsep berbeza sbb blog aidid tu bt pendedahan pasal scammer..persamaan penyampaian entri dengan bijak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Cik tom,

      Terima kasih beri ulasan. Saya rasa tak payahlah saya jawab ulasan cik tom sebab ulasan cik tom tu dah sempurna. Cuma saya teringin nak cerita tentang cara penulisan saya.


      Saya baru blogging jadi saya tak kenal dgn Aidid Muaddib. Cik tom pun kata konsep dia berbeza. Agak saya mesti dia hebat kalau tak takkan cik tom bandingkan saya yang baru 5 bulan merangkak kat sini. Saya ni cik tom entahlah, menulis cara saya. Tak taulah betul ke tidak main hentam je se minggu sekali tapi yg penting saya dapat mengajak pembaca berfikir sebab kebanyakan tulisan saya ada maksud tersirat di sebaliknya. I write not to be popular but to expand people's minds to look things from different perspective. Only some realize it.


      Kalau saya terbaca blog yg bagus i put some comments, not to look for online trafic but i really comment on the writings. Blog cik tom pun menarik, itu sebab saya tertarik mengulas.


      Salam blogging cik tom. Jengok2 lah lagi saya

      Delete
  21. Jika dunia ini semuanya sifat sama, maka tidak warna-warni dunia ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju betul. Kalau serba serbi sifat sama
      memang boring hidup kita.
      Terima kasih.

      Delete
  22. Thank you kerana singgah blog saya yg hampir berkulat tuh..
    Baru nak mula berblog semula setelah setahun beku.
    U hv a nice one here, byk nak di baca ni..
    Keep it up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tadi saya singgah blog aku kah itu.
      Nampaknya 5 hari berturut2 ada entry baru.

      Apz2 pun terima kasih singgah sini.

      Delete
  23. Syukur ada pandangan yg berbeza sbb apa tau? Katakanlah ada sepasang baju, bagi si A nampak sangat cantik Bagi si B nampak biasa je so kalau dua2 nampak cantik berebut lak nanti nk beli 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah maha kaya. Dia menujudkan mahklok bermacam2 rupa, ragam dan keinginan. Itu yg menjadikan alam ini penuh dgn keindahan.

      Delete
  24. For sure JM x nampak kertas bungkus nasi lemak so pandangan kita sgt berbeza 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pagi tadi saya beli nasi lemak. Saya perhatikan cara kakak tu membungkus nasi lemak. Yg saya nampak serupa dgn gambar di entry ini.

      Saya tidak nampak benda lain dari itu?

      Delete
    2. Saudara menulis begitu santai tapi menyentuh sentimen pembaca. ada makna yg terselindung.

      Berat memikirkan nya.

      Delete
  25. Singgah sini.. Terima kasih atas pandangan mengenai perkara no.3 tu..
    setiap kita mempunyai pandangan yang berbeza dan itu yg mewarnai kehidupan kita..
    Btw persepsi kita memang berbeza.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shahida, saya setuju tentang pandangan berbeza. Kalau serupa dah tentu saya tak komen yg no 3 tu.

      Salam blogging. Jengoklah selalu sini.

      Delete
  26. Replies
    1. Maaf,
      Saya tak faham.
      Tak berupaya nak menjawabnya.

      Delete
  27. Saudara menulis begitu santai tapi menyentuh sentimen pembaca. ada makna yg terselindung.

    Berat memikirkan nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama blog tuan kelakar
      tapi tulisan penuh erti.
      Dapati tidak ramai penulis begini.
      Berasa takut nak komen.

      Delete
  28. Betul tu persepsi kita sbgi manusia xprnh sama, that's y boleh kua pepatah rambut sama hitam hati lain2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sesuai pepatah tu yg menggambarkan tentang persepsi. Terima kasih memberi komen yg relevant.

      Delete
  29. Gambar pertama.. Sejujurnya, Reen nampak garisan pertama lebih panjang sedikit dari garisan kedua. Tetapi.. Hakikatnya, seperti yang dikatakan oleh awak.. Ianya sama panjang.

    Gambar ke dua hingga ke lima, aih.. Malu Reen nak cakap. Jauh menyimpang.

    Gambar ke lima, Reen nampak lilin yang ada nyalaan api. Manakala perkataan tersebut, Reen tak faham maksud yang cuba disampaikan.

    Reen setuju.. Pendapat, pemikiran setiap manusia ada yang sama.. Ada yang berbeza. Macam ada satu gambar yang Reen jumpa, mengatakan "tidak semestinya apa yang awak kata adalah betul kerana awak tidak berada di situasi/di tempat saya"

    Lebih kurang begitu ayatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. **Gambar ke dua hingga ke empat

      Delete
    2. Dua garisan tu memang sama panjang tapi nmpak tak sama panjang.

      Gambar no. 2 dan 3 tu saya nampak orang lidi bersilat. Saya terbalikkan hp, saya masih nampak orang lidi menari di hujung bilik.

      Gambar no 4 tu sebelum ni saya nampak memang pembungkus nasik lemak tapi tadi ada bentuk layang2 pulak.

      Gambar yg kelima tu mungkin persepsi terletak pada tulisan tu. (Untuk merancang keluarga, kena ikut jslan belakang).

      Mungkin kita berbeza tanggapan tapi kita sependapat iaitu kita menghormati pandangan yg berbeza. Insyaalah silaturahim terjaga.

      Delete
  30. ye..fikiran kita semua xsama..
    apa yg kita lihat dan faham xsemestinya org lain akn lihat dan faham prkra yg sama juga..
    mentaliti kita yg tentukan.kalau org yg selalu fikir yg baik,baik je la..kan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak perlu ulas ni.
      setuju sangat.
      terima kasib Cik YAYA.

      Delete
    2. saya tak perlu ulas ni.
      setuju sangat.
      terima kasib Cik YAYA.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...