Monday 6 May 2019

APAKAH WARNA BAJU DIA KALI INI?

Aku tau Ramadan akan singgah sini. Aku pasti ia tetap ke mari. Dia hanya tunggu pengumuman untuk muncul semula.

Teringat aku pada tahun sudah. Setelah umat Islam berpuasa selama 28 hari, aku ternmpak Ramadan berkemas-kemas. Aku tanya dia, "Apa tujuan kamu berkemas Ramadan?"

"Aku nak sambung ngembara. Aku akan berada jauh. Lepas tu lebih jauh. Kemudian terlalu jauh dan akhirnya jauh, jauh, jauh, " jawab Ramadan.

"Tidakkah kamu sudi terus berkampung di sini?" aku tanya lagi.

"Aku pergi tak lama. Hanya sebelas bulan. Harap sampaikan pesan aku pada rakan2 kamu. Jangan ponteng puasa. Si lelaki jangan beralasankan gastrik. Perempuan pula berlakun kononnya mereka dalam period, semata-mata untuk ponteng puasa,"  jawabnya.

Aku terus bertanya, "Bila kamu berangkat?"

"Aku tunggu pengumuman. Aku tak tau baju warna apa akan dipakainya semasa mengumumkan aku pergi," jawabnya.

Sambungnya, "Terima kasih kerana menyambut aku ke sini. Terima kasih kerana kamu sabar dan istiqamah selama aku berada di sini. Perbanyakkanlah ibadah walau pun semasa aku tak ada."

Akhirnya Ramadan berpesan, " Ingat, ibadah perlu ditunaikan bukan tujuan menunjuk-nunjuk. Jangan se sekali perniagakan agama untuk sebarang kepentingan diri."

18 comments:

  1. Selamat berpuasa. Tahun ni harap dapat puasa penuh sebab tahun lepas lahirkan anak sehari sebelum puasa. 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berposa jugak. tahniah dpt baby.
      tak dpt bukak.
      tmaaf lmbat reply sebab blog blum pulih sepenuhnya. ada masa boleh bukak tpi kerapnya hnks.

      Delete
  2. Kalau warna putih Ramadhan tak akan datang lagi.

    Selamat Berpuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha. itu pakaian terakhir.


      maaf lmbat reply sebab blog blum pulih sepenuhnya. ada masa boleh bukak tpi kerapnya tak dpt bukak. t
      hnks.

      Delete
  3. Replies
    1. slmt berposa.

      maaf lmbat reply sebab blog blum pulih sepenuhnya. ada masa boleh bukak tpi kerapnya tak boleh. thnks.

      Delete
  4. Salam 4 Ramadhan Tuan Adam

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadan Kareem
    Selamat berpuasa sebelum Ramadan meninggalkan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berposa jugak untuk wp.

      maaf lmbat reply sebab blog blum pulih sepenuhnya. ada masa boleh bukak tpi kerapnya tak boleh. thnks.

      Delete
  6. Replies
    1. selamat berpuasa jugak.

      maaf lmbat reply sebab blog blum pulih sepenuhnya. ada masa boleh bukak tpi kerapnya tak boleh. thnks.

      Delete
  7. selamat meneruskan ibadah puasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitu jugak dgn Angah. selamat hari raya.

      maaf lmbat reply sebab blog blum pulih sepenuhnya. ada masa boleh bukak tpi kerapnya tak boleh. thnks.

      Delete
  8. Salam berpuasa di penghujung ramadan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam puasa dri saya jugak. Selamat hari raya.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...