Thursday, 2 June 2016

KENAPA PERLU DISIMPAN LAGI? SOALAN YANG JUGA PERLU DITANYA PADA DIRI SENDIRI. BILA NAK TANYA?

Adakah ini cara senaman untuk membuang toksin di otak?

Bulan suci penuh berkah cuma berada beberapa langkah sahaja dihadapan.  Saatnya untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah dengan menjauhi keburukan dan memperbanyakkan ibadah. Dengan  menjelangnya Ramadhan aku dengan serendah diri menghulur permohonan maaf, zahir & batin atas segala kesilapan sebelum ini. Di samping itu diharap sahabat-sahabat dan para pembaca sekelian dapat memantapkan lagi semangat silaturahim kita yang telah sedia kental dengan ikatan persaudaraan yang intim secara berterusan. Amin.

Tak beberapa hari lagi mulalah umat Islam mematuhi Rukun Islam yang ke tiga dengan se bulan berpuasa. Selamat datang bulan suci Ramadhan. Maka bermulalah bulan mengutip (lebih) paha tapi jangan terkejut kerana ada yang menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan pembaziran. Kamu tentu faham apa yang dimaksudkan.

Kita sekarang berada dalam masyarakat yang membiarkan kita memiliki secara berlebihan. Kita mengambil lebih dari yang diperlukan. Perbuatan itu bukanlah suatu kegiatan pelik kerana kita dikelilingi dengan ahli masyarakat yang mengamalkan perbuatan yang serupa, mengambil lebih dari yang sepatutnya.

Kamu membeli barang dengan banyak kerana kononnya diberi tawaran istimewa sedangkan yang banyak tu bukan keperluan. Kamu mengumpul ramai kawan sedangkan ramai di antara kawan yang kamu kumpul tidak tau menghargai persahabatan. Kamu mengutip banyak maklumat sedangkan bukan semua maklumat ada kaitan dengan hidup kamu. Mungkin ada maklumat yang tidak sahih yang kamu kumpul tapi kamu percayakannya dan mulalah kamu menyebar kepada orang lain dengan anggapan orang itu nanti akan percaya seperti kamu. Di dewan jamuan secara buffet pula, kamu penuhkan pinggan dengan semua jenis makanan tapi yang dimakan tidak seberapa.


Kamu membanyakkan aktiviti harian dengan mengongkong diri kamu secara ketat. Kamu sendiri mengujudkan jadual supaya kamu senang menguruskan aktiviti tetapi kamu tidak membuat pertimbangan untuk menguruskan keutamaan. Keutamaan tidak lagi jadi keutamaan kamu. Akhirnya tanggong-jawab yang sepatutnya menjadi keutamaan kamu terabai.

Sudah tiba masanya kamu berhenti untuk mengambil sebarang benda secara banyak. Mencukupi adalah perkara yang kamu perlukan. Kamu tidak perlu benda yang lebih banyak. Merasa cukup sebenarnya merupakan suatu kuasa yang dapat menghalang kamu dari mengambil apa-apa secara berlebihan.

Jika sebelum ini kamu sentiasa mengambil secara berlebihan eloklah kamu mengubahnya sekarang. Dicadangkan kamu lakukan perkara di bawah ini dahulu sebagai permulaan:

a. Kaji jadual harian kamu. Nilaikan "masa" yang kamu gunakan dan ambil tahu tujuan apa masa itu digunakan. Keluarkan dari jadual kamu aktiviti yang tidak mendatangkan hasil. Andai kata ada aktiviti yang kamu lakukan tidak memberi kamu kebahgiaan atau tidak dapat membaiki diri kamu, itu menunjukkan kamu telah mengabadikan masa untuk perkara yang salah.

b. Buangkan benda-benda yang kamu tidak dapat gunakan lagi. Jujurlah pada diri sendiri dengan bertanya, "Apakah perlunya aku menyimpan barang yang tidak berguna ini?" Melainkan kamu seorang pengumpul barangan antik dan tersangat tau nilainya serta berkemampuan menyenggara. Menyimpan barang yang tidak boleh digunakan lagi hanya menyempitkan ruang. Sebaik-baiknya buangkan, jual atau sedekah benda-benda itu. Persekitaran kamu akan menjadi lapang, selamat dan menarik. Minda kamu turut menjadi lapang bagaimana luasnya persekitaran kamu selepas itu.

Apa lagi yang kamu perlu buang?

c. Kemaskini minda kamu dengan membuang fikiran yang negatif. Sudah tiba masanya kamu bersihkan otak kamu. Perkara negatif tidak perlu diberi ruang dalam kepala kamu melainkan kamu rasa akan mati serta merta jika perkara negatif dibuang. Jika kamu berpendapat kamu akan mati jika dibuang kesemuanya sekali gos, kamu boleh membuangnya secara ansuran. Sama seperti kamu berhutang membeli kereta secara bayaran bulanan. Lama kelamaan hutang selesai. Untuk membuang perkara negatif kamu mesti tau perbezaan antara negatif dan positif.

Perkara negatif memang mudah hinggap di otak kita sebab kita percayakannya bukan kerana kita memerlu atau memilihnya.

Ada orang tidak tau yang dia mempunyai fikiran negatif. Bertindak secara negatif ni sebenarnya merupakan satu sikap. Bukan senang untuk mengetahuinya yang kita berfikiran negatif lebih-lebih lagi untuk membuangnya disebabkan kekeliruan. Dia keliru sama seperti kita yang keliru melihat air di dalam gelas seperti di bawah. Ianya mengelirukan.

Separuh penuh atau separuh kosong?

Cuba kamu nyatakan glas di atas, samada ianya separuh penuh atau separuh kosong? Jawapannya samada separuh penuh atau separuh kosong, kedua-duanya mengelirukan kerana berlainan persepsi. Orang yang ketiga jika ditanya dengan soalan yang serupa dia akan menjawab, "Air itu separuh glass bukannya separuh kosong." Tiga orang yang ditanya dengan soalan yang sama mereka memberi tiga jawapan yang bertentangan walaupun maksudnya sama.

Kalau kamu tanya aku, pasti aku akan jawab yang membuat kamu rasa lebih  keliru. Jawapan aku semestinya begini, "Gelas tu ibrat kepala kita. Air tu sebagai benda baik sebab tanpa air tiada kehidupan. 'Jug' tu sebagai diri kita. Bermakna terpulang pada kita samada untuk mengisi kepala kita penuh dengan perkara-perkara positif atau membiarkan otak kita separuh kosong."

Sekarang mari kita berbalik semula kepada acara membuang benda negatif dari minda. Apabila perkara negatif sudah tiada dalam kepala kamu, kamu bolehlah membuat satu hadangan untuk mengelak dari perkara negatif menyusup semula ke minda kamu kerana negatif itu subversif.

d. Susun atur diri kamu melalui displin. Contoh yang mudah; selepas pembersihan dilakukan letak semula barangan di tempat asalnya selepas digunakan seperti parang. Ini menjadikan persekitaran kelihatan teratur dan tidak mudah hilang dalam simpanan serta tidak merbahayakan orang yang berada di situ. Jadikan tabiat itu sebagai permulaan pengurusan diri.

e. Berani untuk berkata TIDAK. Berkata tidak kepada diri sendiri apabila ada keinginan untuk mengambil lebih. Contohnya kamu kena berani berkata tidak kepada mata kamu terutama semasa kamu mengziarah pasar Ramadhan tidak lama lagi.

Berkata tidak kepada rakan-rakan yang mengajak lakukan perkara negatif walau pun tidak salah dari segi undang-undang. Berkatalah TIDAK kepada cadangan sesiapa pun yang tidak memberi pulangan kepada kamu.

Katakan TIDAK  untuk memulakan projek baru selagi projek yang terdahulu belum bergerak. Uruskan setiap projek kamu satu persatu kerana diri kamu bukannya institusi.

Jika kamu lakukan kesemua perkara di atas secara berperingkat, sudah pasti prestasi diri kamu akan meningkat dan ianya bukannya satu perkara mustahil untuk dicuba. Jika berjaya membuang kesemuanya kamu akan dapat satu nikmat hidup yang lebih tenteram dari sebelum ini. Jika ada apa-apa yang kamu hendak buang, lakukan sekarang.

Hati-hati apabila membuang, jangan sampai terrbuang sekali isteri pertama.

(Semua gambar dan video tiada kaitan dengan tulisan, semata-mata hiasan)

This site belongs to us and the stories are ours. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. Your stories and wisdom are just as meaningful as mine.


Klik gambar di atas untuk besarkan imej


Miley Cyrus
(Jolene, 1st recorded by Dolly Parton in May 22, 1973. Genre couK
Klik teks berwarna kuning untuk mengenali rakan FB anda 

Klik teks berwarna hijau untuk mengenalali rakan FB anda

Klik teks berwarna  unggu untuk mengenali rakan FB anda 

Klik gambar  untuk besar kan image
 Bersih, selesa dan berbaloi




Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama, kaum dan sansiviti individu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...