Nak ucap selamat hari raya kepada pembaca, aku rasa masih awal lagi. Ucapan tu sesuai kalau diucap pada dua atau tiga hari sebelum raya. Tunggulah, aku akan minta maaf bila dah dekat nak raya.
Sementara tu aku nak cerita satu kesah berlaku tujuh atau lapan tahun yang lepas. Ceritanya taklah menarik tapi kalau aku tak tulis apa-apa untuk minggu ini aku dianggap seperti blogger tahi ayam.
Tahi ayam bila baru keluar panas dah lama sikit tahi tu sejuk. Itu orang tua-tua kata. Aku tak pernah pegang tahi ayam. Aku tak nak jadi penulis hangat-hangat tahi ayam.
Ceritanya begini:
Waktu tu aku driving di lebuhraya KESAS nak balik ke rumah. Aku pandu tak laju tapi injin kereta aku panas. Maklumlah aku pandu kereta tua. Tak jauh dari situ memang ada kawasan lapang seolah-olah kawasan rehat. Sekarang tempat tu dah jadi setesen minyak.
Aku pun masuk ke kawasan tu, matikan injin, turunkan penyandar kerusi ke belakang lalu aku rebahkan badan sementara menunggu injin sejuk.
"Encik," aku terdengar suara menegur aku. Aku tegakkan kerusi, turunkan cermin tingkap. "Encik ada nombor telefon mekenik tak?" dia bertanya. Aku kata aku tak ada, lagi pun bengkel kereta dah tutup sebab dah pukul lapan lebih.
Dia kata injin kereta dia tak boleh hidup. Tadi dia berhenti situ sebab hujan lebat, tak berani nak drive. Bila hujan dah teduh kereta pulak tak boleh start. Dalam hati aku, kalau tak boleh start mesti sebab bateri atau starter. Lain dari tu aku tak tau. Aku bukannya pandai pasal injin walau dah banyak kali tukar kereta.
Aku bukak bonet kereta dia tapi keseluruhan injin aku tak nampak jelas. Hp aku jenis lama, orang lain dah tak guna jenis tu lagi, dah lah tak cantik lampunya tak terang. Dia pun keluarkan hp, suluh bahagian injin. Baru nampak terang, jelas.
Apa yang aku syak tadi rupanya betul. Kepala baterinya dikunci tidak ketat. Aku ketatkan. Lepas tu aku onn kan lampu kereta. Lampu menyala. Aku nampak rupa wanita tu, mirip wanita berbangsa Cina tapi dia bercakap tadi seratus peratus bunyi Melayu tulen.
Aku onn kan injin. Dengan sekali start injin hidup. Aku pergi kat dia bertanya, "Are you Malay?"
"I am Chinese. Do I look like Malay?" dia bertanya. Aku kata wajahnya aku nampak tak jelas. "Malam ni bintang banyak tapi tak cukup terang untuk membantu kita. I think it's time for u to get a new phone," dia sambung.
"Zaman dahulu orang menggunakan bintang untuk pandu arah pelayaran tapi sekarang manusia dah gunakan kompas. Jangan kita anggap bintang tidak berguna lagi. Allah menjadikan bintang kelihatan sekurang-kurangnya menyedarkan kita tentang keujudan DIA," aku balas balik.
Dia menganggokkan kepala, "I agree with you. HE puts the stars in the sky as a visible reminder of his presence. May I have your number?" Sebagai business man, aku hulurkan kad aku.
She posed a smile and I smiled in return. "Why were you smiling?" dia bertanya.
Aku jawab yang membuat dia tersenyum semula, "A person shows his charater by what he smiles at. I deserved your attention even it was a simple smile and I understood it because we smile in a same language."
Bila injin kereta aku dah sejuk aku pun mohon diri untuk balik.
A week had already passed when i received a letter containing a receipt attached with a short note: many thanks for helping me that night. Please bring this receipt to the above store to collect your new hand phone.
Aku percaya tentu ada suatu perkara yang maha penting sempat dia uruskan sebaik sahaja dia berjaya meneruskan perjalanan pada malam itu. Aku tidak dimaklumkan tentang urusannya. Jika tidak sudah tentu aku tidak dapat hadiah yang begitu bermakna bagi aku.
Soalannya, perlukah aku menerimanya?
KLIK: You Are What You Eat
Aku percaya tentu ada suatu perkara yang maha penting sempat dia uruskan sebaik sahaja dia berjaya meneruskan perjalanan pada malam itu. Aku tidak dimaklumkan tentang urusannya. Jika tidak sudah tentu aku tidak dapat hadiah yang begitu bermakna bagi aku.
Soalannya, perlukah aku menerimanya?
KLIK: You Are What You Eat
This site is ours and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this true story will give hope a chance to grow in your heart. Your stories and wisdom are as meaningful as mine.
Kenny Rogers
Senarai sahabat penulis di bawah:
Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menhyalahi undang-undang. menyentuh sentimen agama dan kaum serta sensitiviti individu.
(Semua gambar dan video dalam cerita ini tiada kaitan, semata-mata hiasan)
Kisah yang menarik untuk direnungkan. Perlukah ambil hp baru? Itu hanya tuan empunya diri yang mampu menjawab. Hehe
ReplyDeleteSebagai manusia bermaruah,
Deletehadiah tu petlu dikembalikan.
Pertolongan yg diberi tidak
seberapa, pertolongan diberi kebetulan.