Tuesday, 4 October 2016

APA YANG DITUNGGU LAGI. BUKANNYA DAPAT APA-APA PUN


Kamu telah berada lama di dalam se suatu kumpulan tiba-tiba kamu terperasan kehadiran kamu tidak dipedulikan. Kamu terasa pendampingan kamu tidak lagi diperlukan seperti dahulu. Perlukah kamu bersedih?

Tersedarnya bila tahu yang kita tidak diterima boleh meremukkan perasaan. Perasaan ceria terus bertukar jadi pilu dan menghampakan. Jadi apa yang kamu perlu lakukan supaya kamu tidak menjadi melukut di tepi gantang?

Di dalam keadaan demikian kamu hanya ada dua pilihan untuk bertindak. Jangan ditambah lagi pilihan tersebut. Pilihan pertama iaitu kekal bersama mereka walau pun kamu tidak diendahkan dan pilihan kedua ialah tinggalkan mereka dan jangan pula ada ingatan untuk bersama-sama mereka kemudian. Itu sahaja pilihan kamu dan yang membuat pilihan ialah kamu.

a.) Jika kamu memilih pilihan kedua iaitu meninggalkan mereka, ini bermakna kamu telah meningkatkan nilai diri kamu dari pandangan orang lain. Keyakinan mereka terhadap kamu menjadi lebih tinggi.

Sanggupkah kamu meninggalkan mereka? Sudah tentu ada di antara mereka orang yang kamu sayangi. Berkata sanggup memang mudah tapi betulkah kamu sanggup  meninggalkan orang yang disayangi?

Ianya boleh dilakukan walau pun tindakan kamu menggores perasaan kamu sendiri.

Tinggalkan tempat itu

Apabila kamu tahu yang diri kamu tidak disenangi itu merupakan satu penghinaan terhadap diri kamu, dari itu sebelum kamu bertindak menyisih mereka dari pergaulan kamu, pastikan dahulu di minda kamu tertanam perkara-perkara ini:

a) Kamu telah dihindarkan dalam kumpulan dan penghindaran itu menyebabkan kamu bersedih. Yang menyebabkan kamu bersedih itulah penghinaan.

Tidak mendatangkan sebarang faedah jika kamu masih menempelkan diri kamu di situ bila kamu pasti telah diketepikan. Tujuan pergaulan adalah untuk silatulrahim yang menguntungkan kedua-dua belah pehak tetapi sekiranya kamu terasa tidak berfaedah kekal di situ maka masanya telah tiba untuk kamu mengucapkan "sayonara."

Kamu tidak boleh paksa orang sukakan kamu, kamu tidak mampu buat orang sayangkan kamu dan kamu tidak berupaya menjadikan orang lain terhegeh-hegeh  mendamping kamu.

Kemampuan kamu hanyalah menyayangi diri sendiri. Tujuan kamu ialah menghargai diri sendiri dan tindakan kamu ialah menilai diri kamu kerana kamu berupaya  menawarkan kebaikan kepada diri kamu sendiri. Menyayangi diri merupakan satu peluang untuk meningkatkan nilai peribadi dan itulah peluang yang satu-satunya yang kamu perlu lakukan sentiasa.

Tinggalkan ingatan lama

b) Tidak perlu kamu memeram perasaan keciwa jika kehadiran kamu tidak menyenangkan mereka. Jangan tekan perasaan anda kerana terlalu ingin mendamping orang lain. Terlalu sukar untuk kita menjadikan diri kita sebagai orang yang disayangi atau yang sangat-sangat diperlukan oleh orang lain.

c)  Pahatkan di minda kamu, iaitu bukannya perkara mudah untuk meminta orang lain menyukai kamu melainkan kamu berkorban se suatu yang sepatutnya tidak perlu kamu lakukan. Jangan korbankan nilai peribadi kamu.

d)  Bukannya mudah untuk mengarah se seorang untuk  suka/benci antara satu sama lain. Perasaan manusia  bukannya skrip drama yang mana kamu boleh ubah mengikut kehendak kamu. Kamu bukannya berkuasa untuk mengarah perasaan orang lain. Kamu tidak boleh mengarah orang lain menyukai kamu. Kamu tidak mampu mengarah merka untuk melayani kamu seperti yang kamu harapkan. Kamu tidak berkeupayaan mengarah orang lain berinteraksi dengan kamu seperti yang kamu suka.

Kamu hanya berkuasa terhadap diri kamu dan jika kamu benar-benar mengetahui yang kamu tidak diperlukan, tempatkanlah diri kamu di tempat yang lebih tinggi dari perhubungan yang memudaratkan perasaan. Melangkahlah keluar dari pagar kelompok itu.

Maju kehadapan

Bukannya mudah untuk melupakan kumpulan yang kamu telah lama bersama. Pada awal penghijerahan mungkin kamu rasa tidak selesa, sedih atau rindu. Tiga perkara itu kamu perlu hindarkan dan kamu berkemampuan untuk melakukannya kerana ketiga-tiga itu adalah normal dalam perpisahan. Fikirkanlah bagai mana tertekannya perasaan kamu jika kamu masih bersama-sama mereka dan pada masa itu sudah tentu kamu memendung perasaan kesedihan dalam keriuhan.

Sebaik sahaja kamu keluar dari kumpulan, hindarkan perasaan marah kerana perasaan itu merosakkan. Jika kamu di pehak yang benar kenapa perlu marah dan sekiranya kamu yang bersalah sudah tentu kamu tidak ada sebab untuk marah. Sabar adalah kunci kebahgian diri.

Jangan terlalu ingat perkara yang lepas kerana ingatan itu boleh membawa kesedihan dan jangan terlalu memikirkan perkara hadapan kerana ianya juga boleh menakutkan.

Senyumlah kerana kamu telah berjaya menghindarkan diri dari mereka yang tiada perasaan.

Setiap orang perlu menghargai dan dihargai malangnya perkara demikian tidak setiasa terjadi sepanjang masa kehidupan dan dari itu cintailah diri sendiri kerana diri kita lebih berharga. Wallahu A'lam.

(This site is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)

Bobby McFerrin and Annie Marie Hassin at Aarhus Vocal Festival

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko terhadap ulasan dan komen yang dibuat  menjadi tanggong-jawab pengulas sendiri.

Semua gambar dan video dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, semata-mata hiasan.


9 comments:

  1. Sangat setuju dengan article ini. We don't have to stoop so low!

    ReplyDelete
  2. Hi In the swim,

    I agree with you. People with high self esteem respect everyone and by anyone.

    All you need to do when experiencing low self esteem is to change your belief about yourself. Remember that no one can give or take away your self esteem.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Pernah berlaku kepada saya juga. Alhamdulillah saya nekad keluar dari kumpulan itu. Terima kasih Tuan. Artikel terbaik. Teruskan menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamulaikum Cikgu ieta.

      Terasa kecewa juga mendengar tentang kesah cikgu sebab saya mengerti kehidupan walaupun saya belum pernah mengalami nya.

      You have done the right action. Move and move if you must. A few of my friends have learned the hard way that taking them back absolutely never works.

      Thanks for your valuable comment. Love it.

      Delete
  5. Saya juga pernah merasai perasaan itu, rasa diri tidak diperlukan dlm kumpulan sedangkan saya la yg menemukan mereka semua. Saya undur diri. Tapi ada pula seorang dua yg menghalang sdgkan yg lain tak kisah. Jadi saya kenal siapa kwn yg betul pedulikan saya. Skrg saya buat spt kumpulan itu tak ujud. Tenang rasa diri.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...