Monday 17 October 2016

This was originally published on August 8, 2016 and has been completely revamped meant especially for author's new readers. KESAH HAYATI.



DIA MASIH LAGI HARYATI (Cerita asalnya di sini, sila klik)

Sudah dua minggu saya tidak menulis di sini. Dua minggu saya anggap sudah terlalu lama. Begini ceritanya.

Dua minggu yang lepas saya terlalu sebok. Sebok sampai keletihan hinggakan ruang masa untuk menulis menjadi sempit. Saya tidak menyalahkan masa. Masa tidak pernah menggangu saya kerana saya melarang masa mengawal saya. Jangan se sekali biarkan harian kita terabai disebabkan kita sendiri tidak pandai mengurus masa. Jangan biarkan masa mengurus kita dan juga jangan biarkan masa berlalu tanpa erti. 

Andainya kita tahu membezakan diantara kepentingan dan keperluan, inn-sya-allah masa tetap di bawah kawalan kita.

Hanya satu sahaja masa yang kita tidak mampu untuk kita kawal. Masa itu setia menunggu dan tunggulah masanya akan tiba bagi setiap orang tanpa mengira status, anutan serta usia. Setiap dari kita pasti menemuinya.

Berbalik pada kesebokan saya tadi, apabila badan letih, otak turut bersimpati. Itu puncanya kenapa saya tidak menulis kerana dibimbangi otak yang lemau menghasilkan fikiran yang lemah. Pembaca artikel saya tidak suka tulisan yang ditulis secara ala kadar. Selera mereka agak tinggi, dari itu biar saya tidak menulis asalkan pembaca-pembaca tetap setia menunggu.

Dalam kesebokan itu saya sempat meluangkan masa berjumpa doktor. Doktor berpuas hati dengan kesihatan saya dan dia hanya memberi supplimen untuk tenaga dan menasihati saya untuk berehat. 

Haryatie tiada di sini

Sebaik sahaja selesai berjumpa doktor pada hari itu, saya duduk di ruang tunggu di bahagian pesakit luar untuk menunggu giliran saya dipanggil mengambil ubat. Saya menghadap ke kaunter phamarsi. "Assalamulaikum. Bapak, ingat saya lagi?" Kedengaran suara menegur saya.

"Waalaikummussalam. Wajah yang saya pernah lihat tetapi lupa namanya," saya menjawab.

"Aku Haryati. Bapak udah lupa. Dulu pernah jadi cleaner sekejap di kantor bapak," katanya. Saya menganggokkan kepala tanda ingat. "Aku tadi pergi ke bahagian Sakit Puan dan Perbidanan. Aku hamil udah tiga bulan," sambungnya.

Kesah awal pertemuan dengan Haryati ini pernah saya tulis di sini dahulu bertajuk, MASIHKAH ADA YANG BERNAMA HARYATI, ditulis pada Mei 24, 2016.

Haryatie juga tiada di sini

"Tahniah. Mulai sekarang kamu kena jaga janin kamu. Kamu kena makan barang yang baik-baik. Lapangkan sedikit waktu kamu untuk rehat, semasa rehat bertuturlah dengan jenin kamu tentang perkara yang baik-baik. Mungkin dia sudah hampir cukup sifat," saya beri tau dia.

"Banyakkan rehat dan tidurlah jika perlu. Tidur adalah penghubung hari ini dan esok. Tidur juga menjadi alat penghubung di antara jasad dan rohani. Tidur membuat kedua-duanya tenteram. Tidur awal itu harus dan baik untuk kesihatan tetapi bangun awal itu dikira wajib untuk kamu." 

Haryati memerhatikan saya dengan khusuk, saya menyambung. "Andainya kamu bangun awal satu jam lebih cepat setiap pagi dari sebelumnya, kamu berjaya memperolehi kelebihan 15 hari dalam masa satu tahun."

Haryati kehairanan. Dia yang dari tadi berdiri, terus duduk berselang hanya satu kerusi dari saya. "Bapak, janin belum lahir mana mungkin dia bisa bertutur."

Saya palingkan muka ke arahnya. "Janin di dalam perut ibu kalau kerap diajak bicara dia akan membesar dengan sihat. Boleh menjadi pintar dan ini benar. Perkertinya juga akan jadi baik kalau dihidangkan dengan perkara-perkara baik."

"Kamu serius ya?" Dia bertanya.

Saya mengangokkan kepala. "ieya, aku berkata benar kerana aku berpengalaman. Ada satu talian yang kita tidak tau yang menghubungkan ibu dengan janin. Itu kuasa Allah. Kuasa Allah sememangnya tidak dipamirkan secara terangan. Tapi di negara barat, universiti mereka telah mengkaji hubungan antara ibu dan janin. Ternyata memang ada talian. Maksud aku, janin dalam kandungan bisa mendengar."

"Alhamdulillah, aku mengetahui se suatu hari ini. Aku ingin lakukan nanti tapi bagaimana pak?"

Saya tidak sangka dia berminat. Saya memberi tahunya, "Begini. Kamu boleh pergi ke mana-mana yang kamu ingin tetapi elakkan pergi ke tempat yang kurang elok. Kamu tau maksud aku."

"Itu sahaja?" Dia nampaknya bersungguh-sungguh ingin tahu.

Saya tertawa. "Banyak perkara lagi. Bawalah janin kamu mendengar kuliah atau ceramah atau ke majlis ilmu. Tentukan ceramah yang kamu dengar itu yang baik-baik. Elakkan diri dari mengunjung penceramah yang suka berdusta, yang suka memaki hamun. Yang mengaku kumpulannya sahaja yang betul. Elakkan."

Dia berkata, "Aku tidak kesempatan ke situ. Berjemaah di masjid pun hanya dapat aku tunaikan sekali dalam seminggu. Itu pun setiap hari Ahad."

"Kuliah di masjid juga kamu mesti berhati-hati. Berhati-hati itu wajib sekarang. Ada juga ahli agama yang berdusta. Berbohong dan tidak kurang yang suka menghina orang. Di masjid mereka ingin mencari pahala sebaliknya dosa yang mereka kutip. Mereka tidak malu walau pun dia sendiri tau itu satu pembohongan. Ada ahli agama seolah-olah menganggap kononnya orang lain terkeluar dari Islam kerana tidak se perahuan dengan mereka. Agama mereka gunakan sebagai komoditi untuk meningkatkan taraf diri. Aku tidak kata semua ahli agama begitu tapi keujudannya pasti ada."

Haryati tersenyum. Senyuman itu menandakan dia setuju. "Penceramah ni ada yang cuba mencuci minda kita untuk kepentingan diri. Sebenarnya mereka memperdagangkan agama. Pendengar di pengaruhi. Mana mungkin Muslim meninggal ditanam di kubur Tionghua. Awas bila bertemu dengan permainan begini. Ini dinamakan permainan persepsi. Dari itu berhati-hati, jangan kita keliru dan bersikap tidak adil dalam menilai."

"Sejak aku kenali bapak pertama kali dulu, aku udah ngerti, bapak hebat," dia berkata sambil tersenyum.

Saya bertanya, "maksud kamu aku hebat bersilat dengan menggunakan siku dan lutut?"

Hayati tertawa lalu menjawab, "idak itu pak."

Saya menafikan kata-kata dia, "Haryati, manusia begitu memang udah lama ujud. Za’ba juga ada menulis tentang sikap orang Melayu. Mungkin kamu tidak tahu siapa itu Za'ba. Di dalam bukunya Pendita Za'ba menyatakan tentang orang Melayu yang suka bergantung kepada orang lain dan suka mengambil kesempatan atas nama agama."

Haryati berkata dia pernah dengar nama Za'ba tetapi tidak tau siapa dia. Saya menyambung, "Aku di sekolah dahulu menggunakan bahasa Za'ba. Buku-bukunya jadi bahan kesusteraan kami. Tidak secara langsung aku terikut-ikut  pemikiran dia. Dia memang hebat dan yang hebat itu dia bukan aku."

Nur Aqila Madihah

"Bagaimana pula sekiranya aku ingin beromongan dengan jenin aku?" Dia bertanya.

Saya berkata, "Kamu berbicaralah dengan dia. Samada dia mendengar atau tidak kamu jangan ambil pusing. Tuturlah yang baik-baik seperti begini; 'apabila kamu besar nanti jadilah orang yang berguna.' Kamu jangan kata begini walaupun maksudnya serupa: 'apabila kamu besar nanti jangan jadi orang jahat.' Elakkan mengguna perkataan yang membawa erti negatif seperti perkataan jangan dan jahat."

"Semasa mandi pun kamu boleh bertutur dengan jenin kamu," saya menambah. Dia diam. Saya rasa kekok bila nampak dia membisu. Saya bertanya, "mana suami kamu?"

"Aku kemari mengambil ubat untuk ibu. Aku bernasib baik dapat menjaga ibu. Allah memudahkan jalan aku. Puncanya aku terdengar jiran menghalau ayahnya keluar dari rumahnya. Alasannya tipis bangat, katanya ayahnya pengotor. Lantas aku teringatkan ibu."

"Aku pulang ke desa untuk melihat ibuku. Aku terperanjat pak. Ibu ku terlantar. Dia sakit. Udah hampir tidak bermaya. Aku hantar ibu ke rumah sakit. Ibu berada di rumah sakit selama 28 hari. Semua uang yang aku ada dibelanjakan untuk rawatan ibu. Mulutku tidak berhenti berdoa untuk ibu. Allah maha penyayang juga maha hebat. Ajaib pak, ibuku sembuh."

Saya aminkannya, "Alhamdulillah."

"Di desa aku tidak berkerja. Aku mesti pulang ke Malaysia dan aku wajib membawa ibu bersama. Dia permata aku tapi aku kekurangan ongkos. Aku jual fonsel aku. Aku jual gelang emas yang satu-satunya pemberian ayah."

Saya tidak faham apa makna fonsel. Tetiba Haryati menerangkan, "Fonsel itu handphone pak." Katanya lagi, "Aku ingin berbakti kepada ibu. Nabi kita bersabda hingga tiga kali menyatakan kita kena berbakti kepada ibu kita. Kata Nabi saw, selepas itu baru kita berbakti kepada bapa. Aku sudah tidak ada ayah. Ayah pergi belum sempat aku graduasi."

Haryati yang bersama aku sekarang jauh beza dari dulu. Aku bertanya, "Dari pandangan aku, kamu sudah senang sekarang. Jauh lebih senang dari dulu. Sudah tentu kamu bukan lagi pencuci kantor?"

"Betul itu pak, aku udah bukan lagi pencuci kantor. Kerja itu tidak hina. Dari situ yang membawa kejayan aku. Alhamdulillah, aku lebih senang sedikit dari dahulu. Alhamdulillah. Berkat aku menjaga se orang ibu. Ibuku pernah menjadi buruh bikin jalan raya untuk membesarkan aku selepas ayah meninggal. Graduasi aku hasil dari setiap titik peluh ibu yang menjadi buruh jalanan."

Nur Humaira Sofea

Haryatie kelihatan sayu. Saya menyambung, "kamu memang bertanggong-jawab."

"Bapak, aku hanya ada se orang ibu. Hanya se orang pak. Tidak susah bertanggong-jawab kepadanya. Apa yang aku makan dia makan. Dahulu apa yang aku makan ibu tidak makan, apa yang saya pakai ibu tidak dapat pakai. Dia utamakan anaknya. Sekarang aku ingin memulang balik apa yang dia tidak rasai dulu. Setiap kali aku berlibur aku bawa ibu. Aku tidak jadikan dia sebagai bibik di rumah. Ibuku aku jadikan dia ibu sejati dan juga sebagai rakan."

Dalam hati aku berkata, "beruntungnya mana-mana ibu yang dapat anak seperti Haryatie."

"Aku bercerita ini hanya pada bapak. Kalau aku ngomong pada orang lain mereka anggap aku bermegah. Setiap tiga pasang pakaian yang aku beli, se pasang mesti untuk ibu. Ertinya aku akan beli empat pasang pakaian. Ibu tidak minta. Aku tetap beli untuknya. Aku tidak ambil peduli samada ibu pakai atau tidak yang penting pakaian itu ibu yang punya," sambungnya.

"Aku udah tidak miliki ayah. Ayah pergi awal. Ibu kata ayah berkeja keras untuk menafkahkan keluarga. Ayah berkerja menggunakan tenaga karna ayah bersekolah rendah. Ayah dibesarkan dalam suasana miskin. Dia sedar apa itu kelaparan, dia mengalaminya. Ayah berkerja keras sebab tidak mau melihat anaknya miskin sepertinya," dia terdiam sebentar.

"Semua uangnya habis untuk kos makanan kami dan juga untuk sekolah aku. Ibu kata ayah berpuasa di tengah hari waktu kerja karna wang itu diketepikan untuk uang poket aku di kuliah. Aku nangis bila teringat kata-kata ibu. Aku dapat rasai keperitan kehidupan ayah. Dia berkorban kerana keluarga." Haryati semakin sebak.

"Aku rasa berdosa bila ayah pergi lebih awal. Dia jatuh sakit tapi dia nafikan rawatan. Hasil kerja kerasnya aku berjaya. Tidak pernah ayah rasa letih demi mengejar cita-cita aku. Ayah tidak mengejar cita-cita dia. Tidak sempat aku berbakti kepadanya. Semoga Allah mengampuni aku," saya nampak matanya bertakung sedikit air.

Aku mencelah, "setiap orang berusaha untuk tidak mau jadi miskin. Pada kebanyakan orang kelaparan itulah kemiskinan. Sebenarnya kemiskinan yang sejati ialah mereka, terutama ibu-ibu tua yang tidak ada siapa ingin ambil peduli. Ibu-ibu tua itu miskin kasih sayang. Ibu kamu tidak miskin karena dia telah melahirkan bukan sahaja zuriat yang menurut perentah Allah bahkan tahu menilai jasa se orang ibu. Ibu kamu bukannya permata bahkan lebih dari itu."

Saya juga tidak mempunyai ayah lagi. Saya memberi tau Haryatie, "hari ini genap 15 tahun ayah aku pergi. Aku terlalu sayang padanya. Yang paling aku suka tentang ayah apabila dia menghadiahkan se suatu kepada ibu. Hadiah itu yang menyebabkan cinta ibuku mendalam terhadapnya. Ayah pamirkan pada ibu kasihnya pada anak-anak. Itu hadiah ayah untuk ibu."

Haryatie menyambung, "Aku menghalau suami aku pak. Kami bertahan cuma empat bulan begitu." 

Aku terperanjat lalu berkata, "kamu berdosa besar."

Haryati membalas, "Dia pergi bukan sebab dihalu. Aku beri dia dua pilihan samada dia mahu menjadi suami yang bertanggong-jawab atau aku mengambil tempatnya menjadi suami. Dia memilih jalan mudah. Aku diceraikan."

Haryatie tidak sembunyikan apa-apa dari saya. Dia pernah berkata saya se orang sahaja pendengar yang setia. Saya sambung perbualan tadi, "aku tidak tau samada tindakan kamu itu betul atau salah tapi aku percaya semua kata kamu."

Saya berkata lagi, "aku kagum sama kamu. Aku masih  ingat apa yang kamu pernah katakan padaku suatu masa dahulu, begini kata-kata kamu; "saya se orang yang berjiwa kental. Saya mampu hidup indipenden. Saya jujur tuan. Saya tidak takut untuk menjadi diri saya sendiri karena saya benar."

"Bapak masih ingat itu," katanya.

Bergembira Berhari Raya Bersama Ibu

Saya menganggok. "Usia aku sudah lewat Haryatie. Aku sangat tertarik pada rupa dan peribadi kamu. Aku tidak katakan kamu orang yang paling rupawan dan baik tapi kamu ada ciri-ciri yang aku kagumi. Kamu sungguh jujur. Andainya usia aku 20 tahun lebih rendah dari sekarang, pasti kamu jadi pilihanku."

Haryati merenung saya lantas berkata, "mengapa takut dengan kehidupan yang bapak sangka akan berakhir tapi takutlah tentang kehidupan yang belum bermula. Bapak, berdosakah andainya aku menerima suntingan dari lelaki seusia ayah aku pak?"

I could only say to myself, "Haryati is not only beautiful in her look also not in what she said but she is beautiful in what she is."

KLIK Untuk Mengetahui Perhentian Bas Malacca Street

(This site is ours and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your stories are as miningful as mine.)


Untuk mereka yang masih ada ibu.

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko terhadap ulasan dan komen menjadi tanggong-jawab pengulas sendiri.

Semua gambar dan video dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, semata-mata hiasan.

15 comments:

  1. Love reading this. I'll share with my groups and let me know how it ends, please.

    ReplyDelete
  2. Tak sangka sampai habis Mrs. A baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The writing was hust for light reading. Hopefully you enjoyed it.

      Thanks.

      Delete
  3. Assalammualaikum...

    Alhamdulillah mselim3 dah masukkan blog ini dalam bloglist mselim3... k

    mselim3

    pls: salam perkenalan daripada mselim3.. semoga sukses berblog selalu.... Amiinn,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum,
      Lupa nak beri tau. Blog tuan dah ada kat blog:
      http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com
      sejak 0ktober 20, 2016.

      Delete
  4. Salam...
    Saya akan masukkn blog tuan dlm bloglist saya... harap tuan dapat list kn juga blog http://suaramelayubaru.blogspot.com dlm bloglist tuan...

    Terima kasih...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum... Pukul 4 pagi saya baca blog tuan. Lama sungguh saya tinggalkan blog kerana sibuk tugasan sbg isteri. Kisah Haryatie mengingatkan saya pd mak di kl.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikummussalam,
      Sekeras mana pun hati perempuan tapi kalau dah ibu hati dia tetap lembut. U beruntung masih ada ibu.

      Delete
  6. How did u meet haryati.
    please share. others would like to know too.

    ReplyDelete
  7. saya juga sedang membaca sebuah nukilan hamka saat ini..watak.utamanaya.adalah hayati..hampir sama namanya..hayati tenggelamannya kapal.van de wicjk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di nusantara kita ni saya kagum dengan dua orang, ZABA & PAK HAMKA.

      Belum ada yg dpt gelaran pendita selain dari zaba.

      Profesor hamka ni dia melibatkan diri dalam 3 bidang, politik, agama dgn penulisan. Ketiga2 bidang ni dia memang hebat.

      Saya hormat mereka.

      Lastly salam blogging dari saya. Love Your comment

      Delete
  8. So true..banyak bercakap dengan baby....tapi....zaman sekarang kita sibuk...sibuk sangat sampai nak bercakap pun penat...kesian....=(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nini,

      Kesan bercakap dengan janin dlm perut tu memang benar. Dah ada university membuktiksnnya. Itulah seperti yg nini kata, "zaman sekarang kita sebok, sebok sesangat,"

      Saya tak tau lah samada orang sebok betul2 atau pura2 sebok or sebok doing nothing. They only know about them. Well, to me i may say that sometimes doing nothing is better than being busy doing nothing. This doesn't mean you have to agree with me.

      Thank you for dropping by.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...