Thursday, 20 October 2016

LEMBU PUN TAK SOMBONG MACAM KAMU SEDANGKAN SEMUA LEMBU TAK BERPELAJARAN AGAMA

Biar Lembu Yang Jadi Lembu
Credit to: cartoonstock.com

KITA tahu apa itu sombong tapi bila diminta untuk menerangkan tentang se seorang yang sombong, ada yang menjelaskan dengan kurang tepat. Begitu juga saya.

Saya hanya dapat menjelaskan ertinya begini: orang yang sombong itu mempamirkan kelakuan yang tidak digemari ramai kerana menunjuk kemegahan diri dan berlagak seolah-olah dirinya lebih penting dari orang lain. 

Perkataan "berlagak" di atas, saya lebih cenderung menggantikannya dengan perkataan "berlakun" kerana yang sombong itu sebenarnya berderama untuk menagih penghormatan.

Kerap kali kita perhatikan orang yang berlakun sombong menganggap dirinya lebih penting. Dia sebenarnya mengujudkan perbezaan taraf kedudukan yang palsu (artificial kasta). Dia mengujudkan kehidupan berdarjat yang bertingkat-tingkat; lower class, third class, second class, first class dan superior class.

Allah menjadikan kita semuanya berlainan. Di antara kita yang dicipta ada yang cantik, ada yang kurang lawa, ada yang pandai dan ada yang kurang cerdik, ada yang kaya dan ada yang miskin. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Menjadi tidak cantik dan tidak kaya itu perancangan Allah. Rezki di tangan NYA.

Allah tidak menyuruh kita menghina orang yang memiliki kekurangan dari kita. Andainya kita bersikap demikian kita telah menghina ciptan NYA. Sudah tentu Allah tidak suka kepada manusia yang sombong begitu.

Mempunyai sifat sombong boleh menyebabkan kita terhalang untuk menuju ke pintu syurga.

Manusia sombong ini sebenarnya lemah dalam bidang psaikologi. Secara semula jadi (Naturally) otak manusia lebih cenderong memberi simpati kepada orang yang lemah serta yang berbudi bahasa dan bukannya kepada orang yang memiliki walaupun sekumit ego. Jiwa orang sombong tidak tenteram dan minda tidak stable. Pertimbangan fikirannya lemah. Kalau dia bersalah dia tetap mengatakan dianya betul dan sanggup bergaduh hingga boleh menyebabkan kecederaan semata-mata untuk mempertahankan fikirannya yang dia pasti itu salah.

Wahai manusia yang sombong, ingatlah apabila kamu telah hilang segala-galanya atau di masa hari tua kamu nanti atau selepas kamu dipinggirkan kerana penyokong-penyokong kamu sekarang juga berlakun seperti kamu, pada masa itu baru kamu sedar yang air laut itu bukannya berwarna biru yang sebenarnya dan baru kamu tahu yang warna biru di laut itu hanyalah bayangan awan.

Wahai manusia yang sombong ingatlah, selepas kamu dimandikan, sebelum kamu disembahayangkan, kamu akan dipakaikan dengan pakaian yang berwarna putih dan kamu tidak ada kuasa untuk mengarah manusia untuk menukar pakaian kamu ke warna yang kamu suka. Di situ baru kamu sedar di mana letaknya kesombongan kamu dahulu?

Ingatlah, selagi air laut itu rasanya masin selagi itulah manusia benci pada kesombongan.

Awas! Bagi mereka yang sombong apabila musihabah menimpa diri kamu, lebih ramai manusia yang bertepukan dan andainya ada yang bersimpati dengan kamu, orang itu semata-mata berlakun seperti juga lakunan kamu.

Allah tidak pernah berjanji untuk memberi apa-apa ganjaran kepada si sombong dan Allah tidak pernah mengarah manusia walau pun untuk bermegah-megah melainkan kita sendiri yang tidak ada sensitiviti terhadap perasaan manusia ciptan NYA. ALLAH YANG MAHA BESAR.

Credit kepada Jabatan Agama Islam Selangor kerana tanpa izinnya saya linkkan blognya di sini. (KLIK klik)

(This site is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine)

Video credit:  Gtrezz Macho (Jangan tengok pada keadaan dia)

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau  komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas sendiri.

32 comments:

  1. I agree with the writer. There are nany sombong people now. Tak malu ke dengan bapak mertua?

    ReplyDelete
  2. To conclude..."orang sombong adalah orang yang sedang berlakon untuk menagih penghormatam, sedangkan mereka seorang yang dari segi psikologi"....hmmm, saya sangat setuju dengan statement tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali.
      Terima kasih singgah sini.

      Delete
    2. alamak, ayat conclusion tak lengkap pulak saya tulis haritu, pembetulan -"orang sombong adalah orang yang sedang berlakon untuk menagih penghormatan, sedangkan mereka seorang lemah yang dari segi psikologi" :)

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersifat sombong memang dibenci Allah hingga peluang ke syurga terganggu.

      Delete
  4. kerana kesombongan asal kejadian nya dari api berbanding nabi adam dari tanah...maka telah di laknat allah selama lamanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana memberi sedikit huraian.
      Love it.

      Delete
  5. Tiada satu pun kita punya kat dunia ni.. orang yang sombong adalah orang yang lupa asal usul..

    ReplyDelete
  6. xkemana pun org yang sombong ni.. :) Salam singgah

    ReplyDelete
  7. Sombong itu pakaian Allah, hanya Allah yg layak memakainya.

    ReplyDelete
  8. Sombong itu pakaian Allah, hanya Allah yg layak memakainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali puan. HE is the great. Love yr comment.

      Orang sombong ni ada banyak sebab but i am able to remember two now. 0ne when he is wrong and he can't face it; the other one is when he is right and nobody else can challenge him. Thanks for sharing idea.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  9. kdg2 sebagai manusia..kita lupa..mungkin kita akan trsombong sesekali..bila kita sedr..kekhilafan kita akan insaf..itulah manusia..susah benar rasanya mencari org yg tiada lansung sifat sombong n berlakon dlm.dirinya apalagi di dunia maya yg erba canggih..dan kita juga jgn sombong mengambil kerja tuhan dengan menilai peribadi seseorang sepintas lalu melabelnya sombong..

    hanya sebuah tulisan....pendapat sampingan...

    ReplyDelete
  10. Terima kasih di atas pandangan puan. Maksudnya jelas.

    Saya setuju sangat dgn ulasan yg tak perlu diulas, cuma tulisan saya tidak menyebut nama sapa2 pun di situ. Walau pun sekarang terdapat orang yang sangat sombong (mereka yg mengikuti perkembang hidup sekarang tau tu.) Juga saya tidak menuduh. Saya titikkan tentang sifat sombong di situ.

    Those arrogants will burn themself. Brlieve me.

    Thank you for sharing idea.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih di atas pandangan puan. Maksudnya jelas.

    Saya setuju sangat dgn ulasan yg tak perlu diulas, cuma tulisan saya tidak menyebut nama sapa2 pun di situ. Walau pun sekarang terdapat orang yang sangat sombong (mereka yg mengikuti perkembang hidup sekarang tau tu.) Juga saya tidak menuduh. Saya titikkan tentang sifat sombong di situ.

    Those arrogants will burn themself. Brlieve me.

    Thank you for sharing idea.

    ReplyDelete
  12. Sombong.. semua orang ada sifat ini tapi yang membezakan kita adalah apabila kita tersedar dari kesombongan itu dan cuba mendidik hati untuk merendah diri.. Bukan senang tapi mampu diusahakan..
    Pada mereka yang masih suka menyombong, percayalah kesombongan anda tu tak kan membawa anda kemana-mana pun.. As i see in front of my eye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya 100% setuju dgn pandangan awak. Bernas

      Delete
    2. Saya 100% setuju dgn pandangan awak. Bernas

      Delete
  13. Haughty like a hawk timid like a pipit but peaceful like a dove.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...