Friday, 13 January 2017

KENAPALAH DIDEDAHKAN DIA PUNYA? DEDAHKAN AWAK PUNYALAH.



Farzana (Jan 13, 2017) at Ceremonial Opening of The Legal Year (MALAYSIA) 2017 


Terdapat beberapa blogger menulis begini, "Mohon maaf kerana lama tidak menulis." Perlukah kita memohon maaf bila lama tidak menulis? Adakah pembaca sekelian yang menyuruh kita menulis atau kita sendiri yang suka menulis? Kalau kita yang sendiri ingin menulis kenapa pula kita hendak memohon maaf kepada pembaca?

Kita ini terlalu sangat berbudi bahasa hingga kita memohon maaf terhadap kesalahan yang tidak kita lakukan. Adakah kita hendak menunjukkan yang kita ini orang yang berperkerti tinggi atau disebabkan kita kurang keupayaan untuk membuka permulaan suatu perbicaraan yang mudah? 

Orang kita memang berperkerti tinggi. Cuba kita perhatikan situasi begini. Apabila kita terima satu gambar melalui applikasi Whatsapp dari se orang kawan, kita pun kongsi gambar tersebut dengan rakan yang lain dan di bawah gambar itu kita catatkan satu nota bertulis, "Terima kasih."

Perlukah kita berterima kasih kepada orang yang menerima sesuatu pemberian yang dia tidak minta dan kita belum tahu samada dia suka atau tidak dengan pemberian kita itu? Di sini kita berperwatakan baik tetapi tidak kena pada tempatnya. Tidak kena tempat pun tidak mengapalah asalkan ianya bukan menjadi satu kesalahan, tambahan pula budi bahasa itu amalan kita.

Internet sebenarnya merupakan satu tempat pencarian kerana hampir segala-galanya yang kita cari ada di situ. Kita boleh mendapat rakan, mencari maklumat, mengejar imbuhan, mencari pengaruh, mendapat ilmu dan macam-macam lagi samada perkara positif atau negatif yang kita cari. Harap-harap digunalah dengan tujuan baik.

Adakah perkara berikut ini merupakan suatu perkara yang baik: andainya kita menceritakan perselisihan faham antara suami dan isteri melalui Facebook, Whatsap, Twiter hinggakan kita sanggup buat printscreen pertengkaran kita untuk tuntunan umum. Adakah ini merupakan suatu perkara yang baik. Memang ada yang lakukan begitu. Apakah yang kita dapat dengan melakukan demikian? Dapat kepuasan mungkin, berserta dengan satu kemegahan diri, konon.

Se elok-eloknya kegiatan harian kita terutama berkaitan hal rumah tangga janganlah dikongsi di sini kerana banyak perkara negatif akan timbul dari akibatnya dan ibu bapa dengan tidak secara langsung turut merasa malu.

Telah ada isteri yang menulis di Facebook menyatakan suami sudah tidak suka makan makanan masakan di rumah. Aduh, itu pun nak dijadikan tuntunan umum. Malulah sikit dengan anak-anak kamu. 

Tidak kurang juga ada yang menceritakan tentang kegiatan se harian mereka. Perlukah pembaca diberi tahu perkara-perkara begitu termasuk pergi membeli sayur di pasar? Lainlah kalau dia bercerita di pasar tadi, dia bertemu dengan harimau sedang menonggeng di tangga pasar sebab sakit gigi. Kalau setakat cerita biasa saya rasa tak perlulah dikongsi di alam maya.

Menulis untuk entri sendiri adalah hak penulis dan tulislah apa-apa asalkan bahagia.

Sekian, di akhir entry ini saya ingin bertanya, perlukah saya mengucap terima kasih kepada pembaca?

(This is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expext this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and judgment are as good as mine.)

I love you mama

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen kaum dan agama serta individu. Segala risiko akibat ulasan yang disiarkan menjadi tanggong-jawab pengulas sendiri.

Semua gambar dan video dalam entri ini tiada kaitan dengan cerita dan ianya semata-mata hiasan.










82 comments:

  1. hehehhe....kalau artis maybe org nak tahu kot setiap pergerakkan di kedia sosial...kalau blogger yg bergiat aktif pun kena selalau update status di fb
    .org business online pun sama
    ..tp bak kata tuan..tidak semua perkara ingin diberitahu....tp kdg2 terover bagitahu......hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irda, saya jarang baca cerita macam tu termasuk cerita artis. Kita kerap dengar bila artis bercerai, cerita buruk pasangan di ungkit di media. Bukannya sekali bercerita. Kalau dah tak ada jodoh sudahlah. Duduk diam2. Pasangan kita pun manusia, dia ada maruah. Itu sebab saya tak follow perkembangan artis kita.

      Delete
  2. Ada pembaca atau tidak kita tidak kisah. Tapi tak perlulah menjaja kisah2 tak bersesuaian. Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu anis. Saya setuju benar. Menulis begitu saya ibaratkan seperti telanjang se orang diri di hadapan cerimin dalam rumah sepanjang hari. Walau pun tak ada orang lain nampak, sekurang2nya malulah dengan bayangan sendiri.

      Delete
  3. Terima kasih kepada dunia internet yang menyedarkan kita rupanya ada berbagai ragam manusia yang kadangkala ditolak akal.

    Eh, betul tak terima kasih tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ucapan terima kasih tuan tu tepat sekali sebab tuan telah dapat perkhidmatan dari saya tentang maklumat ada manusia yang tak senonoh menggunakan internet dggn cara tidak betul, menjatuhkan, menghina orang lain.

      sebenarnya ramai lagi sepatutnya contoh manusia begitu yg patut saya ceritakan sekali, termasuk yg berserban. mereka ingat mereka ahli agama semuanya betul.

      Delete
    2. Tak perlu lah cara sebut serban tu seolah2 menghina macam tu.. sunnah tu kan.. kalau setakat tuju kpd ahli2 agama tu ok..

      Delete
    3. Tuan Ir Anonumous,
      Saya setuju dengan teguran tuan dan sudah semestinya saya ucap kan terima kasih kepada tuan. Maaf atas kesilapan itu.

      Delete
    4. Serban bukan sunnah, Nabi berserban kerana itu budaya kearaban. Abu Jahal, Abu Lahab juga berserban.

      Seperti juga makan, makan kambing bukan sunnah tetapi itu kegemaran orang Arab termasuk Nabi.

      Yang sunnahnya ialah cara makan, seperti menggunakan tangan kanan, itu adalah sunnah dan Nabi suruh.

      Begitu juga dengan serban, jika kita berserban atas rasa cinta dan sayang pada Rasullullah, dapat pahala.

      Harap rujuk semula kepada yang lebih ariff.

      Delete
    5. Kalau ikut lojik tuan; semua budaya org arab bukan dikira lagi sbg sunnah termasuk memakai serban.. aku yakin sudah ada juga budaya org arab yg makan dgn tangan kanan sebelum rasulullah!

      Delete
    6. Soal sunnah, kita tidak bercakap menggunakan logik akal, kita rujuk kepada Pandai Ugama Yang Berkelayakan.

      Sebab itu, saya akhiri supaya dirujuk kepada yang lebih ariff.

      Antaranya rujuk You Tube Dr. Asri Serban

      Delete
    7. Saya menerima kenyataan bahawa rasulullah adalah seorg arab. Jadi pemakaian baginda sedikit sebanyak pastinya mengikut budaya arab.. bila saya redha baginda berbangsa arab pastinya saya juga redha jika serban dan makan tangan kanan dikategorikan sebagai sunnah..

      Delete
    8. https://youtu.be/FHowCLzfkoc

      Delete
  4. Memang pun ada orang guna serban kopiah songkok ketayap tudung untuk menampakan diri mereka sebagai umat yang patuh tetapi perangai mereka adalah sebaliknya.
    Tuan tidak perlu ucap terima kasih atau mohon maaf!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tuan, memang ada.

      Delete
    2. Tuan hmg,

      Saya tadi memohon maaf memang saya sengjakan supaya komen dia habis kat situ. Saya sengaja buat tu sebab, bila saya tengok blog dia kosong. Nothing. Satu apa pun takada. Profile pun tak ada. Foto tak ada. Email tak ada. Entry nya kosong. Jadi malaslah nak berterusan berhujah dgn blog kosong. Itu aje tuan.

      Tuan jengeoklah blog dia.

      Delete
  5. Hahaha biasa blogger yg dh femes takde pulak nk mohon maaf lama x update semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak salah dia hendak mengaku salah. Terpulang pada dia. Mungkin untuk tidak memanjangkan isu serban. Soalannya, ada atau tidak orang yg memakai seban, bukan semua, menunjukkan perkerti yg kurang manis. Ada atau tidak. Saya kata ada. Saksikan di youtube.

      Itu saja.

      Delete
    2. Pada mulanya saya ingat dia kata betul. Saya tak nak main2 kan agama macam orang lain. Itu yg saya kata sorry. Lepas tu bila tengok video zDr Asri, baru saya tau saya betul. Rupanya ada yg guna agama untuk kepentingan.

      Delete
    3. Ada. Sejarah telah membuktikan bukan semua ustaz baik.

      Kerana kita manusia biasa. Maafkanlah dia.

      Delete
    4. Memang ada ahli agama yg bercakap tak senonoh hingga bila bersyarah dia kata kata orang tu patut ditanam di kubur cina. Saya ada video tu.

      Delete
  6. Alhamdulillah, trmkasih ya Allah...turunkan hujan sbg rahmat membasahi bumi.

    ReplyDelete
  7. Kadang2 mesin ATM pun mohon maaf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.
      WP boleh nampak sampai ke situ.

      Delete
    2. WP, ada orang, isu utama tak nampak lepas tu kalih ke lain.
      Nampaknya perkataan "maaf" ni kena delete dari kamus sebab bila mintak maaf boleh merendahkan se seorang ..... kononnya.

      Delete
  8. Berbudi bahasa tu amalan mulia budaya kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul apa yang you kata paridah. Setuju sangat saya.
      Saya pun aya nyatakan dalam tulisan saya di perengan ke 4.

      Singahlah selalu sini.

      Delete
  9. Berbudi bahasa budaya kita.Namun, Perkataan maaf kalau disalah guna,hilanglah ertinya. Hehehehe.

    ReplyDelete
  10. In my opinion, they might felt sorry for themselves and perhaps, it's just their way of writing.. And maybe, they felt that it would attract someone to read their entry due to their hiatus? There's nothing wrong with it but it could be awkward for the new readers.. But I agree with you that not everything should be told publicly.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. I may be writing next on tajuk "not everything should be told publicly." Since you agree with me as stated in yr comment.

      Delete
  11. betul. ada sesetengah yang tak perlu dishare di media sosial.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, memang ada yg bercerita perkara yg patut disembunyikan.

      Delete
  12. berasa puas bila share masalah rumahtangga di media sosial tapi sebenarnya membuka aib diri sendiri & pasangan...tapi ada jg kes bila dah ada aduan mcm ni dan tekanan dari netizen, pihak yg terbabit baru nk terhegeh-hegeh ambik tindakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nohas,
      Saya rasa they cannot bezakan personal dgn bukan personal. Memang Betul apa yg you kata tu.

      Delete
  13. sekarang ni semua benda nak share kan..even hal rumahtangga pun... Kadang kami yang masih bujang ni malu baca dia... Macam tak profesional pun ada. Macam-macam hal sekarang. Btw, first time ke sini. Nice content :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang lah lagi.
      Boleh bertukar pandangan.

      Delete
  14. Replies
    1. Is it?
      Then have a look at my previous entry.

      Delete
  15. Mungkin ada yg ternanti entri x muncul2 tu dia penulis minta maaf 😂😂

    ReplyDelete
  16. hehehehe terasa lak sbb selalu mohon maaf gk...

    tp bg sya itu tanda budi bahasa sya, kot2 ada kwn yg bukak blog tp msh tak berupdate lg, kwn2 tertanya2 kenapa hilang tanpa kabar berita... gitu heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaaa, kan saya ada tulis di perenggan ke 4. Tak salah memohon maaf. Bawah ni petikan ayat tu.

      "Tidak kena tempat pun tidak mengapalah asalkan ianya bukan menjadi satu kesalahan, tambahan pula budi bahasa itu amalan kita."

      Norhidana,
      You sihat ke?

      Delete
    2. Laaaaa, kan saya ada tulis di perenggan ke 4. Tak salah memohon maaf. Bawah ni petikan ayat tu.

      "Tidak kena tempat pun tidak mengapalah asalkan ianya bukan menjadi satu kesalahan, tambahan pula budi bahasa itu amalan kita."

      Norhidana,
      You sihat ke?

      Delete
  17. Kekadang meminta maaf kepada rakan yang selalu singgah..makin lama makin kurang menulis..apapun terima kasih atas perkongsian pendapat tu..ada betulnya kata² tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baca tulisan eyda tau.
      Cuma kadang2 tak komen.
      Tak tau nak komen.
      Tak kan asik nak tulis ayat yg sama macam orang lain, "nice"
      Profile edya pun saya baca.

      Delete
    2. Bila saya tau butir2 penulis, walaupun sikit, baru sedap baca entry dia.

      Delete
    3. Ya kita adakalanya perlu juga mengenali sahabat alam maya kita..baru kita rasa lebih rapat dan mengenali rakan kita tu..thanks sudi baca tulisan saya yang simple..

      Delete
  18. Replies
    1. Kita perhatikanlah bila artis bermasalah dgn pasangan masing2,dikondem kat media pasangan dia. Malunya saya dengar tu.

      Delete
    2. Bukan setakat ada yang betul, semuanya betul.

      Delete
  19. Assalaamu'alaikum wr.wb saudara Adam Ahmad....

    Semuanya tidak salah, asal sahaja niat kita baik. Malah mengucap terima kasih itu pun menunjukkan penghargaan kita kepada pembaca yang sudah membaca tulisan dan berkomentar walaupun kita tidak memaksa mereka untuk membaca. Secara tidak langsung kita telah mengambil masa mereka untuk meraikan tulisan kita.

    Mudahan banyak manfaat apabila kita berkongsi idea dan ingatan.
    Salam sejahtera dari Sarikei, Sarawak.

    ReplyDelete
  20. Suka baca post ni sebab setuju with everything. I used to wrote 'sorry sebab lama abaikan blog' then tersedar tak perlu kot sebab itu hak kita, tak perlu nak minta maaf.

    ReplyDelete
    Replies


    1. · 티카 런던 ·laaaaaa, nama apa ni. Jepun ke korea?

      Delete
    2. Kalau kita dah ucap terima kasih tu pun tak salah. Kan budi bahasa tu amalan kita. Saya pun nak ucap terima kasih kat · 티카 런던 · sebab sudi mengomen. Bolehkan?

      Delete
  21. org kita terlalu baik utk berterima kasih mahupun meminta maaf pd sesuatu yg tak perlu.. hakikatnya terlalu ego utk berbuat demikian pd perkara yg sebetulnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bout ur thoughts, I'd come across one of this thread in twitter, it was a friend of mine.. berhujah segala ketidakpuasan hati terhadap familynya, I can tell.. kita yg membaca ni dari tak taw dya ada masalah, terus jd taw.. faham, certain people need someone to talk, to hear what's their problem but believe me, why would anyone care.. yg org tahu, dya ada masalah dgn keluarga dya je.. that's all!

      by the way, my last 10th paper is doing good.. hope this coming 19th paper will be great too.. wish me luck! ;)

      Delete
    2. Memang betul orang kita mudah menyebut terima kasih. Tapi kita lupa nak menyebut kepada DIA terima kasih bila kita dilimpah dgn kesenangan. Maksud saya bukan setiap orang.

      Delete
    3. Memang elok orang mencurangkan perasaan bila dia dalam keadaan benak. Tapi rakan husnah tu mencurah perasaan di tempat yg salah. Tulisan macam tu biasanya saya tak baca sebab saya tak dapat membantu. Bukan nudah nak komen tu sebab tak tau hujung pangkal cerita dia.

      Delete
    4. Sudah tentu saya doa husnah berjaya dlm pepereksaan ni. Orang yg saya rasa baik tak salah kalau saya doakan dia yg baik2. Saya sendiri tak tau tentang kesenang saya ni, mungkin dari doa rakan2 dan Allah tunaikan.

      Delete
  22. terpulang pada masing2...ada blogger suka ucap terima kasih di akhir entry..itu menunjukkan dia hargai pembacanya yang sudi lapangkan masa membaca entry dia...
    apapun, pada saya berbudi pekerti mmg perlu...itu juga melambangkan keperibadian kita sendiri.

    ReplyDelete
  23. As u said earlier..everyone have their own tought rite..so for me..tak salah klo ucapan terima kasih ditulis.hahah depends kot mana yg die selesa..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dgn pendapat anak denesor. Tak salah berterima kasih. Berbudi bahasa tu amalan kita kan.

      Delete
    2. Saya setuju dgn pendapat anak denesor. Tak salah berterima kasih. Berbudi bahasa tu amalan kita kan.

      Delete
  24. Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
    benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D
    dan alhamdulillah saya dpat Rp 150 juta dan semua ini
    berkat bantuan angka dari EYANG WORO MANGGOLO
    karena cuma Beliaulah yang memberikan angka
    goibnya yg di jamin 100% tembus awalya saya
    bergabung hanya memasang 100 ribu karna
    saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
    tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
    angkanya,,,,buat anda yg butuh angka yang dijamin tembus
    hubungi EYANG WORO MANGGOLO DI 082391772208
    insya allah beliu akan menbatu kesusahan
    anda apalagi kalau anda terlilit hutang trima kasih....??
    > >> >> KLIK DISINI << << <

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya tak kira apa rahsia pun. Rahsia orang kita kena jaga. Yg kita jaga tu bukannya rahsia tapi maruah.

      Maruah sendiri juga tercalar kalau kita mencrritakan rahsia orang.

      Delete
  26. sbb tu ada pepatah, rambut sama hitam hati (perangai) lain2 ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang zaman dulu tak ada sekolah tapi pepatah yg dibuat banyak yang betul.

      Manusia berbeza, itu sebab dicipta pepatah tu. Hebatkan orang kita zaman dulu.

      Delete
  27. Hurm... kalau kita tak suka baca blog macam tu kita tak perlu singgah lagi ya blogger Adam. Hahhaaahaa... i think i get your point.
    MAAF kalau salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes mrs A, u got my point.
      Saya tak baca benda2 yg berunsur negatif. Entry mrs A saya baca tau, sekali sekala ada juga saya komen.

      Delete
  28. sebelum tu nk gelak dulu laaa.. hahaha memang perasan ada blogger mulakan mukadimah gitu buat ignore jelah.. tp kekadang manusia lupa, semua benda nk share tanpa hirau org sekeliling bosan, meluat asyik tengok benda2 remeh setiap masa?

    ermm kalau ada blogger share mcm tu sy pangkah terus link. xnk baca

    ReplyDelete
  29. Saya pun sama macm nina. Blogger macam tu saya tak baca dia punya.

    Cuma jangan kita kondem dakam entry dia sudahlah. Kita pun bukannya betul sangat.

    ReplyDelete
  30. Terima kasih sebab pernah tinggalkan komen di laman akak....

    ekkkkk tak salahkan ucapan itu..? ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALaaaaaa.... ucapan macam tu tak salah langsung. Ada tujuan mengucapkannya.
      Saya kalau macam tu pun ucap jugak terima kasih.

      Terima kasih umi alya. Tak salah kan?

      Delete
  31. ada benda yg blh share, ada benda yg x pyh share dgn yg lain 😄

    ReplyDelete
  32. ada benda yg blh share, ada benda yg x pyh share dgn yg lain 😄

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...