Di bawah ini sedikit sambungan berkenaan percutian saya yang diminta oleh beberapa pembaca.
Hari itu Rabu Disember 21, 2016. Pada tengah harinya, Maiko rakan saya yang banyak membantu semasa saya di 0saka datang menjemput saya untuk makan tengah hari di Muslim restaurant di Arashiyama, Kyoto. Kami sampai di situ hampir pukul tiga petang waktu Jepun.
Saya dapati tempatnya sungguh cantik. Sebahagian bandarnya menghadap se batang sungai lebar yang mengalirkan air jernih. Keseluruhan tebingnya ditembokkan dengan batu konkrik yang menambah kecantikannya.
Jelas kelihatan ianya dijaga dengan sempurna. Kelihatan banjaran Gunung Arashiyama (Bererti ribut) yang masih aktif jauh dari pandangan di hulu sungai. Sungai yang direntangi dengan sebuah jambatan yang dipanggil jambatan Togetsu-kyo.
Banjaran Gunung Arashiyama
Pada mulanya saya bercadang mengajak Maiko duduk di bangku yang dibuat dari batu yang disediakan di tepi sungai itu tetapi saya membatalkan hasrat kerana tidak kelihatan se orang pun duduk di situ. Suhu di situ menyejukkan.
Kami masuk ke restauran Arashiyama Yoshia, bertutup yang menyediakan makanan Islam. Kelihatan di dalam kedai itu berbeza sangat dengan restoran di Malaysia. Di dalam kedai itu terdapat bilik-bilik berasingan untuk pelanggan. Pintu biliknya dibuka dengan cara menarik (sliding) ke kiri atau ke kanan hingga menyentuh dinding yg lagi satu.
Kami membuka kasut untuk masuk ke situ. Mejanya yang hanya setinggi 20 inci tidak mempunyai kain meja dan dengan itu urat-urat kayu nyata kelihatan walaupun telah disapu dengan vanish. Kami duduk bersila bertentangan.
Maiko memesan makanan. Chef memaklumkan makanan akan dihidang dalam masa 45 minit. Saya rasa menunggu selama 45 minit bukannya menjadi keberatan kerana Maiko menceriakan.
Seperti yang saya nyatakan di entry yang lepas, Maiko merupakan se orang perempuan muda yang cantik, berhemah dengan penampilan yang menarik dan bahasa yang tinggi. Di bawah ini contoh dialog yang saya petik dari entry saya yang menunjukkan ketinggian adabnya:
SAYA: Mature is best for you but you are too young for anyone. What will your friends think?
MAIKO: I don't think what others think about me......
Begitulah cara Maiko menjawab yang bermaksud, "Saya tidak fikirkan apa orang lain akan fikirkan tentang saya....." Andainya saya yang menjawab sudah tentu saya berkata begini, "Saya peduli apa dengan fikiran orang lain......"
Semasa kami makan Maiko bertanyakan tentang status perkahwinan saya tetapi cara pertanyaannya amat menajubkan. Katanya, "If you are thinking about travelling again please consider 0saka and bring your beloved along if any, because 0saka is a nice place for the second honey moon."
Saya kagum cara dia bertanya. Pertanyaannya perlu dijawab dan respons saya, "She is no longer with me. She has moved to a better place with the angels."
"I can't imagine how you're feeling right now and I don't pretend to know the loss that you're experiencing. Please know that you're not alone and I'm just a friend you can share with," sambungnya.
Maiko menunjukkan simpati. "There is no hurting, no suffering, and no pain in Heaven. While you grieve her loss, please be comforted by the fact that she is in a far better place now."
Saya kagum dengan kata-kata itu. Maiko diam. Lama juga dia diam yang membuat saya kurang selesa. Saya membuka ruang bicara semula dengan berkata, "When I'm searching for the special one for life it’s always good to have an image of what she should be like. I can't think about it because what women want from a man is what I am trying to learn."
Maiko memandang saya dan dia tau yang saya akan berkata seterusnya.
SAYA: Maiko, what do you look in a man?
Maiko menyambung, "The Eyes. These cannot be faked. It can make me feel tongue-tied. The eyes tell of a person."
SAYA: You know that my guessing is always right and this means you didn't fully answer mine.
MAIKO: Well, The quality that I find attractive in a man has nothing to do with his look, body, age, nationality or wealth.
Wah, nampaknya saya berada dalam kategory itu. Tidak mungkin saya yang dimaksudkan kerana saya tau selera dan situwasi dia.
Wah, nampaknya saya berada dalam kategory itu. Tidak mungkin saya yang dimaksudkan kerana saya tau selera dan situwasi dia.
Sejak hari pertama bersama Maiko saya lebih membiarkan dia berkata-kata. Saya kerap diam disebabkan saya lebih selesa mendengar kata-kata dia yang berhemah dan terus menghadam satu persatu setiap patah perkataannya melainkan apabila dia senyap terlalu lama.
Maiko menyambung, "A man that sits across the table from me and listen to every word what I say as if they were the most interesting words that he has ever heard will steal my heart away."
SAYA: Oh. You are more than mature.
MAIKO: Men tend to monopolize conversations.
Saya berkata di hati, "Adakah itu aku?"
MAIKO: Man are very clever at getting what they want especially by showing sympathies. There is nothing like a man not only wants to tell me about himself but also wants to learn about me, my life and interests. Understanding the art of listening to me is by far the sexiest trait a man can have. Unfortunately I have only met one man who is the true master. That's my up-hill task. I'am sorry, I can't name him Adam.
Sekali lagi saya berkata di hati, "Adakah itu aku?"
Sekali lagi saya berkata di hati, "Adakah itu aku?"
Se Bahgian dari Lorong Di Arashiyama Bamboo Forest
Kami tinggalkan restoran itu pada pukul lima petang dan berjalan kaki hampir 45 minit perlahan-lahan menuju ke satu taman buluh yang di panggil, Arashiyama Bamboo Forest. Kami tiba di situ hampir jam 6, tetapi di Jepun waktu itu se olah-olah gelapanya sudah melebihi pukul 10 malam di Malaysia.
Cantik sungguh pemandangannya, dengan sinaran lampu yang sengaja dinyalakan semata-mata untuk pelawat yang tidak berkesempatan datang di siang hari. Kawasannya luas dan terdapat ratusan atau mungkin hampir seribu manusia berkunjung pada waktu itu.
Kami meninggalkan taman buluh pada pukul 8 malam. Di stesyen keretapi yang berhampiran kami berpisah menghala ke penginapan masing-masing yang berlainan haluan.
Di sebelah malamnya di waktu hampir saya melelapkan mata satu pesanan watsapp diterima:
MAIKO: I want to let you know that if you need anything, you are welcomed to come over whenever you have the time. It's my pleasure.
Kekeliruan sering terjadi. (hiasan)
(This site is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and judgment are as good as mine.)©
The lyric loved by my late Zee
Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengulas.
Kali ini saya tidak mahu menjadi orang pertama untuk membuat ulasan,
ReplyDeleteterima kasih.
Maiko tu semestinya seorang yang polite, bijak dalam berkata kata. yeah. Its not what you say, its how you say.
ReplyDeletekan?
Btw, Happy New Year :) semoga terus sukses.
Happy new year to u too Mommy.
DeleteSinggah2lah lagi.
cantiknye bamboo forest....
ReplyDeleteBerada di situ lagi cantik dengan ragam pelawat2.
Deleteterima kasih singgah sini.
The Arshyiyama Bamboo Forest is so breathtakingly beautiful..but malam sure eerie right?
ReplyDeleteHow old is the forest? Do they plant the bamboos yearly or they grow naturally.
Mamasita.
DeleteSaya sampai garden tu dah gelap. At six pm time jepun. Memang cantik, dgn lampu2. Saya rasa waktu siang pun cantik juga sebab mata luas memandang. Tentang buluh tu, bila dia tanam, berapa lama dia membesar saya tak tau. Apa yg saya tau tempat tu memang cantik. Thanks mamasita.
I never miss reading your entries. Kipitdup.
Deletemn gambar maiko? mesti cun
ReplyDeleteZie, cantik tu subjektif. Walaupun subjectif tapi pada saya setiap perempuan memang cantik. Zie pun apa kurangnya, memang cantik. Saya jawab ni bukan tujuan seperti blogwalking tapi bila kenyatan benar yg kita buat sukar nak pecaya.
DeleteThanks zie. Macam nama arwah isteri saya.
yepp, subjektif. tiang lampu pun kalu make-up terus jadi cantik..just joking..hahah
DeleteBetul tu zie, tiang lampu semua dusapu cat. Itu yg cantik. Semalam saya tengok foto zie yg dalam profile. Kalau saya kata zie tak menarik bermakna saya menipu diri saya. Dgn sikit je makeup dah terserlah.
DeleteBoleh tengok gambar si cantik manis menawan Maiko ? Thanks.
ReplyDelete1) Gambar dia milik saya tapi wajah dia milik dia. Itu yg menyebabkan saya kena ambil pertimbangan yg matang sebelum dikongsi online sebab isu personal ni berbeza bagi setiap orang. Tidak personal bagi saya tapi personal bagi orang lain. Let me look on that matter first tuan.
Delete2) Saya bertolak dari 0saka disember 22, 2016. Filght 11.30 am. Delay 30minit. Kalau hari tu tuan juga dari 0saka mungkin kita satu flight. Semasa di jepun kita putus hubungan. Jumlah hari kita kat sana pun lebih kurang sams. Saya ternampak Dato Sri Khir Toyo dlm flight yg sama. Trip dia dgn saya tak ada kaitan.
3) Tuan memang kaki travel sebab setiba saja ke tanah air tuan terus upload cerita pasal tandas di jepun. Saya baca tu. Sebaliknya saya berehat beberapa hari dulu baru mula up satu entry.
4) Blog tuan ada dlm bloglist saya.
Thanks tuan.
https://www.youtube.com/watch?v=dcwKEA1UwaA
ReplyDeleteThank you mamasita.
DeleteNgerinya.
Maiko nama yg cantik..seindah tutur bicara nya..
ReplyDeleteMakna pada sebutan Maiko saya tak tau tapi ramai wanita jepun yg berjaya menggunakan nama tu. Ada saya tulis di entry sebelum ni bertajuk UNTUNG SUDAH RINDU DI BADAN, bertarikh 29 dec.
DeleteSalam ukwah nur.
Pengayuh sudah dihulur, sambut aja lah atau sudah ada sambungan.
ReplyDeleteSusah juga tuan,
DeleteBimbang tak terkayuh nanti.
Makan apa kat situ?
ReplyDeleteTakde gambar makanannya ke?
Makanan Maiko yg pesan. Saya tak tau namanya, bahasa jepun. Chef ada tunjukkan saya menu tapi mana saya tau sebab nama2bmakanan saya tak pernah dengar pun. Gambar makanan saya tak snap. Sorry lah Mrs A, kalau i tau u nak gambar tu banyak gambar makanan saya snap. Memang dari dulu kalau gambar makanan atau gambar masakan saya tak snap. Blogger yg entry dia semuanya cerita pasal masakan pun saya tak baca. Maksud saya setiap entry dia cetita masak. Mrs A pun ada cerita masak tapi u punaya cerita bermacam macam.
DeleteHappy new year Mrs A and salam ukwah.
Saya dah sampai ke ladang buluh tu. tak jauh dari jalan raya. lebih kurang 300 (anggaran je). Memang cantik, sejuk tempat tu. Sejuk sesangat.
ReplyDeletebetul tu. jalan di buat khas untuk pelawat berjalan kaki. lebarnya mungkin dua buah kereta bokeh selisih. Memang tak ada kenderaan pun ikut laluan tu. memang sejuk kat situ.
Deletebila nak ke osaka lagi
ReplyDeleteatau dah lupa bila sampai malaysia.
Bila ada keperluan saya pergi. Saya ni jarang travel melainkan ada keperluan termasuk travel di Malaysia.
Deleteawek jepun selalunya cantik. dengar nama maiko pun dah tau mesti dia ni manis orangnya
ReplyDeletehaihh teringin gak nak kawan dgn orang jepun sbb dah lama sangat minat dgn culture jepun, belum ada rezeki je nak pegi sana
Betul tu mazni. Culture mereka beza dgn kita. Ada rezki nanti pergilah jalan2 kat jepun.
DeleteThanks.
SELAMAT TAHUN BARU Anakanda Adam..
ReplyDeleteHarap bunda sihat.
DeleteHarap bunda sihat.
DeleteSELAMAT TAHUN BARU Anakanda Adam..
ReplyDeleteSelamat tahun baru jugak.
DeleteJanuari baru bermula. Disember semuanya berubah.
nama Maiko selembut orangnya
ReplyDeleteDia berperwatakan tinggi.
Deletehappy new year. read your entry here. nice reading :-)
ReplyDeleteHappy new year jugak.
DeleteSinggah lah selalu.
Jauh perjalanan luas pandangan banyak pengalaman.
ReplyDeletePerjalan jauh ni sama dgn mengembara. Bila mengembara macam2 yg kita dpt termasuk pengalaman. Pengalaman yg penting bagi saya dia menyedarkan.
DeleteTravelling tu tak penting, yg penting apa yg kita dapat melalui perjalanan tu.
seronoknya dapt mkn angin ke jepun
ReplyDeleteSaya rasa ke mana mana pun seronok. Yg penting apa yg kita cari tu dapat dgn penuh happening.
DeleteTadi saya tak dpt buka blog hasindar. Kenaps.
Saya dapat tengok bamboo ala ala cenggitu kat Alamanda pun jadiklah haha....
ReplyDeleteLamar ajelah Maiko to Adam.... mana tau kot kot ada rezeki
Lamar? Alaaaa, saya berkawan je hainom.
DeleteTak mudah saya rasa hainom nak lamar.
Orang macam dia dah maju, mana nak tinggal kat tempat kita.
Nampaknya single hingga ke tua saya ni.
Thanks hanom sebab singgah sini.
Bila nak cerita pasal arwah isteri ni
ReplyDeleteMungkin saya cerita, tapi tak tau bila. Cerita bahagian luar je lah.
DeleteBahagian lain kena sembunyi.
sama dgn kak hainom. dapat tgk bamboo tu dekat alamanda jelah hihihi
ReplyDeleteTempat buluh yg kita pergi tengok tu tak penting. Saya rasa yg penting ketenangan yg kita dapat bila tengok tu.
DeleteSaya pun nak gi tengok buluh kat Alamanda. Mungkin ketenangan ada di situ.
Thanks Kira.
sama dengan kak hainom. dapat tgk bamboo tu dekat alamanda jela hihihi
ReplyDeleteKira Sakura,
DeleteYg penting dapat tengok bamboo.
Tak kira di mana.
saya rasa speechless baca entry ni (wpun mmg logiklah kan kita akan terdiam masa sedang membaca hihi)...tapi really...what a beautiful words! teruskan menulis yg indah2 :)
ReplyDeleteSaya ni sebenarnya baru sangat berblogging. Lagi pun saya bukan penulis. What i am doing here is just selling my ideas. And what a lucky person am i. Blog saya banyak di dalam bloglist blogger2 ternama di malaysia. They are great people. Love them. Thank u for commenting and i believe u are an honest person. I read yrs too.
DeleteWe talk later linda.
Suka tengok taman bamboo tu..
ReplyDeleteKalau edya berada di taman bamboo tu saya rasa eyda rasa puas. Terlalu cantik. Gmbar yg saya kongsi tu tak menarik sebab snap guna hp cap ayam. Lagi pun snap dari jauh.
DeleteHanya melihat gambar dan berada di tempat itu sendiri merupakan sesuatu berbeza..
DeleteBila kita berada di tempat itu sendiri kita dapat merasai suasananya yang sebenar..
Bila melihat gambar, kita hanya mampu menbayangkan melalui penglihatan dan penghayatan pada gambar beserta sedikit penceritaan yang kita baca darinya..
Jika berkesempatan berada di sana, mungkin saya mampu merasa puas sepertimana yang digambarkan..
Salam..
ReplyDeleteCantiknya pemandangan..bertuahnya dapat peluang jejak kaki ke tanah orang...😘😘
W'salam,
DeleteDi jepun memang banyak tempat yg menarik, cantik pulak tu. Tiga minggu pun saya rasa tdak puas tinggal di sana. Itu baru saya melawat 0saka dgn Kyoto. Belum lagi ke seluruh jepun.
Istana lama banyak di jepun. Bukan setakat cantik, saya merasa pelik macam mna mereka bina sedangkan Pada waktu tu tahun 15++, teknologi pun belum ada lagi.
Budaya jepun memang cantik. Kalau barang kita tercicir mereka kutip dan pulangkan kat kita semula. Peradaban mereka tinggi. Bukan kita tak tau teknologi mereka memng tinggi.
Kalau ada kawan orang jepun di sana bagus pergi, sebab mereka tau banyak perkara tentang jepun. Perjalan pun mudah.
sometime bila baca blog ni..sy rasa macam tengah baca novel hehe. pendapat sy..pendapat sy la kan..sekadar pendapat je, mohon jangan ambik hati or apa2 la hehhe..
ReplyDeletesy rasa Maiko ada hati kut dengan En. Adam and sy rasa tak salah kut awk mulakan hidup baru dengan dia :)
Itah ni macam ahli nujum, nampak perkara yg orang lain tak tahu. Kata orang, sekilas ikan di air dah tau jantan betina. Let us see what happens next.
DeleteThanks itah.
Semalam saya baca tulisan ith. Lovely.
DeleteResepi sup bebola ikan sayur saya dah salin. Entah bila agaknya dapat cuba masak.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteCH pun teringin nak pergi Jepun ni..
ReplyDeleteKagum dengan negara nya yg penuh berhemah..
Kalah negara muslim ni..
Kalau dah ada niat ke sana mungkin hayati boleh sampai. Amin.
DeleteBudaya mereka memang tinggi. Tatasusila selain dri teknologi mereka saya kagum. Hp saya dua kali tercicir di berlainan tempat (pakai glove sebab sejuk. Tak terasa hp cicir), mereka kutipkan dan beri semula kat saya. Itu hanya satu contoh yg saya kongsi.
Thank yati sebab singgah sini. Saya pun sekali sekala baca entri u.
seronoknya berjalan di negeri orang. dapat timba ilmu tentang negara tersebut dan menggarap pengalaman berharga. semoga saya pun punya kesempatan yang sama
ReplyDeleteMudah2an meiza sampai ke sana. Insyaalah.
DeleteMudah2an meiza sampai ke sana. Insyaalah.
DeleteWah seronoknya dapat berjalan ke negara orang. Nani ni pusing2 dalam Malaysia dulu. Hehe 😊
ReplyDeleteNani, tak kesahlah kita pusing mana mana pun asalkan apa yg kita cari tu ditemui. Yg penting haoening bukan tempat.
DeleteThanks nani sebab singgah.
Maiko lambang wanita Jepun moden..modern dlm pemikiran..mencari lelaki yg 'master in the art of listening'...majoriti lelaki sebelum kahwin, mmg attentive, pendengar yg baik..tapi bila dh kahwin, mcm bosan lak nk dgr luahan hati si isteri..
ReplyDeleteSaya percaya memang ada hubby macm tu tapi sama ada majority hubbies begitu atau tak saya tak tau.
DeleteTak ada sambungan ke?
ReplyDeleteEntahlah. Saya ni konfius nak sambung ke tidak
DeleteTengoklah macam mana nanti.
DeleteLaaa...awat main tarik-tarik tali ni, hide and seek semua ni. Terus-terang ajelah, Adam ^_^ Yang sini pun dah suka, yang di sana pun nampak 99% macam suka juga. Tapi biasalah orang perempuan memang nak jual mahal sikit. Kalau semua kita yang mulakan, depa kata kita cheapskate pulak! Dah beri signs banyak kali melalui bicara masih tak jalan lagi nih! Lelakilah mulakan langkah dulu. Lepas tu baru boleh berbincang. Hahaha!
ReplyDeleteWaktu tu terlalu awal nak fikirkan se suatu hubungan baru.
DeleteWaktu tu terlalu awal nak fikirkan se suatu hubungan baru.
Delete