Di dalam sebuah mahkamah penglipur lara pada zaman dahulu kala, seramai empat orang telah di tuduh mencuri se biji handphone milik kawan mereka.
HAKIM: Kamu berempat telah dituduh mencuri se biji handphone pada 30 Februari tahun ini di sebuah kolej di Kampung Bujang Sempurna di antara pukul 4 hingga pukul 5 petang. Kamu mengaku salah atau tidak?
Kesemua tertuduh tidak mengaku salah dan minta dibicarakan.
HAKIM: Kamu tertuduh pertama, Borang bin Kertas. Pada waktu kejadian kamu berada di mana?
BORANG: Pada waktu tu saya ada di asrama. Saya tidur.
HAKIM: Ada siapa-siapa nampak kamu tidur waktu itu.
BORANG: Saya tak nampak sebab saya tidur. Kalau saya nampak tentu saya tak tidur.
HAKIM: Panggil tertuduh ke dua pula.
Setelah tertuduh ke dua mengambil tempat.
HAKIM: Kamu tertuduh kedua, Surat bin Kertas. Sewaktu kejadian kamu di mana?
SURAT: Waktu tu saya mandi. Tidak ada saksi yang nampak saya mandi sebab bilik air saya kumci.
HAKIM: Baiklah. Panggil tertuduh ke tiga.
Setelah tertuduh ke tiga mengambil tempat.
HAKIM: Siku bin Lutut. Kamu berada di mana waktu itu?
SIKU: Pada masa tu saya main watsap.
Hakim: Handphone siapa yang kamu guna?
SIKU: Tuan hakim ni macam tak ada soalan lain.
HAKIM: Kamu jangan menghina saya. Nanti kamu yang terima akibatnya. Jawab pertanyaan saya tadi.
SIKU: Saya guna hp saya. Tak kan saya nak guna hp tuan hakim. Entah-entah hp tuan hakim bini yang pegang.
HAKIM: Kamu ni banyak songel. Kenapa kamu guna hp kamu sedangkan di bilik tu ada hp yang terletak di meja? Hp yang hilang tu.
SIKU: Kan saya kata saya guna hp saya. Tuan hakim soal saya macam mana pun jawapan saya itu jugak. Saya guna hp saya.
HAKIM: Panggil tertuduh yang ke empat.
Tertuduh ke empat mengambil tempat.
HAKIM: Kipas bin Angin, kamu tertuduh ke empat. Saya dah penat tanya soalan yang sama. Baiklah, untuk memendekkan perbicaraan saya nak tanya. Kamu ke yang curi hp tu? Ce-jawab, ce-jawab.
KIPAS: Ni soalan ke pendapat?
HAKIM: Jangan bergurau dalam mahkamah saya. Jawab. Kamu ke yang curi?
KIPAS: Saya tidak mencuri dan belum pernah saya mencuri.
HAKIM: Semasa hp tu hilang kamu pergi ke mana?
SIKU: Masa tu saya pergi betulkan bendera Jepun di tempat perhimpunan. Ada orang pasang bendera tu terbalik.
HAKIM: Siapa yang pasang terbalik bendera tu?
SIKU: Saya tak tau. Nasib pencuri tu baik sebab saya keluar betulkan bendera. Kalau bendera tu dipasang betul dah tentu saya tak keluar. Dah tentu saya tau pencuri tu.
HAKIM: Kes ni paling susah saya nak menghukum. Paling susah dan rumit. Tidak ada hint langsung untuk saya menjatuhkan hukuman. Baiklah, hadirin sekelian. Siapa-siapa yang boleh bantu saya dalam kes ini.
Hampir 20 minit berlalu tidak ada siapa pun yang sanggup membantu.
HAKIM: Saya nampak ada se orang tu yang pakai baju petak biru kuning. Sila ke hadapan. Bantu saya.
Si pemakai baju petak biru kuning pun pergi ke hadapan.
HAKIM: Apa nama kamu?
BAJU PETAK: Nama saya Pak Pandir.
HAKIM: Aduh, Jahnam jahnam. Ramai yang lain dalam ni aku terpanggil dia. Baiklah, boleh bantu saya? Siapa yang mencuri?
PAK PANDIR: Boleh tuan.
HAKIM: Kamu cakap je boleh. Kalau boleh siapa yang mencuri?
PAK PANDIR: Tuan hakim, bendera Jepun tu tuan dah pernah tengok ke belum?
HAKIM: Sudah.
PAK PANDIR: Ce-cerita sikit tentang bendera Jepun.
PAK PANDIR: Bendera tu yang mana atas yang mana bawah?
HAKIM: Dia tak ada atas atau bawah. Sebab bulat.
PAK PANDIR: Kalau begitu siapa yang membohong di sini?
HAKIM: Janganlah suruh saya main teka-teka. Ini mahkamah.
PAK PANDIR: Yang membohong tu ialah orang yang pergi membetulkan kedudukan bendera Jepun. Sebab bendera tu dipasang macam mana pun tetap betul.
HAKIM: Cerdik jugak kamu ni. Tapi kenapa orang kata Pak Pandir bodoh?
PAK PANDIR: Dunia memang begitu. Kalau ada yang pandai, yang boleh menonjol. Mereka difitnah. Diberi gelaran yang buruk. Walau pun tuan hakim kurang cerdik tapi saya tak akan cerita kat orang lain sebab maruah se seorang perlu saya jaga.
Entry ini hiburan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun sama ada di dalam dan luar negara.
Entry sebelumnya: Kerana Abang Bercakap Benar
Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email: biarlembuyangjadilembu@gmail.com
(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©
Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri junjung. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.
seorang hakim seharusnya bijak, dan tidak mudah dimanipulasi ...
ReplyDeleteSaya setuju dgn mrs pip. Itu sebab tajuk dia dan penutupnya saya ada nyatakan. It will never happen.
DeleteAssalamualaikum wr wb. Saya Sangat berterimah kasih kepada KI RONGGO LAWE
Deleteberkat semua bantuan yg diberikan saya sdh buka usaha dan memiliki
beberapa Restoran ternama di Surabaya ”Saya dulu seperti
orang gila, bahkan hendak bunuh diri, usaha saya ditipu sahabat karib
dan membawa lari semua uang saya. Saya pun harus menanggung hutang
supplier dari usaha kontraktor yang dibawa lari teman saya. Kesana
kemari minta bantuan gak ada yang nolong. Bahkan saya sudah keliling
Indonesia untuk mendapatkan atau mencari pinjaman dan dana gaib, tapi
untung di ujung keputus asa’an saya bertemu dgn KI RONGGO LAWE yang
dikenalkan oleh adik ipar saya, akhirnya bliau menawarkan bantuan Dana
Gaib tanpa tumbal/resiko diawal ataupun akhir dan dari golongan
putih.setelah persyaratanya dilengkapi dan ritual selesai, MENGEJUTKAN
!!!, saya mendapatkan dana gaib sebesar 700jt dihadapan saya.
kalau mau seperti saya hubungi KI RONGGO LAWE Tlp/Sms : 0853-1403-1099, atau KLIK DISINI
solusi tepat salam sukses.
INILAH JENIS MACAM PESUGIHAN DAN BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D.....
>PESUGIHAN TUYUL| PELARIS USAHA
>PESUGIHAN UANG GAIB
>PESUGIHAN JIN KHODAM
>PESUGIHAN ASMA
>PESUGIHAN UANG SEPASANG
>PESUGIHAN UANG BALIK
>PESUGIHAN JUAL JANIN
>PESUGIHAN PUTIH TAMPA TUMBAL
>PESUGIHAN NIKAH JIN
>PELARISAN DAGANG
Pak pandir telah disalahertikan kewibawaannya.
ReplyDeleteBiasalah tu anis. Itu yg kita panggil persepsi. Tak semua orang bodoh dlam segala hal kan?
DeleteHakim tu pandai...tetapi wang yang menjadikan dia buat-buat bodoh.
ReplyDeleteNice commment.
DeleteEvery one goes for RM now but if money’s what people cried for they would rather go and join the devil instead.
Thanks ang king.
kt malaysia takde ke hakim cmani? cer cite cer cite hehehehhe
ReplyDeleteHahaha. Sialan perangkap ni.
DeleteSaya belum pernah berjumpa dgn mana2 hakim pun. so, tak taulah saya ada ke tidak. Bercakap dgn hakim pun belum. Tapi kalau setakat style macam hakim di entry ni, memang tak ada di mlsia.
Ce-teka, saya kata betul ke tak?
*silap ejaan. Perkataan Soalan tertaip sialan. Huruf i dgn o dekat sangat, itu g salah tekan. Ho saya ni kecik sangat. Maaf nordiana.
DeleteNorhidana, thanks.
DeleteBiasalah.. yang pandai Dan bijak selalu dibodoh2 Kan Oleh org bodoh. Deep sgt
ReplyDeleteYes mama. Betul tu. Sejak zaman pak kadok lagi perbuatan macam tu dah ada. Terutama di pejabat. Masing2 berlumba lumba nak naik.
DeleteHehehe... maksud tersirat dengan apa yang terjadi sekarang ini.
ReplyDeleteTertuduh adalah lebih baik mohon bicara menggunakan khidmat para Juri dan lantik Pak Pandir sebagai salah seorang Juri hahaha
Respons saya yg ni pun lebih kurang serupa macm yg saya respons di komen mrs A kat entry saya yg lepas.
DeleteMrs A peka dgn dunia hari ini. Thanks.
maksud tersirat die tu.. macam ape yang jadi sekarang nie..
ReplyDeleteHahaha ein. thanks.
DeleteSat lagi saya nak ke entry ein. Dah empat hari tak jengok situ
Kita jangan stereotype yang bodoh akan selamanya bodoh dan yang pandai sahaja yang betul
ReplyDeleteMemang betul tu liza tapi itulah yg berlaku kini. Yg lemah biasa dianggap bodoh. Betulkan?
DeleteYg lemah dianggap bodoh? Macam mana tu?
DeleteKalau ada Pak Belalang dia lagi pandai.
ReplyDeleteAnak dia si Belalang lagi terlebih pandai.
Tapi anak beranak pandai nipu aje.
Wp, rezeki orang kita tak tau kan. Pak belalang tu bergantung pada nasib. Semuanya terjadi secara kebetulan. Thanks wp
Deletebijak pak pandir..kalau takde jawapan pakpandir tu, saya pun confuse juga nak pilih mana yang bersalah. bukan otak detektif conan heheh
ReplyDeleteNama Pk pandif memang terkenal di antara masyarakat kita. Pak Pandir cerita dongeng zaman dulu. Begitulah masyarakat sama ada dulu atau sekarang, kalau yg lemah sentiasa dilemahkan. Tak ada usaha nak membantu.
DeleteThank u imm
I learned a new word from yr entry: meruang.
Deletethanx kerana singgah kat blog saya juga hehe.
Deleteye meruang, amalan orang lama yang tak lagi diamalkan oleh orang muda2.
Menarik cerita ni En Adam..
ReplyDeleteCara berfikir luar kotak. Kadang2 bila nak selesaikan masalah memang perlu cara berfikir yg macam ni
Fidah, you ni ada2 je.
DeleteTapi saya memang suka mengajak readers berfikir selalunya. Maksud saya dapat ke mereka membaca perkara yg tersirat. Thanks Fidah.
Yang pandai di sini ialah penulis script/cerita ini, tuan punya blog.
ReplyDeleteI think your ulasan yg ni paling lawak untuk tahun 2017. Maharaja lawak pun kecundang.
DeleteBy the way thank u so much kata saya pandai.
Saya semalam baca entry u. Kesah sebelah rumah, kawasan yg ada semak and burung2 and lain2. I komen kat sinilah. I like that place bersebelahan dgn mini jungle. Segar, nyaman and sunyi and ada kehidupan yang masih memerlukan temoat sebegitu.
I dreamed to satay adjcent dgn that place.
In the swim.
Delete*tmpat sebegitu
*to stay.
Sorry typin error. I guna hp ni. Too small.
I think your ulasan yg ni paling lawak untuk tahun 2017. Maharaja lawak pun kecundang.
ReplyDeleteBy the way thank u so much kata saya pandai.
Saya semalam baca entry u. Kesah sebelah rumah, kawasan yg ada semak and burung2 and lain2. I komen kat sinilah. I like that place bersebelahan dgn mini jungle. Segar, nyaman and sunyi and ada kehidupan yang masih memerlukan temoat sebegitu.
I dreamed to satay adjcent dgn that place.
Kesian pak Pandir. Kalau orang bodoh je, nama dia kena sebut.
ReplyDeleteItu pak pandir dulu.
DeleteYang Ariff
ReplyDeleteIzin saya mencelah..
Keseluruhan proceeding mahkamah kurang tepat tetapi dimaafkan kerana tujuan tulisan untuk hiburan sahaja..
Hujah pak pandir juga khilaf..
Tertuduh keempat mempunyai alibi uang cukup kuat, membetulkan bendera jepun di tempat perhimpunan (kecualilah kalau tempat itu masih kosong)..
Katanya lagi, dia membetulkan bendera jepun kerana pasang terbalik..
Ulasan pak pandir, bendera jepun tidak ada atas dan bawah.
Bendera jepun tidak ada atas dan bawah dan bendera jepun dipasang terbalik adalah dua perkara yang berbeza.
Mahkamah tidak boleh menjatuhkan hukuman kerana sekadar bercakap bohong kerana
1) tidak ada barang curi dibuktikan bersama dengan orang yang kena tuduh
2) tidak ada saksi nampak orang yang kena tuduh mencuri hp tersebut
3) alibi tertuduh keempat sangat kuat
Tahukah tuan adam, secara teknikal bendera jepun memang ada bawah dan atas??
Yang Ariff
ReplyDeleteIzin saya mencelah..
Keseluruhan proceeding mahkamah kurang tepat tetapi dimaafkan kerana tujuan tulisan untuk hiburan sahaja..
Hujah pak pandir juga khilaf..
Tertuduh keempat mempunyai alibi uang cukup kuat, membetulkan bendera jepun di tempat perhimpunan (kecualilah kalau tempat itu masih kosong)..
Katanya lagi, dia membetulkan bendera jepun kerana pasang terbalik..
Ulasan pak pandir, bendera jepun tidak ada atas dan bawah.
Bendera jepun tidak ada atas dan bawah dan bendera jepun dipasang terbalik adalah dua perkara yang berbeza.
Mahkamah tidak boleh menjatuhkan hukuman kerana sekadar bercakap bohong kerana
1) tidak ada barang curi dibuktikan bersama dengan orang yang kena tuduh
2) tidak ada saksi nampak orang yang kena tuduh mencuri hp tersebut
3) alibi tertuduh keempat sangat kuat
Tahukah tuan adam, secara teknikal bendera jepun memang ada bawah dan atas??
Keseluruhan proceeding mahkamah bukan kurang tepat tapi memang tak tepat langsung sebab cerita ni mengikut tajuk.
DeleteKalau betullah ada Kes, sepatutnya bicara depan majistret not hakim.
Contoh yg ketara yg tak ikut prosedur, bila hakim sendiri yg jadi hakim, DPP serta Lawyer.
Kes ni sepatutnya tak ada yg kena tuduh. Tak ada witness, tak ada barang bukti. Silap2 di pringkat awal pertuduhan tak ada prima fasi.
Saya tau semua bendera ada atas dgn bawah.
Bendera yg tengah2 berwarna hijau bulat saya tak tau ada ke tidak atasnya. Bendera tu ada lagi ke, tak nampak pun?
Thank you tuan sebab berkongsi pandangan kat sini.
*Tertuduh no 4 kalau mahkamah biasa dah pasti dia lepas. Kalau mahkamah luar biasa tak tau lah.
pening kalau jdi hakim camni. susah kerja camtu, sebab tu banyak pahala if hakim yang adil
ReplyDeleteTerpulang pada hakim yg mana dia lebih yakin. Dia pecaya pendakwa atau pembela. Itu nawaitu dia.
DeleteHahahaha...orang yang pandai tak perlu tunjuk kepandaian dia...org yg kurang pandai je selalu marah bila org ckp dia bodoh..haha
ReplyDeleteSepatutnya begitulah. Saya setuju bebenor dgn nini. Thanks.
Deleteboleh migrain kalau ada hakim mcm ni hahaha
ReplyDeleteLebih dari migrain. Hahaha. Thnks
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePernah sekali disapina masuk mahkamah ketika bekerja masa muda dulu.Kes pelancongan. Kesian tengok lawyer budak lelaki yang mungkin pertama ambil kes. Sangat gelabah dan dia tanya soalan yang sama berulang-ulang sambil menyelak kertas nota ditangannya. Saya yang takut sampai rasa nak tergelak pula. Bila dia soal lagi..saya pun kata kat dia. Saya dah jawab soalan yang sama tadi 2 kali. Hakim senyum2 dan kata kat lawyer...'hah. dia kata dia jawab 2 kali dah. Tanya soalan lain ..' Ingat2 balik2 lucu betul..
DeleteDalam mahkamah memang mudah panik. Kalau dapat DPP yg suka tunjuk garang lagi panik. Kalau hakim yg muka serius lagi buat bertambah panik.
DeleteKesian lawyer muda tu. Mesti dia baru handle kes. Kalau kerap ke mahkamah, dia pulak yg lawyer buruk nanti.
pak pandir bijak orangnya
ReplyDeleteIni pak pandir zaman sekarang.
Delete