Saturday, 12 August 2017

SAYA JERIT JE


Se orang pemberita sedang menemuramah se orang wanita.

PEMBERITA:  Berapa orang anak puan?

WANITA: Kesemuanya tujuh orang.

PEMBERITA:  Berapa orang lelaki dan berapa orang wanita?

WANITA:  Kesemuanya lelaki.

PEMBERITA:  Yang sulung apa nama dia?

WANITA:  Muhammid.

PEMBERITA: Yang nombor dua pulak nama apa?

WANITA:  Yang nomor dua nama dia Muhammid.

PEMBERITA:  Yang no tiga pulak?

WANITA:  Yang ke tiga pun Muhammid.

PEMBERITA:  Tak kan nomor empat pun nama dia Muhammid?

WANITA:  Nombor empat saya panggil dia .....


Gambar hiasan (atas dan bawah): Lukisan tangan oleh Emily Copeland dari Canada


PEMBERITA:  Puan panggil dia apa? Tak kan Muhammid jugak.

WANITA:  No empat saya panggil Muhammid.

PEMBERITA:  Puan, yang lain pun Muhammid jugak ke?

WANITA:  Ye, semua anak saya nama Muhammid

PEMBERITA:  Kenapa puan panggil mereka dengan nama yang serupa?

WANITA:  Senang begitu. Kalau mereka dipanggil untuk makan, saya jerit je Muhammid. Semua datang makan. Tak perlu sebut satu persatu. Kalau nama mereka lain-lain teruk saya hingga tujuh kali panggil.

PEMBERITA: Oh begitu.

WANITA:  Kalau kejutkan pagi untuk mereka ke sekolah, saya sekali jerit Muhammid. Mereka semua bangun. Tak perlu panggil sorang demi sorang.

PEMBERITA:  Kalau suruh mereka tidur?

WANITA:  Saya jerit Muhammiiiiiiiiid. Masuk tidur. Semua masuk bilik untuk tidur. Kan senang begitu.

PEMBERITA:  Itu kalau puan panggil untuk semua. Kalau puan memerlukan satu orang je, macam mana pulak puan panggil?

WANITA:  Senang je. Saya jerit "Lebai". Saya jerit kuat-kuat. Tang Lebai ni memang kena jerit lebih kuat.

PEMBERITA:  Siapa dia Lebai?

WANITA:  Lebai tu suami saya.

Pemberita ketawa berguling. Sebaik sahaja dia berhenti ketawa dia terus bertanya.

PEMBERITA:  Kenapa tak panggil Pak Lebai?

Wanita: Saya tak suka Pak Lebai.

Pemberita ketawa lagi juga bergulling-guling.

WANITA:  Saya pulak nak tanya boleh ke?

PEMBERITA:  Boleh, silakan.

WANITA:  Kenapa awak ketawa?

PEMBERITA:  Saya tak suka Pak Lebai.

Wanita itu terus ketawa dan dia berguling-guling lebih dahsyat dari gulingan pemberita.


Video ni pendek sangat.

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri junjung. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

48 comments:

  1. Replies
    1. Hahaha.
      Suami zeera nama lebai jugak ke?

      Delete
  2. Haha gelak guling2.. cantik blog cat baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beberapa follower blog ni kata dia nampak kurang jelas tulisan blog lama saya. Ada lagi sorang tu rabun warna.

      Itu yg dimodify. Harap2 mereka nampak terang kali ni.

      Delete
  3. PENAT KETAWA BERGULING-GULING

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang bila kita ketawa mesti guling2, baru happening.
      Hihihi

      Delete
  4. Replies
    1. Harap2 wanita tu anak dia tak bertambah. Hahaha.

      Delete
  5. Nak komen pasal lukisan tangan tu saja. Tak mau gelak takut satgi kena interview pula.
    Lukisan camca & garfu tu nampak sangat real. Pencahayaan & bayang2 objek cukup cantik dan padu. Macam orang ambil gambar black & white saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. dia ni memang pandai melukis. serupa foto. banyak lagi lukisan dia yg menarik. saja saya tak letak semua kat sini.

      Jom kita cari pemberita tu.

      Delete
  6. Tak terpikat pun dengan cerita tu, lukisan tu yang super dupper uumph.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, lukisan tu memang hebat.
      banyak lagi lukisan dia yg cantik2.

      Delete
  7. Nak gelak tapi tak paham.. :(
    Deep betul lawak ni..
    Gelak je la.. *guling guling guling*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deep sangat tidak la tapi ada yg tersirat.
      Thanks.

      Delete
  8. Replies
    1. Its ok kalau tak faham.
      Kalau faham pun ok.
      Thanks

      Delete
  9. Its ok kalau tak faham.
    Kalau faham pun ok.
    Thanks.

    ReplyDelete
  10. Senang wanita tu memerintahkan. Satu whip semua jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya dua whips.

      first whip for children.
      2nd whip for hubby.

      hahahha

      Delete
  11. Ha3..
    Sesekali kesini, boleh hilangkan stress..

    ReplyDelete
  12. hahahah matop punya strategi hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia buat tu sebab dia jerit bila panggil anak. Dia se kali jerit tak penat

      Delete
    2. Saya tulis simple2 je. Tapi ada juga yg tersrat.

      Delete
  13. Mmm..kenapa tukar format blog? Rasanya yg dulu lebih cantik & BERSENI..berbanding format yg diubah kini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Format dia saya tak tukar tuan. Firmat asal. Saya tukar warna je. Dulu latar belakang hitam, sekarang putih. Saya tukar sebab ada pembaca belog ni rabun warna. Kesian jugak kat dia sebab dia follow blog ni sejak awal.

      Delete
    2. Kepala blog saya tukar sebab dulu ruang dia kecik sangat.

      Delete
  14. Bagus puan ni. kalau tak jadi macam mak saya. nak panggil sorang anak, ketujuh2 disebutnya hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara dia pun bagus jugak sebab kita akan tua. Bila dah tua susah nak ingat semua nama anak.

      Delete
  15. wow! blog dah bertukar wajah,..

    ReplyDelete
  16. hahaha...mmg lawak..

    pssst...cantik baju baru blog ni..kecuali header tu rasa mcm nak raya korban je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Header tu untuk terkam orang yang tak nak ketawa guling guling.
      hihihi

      Delete
  17. hahaha...pagi2 dah ketawa besar.....nice blog...mata tak sakit tengok dan kemas

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ketawa besar mesti guling2 macam pemberita tu.
      thanks singgah sini

      Delete
  18. adoi.. macam2 cerita. wat gelak ja baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita semua kalau gelak kena guling guling.

      Delete
  19. Kita semua klau gelak kena guling guling.

    ReplyDelete
  20. Replies
    1. Saya dulu kadang2 kena jerit. Bini yg jerit.
      Sekarang dah takde lgi orang nak jerit kat saya di rumah.

      Delete
  21. Pemberita dan Wanita ada satu persamaan yang nyata mereka tak suka Pak Lebai hehehehe...

    Kesian Pak Lebai.

    ReplyDelete
    Replies


    1. Begitu nmpaknya pemberita dgn wanita tu. Tak suka Pak Lebai.
      Sorry Mrs A lewat respons. Thanks.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...