Sunday, 29 October 2017

DI ANTARA BEBERAPA INGATAN BERUMAH TANGGA YANG MASIH SEGAR DI MINDA


Madiha Johari - a daughter of a business lady

Di atas permintaan dari beberapa sahabat blogger dan yang terkini dari Mamapp, di bawah ini sedikit coretan tentang arwah isteri saya. Entry ini merupakan entry terpendek yang pernah saya tulis.

Teringat saya semasa arwah isteri saya masih ada boleh dikatakan kami jarang makan diluar kerana minat dia di dapur terlalu mendalam. Masakannya sentiasa mendapat pujian dari setiap jiran.

Makanan di setiap waktu sarapan sentiasa terhidang dan biasanya waktu hidangan hampir menepati  jadual.

Arwah isteri saya tidak suka ada perkara yang berkaitan dengan jenaka berkisar di waktu makan. Ini permintaan dia. Peraturan itu diadakan kerana dia mudah ketawa. Ketawa sambil makan kerap membuat dia tersedak. 

Ini disebabkan apabila dia ketawa, terlalu sukar untuk dia mengakhirkan ketawanya. Ada beberapa kali dia terhenti dari terus makan kerana ketawanya yang sukar dihentikan.

Begitu juga semasa menuntun tv. Dialah penuntun yang pertama ketawa dan dia juga orang yang terakhir berhenti.

Arwah isteri saya kerap menuntun film di rumah. Dia akan mengalirkan sedikit air mata apabila ada babak sedih atau ketawa berpanjangan sekiranya ada adegan yang mencuit hati dia.

Kerap dia melinangkan air mata semasa menuntun film yang dianggapnya sedih. Once I saw her crying in front of our home theatre watching a Tamil film which she didn't understand a word I believed. Without hesitation I asked her, "Why did that scene make you cry?"

She gave me a nice reply, "Because  the story isn't true."

I laughed. When she saw me laughing she too laughed. "Wasn't that sad?" she asked and continued laughing.

Being a mother and a wife was by far her greatest accomplishment. Al-fatehah.


Wany Hasrita - Menahan Rindu

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen sendiri bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

77 comments:

  1. Replies
    1. Kenangan mengusik jiwa. Macam nama lagu pulak.
      Yes Anis. Ada masa kenangan begini teringat jugak. Kenangan ni di antara beberapa kenangan.

      Kadang2 dengan kawan pun kita ada kenangan. kalau kawan tu baik lagilah banyak kenangan yg elok2.

      Thanks.

      Delete
  2. Kenangan mengusik jiwa. Macam nama lagu pulak.
    Yes Anis. Ada masa kenangan begini teringat jugak. Kenangan ni di antara beberapa kenangan.

    Kadang2 dengan kawan pun kita ada kenangan. kalau kawan tu baik lagilah banyak kenangan yg elok2.

    Thanks.

    ReplyDelete
  3. dengan keupayaan menulis dengan baik sekali ..saya sarankan tuan Adam menulis buku atau ebook.

    saya sangat suka nada bahasa dan susunan ayat yang begitu lembut menyentuh kalbu..

    kalau lah saya berada di pihak tuan saya amat mensyukuri anugerah bakat tersebut..


    hahaha..saya komen lain dari artikel..

    lari tajuk [maaf dipinta ]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan. Saya sanjung ni sebab sebagai dorongan untuk saya menulis. Tentang buat buku tu memang menarik tapi masa saya untuk tu terlalu sikit. Saya kena buat semua kerja. Termasuk urusan anak. Tuan sedia maklumlah if alone. Sekarang makan pun kat luar dgn anak. Thanks.

      Delete
  4. al fatihah bt arwah isteri...

    ReplyDelete
  5. kehilangan insan tersayang tu amat perit..bukan tak redha..tp sukar nak percaya.. semoga mereka yang dah pergi, tenang aja d sana...amin2 :'(

    ReplyDelete
  6. al-fatihah utk arwah isteri...first love is hard to forget..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Nohas.
      You are right. Saya setuju.
      Macam2 ingatan yg tak dpt lupa. Kadang2 perkara yg simple pun jadi ingatan.

      Delete
  7. Begitulah hendaknya tuan.
    Amin amin.
    Thank you.

    ReplyDelete
  8. Thank Nohas.
    You are right. Saya setuju.
    Macam2 ingatan yg tak dpt lupa. Kadang2 perkara yg simple pun jadi ingatan.

    ReplyDelete
  9. Alfatihah....memori indah kan tetap menjadi ingatan. Comel betul! Ketawa sbb cerita tu tak betul hihi...
    Penghargaan terindah apabila memori tetap subur dalam ingatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita Tamil tu betul ke tak saya tak tau sebab saya tak faham. Tapi bila dia tau cerita tu tak betul dia jetawa.
      Terima kasih Linda.

      Delete
  10. bestnya.

    aku suami-isteri pun jarang makan luar sejak pindah rumah ni. bukan sebab aku pandai memasak, tp suami aku gemar makan kat rumah.

    jd mahu tak mahu, aku tetap memasak. walaupun yang mudah.

    semoga isteri tuan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami sepatutnya nakan di rumah. Bukan kerana masakan sedap taoi menghargai jasa isteri menyediakan tu.
      Lagi oun kebersihan terjamin masakan isteri.
      Terima kasih dgn dia yg diberi.

      Thank u.

      Delete
  11. Suami sepatutnya nakan di rumah. Bukan kerana masakan sedap taoi menghargai jasa isteri menyediakan tu.
    Lagi oun kebersihan terjamin masakan isteri.
    Terima kasih dgn dia yg diberi.

    Thank u.

    ReplyDelete
  12. semoga arwah di tempatkan di syurga..amin

    ReplyDelete
  13. Terima kasih doa Angah. Amin.

    ReplyDelete
  14. al fatihah.. isteri akan sentiasa dirindukan suami

    ReplyDelete
  15. KENANGAN MENGUSIK JIWA..INSYAALLAH ALLAHYARHAM ISTERI ADAM BERBAHAGIA DISISI-NYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Paridah dgn doa tu.
      Amin amin

      Delete
  16. Terima kasih Paridah dgn doa tu.
    Amin amin

    ReplyDelete
  17. al-fatihah...
    semoga allah tempat kan di sisi org2 beriman
    in sya allah

    ReplyDelete
    Replies

    1. Ami amin amin
      Terima kasih doa tu.
      Alhamdulillah

      Delete
  18. Mama tersenyum Dan pada masa Yang rasa sedih juga. Bab cerita Tamil Dan kata kata "Because the story isn't true" Tu mama pun Rasa nk nangis sebab kelakar sangat. Tq Adam kerana share kisah gembira Dan Kenangan manis bersama arwah. Semoga arwah berada dikalangan Yang disayangi Allah Dan semoga syurga tempat ya. Mama memang suka Gaya penceritaan Adam sebab dapat membawa Pembaca ke dunia Adam. Buat lah buku nanti mama beli hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama, kenangan dlm cerita ni yg utama itu lah part dia menangis bila tengok cerita yg dia kata not true. Bila saya gelak dia berhenti nangis. Dia ketawa pulak. Memang kelakar mama masa tu.

      masa saya kuranglah mama untuk nak buat buku. Saya sorang then i hv to handle everything. But i'll try lah mama.

      Thanks for the link below.

      Delete
  19. Ami amin amin
    Terima kasih doa tu.
    Alhamdulillah

    ReplyDelete
  20. Adam.. ni fb mama. Mama ada tinggal kan link dlm messanger adam juga.
    http://www.facebook.com/Adda.ahmad.3
    FB page: https://m.facebook.com/mamapipie/

    ReplyDelete
  21. Kenangan2 yang memberi igauan dan nostalgia indah. Macam movie2 tamil la, kadang kala tak masuk akal tapi impact dia pun boleh jadi kenangan di minda. Al-fatihah kepada arwah Isteri Adam. Semoga ditempatkan bersama golongan yang beriman. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dia tu Liz. Amin amin.

      Happy annivseri ke 23 Liz.Semogga berkekaln.

      Delete
  22. Arwah isteri Adam ni seorang yang periang bunyinya. Agak sensitif jgak, sebab mudah ketawa, mudah menangis. Mesti lembut je hati arwah kan. Sebab tu Allah sangat sayangkan arwah. Alfatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia sensitif dalam dua hal je Ain. Baca buku dgn tengok movie. Samada dia menangis atau ketawa. Semasa ibu dia meninggal dia tak nangis. Cuma kerap termenung. Dia mudah geli hati. Bila ketawa lambat berhenti. Sebab semasa dia ketawa, lawak yg dua dngr tu masih di minda dia.

      Thank u Ain.

      Delete
  23. memories are timeless treasures of the heart,moga roh almarhumah isteri Mr Adam dicucurkan rahmat dan tenang beristirehat di taman syurga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dgn doa tu. Amin, amin, amin.
      Terima ksih juga sebab singgah.

      Delete
  24. wahh.. special nya arwah isteri. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Nad.
      Bila dah tak de baru sedar ada something special kat dia. At least perangai dianyg special.

      Delete
  25. Arwah isteri Tuan seorang yang periang.

    May Allah bless her soul.

    ReplyDelete
  26. Amin.
    Thank you so much for the doa.

    ReplyDelete
  27. akak masih belum dapat habiskan entry kenangan dgn arwah emak... masih tersimpan dalam draf. Tiap kali mula nak sambung menaip, air mata dah berjurai laju...

    Moga arwah isteri adam ditempatkan bersama golongan mereka yang beriman, Aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, kongsilah kenangan tu. Tapi itu lah, kalau semasa menaip keluar air mata susah jugak. Bimbang bila dah pos lagi teruk tekanannya.

      Thanks, mendokan arwah isteri saya.

      Delete
  28. Kak, kongsilah kenangan tu. Tapi kalau semasa menaip keluar air mata susah jugak. Bimbang bila dah pos lagi teruk tekanannya.

    Thanks, mendokan arwah isteri saya.

    ReplyDelete
  29. Al-fatihah.. semoga roh arwah dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  30. Al-Fatihah buat arwah isteri Tn Adam.

    Semoga bertemu kembali di alam sana nanti.

    ReplyDelete
  31. Al-fatihah, mesti Adam rindukan arwah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin
      Ada kala teringat jugak Miza.
      Thanks

      Delete
  32. Al-Fatihah buat arwah.
    Hidup kena teruskan walaupun tanpanya di sisi
    Perjalanan masih panjang. yang pergi tetap pergi, masa depan kena fikirkan.

    ReplyDelete
  33. jangan bersedih..ya.Doakan sentiasa alfatihah moga terus sihat dgn izinNya

    ReplyDelete
  34. May Allah ease everything for you. In shaa Allah

    ReplyDelete
  35. Hello Adam, this coming to you from Canada, my bahasa is out of tune but boleh faham about 27% what you posted. Regret to read of your beloved wife having passed on.
    Can see you are very eloquent with your posting.
    And noted you from Johore. Once upon a time I too lived in JB, atas tu Bukit Serene, dekat to you know who rumah besar, as well dekat that Straits view hotel, and loved to eat fish head curry at that Kerela Restaurant.
    You keep well, best regards,
    Lee.

    ReplyDelete
  36. ALfatehah utk arwah isteri.
    Isteri yang baik akan sentiasa dikenang kenang kebaikannya oleh suaminya kan

    ReplyDelete
  37. AL-Fatihah.
    Memang sangat disayangi.

    Saya nak buat sarapan setiap pagi pun sukar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu. Terima kasih tukang kebun.

      Delete
  38. Ak fatihah. semoga arwah isteri tuan tenang di sana..

    Jemput singgah baca tips suami isteri yang masih menanti kehadiran cahaya mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih zaleha.
      Ok, nanti saya singgah. No pblm

      Delete
  39. Al-fatihah kepada arwah isteri Mr Adam. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan diberkati olehNya. InsyaAllah. Aamin.

    ReplyDelete
  40. walaupun penulisan en.adam ini ringkas tapi amat terkesan dihati saya, ingatan kepada isteri tentu sukar untuk dilupakan segalan kenangan bukan? setiap apa yang dilakukan pasti akan diingati, cara dia ketawa, cara dia menangis...apapun semoga Allah tempatkan arwah isteri en.adam bersama orang2 yang beriman dan beramal soleh.

    nanti ceritalah lagi jika tidak keberatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih aryan sudi baca. Bahasa saya banyak tak betul tu. Tapi saya hentam je. Janji orang faham. Nanti ada masa saya cerita lagi kesah kami. Tpi tak banyak menarik.

      Thnks

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...