Tuesday, 26 December 2017

KENAPA WANITA MEMAKAI BRA DAN PANTIS?


Maaf, di atas bukannya tajuk yang hendak saya tulis. Sekiranya saya berbuat demikian sudah tentu saya dikutuk oleh pembaca, sedangkan tulisan mudah saya yang lepas berkaitan dengan bra pun menerima teguran dari se orang pembaca Fb.  

Saya tidak terkejut dengan kritikan beliau kerana beliau tidak memberi satu hujah pun. Berani saya katakan beliau tidak tau membezakan di antara maklumat dengan lucah.

Sebenarnya tidak salah sekiranya saya ingin menulis entry ini dengan tajuk "Kenapa Wanita Perlu Memakai Bra Dan Pantis" kerana ianya terisi dengan amalan berkesan untuk menjaga kesihatan dan penampilan.

Adakah ianya tidak elok untuk pembaca mengetahuinya? Perlu diingat, pembaca blog ini bukan sahaja terdiri dari orang Melayu. 

Bukan Cara memakainya

Tajuk sebenarnya yang saya tulis di entry kali ini ialah, Kenapa Kita Masih Memilih Corak Dan Potongan Yang Cantik Untuk Pantis Dan Bra Sedangkan Kedua-dua Pakaian Tersebut Tidak Dilihat Oleh Orang Lain?

Jawapan saya amat mudah. Saya tidak sepatutnya memiliki sebarang benda yang tidak berguna serta tidak menarik.

Katakan kamu sekarang sedang mencari suami. Adakah kamu berebut-rebut untuk memiliki lelaki yang hodoh pada pandangan kamu di mana kamu telah pasti yang lelaki itu se orang yang tidak memberi faedah jika dimiliki? 

Kedua-dua perkara penting ada di atas: pertama hodoh dan yang ke dua tidak memberi faedah.

Bagi saya, menghargai kecantikan adalah suatu perkara yang perlu dipertimbangkan kerana kecantikan itu se suatu yang menarik. 

Tidak perlu orang lain memberi tahu saya yang mana lebih cantik sebab kategori dan tahap kecantikan dinilai secara berbeza di antara setiap individu.

Ini adalah satu realiti. Ramai yang masih tidak tahu berkaitan dengan realiti kerana realiti terlindung di sebalik dinding persepsi.

Saya berikan satu contoh. Katakan saya mengaku girl friend saya cantik tetapi kamu lihat dia tidak secantik seperti yang saya katakan sedangkan ramai yang lain mengatakan dia lebih cantik dari yang saya lihat.

Di sini kita dapati kecantikan milik se orang wanita mempunyai tiga tahap yang dinilai oleh tiga orang yang berlainan.

Saya bersimpati kepada mereka yang berpendapat kita tidak perlu benda yang cantik sekiranya bukan untuk ditunjuk. 

Adalah lebih menasabah jika si pemakai bra dan pantis itu sendiri menentukan pilihan yang membuatkan dia suka memakainya. Jangan kita nafikan hak si pemakai.


Orang Tua Melintas Jalan

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©


OsteMatrix Suplement keluaran Shaklee

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.




Sunday, 24 December 2017

PAKAI SUDAH BERTAHUN-TAHUN TAPI TAK PANDAI LAGI


Saya percaya ada wanita memakai bra yang saisnya tidak begitu tepat. Saya boleh bayangkan betapa tidak selesanya mereka memakai yang salah sais.


Comelnya

Kalau saya perempuan saya akan buat bra sendiri yang betul2 selesa dipakai. Saya buat cup-nya ngam-ngam muat untuk melindung ....... alaaa apa nama benda tu. Lupa pulak saya.

Di bahagian dalam cup-nya akan saya tampal dengan kapas agar selesa dipakai dan untuk menampakkan dada kelihatan menarik. Kapasnya tidaklah terlalu tebal supaya tidak kelihatan dada mengembang.

Apabila usia saya menjangkau ke 50-han barulah cup-nya ditebalkan dengan kapas. Saya peduli apa biar dia mengelembung.

Di bahagian bawah sekali saya buat lilitannya melekat ke dada dari kiri ke kanan. 

Masalahnya saya tidak tau menjahit. Langsung tidak tahu.

Bra bukannya seperti baju. Kalau baju longgar sedikit pun no hal. 

Memandangkan bentuk dan ukuran breast bagi setiap wanita tidak serupa amat sukar kilang bra memenuhi keselesaan setiap pemakai. Walau pun begitu memang ramai yang dapat ukuran yang betul.

Di gedung-gedung pakaian banyak terdapat bra dalam berbagai bentuk dan ukuran. Cubalah setiap satu hingga kamu dapat bra yang betul2 sesuai untuk melindung store susu kamu.

Berjalan tanpa bra bukanlah satu pilihan terbaik masa kini.
Cuci cermin kereta


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.




Friday, 22 December 2017

KAWAN SAYA TIBA-TIBA TERDENGAR BUNYI KELEKUK-KELEKUK SEBANYAK EMPAT KALI


Nur Humaira 18 months (My Little Maiko)

Semasa saya balik dari solat Jumaat (Ini cerita lama) kawan saya cerita. Cerita ni memang dah lama. Saya ingat-ingat lupa.

Semasa solat Jumaat katanya dia dengar bunyi kelekuk, kelekuk kat belakang dia. Dia terdengar bunyi kelekuk-kelekuk dua kali semasa mukmin sujud rakaat pertama. Terdengar dua kali lagi di rakaat kedua.

Selesai beri salam dia toleh ke belakang.

Dia nampak kat belakang dia ada se orang mukmin sedang berdoa. Di kepalanya ada topi keledar. Kawan saya berguling-guling ketawa. Saya tak taulah cerita dia betul ke tidak.


Jaran Goyang - sekarang kecut bagei-kan asem. (Semata-mata hiburan)

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©


Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Tuesday, 19 December 2017

ENTRY DI BAWAH INI SAYA PETIK TULISAN SAYA DI FACEBOOK SENDIRI.


Teringat aku dalam penerbangan dengan Cathay Pacific Airways dari Hong ke Bangkok pada suatu hari. Ada sorang pramugari dinantara beberapa pramugari yang cantik kelihatan menarik perhatian aku, sebok melayan kerenah penumpang. 

(Pramugari memang cantik2. Kalau tak, tak kan jadi pramugari. Otak mereka pun sama cantik).

The girl of my pride, Izawatiwati Ahmad who owns a few famed boutiques

Setiap kali bila dia lalu sebelah aku, aku senyum. Dia balas senyuman aku. Banyak kalilah dia lalu sebab penerbang lama. Ada satu ketika dia lalu lagi tapi aku tak senyum. Dia pun tak senyum.

Jadi aku berpendapat, lelakilah yang patut melakukan dahulu kalau ingin memulakan dengan wanita dalam segala hal.

Setibanya aku di airport Bangkok aku ke kefetria. Aku nampak dia duduk di situ. Aku dengan selamba  duduk semeja dgn dia. Aku senyum dulu. Dia pun turut tersenyum.

Aku yang mulakan perbualan. Bahasa Inggeris dia amat baik. Last2 aku tanya dia, kenapa dia suka senyum. Jawabnya, "I want to be remembered as a girl who always smiled, the one who could always brighten your day, even if I couldn’t brighten myself."

(Saya ingin orang ingat saya sebagai gadis yang mudah beri senyuman. Gadis yang menceriakan hari kamu walaupun hati sendiri tidak boleh diceriakan.)

Aku beri tau dia betapa mulianya hati dia. Aku kata lagi, "There is nothing more beautiful than someone who goes out of her way to make life beautiful for others."

(Tidak ada perkara yang lebih indah melainkan se seorang yang membuat hari orang lain menjadi indah). Dia senyum.

Aku nampak dia tenang aja. Aku pun tanya lagi kenapa dalam penerbangan tadi dia tak sudi menegur aku. (Lepas tanya tu aku menyesal sebab aku terperasan itu satu soalan bodoh).

Dia jawab, "Talk to us! We don't bite! We love it when passengers talk to me unless i'm busy. Having a joke or a laugh is great."

(Bercakaplah dengan kami. Kami bukannya  mengigit. Kami suka penumpang bercakap dgn kami melainkan di waktu kami sebok. Jika ada jenaka dan ketawa terasa hebat).

Setibanya aku di hotel teringat aku kata-kata pramugari Cathy Airways tadi. Aku sendiri merumuskan andainya kamu tidak ingin bosan di penerbangan yang jauh my only suggestion is have a short sweet conversation maybe make them laugh to leave a lasting impression.

Nanti aku kongsikan pengalaman aku dengan Pramugari Thai Airways semasa penerbangan balik dari Bangkok ke Kuala Lumpur. Juga penerbangan aku dari Osaka ke KLIA.


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©


Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Sunday, 17 December 2017

DI MANAKAH KITA SEBELUM INI - SEMATA-MATA UNTUK RENUNGAN


Sahabat yang berada jauh di mata: Asrina Zul Hasri

Adakah kamu menyeksa keluarga kamu? 

Jawapannya sudah tentu tidak kerana setiap orang tentu sayangkan keluarga masing-masing. Sebaliknya keluarga sendiri yang mungkin merasa mendapat kurang perhatian apabila mereka dapati ibu dan bapa banyak menghabiskan masa mereka di tempat kerja.

Ramai di antara kita berbuat demikian kerana mengharapkan perkerjaan dapat menambahbaik mutu kehidupan kita.

Kita berpendapat, "Aku memerlukan lebih Ringgit Malaysia untuk menyelenggara keluarga. Aku tidak sanggup berhutang untuk menyediakan makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan serta pelajaran anak-anak setakat mana yang mereka mampu pergi."

Niat kita memang semua benar. Kita berkerja keras untuk mengumpul wang bagi tujuan di atas tetapi kita masih  tetap berhutang.  Kita berhutang dengan mereka.

Apakah hutang kita? Kita berhutang masa berharga dari mereka - the biggest debt of all - a lack of quality time with them.

Apabila nanti kita terlantar di katil pada hari-hari akhir kita, berapa banyak duit yang kita kumpul tidak kita indah lagi. Pada waktu itu kita dikelilingi oleh ahli keluarga yang kita tahu mereka hanya dapat menikmati sedikit masa bersama sebelum ini.

Pada waktu itu ingatan kita hanyalah tentang penyesalan kerana tidak pernah ingin berusaha untuk bersama-sama menggunakan masa terluang semasa kita sihat sebelum ini.



(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Friday, 15 December 2017

PAPAN KENYATAAN DI HENTIAN SEBELAH LEBUHRAYA




Gambar di atas: Papan kenyataan di hentian sebelah Behrang di lebuhraya Plus dari utara ke selatan. (Disember 12, 2017)

Papan kenyataan ditulis dalam dua bahagian.

Perhatikan tulisan di bahagian pertama di perenggan yang ke enam di papan kenyataan tersebut:

"THE MANAGEMENT SHALL BE ENTITLED TO CLAIM FROM THE VEHICLE OWNER"

Adakah kita sudah tidak ada lagi perkataan Melayu yang boleh mengganti ayat Inggeris di atas?


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Wednesday, 13 December 2017

BE HAPPY FOR THIS MOMENT BECAUSE THIS MOMENT IS YOUR LIFE

Let's live fully. What do I want in my life?

I do not want to have any stress and worry in my life hopefully. I also do not want to be a tycoon and famous. I want nothing but happiness.

Well, maybe some do not agree with me as I write not to make everyone happy.

Humaira My "Little Maiko* posing for readers

Lately I end my day writing on online media. Some of my writings are silly but writing down all the beautiful things brightens my life and makes me appreciate them even more.

Whatever I write about me I will never feel satisfy because life is sometimes brutal. Writing helps me to let go of the negativities and feel grateful for the things I have.

Most of my writings are about me. My stories start from thanking Allah early in the morning just waking up from my bed.

Once I step my feet on the floor, I thank Him again and tell myself “You are lucky.” 

It is eye-opening and life-changing to see how wonderful it is to have another day to live, to feel love and to enjoy life to the fullest.

Not everyday is my perfect day but everyday is a perfect day to feel happy.

Happiness is not something that we can buy or borrow. Happiness is available right now, right where you are but you have to look for it.

What made me happy? I’ve stopped comparing myself with others. I’ve stopped trying to become a person whom I think will be happy someday. I now realize what truly matters me.

I let my heart tell me who I really am. 

I enjoy all the quality time I have with my family, I enjoy calling my friends just to hear them. I enjoy sitting quietly and listen to what my soul has to say.

Even though life is up and down, I now know all the emotions are different colors in my happy-ever-after picture. I appreciate that and I can still feel them.

I know my life is not perfect, but today is a perfect day  to feel happy.


Let It Be

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©


Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen sendiri bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

Wednesday, 6 December 2017

CARA PIKAT GADIS CANTIK DENGAN HANDPHONE YANG MASIH BERADA DI POKET



Di atas ialah sahabat saya se orang gadis bernama Wiena. Paras rupa Wiena tidak perlu diterangkan kerana gambar tersebut menceritakan segala-galanya: wajah yang menyebabkan gambar kelihatan  hebat. 

Di bawah juga gambarnya menghadiri jamuan di sebuah hotel. Tidak perlu dinyakan apa-apa lagi tentangnya kerana telah diketahui gambar merupakan se buah kesah tanpa kata-kata.

Wiena di majlis makan malam

Semasa saya bercuti di Singapura dua minggu lepas saya telah singgah makan tengah hari di sebuah restoren yang tempatnya, perkhidmatannya dan jenis makannya setaraf hotel yang mempunyai bintang.

Sebaik sahaja saya mengambil tempat di situ datang se orang waitress menghulur "menu card" kepada saya. Dia tersenyum cantik. Kami bertukar senyuman. Senyuman dia dengan mudah boleh meragut jantung sesiapa yang melihatnya.

Minat untuk berkenalan dengannya tiba-tiba timbul. Terasa rugi kalau saya tidak berusaha untuk  menggunakan kesempatan mengenalinya.

Apa yang ada pada saya hanyalah pengalaman dan itu sahaja yang mampu saya gunakan untuk memancingnya.

Sebaik sahaja dia menyerah "menu card" terus saya berkata, "Could you please give me a small piece of paper?" Kebetulan padanya ada pad memo kecil. Saya ambil darinya lalu saya tulis nombor telefon saya.

Selesai sahaja saya makan dia datang semula membawa bill lalu saya hulurkan kad credit untuk bayaran. Di bawah kad tersebut saya kepilkan kertas yang bertulis nombor telefon saya tadi.

Apa yang ingin saya sampaikan melalui cerita ini ialah bukannya menjadi suatu perkara yang susah untuk dapat perhatian dari se seorang di tempat yang exclusive begitu tetapi andainya kamu kurang pengetahuan ianya merupakan satu mimpi. 

Bagi yang ingin belajar cubalah buat seperti telah saya lakukan di bawah:

• Hanya beri nombor telefon sahaja. Jangan sesekali pelawa keluar melalui percakapan. Di tempat begitu semestinya ada polisi melarang staffnya bercakap lain dari perkara yang berkaitan.

• Bukannya mudah untuk perempuan baik untuk berkata yes terutama  kepada orang yang belum dia kenal.

• Miski pun dia tertarik dengan kamu tetapi dia telah dilarang untuk berkomunikasi tentang hal lain apatah lagi dia diawasi oleh  penyelia di situ.

• Jangan sesekali menulis nombor kamu di bill kerana bill itu bukan ada padanya nanti.

• Untuk menampakkan kamu menonjol dari yang lain, kamu tulislah sesuatu yang menarik seperti: "Be unique and different. U have the right to say no to this number. It's my number" di kertas tadi.

• Yang terpenting: Jangan terlalu berharap. Biarkan kertas itu  padanya dan pedulikan apa yang ingin dibuatnya. Gembiralah kerana kamu telah berusaha untuk mengejar angan-angan kamu.

Samada kamu dapat respons atau sebaliknya, itu bukan urusan kamu dan jangan risau tentang itu.

Sekiranya perwatakan kamu menarik dan percakapan kamu mantap, tidak mustahil kamu dapat panggilan darinya.

Akhir sekali pastikan RM kamu tebal.

*Banyak juga tulisan saya yg sebigini dimuat di blog ini sebelumnya.

Klik untuk tuntun 


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©



Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen sendiri bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...