Tuesday, 19 December 2017

ENTRY DI BAWAH INI SAYA PETIK TULISAN SAYA DI FACEBOOK SENDIRI.


Teringat aku dalam penerbangan dengan Cathay Pacific Airways dari Hong ke Bangkok pada suatu hari. Ada sorang pramugari dinantara beberapa pramugari yang cantik kelihatan menarik perhatian aku, sebok melayan kerenah penumpang. 

(Pramugari memang cantik2. Kalau tak, tak kan jadi pramugari. Otak mereka pun sama cantik).

The girl of my pride, Izawatiwati Ahmad who owns a few famed boutiques

Setiap kali bila dia lalu sebelah aku, aku senyum. Dia balas senyuman aku. Banyak kalilah dia lalu sebab penerbang lama. Ada satu ketika dia lalu lagi tapi aku tak senyum. Dia pun tak senyum.

Jadi aku berpendapat, lelakilah yang patut melakukan dahulu kalau ingin memulakan dengan wanita dalam segala hal.

Setibanya aku di airport Bangkok aku ke kefetria. Aku nampak dia duduk di situ. Aku dengan selamba  duduk semeja dgn dia. Aku senyum dulu. Dia pun turut tersenyum.

Aku yang mulakan perbualan. Bahasa Inggeris dia amat baik. Last2 aku tanya dia, kenapa dia suka senyum. Jawabnya, "I want to be remembered as a girl who always smiled, the one who could always brighten your day, even if I couldn’t brighten myself."

(Saya ingin orang ingat saya sebagai gadis yang mudah beri senyuman. Gadis yang menceriakan hari kamu walaupun hati sendiri tidak boleh diceriakan.)

Aku beri tau dia betapa mulianya hati dia. Aku kata lagi, "There is nothing more beautiful than someone who goes out of her way to make life beautiful for others."

(Tidak ada perkara yang lebih indah melainkan se seorang yang membuat hari orang lain menjadi indah). Dia senyum.

Aku nampak dia tenang aja. Aku pun tanya lagi kenapa dalam penerbangan tadi dia tak sudi menegur aku. (Lepas tanya tu aku menyesal sebab aku terperasan itu satu soalan bodoh).

Dia jawab, "Talk to us! We don't bite! We love it when passengers talk to me unless i'm busy. Having a joke or a laugh is great."

(Bercakaplah dengan kami. Kami bukannya  mengigit. Kami suka penumpang bercakap dgn kami melainkan di waktu kami sebok. Jika ada jenaka dan ketawa terasa hebat).

Setibanya aku di hotel teringat aku kata-kata pramugari Cathy Airways tadi. Aku sendiri merumuskan andainya kamu tidak ingin bosan di penerbangan yang jauh my only suggestion is have a short sweet conversation maybe make them laugh to leave a lasting impression.

Nanti aku kongsikan pengalaman aku dengan Pramugari Thai Airways semasa penerbangan balik dari Bangkok ke Kuala Lumpur. Juga penerbangan aku dari Osaka ke KLIA.


(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©


Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

24 comments:

  1. bila kita senyum orang lain pun akan senyum, tapi kadang2 kita senyum orang tak balas pun senyuman kita tapi tak apalah kita niat untuk bersedekah senyuman sajakan.

    jadi selepas ini jika dalam penerbangan bolehlah en.adam tegur2 pramugari yang cantik2 tu untuk berbual mungkin mereka juga sedang stress bekerja sesekali perlukan jenaka dari penumpang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berani jugak nak tegur prmogri dlm plane. Mereka bizi. Lagi pun bila berjalan mereka cepat sangat. Tunggu kat luar jelah. Tapi kat luar kadang2 dia semua ikut jalan lain.

      Delete
  2. wah2 ramainya yg suka tersenyum tggu next episode

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi. No pblm. Tpi kadang2 lupa nak sambung sebab banyak jugak cerita lain nak di tulis. Thnks Umairah.

      Delete
  3. senyum tak boleh dipaksa..

    kalau dipaksa jadi tak hensem atau tak cantik

    kecuali mereka yang betul-betul hensem atau cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe. Tuan, kalau dah cantik, diabtak senyum pun cantik. Saya senyum masa mimpi je. Siang tak boleh senyum, tak menarik.

      Delete
  4. I've never been in airplane but if I did, I surely will talk to them, especially the charming steward.. xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi. If i were to be the steward in that plane would you smile and talk to me?

      Delete
    2. Even when you're not a steward, I'd still smile and talk to you Adam.. XD

      Delete
  5. Kat mana2 atau dengan sapa2 pun kita boleh senyum.
    Senyum itu satu sedekah dan boleh menyerikan muka.
    Pakcik tenguk kambing pun kadang2 boleh senyum, dia pun 'senyum kambing' kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Wp ni. Mentang2 dia pertani modern. Kambing senyum pun wp tahu. Hihihihi. Thnks wp.

      Delete
  6. prinsip pertama nak jadi kerja di bahagian hadapan, memang senyum.

    walaupun hati sedang sedih, cuak dan sebagainya.

    salu tengok citer drama pramugari msti ada latihan yang macam ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju. Tapi kenapa jabatan yg lain yg ada pelanggan tak nak senyum? Kan kan. Thanks chikilolo.

      Delete
  7. Bagus Adam. Mama pun boleh belajar Dari pengalaman Adam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hishhh mama ni. Saya bukannya pro mama. Setakat gitu2 aje.

      Delete
  8. Cantik. Budi pon cantik. Sopan je setiap ayat dia :)

    Folow dekat sini. Salam kenal dari https://fatinshahrizam.blogspot.my/

    ReplyDelete
  9. maknanya senyum tu part of their job scope...jd pramugari mcm best, dpt travel sana-sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pramugari dpt travel but their parents duduk kt rumah sentiasa risau. Terutama bila anak yg baru join airplane.

      Delete
  10. Pramugari ni kalau letih pun terpaksa senyum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya agak pun begitu. Sebab bila kita senyum dia senyum. Dia iklas ke tidak senyum tu entahlah.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...