Monday, 26 March 2018

BUKANNYA SUSAH NAK UCAP TERIMA KASIH. SEBUTNYA PUN TAK KENA BAYAR

Setiap kali berada di Jepun aku guna trem, bas atau train sebab bukan kerana semata-mata pengangkutan mereka cukup baik bahkan bersih, selesa dan teratur. Ini kenyataan.

Aku naik plane jika jarak terlalu jauh. Itu pun ada masa aku naik train laju (bullet train) yg memakan masa selama 7 jam, perjalan dari Kagoshima ke Tokyo.

Dlm bas, aku suka duduk depan sambil perhatikan pemandunya. Pada pandangan aku, berkerja sebagai pemandu bas di sana terasa sunyi kerana dalam suasana yg sebok dia berseorangan.

Setiap penumpang masukkan duit ke mesin tambang atau menggunakan kad ala touch and go. Pemandu perhatikan sahaja. Tidak ada interaksi.

Walaupun dia bertemu beratus-ratus orang se hari tapi dia terpelusuk atau terasing dari penumpang. Peluang bercakap memang jauh sekali.

Aku pulak setiap kali turun dari bas, aku ucap "Thank you."  Aku nampak setiap muka pemandu berseri-seri selepas dapat ucapan thank you aku.

Aku berpendapat, kita patut ucap terima kasih kepada yg memberi perkhidamatan samada berbayar atau tidak melainkan perkhidmatan yg kita terima tidak sempurna.

Aku lakukan begitu kerana aku dilatih untuk mengguna perkataan terima kasih sejak dari mula belajar bercakap.

Yg peliknya kenapa kita berebut-rebut nak ucap terima kasih kepada waiter samada lelaki atau perempuan di hotel yg bertaraf, sedangkan di bill bayaran terpapar tulisan service charge? Ini bermakna tugas mereka bukan percuma sama seperti perkhidmatan bas yg kita naik. TAMAT

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam

25 comments:

  1. Mesti dia rasa gembira and seronok sebab ada orang ucapkan terima kasih tanda hargai dia punya penat lelah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tengok wajah mereka memang nmpak mereka happy. Penumpang kat sana semua nak cepat. Mereka tak sempat nak ucap tu semua. Kerja pemandu bas pun stress sebab kena ikut jadual tiba distinasi. Tapi mereka cekap. Thnks Miza.

      Delete
  2. Ada orang MALU untuk mengucapkan perkataan TERIMA KASIh, tetapi tidak malu untuk MENCARUT... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Tepat sekali. Memang ada yg suka mencarut. Saya pernah berkawan dgn mereka. Mencarut tu dah jadi macam a, b, c bagi mereka. Thnks.

      Delete
  3. terima kasih tulis entry ni sebagai peringatan..kdg2 kita terlupa..setiap orang akan merasa gembira bila dihargai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya terlupa nak ucap thank u kpd orang yg lebih rendah dari kita. Bukan susah susah nak sebut perkataan terima kasih kan kan. Thank u.

      Delete
  4. alhamdulillah setakat ni kalau naik bas ke apa saya selalu ucap terima kasih kt driver. cuma kadang2 kalau masa rushing tu ada yg terlupa jugak

    ReplyDelete
  5. Kalau time rushing memang tak sempat nak ucap apa2 sebab semua orang nak cepat. Tak teringin ke ke ucap terima kasih kat pemandu keretapi?

    ReplyDelete
  6. setuju... sya pun suka ucap terima kasih... walaupun cuma pada adik yg antar minuman... walaupun cuma air suam... ttp terima kasih tu buat org rasa di hargai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang elok amalkan tu. Saya Saya pun kerap ucap terima kasih. Tapi bukan semua orang macam kita suka ucap terima kasih. Thanks Nordiana.

      Delete
  7. Betul ucapkan terima kasih tanda syukur selain menggembirakan hati orang yang menerimanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu Anis. Saya memang sentiasa ucap tu kalau sempat. Cuma lom dapat ucap terima kasih pda pemandu keretapi.

      Delete
  8. kadang terlupa gak ucap terima kasih..kkdg x terlafaz..nak balik laju jee..hee..tq mengingatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fvome,
      Terlupa tu perkara biasa. Ada suami bila dia di luar rumah dia pun pun terlupa. Dia terlupa yg dia beristeri.

      Delete
  9. Kadang kadang tak terucap terima kasih. Senyum saja. Itu pun tanda berterima kasih kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes yes. Senyum tu mungkin lebih baik dari ucapan terima kasih. Terima kasih.

      Delete
  10. Simple gesture boleh merubah hidup seseorang .jom beramai2 amalkan sifat yg bagus mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu mama. Small gesture mengubah. Senyum boleh jyga mengubah perasaan se seorang. Thank you.

      Delete
  11. Replies
    1. Memang bukan budaya kita tuan. Tapi kita yg mengagong agong kan orang melayu ni berbudi bahasa. Ucapan Terima kasih saya rasa berbahasa.

      Delete
  12. sebenarnya perkataan yang semudah TERIMA KASIH itu yang adakalanya sukar untuk dilafazkan oleh seseorang. apapun perkataan itu mampu membuatkan pemandu itu berasa dihargai dan gembira dengan pekerjaannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu Eyda. Perataan terima kasidgn satu senyum boleh mengerat atau boleh memulakan satu hubungan. Thnks.

      Delete
  13. masa sekolah menengah, aku naik bas sekolah. jd setiap kali aku balik, mak aku akan tanya, ckp terima kasih kepada pemandu bas.

    while kakak - kakak aku buat benda yg sama.

    dah jadi rutin termasuklah naik bas awam yg dipandu lama.

    entri ni buat aku berfikir sejenak, huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua perkara baik yg mudah dilakukan, senyum dan sebut terima kasih. Itu pun ramai yg tak suka gunakan di tempat tertentu. Berkata terima kasih kepada pemandu bas bekolah besar faedahnya. Menandakan penghargaan dan dgn terima kasih tu, pemandu lebih rela menjaga keselamatan anak2.

      Delete
  14. Kalau dah biasa mengamalkan ucapan terima kasih tiada istilah lupa atau tak sempat. Bila ucapan dizahirkan rasa terbalas khidmat yang telah diterima. Betulkan yang biasa..biasakan yang betul.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...