Sampai masanya nanti ibubapa kita tidak boleh memandu, tidak boleh naik tangga rumah, tidak boleh menukar pakaian atau tidak boleh menyuap sendiri.
Walaupun keadaan mereka belum ke tahap itu sekarang tapi kesedihan pasti terasa andainya kita benar-benar berani bayangkan secara nyata mereka berkeadaan demikian.
Apakah perancangan kita untuk mereka merasa hidup selesa di penghujung usia seperti apa yang kita nikmati sekarang hasil dari kepayahan mereka?
Mungkin tidak ramai yg berani membayangkan serta tidak berani memikirkan keadaan keuzuran ibubapa. Juga tidak ramai memikirkan keperluan mereka semasa tua. Ini bukannya satu kemungkinan, sebaliknya ianya benar.
Pernahkah kita berbincang atau bertanya terus kepada ibubapa tentang keperluan di hari tua mereka seperti keadaan tempat tinggal, makanan, perubatan, minat serta lain-lain.
Ramai di antara kita tidak pernah berniat untuk memikir perkara di atas dan besar kemungkinan terlalu rendah peratusan antara kita yang sanggup berbincang walau pun bersama adik beradik sendiri.
Perbincangan ini merupakan perkara rumit untuk mendapat persetujuan kolektif. Dua perkara utama yang membantutkan hasil kesepakatan tercapai ialah: kewangan dan campur tangan suami atau isteri.
Sehingga kini pernahkah kita memikirkan persediaan mereka. Jika belum, bila akan difikirkan?
Jangan sampai satu hari nanti ada di antara kita berbisik ke telinga mereka. Begini bunyi bisikan kita, "Ibu, ayah. Di rumah penjagaan orang tua-tua di sana lebih selesa. Di sana ada orang yang menjaga."
(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©
Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.
Kalau saya, memang takkan hantar my parents dekat rumah orang tua-tua. Memang takkan bisik benda macam tu dekat parents. Biar parents duk mata saya, dekat rumah sendiri.
ReplyDeleteAllahuakbar. Bangga saya bila Hasmiza kata kata tu. Saya doa Hamiza dan parents sihat sentiasa. Amin.
Deletenauzubillah buat macam tu kat mak ayah..
ReplyDeleteMemang betul Wawa kita tak sanggup lakukan mcam tu. Tapi kalau mengikut akbar ada orang lakukan lebih teruk lakukan kat ibubapa mereka. Semoga kita tak jadi macam mereka. Amin.
Deletekadang2 pressure, sikap tk suka, dari pasaangan menyebabkan si anak berada dlm keadaan serba-salah...semoga rasa kasih & kasihan sentiasa hadir di hati pasangan suami isteri terhadap ibubapa sendiri & mertua..
ReplyDeleteSaya rasa problm terbesar menjaga ibu bapa beprtti yg you kata tu. Mostly wives.
DeleteTiba masanya nanti saya bersedia hidup bersendirian atau di rumah orang orang tua. Kalau boleh tak mahu mengganggu kehidupan anak menantu yang sudah terlau sibuk.
ReplyDeleteYes, saya pun bersedia. Tapi tak taulah macam mna lagi sebab masa lom tiba. Thnks beri pendapat
DeleteSaya tak merasa jaga arwah mak dan pak waktu sakit kerana mereka meninggal dalam waktu yang singkat. Masa dulu semua org tua cakap bagus cara kematian begitu kerana tak menyusahkan anak2. Waktu tu saya tak faham dengan mendalam maksud mereka. Rasa macam kecewa dan nak marah pun ada. Tapi bila masa berlalu barulah saya faham kenapa mereka cakap begitu.
ReplyDeleteSaya sempat jaga ibu saya. Tapi bapa bak sempat jaga. Dia meninggal waktu dia sihat. Terima kasih Mala berkongsi ni
DeleteAlhamdulillah so far mama adik beradik Masih mampu menjaga ayah lagi. Masa mama tua nanti x tau lah anak pun sorang aje ni. X Salah rasanya duk rumah org tua
ReplyDeleteAnak biasanya ikut cara kita. Kalau duduk dengan anak perempuan saya rasa ok. Tapi kalau dgn anak lelaki, orang kata susah sikit sebab menantu perempuan cerewet sikit. Itu orang kata. Saya lom alami algi. Thnks mama.
Deletesaya adalah org yg tak berkesempatan menjaga mak dan ayah waktu dah kahwin ni.
ReplyDeletetp saya sering doakan agar kakak - kakak saya mampu membuatkan mereka bergembira dan bahagia di hari tua mereka.
saya cuba bayangkan pula kalau saya dah tua nanti, adakah siapa - siapa akan menjaga saya.
dan saya juga kena prepare diri saya, samada bagaimana hari tua saya looks like.
tp bagi sesiapa ibu bapa / anak - anak yang berhadapan dengan situasi seperti ini, bertabah, bergembira dan teruskanlah kehidupan dengan penuh kesabaran.
Syabas sebab you dpt jaga ibubapa. Perbuatan ni akan anak2 ikut. Mesti dalam ramai antara anak2, ada yg ikut. Thnks
DeleteIn Sha Allah Mrs. A dan adik-beradik akan jaga mak selagi hayat dikandung badan.
ReplyDeleteAbah Mrs. A dah meninggal sakit tua syukur dia meninggal dipangkuan emak dan semua adik-beradik dapat melihat arwah buat kali terakhir. Sedara-mara dan adik-beradik arwah pun ramai yang berziarah.
Bila Mrs. A tua nanti harapnya janganlah menyusahkan anak-anak
Syukur Mrs dpt jga ibu. Bukan semua orang sanggup jaga ibu. Harap2 anak kita ikut jaga kita seperti kita jaga ibubapa kita. Thnks
Delete1 persoalan yang agak sensitif sebenarnya.. kalau dibincangkan awal, takut nnti difikir kita mintak ibubapa jadi macam tu.. tapi persediaan tu kena ada..
ReplyDeleteIsu tentang ibubapa yg dah tua memang sensitif. Senab ramai yg terlibat dlm hal2 menjaga parents. Saya cuma sentuh sikit je.
DeleteTerima kasih tuan.
Betul. Sejak mula kerja ni, kadang-kadang Nad memang ada terfikir camne nanti bila parents dah tua. Takut nak fikirrr TT_TT
ReplyDeleteWalaupun takut nak fikir tu tapi keadaan parents kita tua nnti tetap hadir. Kalau kita tak bersedia dari dararang bila lagi. Terima Tasih Nad.
Delete