Monday, 12 March 2018

AKU SENYUM KAT DIA. DIA PUN SENYUM BALIK KAT AKU

Kat sebelah kereta aku tadi ada sorang pemuda,  terkial-kial pegang dawai nak bukak lock pintu kreta. Kunci kereta dia tertinggal dalam.

Pintu kereta aku pun kerap terkunci macam tu. Oleh kerana dah biasa bukak cara guna dawai, aku pun tolong dia.

Terkial-kial jugak aku cuba bukak. Last2 dlm terkial-kial berjaya aku bukak lock tu. Aku rasa ada 10 minit aku terkial-kial tadi. Tapi sekarang tak terkial-kial lagi.

Bila aku bukak je pintu, ada sorang pompuan duduk dlm. Aku tanya lelaki tu, "Sapa dia?"

Lelaki tu kata, "Bini saya."

Aku senyum je lah. Aku senyum bukan sebab aku happy. Aku senyum sebab nak sembunyikan hati aku yang bergeli-geli ketawa kat dalam.

Dia juga senyum kat aku. Lelaki tu dapat pahala sebab dia senyum.

23 comments:

  1. Hamboiiiii main senyum2 pulak diaaa hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi. Senyum tu free pun dpt pahala

      Delete
  2. Hahhaha. Taktau kenapa tapi saya pun tersenyum-senyum baca entry ni. Geli hati kita hahah.

    ReplyDelete
  3. Tak tahu nak ketawa ke sedih..singgah senyum jugalah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senyum je lah untuk hiburkan hati.
      Jangan senyum lama2 sudahlah. Thnks Arra.

      Delete
  4. hahaha
    kiranya gaduh dengan bini lah tu
    kena kunci
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Yg tu tak tau lah. Merajuk pun mungkin. Thnks Hans

      Delete
  5. Nak senyum juga le..

    Kes gaduh suami isteri ke ni?? ha3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah. Saya Saya tak tau. Nak tanya dia pun tak patut. Elok saya senyum je

      Delete
  6. Adeh! kesian dapat isteri sejenis yang menakutkan.

    Agak-agak lelaki tu tahu ke tidak Tuan Adam tengah senyum di bibir tapi dalam hati ketawa guling-guling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tau saya senyum sebab bila saya senyum dia pun senyum. Dalam hati saya dia tak tau. Thnks Mrs A

      Delete
  7. Mula2 pelik juga baca.
    kereta terkunci tapi ada orang kat dalam.
    Rupa2anya orang kat luar yang kena kunci tak boleh masuk dalam.
    Ada juga orang macam ni kat dunia ni ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa jdii mcm ni kat tempat lain pun ada di wp. Mungkin bergaduh. Kena kunci luar rumah pun ada. Saya tau sebab pernah nmpak

      Delete
  8. hahahaha.

    ni salah timing nak tolong orang ni...

    aku pun salu kalau kunci tinggal dalam, pakai pembaris panjang 30 cm. kalau dapat jenis besi lagi senang.

    tapi lucu lah.

    hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin mereka bergaduh atau bini merajuk.

      Delete
  9. Mungkin mereka bergaduh. Agak je atau merajuk.

    ReplyDelete
  10. Agaknya mereka nak test cara buka pintu guna dawai tu kot. Mana tahu lain kali betul-betul kunci kereta tertinggal di dalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya Saya agak mereka bergaduh. Atau bini merajuk.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...