Sunday, 3 September 2017

DON'T EVER STOP DOING YOUR BEST JUST BECAUSE NO ONE THANKS YOU


Cuti panjang minggu ini badan banyak direrehatkan. Bila rehat banyak, badan melingkar macam ular kenyang. Ular kenyang tak ingat apa-apa. Dia tak fikir langsung tentang keselamatan bahkan tentang kematian.

Kita memang tidak takut mati tapi bila disuruh pergi mempertahankan negara belum tentu semuanya berani. Ada di antara kita yang hanya berani kepada isteri yang lemah. Isteri yang bergantung segala-galanya kepada suami lalu kita menganggap diri kita se orang jaguhan. 

Kita bukannya ular dan semestinya kita patut sedar tentang hari menuju kematian seperti juga kita ingat tentang hari-hari kita membina kehidupan. Kita menetap di dunia tidak lama dan tidak siapa yang dapat meramalkan jumlah baki hari yang kita boleh berada di sini.

Di mana kita nanti?

Perlu diingat yang kita tidak lama mana jadi penghuni dunia. Akhirnya paru-paru kita kepupusan oksigen. Pada masa itu kita sudah hilang kuasa, kehilangan pangkat, harta diambil orang dan pingat bukan lagi menjadi satu kebanggaan.

Tinggallah anak-anak, adik beradik serta saudara mara dan rakan-rakan yang berguling-guling kesedihan selama beberapa hari sahaja. Tidak ada satu pun lagi milik kita waktu itu melainkan satu gelaran abadi yang dipanggil arwah.

Bagi mereka yang menyalahguna empat perkara di atas eloklah cepat-cepat sedar serta insaf dan betulkan apa-apa pencermaran nama yang telah dilakukan sebelum ditunda ke sana. Cepat-cepatlah pergi minta maaf dari mereka yang telah disilapmatakan. Kematian hanya merupakan penarikan nyawa dari badan tetapi bukan penghapus hubungan.

Yang telah kita tempuh sebelum ini ialah kehidupan. Yang sedang menunggu ialah kematian. Hari itu tetap ujud dan bukan dongengan. Makin banyak hari yang telah kita lalui semakin kurang baki hari yang kita ada dan itu bermakna semakin kita hampir dengan yang sedang menunggu. 

Yang menunggu itu ialah pintu yang tidak mempunyai exit door ke sini.

Ingatlah mungkin hari ini kita menghantar mayat orang lain ke kubur, entah-entah esok atau lusa badan kita yang telah sejuk di-eskot oleh orang lain ke tempat yang sama. Allah maha mengetahui.


Jangan bersedih selepas membaca tentang kematian. Bertenanglah bersama video ini.
Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

Kita perlukan bersih termasuk air. Ikhtiarlah untuk membersihkan air. (Klik)

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

23 comments:

  1. Peringatan untuk diri ini dan yang lain. Yang masih berjuang di dunia ni, perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya ini peringatan untuk saya. saya tulis kat sini, nanti boleh selalu saya refer. Thanks sudi baca.

      Delete
  2. Oh wow..
    It's been too long since my last visit and come across to such a deep reminder... And.. New looks..! What else do I miss here, Adam..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terperanjat saya. Tetiba muncul.
      Colour changed sebab ada pembaca told me dia rabun warna. Background black dia hard to read.
      Tak tau apa yg you missed.I rasa u missed nothing from my blog. Kan kan?

      Delete
    2. Tettt...! Salah...! Hahaha...
      I really want to catch up with your stories but not gonna do so until i'm finally home which is next week... So yeah... I missed the little maiko faces i guess..

      Delete
    3. Humaira masih macam tu. Bulan ni menyambut her 20th month old.

      Delete
  3. "Ular kenyang tak ingat apa apa" - bila dia sedar dia ada dalam zoo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ular bila dah dlm zoo di belengkar je. Lapar pun belingkar kot.

      Delete
  4. peringatan utk kita semua, mati tak kira muda atau tua, sihat atau sakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul mati tak kira usia. And place. Dulu ada orang meninggal semasa solat dlm masjid. Saya rasa you ingat ni.

      Delete
  5. semua orang ingat kematian tapi selalu lupa pada kesalahan apa lagi nak duk minta maaf, nanti jatuh maruah pula.Pada sesetengah orang sorry seems to be the hardest word...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf ni jadi satu bebanan. Takut nak bersuara. Last2 tak mohon maaf.

      Kalau orang tu mencuri, saya rasa tak berani dia nak minta maaf.

      Delete
  6. setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati kan..bersediakah kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Bersedia kah kita. Dgn amalan kita untuk ke sana.
      Thnks

      Delete
  7. peringatan untuk kita semua. hmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, betul tu. Juga peringatan untuk saya.

      Delete
  8. Terima kasih Adam, atas ingatan tentang mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thnks ain.
      Sama2 kita ingat mengingat.

      Delete
  9. mati itu pasti, hidup in shaa Allah...
    'mati' is the beginning of new life, jom berusaha bawa bekalan byk2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom. Kita kena mulakan dari sekarang. Tak tau bila pula kita dipanggil ke sana.

      Delete
  10. Harini cuti mama pun melingkar juga tapi mlingkqr level surirumah. Bangun tido, basuh baju, jemur baju, Masak, angkat baju,tido, masak,lipat baju.. tido sekadar short nap je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, itu cara mama berlengkar. Belengkar cara tu ok mama sebab kerja semua siap. Saya hari hari berlengkar sorang sorang.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...