Monday, 25 September 2017

JANGAN BIARKAN KESEGARAN PUDAR SEBELUM LAYU


Apa Yang Saya Kongsikan Di Facebook Pagi ini September 26, 2017

Aku belum lagi bersarapan pagi sebab tak ada apa nak makan. Tak ada orang yang sediakan. Dulu masa ada bini, mata aku belum bukak lagi makanan dah ada kat meja. Bila dia dah tak ada baru terasa dia penting dalam harian aku. 

Perempuan tetap perempuan, kawan tetap kawan, bini tetap bini kerana ke tiga-tiga itu orang yang sama yg menjadikan rumah tangga aku lengkap. Lengkap yang membawa erti, sempurna dari segi material dan rohani. 

Bukannya susah mencari bini. Tapi bukanlah "semudah kacang" seperti peribahasa inggeris. Pada aku mencari bini sama mudah membeli se botol vivix.

Aku mencari bini mengikut cara aku bukan mengikut cari perempuan yg aku cari. Sebab aku akan jadi house master dan akulah yg membuat keputusan sebagai ketua keluarga. Jadi sebelum membuat keputusan memilih, aku pastikan yg dipilih itu akan:

Humaira surprisingly taking over the maid's job cleaning her granddaddy's house compound

a. berubah perkertinya mengikut cara aku, sebab aku mahir dalam perkerti yang baik. Hidup akan penuh dengan keindahan jika bertemankan orang yg baik perkertinya.

b. bila dah jadi bini, dia perlu pandai melentur lidahnya. Aku harap yg membaca ni faham maksud aku.

c. yg ni penting. Dia kena beralah dengan kemahuannya dan dia kena tentukan apa yg dikehendaki itu merupak keperluan sebab agama kita tidak suka dgn pembaziran. Kenapa nak membazir, bukannya duit tumbuh di dinding rumah.

d. i) aku tetap meminta dia mematangkan fikiran. Itu tidak susah bagi aku kerana tunjuk ajar aku tentang perkara itu memang berkesan. Menunjuk ajar untuk me-moderate-kan minda tersangat enteng bagi aku.

ii) Aku akan mengubah cara dia berfikir, contohnya tidak semua soalan mesti di jawab dengan jawapan yg lazim. Misalnya 2 × 4 dia boleh jawap begini: 10 ditolak dengan dua. Tidak perlu jawab lapan.

iii) a. aku akan ajar dia supaya tidak semua soalan mesti dijawab. Sebab ada soalan bodoh dan ada soalan mencari perhatian. Cuba kita tengok kat fb, tetiba ada orang pos, "sedang buat apa tu?" Itu sahaja yang di-pos-nya.

iii) a. bayangkan Si A pos meseg-nya waktu pagi. Meseg-nya untuk publik. Kamu jawab waktu malam dan waktu tu Si A sedang ZZZzzzzz. Si A jawab kesesokan harinya, Aku namakan ni komunikasi bangang.

f. yang terpenting dia mesti mengutamakan keluarga dari segala2nya.

Vivix boleh didapati di sini

Panjang juga aku tulis ye. Aku tahu orang di fb jarang yang suka baca tulisan panjang. Untuk membuktikan mereka membaca walau pun mesej pendek, mereka klik butang "Like". Kamu ingat mereka baca sedangkan mereka cintakan butang like. 

Kamu kalau jadi isteri, tidak kira isteri siapa pun, kesihatan dgn kecantikan kena jaga. Siapa rasa perlukan kesihatan dan kecantikan yg lebih baik, elok makan vivix. 

Tak susah untuk dapatkan tu. Telepon je ke 012 266 9391. Kalau guna Watsap free. Gunakan yg free-lah. Web dia pun free, cuma klik aja kat sini.

Atau pilihlah salah satu dari dua pengedar yg belainan (dalam ni ada dua kad), mereka megedar vivix ke seluruh negara.

Pilihlah yg mana kamu suka tapi sebelum memasan vivix tentukan, adakah ia merupakan keinginan atau keperluan kamu?

Entry sebelumnya: (Klik) Cantikkah Kamu?

Siapa yang turut mengalami seperti ini

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

Ini pun pengedar Shaklee

I posted this on facebook: (Click if you feel like reading it)

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggongjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

91 comments:

  1. Err.. ni potential vivix juga eh. Tapi mesej sampai. Tang melentur lidah Tu agak susah bg seorg perempuan kerana dgn lidah dia boleh meluahkan Rasa Hati cuma takut caranya je kadang2 takut membuat Suami Terasa hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan pengedar vivix mama. Cuma bantu promote. With no komisyen.
      Tentang lidah tu susah nak komen. Lidah diperlu untuk hubungan. Suami patut faham apa yg disampaikan oleh wife. Jangan mudah terasa hati.

      Delete
  2. Baru mama perasan Adam Ada FB. Mama add ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan mama. Thanks. Tapi fb saya banyak mengarut.

      Delete
    2. Nama saya dlm fb, adam ahmad bin abdullah

      Delete
    3. Tuan azlan,
      Tak sampai ke situ.
      Nanti kalau buat tu, orang viralkan.

      Delete
  3. Dolu dolu

    Burung bayan,nuri african grey, kakak tua antara burung yang boleh berkata kata dengan pelbagai kaedah pengajaran...

    Lidah burung bayan dikikis dengan cincin emas belah rotan untuk bijak berkata kata seperti manusia..

    Burung tidak mempunyai peti suara tetapi kemampuannya kerana lidah dan getaran.. Otak burung nuri dikesan mempunyai sedikit persamaan dengan otak manusia.

    Satu hikayat, seorang wanita telah memotong lidah burung muri kesayangan suaminya kerana burung ini telah menceritakan kecurangan si isteri ketika suaminya keluar berdagang.

    Lidah juga diistilahkan bagai sebatang pedang yang tajam.

    Jual vivix juga memerlukan lidah.

    Wallahua'alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lidah memang penting terutama kpd manusia. Itu sebab Allah cipta lidah serentak dengan tubuh. Fungsi lidah bnyak seperti berkumunikasi, merasa, dan lain2. Lidah di guna juga untuk meniaga. Yang peliknya ada kumpulan menggunakan agama untuk keuntungan termasuk memfitnah. Itu menggunakan lidah.

      Vivix tu saya tolong promosi je tuan. Orang kita bukannya meniaga besar sangat lagi pun kurang mahir dlm pemasaran. Saya bantu setakat yg mampu tanpa imbuhan.

      Hikayat burung tu saya pernah dengar tapi lupa cerita penuh. Thanks.

      Delete
  4. Mengutamakan keluarga dari segalanya.. ini yang paling setuju.. lelaki mahupun perempuan.. Kalau yang ini tak buat memang payah juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu. Suami atau isteri kena utamakan keluarga. Baru bahagia, kan kan.

      Delete
  5. INGIN DISAYANGI LUNAKAN LIDAH KALA BERBICARA...NIAT YG BAIK ALLAH PERMUDAHKAN PASTI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes yes. Jangan guna lidah yg tak disuka oleh agama kita seperti mengumpat, mengfitnah. As u said, bercakaplah dgn niat yg baik.

      Delete
  6. Suami dan Isteri keduanya perlu tanamkan sifat ni juga dan have to follow the rules and regulations so that they could have a healthy relationship

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju. Kedua2nya mesti ada sifat yang baik.

      Delete
  7. tudia marketing terbaik
    good point haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. El, saya bantu orang je tu. Lagi pun blog ni free. Saya pun tak ambik rm melalui tulisan ni. Sekurang2nya saya boleh update satu entry.

      Delete
  8. Kalau nak bini sempurna ketua keluarga juga tunjuk kan contoh yang baik untuk memimpin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketua keluarga lah yg penting tunjuk moral yg baik baru dia boleh mempin. Saya setuju dgn saniah. Orang putih kata good point. Kalau pemimpin kotor, nanti dibenci.

      Terima kasih saniah.

      Delete
  9. Lidah berbisa
    tanda hati kotor
    maka jagalah hati
    supaya lidah terpelihara...

    ReplyDelete
  10. Ye,
    Yg penting as u said, jaga hati

    ReplyDelete
  11. Jadi isteri saya belajar mengalah. Mengalah bukan bererti kalah kan? Contoh mengalahkan keinginan utk memiliki cincin dan gelang emas barang sebentuk, sebab cincin2 saya dulu, adalah walau Tak banyak, cincin kawen, cincin arwah mak bagi, saya pakai bila perlu saja, tapi semuanya sudah hilang dlm kejadian pecah rumah tahun 2015. Sekarang ni nak minta Kat suami pun kesian kt dia sbb ank2 semua tengah belajar...so kita mengalah utk kepentingan ank2 belajar.
    Eh..panjang plak citer saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2an Allah gantikan yang lebih banyak.
      Kesihatan Dan kebahagian juga rezeki.

      Delete
    2. Azimah saya juga nak sebut seperti kluangman, mudah2an Allah gantikan yang lebih banyak. Mungkin dlm segi lain.

      Terharu saya bila azimah beralah kerana anak.

      Delete
    3. Apa yang dikarang oleh Nor Azimah saya juga mengalami dan menghadapinya. Mengalah tidak bererti tewas. Hanya ingin memberi peluang dan ruang kepada seseorang yang memerlukan.

      Delete
  12. moga di permudahkan berjumpa si pujaan hati, moga di permudahkan semuanya hingga ke pelaminan yek en Adam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks. Harap2 begitu.
      Entak bila jumpa yg beul2 agaknya.

      Delete
  13. Replies
    1. Mana ada manusia sempurna. Sifat mungkin semourna tapi yg lain mana ada sempurna. Itu sebab susah ditemuii

      Delete
  14. well said Adam.. Anyways, my sister pun pengedar Shaklee.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak jual tu anis. Saya tolong kenalkan pengedar. Orang baik apa salahnya kita tolong. Lagi pun blog ni free untuk promote. Ada beberapa pengedar yg baik, so i tolong without komisyen. Thanks anis.

      Delete
  15. Dalam hal ini kan apa yang saya nampak, lelaki yang kena bijak mendidik isteri nya agar menjadi seperti apa yang dimahukan. Kerana captain yang hebat pasti handal mengendalikan bahtera dan anak-anak buahnya kan? Apapun bagus niat Adam utk mendidik isteri tu. hehe


    Apapun kena saling bertolak ansur dan mengalah dalam hal ini. Kerana mencari keserasian pada awal perkenalan itu mungkin sukar. hehe. Sekadar pendapat kepada umum. Hope u dont mind. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm zaman sekarang sepatutnya kedua dua kena bijak. Tapi seeloknya suami lebih bijak as he is the master of the house and be the person who decides. When hubby kurang bijak then there are pblms later sebab when a woman thinks her husband is a stupid, her marriage is over. Over tu maksud saya rumah tangga tak lagi bahagia even they are still spouses.

      Nak cari keserasian pada awalnya memang susah but it's not impossible. Thanks nad.

      Delete
    2. Yes, that's true. welcome Adam.

      Delete
  16. Dlm zaman sekarang sepatutnya kedua dua kena bijak. Tapi seeloknya suami lebih bijak as he is the master of the house and be the person who decides. When hubby kurang bijak then there are pblms later sebab when a woman thinks her husband is a stupid, her marriage is over. Over tu maksud saya rumah tangga tak lagi bahagia even they are still spouses.

    Nak cari keserasian pada awalnya memang susah but it's not impossible. Thanks nad.

    ReplyDelete
  17. Erkkk...yang penting cari bini lagi susah daripada cari bibik mahupun vivix....hik hik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda, kalau cari bibik saya nak dia berjanji yg dia sanggup nikah sebab i am alone. Itu syaratnya. Tapi saya tak cari punn bibik, saya handle sendiri. Anak pun saya uruskan.

      Saya memang makan vivix tpi saya bukan penjual. Ada masa nanti saya cari bini pulak. Hahaha. Thnks linda.

      Delete
  18. kita x sempurna dan mencari yg sempurna...pasti xkan temui. tp kita mencari untuk melengkapkan kesempurnaan diri, pasti ada dan plg penting reda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anies
      I love yr comment hingha tak tau apa nak saya respons. Menarik.

      Delete
  19. Replies
    1. Ha ha ha. Ha ha ha.
      Nanti singgah sini lagi ya.

      Delete
  20. semoga berjumpe jodoh ye abang adam..

    e'in tak cantik, nanti try vivix ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jodoh tu insyaallah. Ada rezki adalah jodoh. Jodoh saya ibarat dapat vivix. Sebab vivix tu rezki.

      Siapa kata ein tak cantik? Ein kalau makan vivix, fuh berguling guling orang tengok ein. Semua orang tertawan. Thanks.

      Delete
  21. Tengah membebel sempat lagi promote vivix.. ha3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Saya tolong promote orang punya. Orang baik kita tolong. Mungkin orang lain akan tolong kita dlm hal lain.
      Thnks umi.

      Delete
    2. Saya tak ambik komisyen pun umi

      Delete
  22. In shaa Allah semoga bertemu jodoh yg diimpikan. Sebagai ketua keluarga memang peranan sangat besar utk melentur isteri...yg penting komunikasi dlm rumahtangga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komunikasi yg taknjelas saya rasa boleh merosakkan hubungan bukan sahaja antsra frens bahkan suamibisteri. Sayavsetuju dgn pandangan mimi

      Delete
  23. saya rasa kasihan tengok Humaira ..

    saya juga ada anak perempuan..

    Mungkin lebih setahun dua berbanding Humaira..

    Apa yang menyentuh hati saya ialah kasih sayang ibunya sudah tiada..

    orang putih kata..

    What To Do..

    tetapi ayahnya ada pilihan untuk segeranya pengganti demi Humaira..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentang pengganti ni kalau ada rezeki adalah jodoh. Kalau tak ada what to do.

      Delete
  24. Haslinda umairah pun cantik.

    ReplyDelete
  25. Haiii...sedihnya dengar. Bini mamak, bini kedai kan ada beli jerlah hihi...

    Saya doakan moga satu hari nanti tuan akan mendapat isteri seperti apa yg diidam kan. Insyaallah...
    Tak jadi ejen Shaklee nampaknya sekarang? Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang makan kat kedai. Bila malas kelua tak makanlah. Nak masaktak pandai lagi pun buat penat untuk makan satu mulut je.

      Saya tolong promote je vivix tu. Orang baik kita tolong. Produk tu pun berkhasiat jadi tak rasa was was nak bantu. Bantu cara begini je. Cara lain tak tau.

      Thanks.

      Delete
  26. Saya memang makan kat kedai. Bila malas kelua tak makanlah. Nak masaktak pandai lagi pun buat penat untuk makan satu mulut je.

    Saya tolong promote je vivix tu. Orang baik kita tolong. Produk tu pun berkhasiat jadi tak rasa was was nak bantu. Bantu cara begini je. Cara lain tak tau.

    Thanks.

    ReplyDelete
  27. AllahuAkbar... lain orang lain cerita perjalanan hidupnya. Apa lagi yang pernah ditinggalkan pasangan hidup. Baik bercerai mati atau bercerai hidup.

    Ada yang ditinggalkan dalam situasi serba serbi ada. Ada tempat untuk berlindung, ada kerjaya mantap. Ada anak2 yang dah besar2... ada keluarga dan adik beradik yang ikhlas membantu.

    Ada pulak tu ditinggalkan dalam serba serbi kekurangan. Pendek kata, yang ditinggalkan harus bijak dan berfikiran terbuka. Tak perlu terus meratap mengharap belas orang. Yang mati tetap mati , yang tinggal, hidup mesti diteruskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul kata bunda nora. Yg dah oergi biar dia pergi. Yg tinggal kena teruskan selagi bernafas . Kita pun akan kesana jugak.

      Alhamdulillah, saya bolehlah berdikari. Setakat ni belum mintak tolong dgn sapa2 lagi. Bibik pun saya tak perlu. Selagi saya boleh buat sendiri saya lakukan. Terima kasih singgah.

      Delete
  28. tepat. sy doakan y terbaik buat tuan. moga baik baik aja. salam perkenalan sy hulurkan dari kejauhan. :|

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan jugak.
      Apa2 pun terima kasihlah doakan saya

      Delete
  29. haha tiba2 ada cerita pasal vivix kan. kalau cari isteri itu disamakan seperti beli vivix, murahnya nilai seorang isteri. jangan marah. cuma pendapat seorang yg bgelar isteri 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada realitinya cari isteri sekarang ni memang mudah. Ini kenyataan. Tanpa keluar rumah pun boleh cari. Tapi bila dah dpt isteri jangan kitah murahkan nilai dia. Tak kira siapa pun isteri kita.

      Delete
    2. Ain vivix tu saya bantu kenalkan penjual tu. Kalau orang baik and the product is best in market why not tolong dia. Tolong pun cara ni yg saya tau. Cara lain tak ada idea.

      Delete
  30. huhu. aku salu jarang buat sarapan. terus masak lunch. kadang time lapar baru muncul jejemput di rumah.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Lunch tu bagi aku penting sebab kerap tak berkesempatan lunch. Ada masa dinner pun miss. Bestnya kalau pandai masak. Bila lapar tak ada masalah.

      Delete
    2. *maaf, sebenarnya: breakfast tu bagi aku penting .......

      Delete
  31. Lunch tu bagi aku penting sebab kerap tak berkesempatan lunch. Ada masa dinner pun miss. Bestnya kalau pandai masak. Bila lapar tak ada masalah.

    ReplyDelete
  32. Setiap org ada ciri wanita / lelaki yg dia idamkan. Tp kadang tak semua capai markah yg di harapkan tu sebab manusia tak sempurna. Sama2 saling terima kelemahan masing2 dan sama2 usaha perbaiki ke arah yang lebih baik. InsyaAllah bahagia pasti ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes
      Masing2 faham memahami. Itu yg elok.

      Thanks ana.

      Delete
  33. Message yang penuh bermakna.. terima kasih atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
  34. tak pernah cuba vivix.. duk minum esp dari anak sulung sampai sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya makan vivix ni bukannya apa. Seban cara hidup sekarang dah tak menentu. Makan tak tenti. Tidur tak rentu masa. Makan kat kedai hasiatnya tak banyak. Itu sebab saya ambik vivix sebagai tambahan.

      Esp pun bagus.

      Delete
  35. Adam singgah ke restoran Kari kambing 40 Hari last weekend?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak singgahlah mama sebab hari tu masa balik nak cepat singgah parit jawa. Jalan dia pun terkeluar dari kegai makan tu.

      Next time i singgah.

      Delete
  36. Nobody perfect sebab itulah kita saling memerlukan diantara satu sama lain untuk saling melengkapi.

    Setuju dengan Tuan Adam bab mencari isteri itu. Dalam apa keadaan sekalipun isteri wajib mendengar kata suami (selagi tidak melanggar hukum syarak)

    Tapi suami pulak janganlah ego sangat semua pun nak control. Kenalah give and take as long as isteri itu tak lalai dengan tanggungjawab sebagai isteri.

    Hurmmm... bilalah Mrs. A dapat cuba Vivix ni!?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah mrs A, suami ni bila dah dapat isteri baik dia pulak tak betul. Tambahan pulak bila dapat isteri yg tak berkerja. bergantung 100% kat suami Harap2 saya tak macm tu nanti.

      Delete
  37. Replies
    1. hahaha.
      jom makan vivix.
      tapi saya tak jual vivix.
      makan je.

      Delete
  38. suami-isteri saling melengkapi - "Mereka (para isteri) adalah pakaian bagimu dan kamu (para suami) adalah pakaian bagi mereka"..

    Bagi contoh bagaimana mematangkan fikiran? byk membaca (bacaan berat) mungkin..

    dah try vivix and ESP..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, suami isteri sepatutnya berkerjasama, tolong menolong dan faham memahami. i think u know more than me on that.

      Matang dgn waras ada perbezaan. Matang biasanya melalui tindakan kita yg betul. Waras, tentang fikiran yg bernas. Banyak lagi kalau nak xplain. saya beri satu cerita yg saya pendekkan. hasil dari tu nanti u could understand what matang is.

      Ada se orang lelaki tua yg pandai meneka apa ada di gengaman orang. dia teka mesti tepat. Ada 1 budak nak pelekehkan lelaki tua ni. Dia pergi ke orang tua tu dgn se ekor burung dalam tangannya. dia minta orang tua meneka apa yg digengamnya.

      Sebagai orang yg waras, pakcik tu tahu, kalau dia teka betul, burung itu akan mati kena ramas. yg ramas budak tu untuk membuktikan si tua tu silap.

      Kalau dia teka salah, burung itu dilepaskannya juga untuk membuktikan si tua tu salah. Di situlah pakcik tua tu kena menggunakan kematangan dia sebab dia tahu jika dia teka betul dia tetap terbukti salah, burung tu akan mati. I hope you get what i mean.

      Vivix tu saya memang makan. tapi as i said i am not the dealer. saya tak ada penyakit tapi saja makan sebab sekarang my meals dah tak berapa betul. maksud saya makan tak tentu masa tambahan pulak makan di luar. kalau ada khasiat pun tak serupa kita masak sendiri kat umah.

      Sorrry, terpanjang.

      Delete
    2. thanks..contoh terbaik..kdg2 kita kena korbankan perasaan, utk sesuatu yg lebih mulia..EQ mengatasi IQ..in shaa Allah, ada ganjaran Allah disebalik itu..

      Delete
  39. Suami isteri perlu saling memahami dan bertolak ansur. Melengkapi kekurangan masing-masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat saya dgn nora. Itu saya percaya ramuan yg tepat dlm rumah tangga. Tak ada tolak ansor habislah. Thamks.

      Delete
  40. Setuju sangat saya dgn nora. Itu saya percaya ramuan yg tepat dlm rumah tangga. Tak ada tolak ansor habislah. Thamks.

    ReplyDelete
  41. manusia tidak sempurna - tp untuk melengkapi diri perlu ada satu sama lain - maka wujudlah suami isteri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Manusia bukan semua sempurna. Hargai kelebihan serta sayangi kekurangan pasangan, saya rasa dpt membantu hubungan perhahwinan.

      Sorri, tak perasan komen anies ni. Itu yg lambat respons. Thanks.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...