Saturday, 14 September 2019

LAKUKAN PERKARA YANG MENASABAH

Kita suka membesarkan sesuatu. Yg kecik kita besarkan. Yg besar kita besarkan hingga timbul pembaziran.

Kita besarkan banyak perkara termasuk semasa berdoa. Kita perhatikan bagaimana kita berdoa:

"Ya Allah, kamu berilah aku rezeki yg melimpah-limpah tanpa henti. Yg mencurah-curah".

Pernah tak kita jumpa doa seperti di atas di fb? Maksud aku perkataan 'melimpah-limpah'.

Baiklah. Jika kita tuang air sirap ke dalam cawan tanpa henti, pasti bila cawan itu penuh airnya akan melimpah keluar. Bukankah air yg melimpah keluar itu rezeki dah kita bazirkan.

Jika doa kita untuk dapat rezeki yg 'melimpah-limpah' dimakbulkan Allah, apakah yg kita lakukan dgn rezeki yg melimpah-limpah tu? Adakah kita kongsikan dgn jiran atau adakah kita agih2kan ke seluruh kampung?

Derma kematian pun kita cuba2 elak dari menghulur walaupun nilainya tidak ditetapkan. Sedangkan kita jarang teringat nak hulurkan RM kepada ibu kita yg uzur di kampung.

Islam melarang kita melakukan pembaziran. Allah menyifatkan kita yang suka membazir sebagai saudara syaitan. Allah sudah gariskan dalam soal rezeki supaya tidak berlaku pembaziran.

Berpada-padalah bila berdoa kerana kekayaan yang sebenar bukan dengan banyaknya harta. Kayakanlah hati supaya kita selalu merasa cukup. Amiin.

(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul. Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan

6 comments:

  1. Berdoa tanpa usaha pun tak jadi jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong. Tanpa usaha doa jdi sia2. Thanks wp

      Delete
  2. Ya, berdoalah agar dicukupkan segalanya, dan berpada pada bila meminta, kang terjerat diri sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes Mrs Pip. Mungkin itu punca Allah tak lulus doa kita. Pembaziran

      Delete
  3. Melimpah limpah itu bukan bermaksud seperti air yg penuh di cawan dan tumpAh keluAr pembaziran..

    Maksudnya REZEKI yang kita mohon biarlah sampai boleh ia dinikmAti juga jiran, saudara mara dan adik beradik..

    Misalnya jika REZEKI melimpah limpah..lebih dari keperluan, dapatlah didermakan dengan jumlah dan kuantiti yg munasabah..
    Itulah yg dilakukan oleh sebahAgian dari jutWan2 kita..

    KayAraya, billionaire bukan satu dosa..
    Kemiskinan hampir kepAda kekafiran..

    Ada ayat Allah bermAksud..REZEKI tanpa hisab..
    Itulah ujudnya jutawAn dan billionaire

    Siapakah manusia yang paling kaya di dunia?
    Firaun
    Kekayaan yang menjadikan dia syirik dan mengaku dirinya Tuhan

    Nabi Allah Sulaiman
    Kekayaan yang menjadikannya bertambah iman

    Wallahua'alam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...